Surat Memohon Buat Pejabat Rt

  • Uploaded by: Abd Latiff
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Memohon Buat Pejabat Rt as PDF for free.

More details

  • Words: 318
  • Pages: 1
Pengerusi : 019-8612758 Setiausaha : 012-8282037 Email:[email protected] Web:http://myrtksl.wordpress.com

Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas, Flat Persekutuan Km. 5, Jalan Kompleks Sukan Likas, 88400 KOTA KINABALU En. Herman Bin Abd. Hamid Ketua Penolong Setiausaha Persekutuan Sabah. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Tingkat 7, Blok A, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, 88900 KOTA KINABALU.

Rujukan Kami : RTKSL/SSUPS/1101 Rujukan Tuan : Tarikh :3Hb. November 2009.

U/P : En. Marcus Gonsiun. Tuan. MEMOHON MENGAMBIL ALIH STOR DI FLAT PERSEKUTUAN KM.5 Dengan segala hormatnya sukacita saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan Jawatankuasa Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas (RT KSL) telah mengadakan mesyuarat pada 31 Hb. Oktober 2009 lalu, antara hasil mesyuarat tersebut adalah berkenaan perbincangan antara tuan dengan saya mengenai permohonan Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas untuk mendapatkan bilik kosong di Blok E menjadi Pejabat Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas. 3. Antara objektif utama kami memohon tempat tersebut adalah untuk menempatkan fail - fail, harta milik RT KSL seperti komputer , printer, khemah, cangkul dan bermacam – macam lagi bagi kegunaan majlis / program. Selain itu untuk menjadikan organisasi RT KSL yang berkhidmat untuk warga Flat Persekutuan ini bergerak dengan lebih lancar, sistematik dan memudahkan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Pejabat JPNIN, warga komuniti dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga berhubung sesama kita dan sebagai `one stop centre` kepada kami khususnya dan semua pehak yang berurusan dengan kami amnya. 4. Persetujuan dan kerjasama pehak tuan dalam hal ini adalah amat – amat kami hargai. Dan untuk makluman tuan, AJK RT KSL akan mengadakan gotong – royong membersih dan mengindahkan bilik tersebut pada 7 Hb. November 2009 ini dan kami berjanji akan menjaga kemudahan yang di beri ini dengan sebaik – baiknya, Insya Allah. Sekian Terima Kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah,

( ABDUL LATIF BIN HAJI MULUK ) Pengerusi Rukun Tetangga Kompleks Sukan Likas .

Sk : :

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah. Fail.

Related Documents


More Documents from ""