Sumbangan Tokohtokoh Perubatan Islam Original

  • Uploaded by: abu zuhaily
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sumbangan Tokohtokoh Perubatan Islam Original as PDF for free.

More details

  • Words: 1,544
  • Pages: 38
Unit Agama dan Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Ungku Omar

Sumbangan Tokoh-tokoh Perubatan Islam

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD. HASRUL EUGENE K.W. LEE

MUKADIMAH • Terdapat ramai ilmuwan Islam yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perubatan dan pembedahan. • Perkembangan ini telah bermula sejak tubuhnya institusi-insitusi pengajian tinggi di sekitar Empayar Islam. • Dengan keazaman yang tinggi dalam jati umat Islam, maka lahirlah tokoh-tokoh perubatan yang terkenal seperti, Ibnu Sina, Al-Razi, Al-Zahrawi dan lain-lain lagi yang sentiasa memperkembangkan ilmu mereka.

MUKADIMAH • Namun demikian, perkembangan ilmu sains ini tergendala buat masa yang agak panjang, akibat penjajahan kuasa Barat ke atas Empayar Islam. • Semangat inkuiri orang barat, telah mencetuskan Renaissance dan mereka mula membawa dan mengkaji hasil ilmu sains Islam secara mendalam. • Maka, di sini kami akan membentangkan sumbangan tokoh-tokoh perubatan Islam yang silam.

Tokoh-tokoh Perubatan Islam

Ibnu Sina

Al Zahrawi Al Razi

IBNU SINA ‫ابو علی سینا‬

Biodata Ringkas

• • • • • •

Nama asal: Abu Ali al-Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina Balkhi Nama barat: Avicenna Tahun lahir: 370 H / 980 AD Tahun mati: 428 H / 1037 AD Bangsa: Parsi Tempat lahir: Kampung Afshanah, (dekat Kota Kharmaitan, Propinzi Bukhara,



Tempat mati: Hamadan, Tehran

Afghanistan)

Kenangan Ibnu Sina “Ibnu Sina merupakan salah seorang saintis yang terkemuka, teori-teori sains dan perubatan yang beliau perkenalkan telah membawa sumbangan yang besar dalam bidang perubatan pada hari ini, beliau telah dinobatkan sebagai Bapa Perubatan”

Laluan kehidupan Ibnu Sina Kampung Afshana, Afghanistan, tempat kelahiran Ibnu Sina

“Ibnu Sina telah dikenali dengan menjalankan pembedahan hempedu”

Bandar Hamadan, Tehran, tempat Ibnu Sina meninggal dunia

Pendidikan • Pada usia 5 tahun beliau menerima pendidikan awalnya Al-Quran dan sastera yang diterima secara tidak formal. • Pada usia 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal AlQuran. • Pada usia 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". • Ilmu agama yang dikuasainya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya. • Beliau dibimbing oleh ayahnya dan Abu Abdullah Natili. • Bidang yang dikuasainya ialah falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Penerbitan • Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertamanya"AlMajmu" . • Bukunya merangkumi ilmu pengetahuan yang lengkap. • Buku-buku yang pernah dikarangnya, adalah berbentuk risalah ukuran kecil, yang kemudiannya dijilid dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo, Mesir. • Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

al-Qanun Fit-Tibb • Pada abad ke 12 M, Gerard Cremona berpindah ke Toledo, Sepanyol dan menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. • Bukunya telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi, serta bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M, buku ini dicetak 21 kali. • Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. • Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". • Orang barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana beliau telah mengabungkan teori perubatan Yunani dari Hippocrates dan Galen, ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

The Canon of Medicine al-Qanun Fit-Tibb

Sumber daripada Saab Medical Library, American University of Beirut, Lebanon

Teori Avicenna • Ibnu Sina telah mengemukakan teori-teori anatomi dan fisiologi dalam pengajiannya. • Beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semestar sebagai makrokosmos (dunia besar). • Beliau juga mengemukakan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. • Teori beliau terhadap alam adalah terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun. • Manakala teori beliau terhadap manusia adalah memiliki empat tangkai dan lengan mempunyai 12 tulang sendi. Hati adalah pangeran-nya, paru-paru adalah ‘menteri’-nya, leher adalah ‘jendela’-nya, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya, limpa dan perut adalah ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Pengiktirafan • Ibnu Sina diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Di-Raja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. • Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". • Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . • Ibnu Sina menjadi "Doktor Di-Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh (ke-sebelas) bin Mansur di Bukhara pada (378 H - 997 M) iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. • Pada masa itu, penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih. • Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanyaselamanya

AL RAZI ‫بكر محمد بن زكريا الرازيأبو‬

Biodata Ringkas

• • • • • •

Nama asal: Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi Nama barat: Rhazes Tarikh lahir: 27 Ogos 865 AD Tahun mati: 932 AD Bangsa: Parsi Tempat lahir: Ray dekat Tehran

Kenangan Al-Razi “Al Razi telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai Bapa Psikosomatik, dan demi memperingati jasa beliau dalam bidang perubatan, Hari Farmasi telah dipilih sempena tarikh lahirnya, iaitu 27 Ogos”

Laluan kehidupan al-Razi

Bandar Ray, Tehran, tempat kelahiran al-Razi

Pendidikan • Beliau pernah menerima ilmu dengan Hunayn bin Ishak dalam bidang perubatan. • Tumpuan yang diberikan oleh beliau adalah bidang perubatan dan etika perubatan serta etika kedoktoran. • Beliau turut berminat dalam pengajian agama Islam yang menghasilkan debat yang besar oleh al-Biruni akibat pendapatnya.

Penerbitan • Karya agungnya ialah Kitab al-Hawi. • Al-Hawi ialah koleksi perubatan yang mengandungi penerangan lengkap mengenai peyakit cacar, campak dan plague dan lain-lain cabang yang berkaitan ubat-ubatan dan bahan mineral. • Kitab lainnya ialah al-Mahsuri yang membicarakan etika perubatan.

The Smallpox and Measles (al Judari wa-al Hasbah)

“Dalam karya agungnya, al-Hawi telah menyatakan punca dan cara merawat penyakit campak dan cacar”

The Comprehensive Book on Medicine Kitab al-Hawi Fit al-Tibb

Sumber daripada Bodleian Library, University of Oxford

Sumbangan • Al-Razi merupakan mengasas bidang psikosomatik yang mengkaji psikologi manusia. • Beliau turut mengemukakan perbezaan penyakit cacar dengan penyakit campak. • Mengkaji tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sumber mineral. • Beliau telah mengenalpasti penyakit demam bunga ros dan cara merawatnya. • Membincangkan 829 jenis ubat dalam Kitab alHawi. • Beliau merupakan ahli farmasi, perubatan internal, botani, geologi, biologi dan kimia

AL ZAHRAWI ‫أبو القاسم بن خلف بن العباس الزهراوي‬ Biodata Ringkas

• • • • •

Nama asal: Abu Qassim Khalaf bin Abbas Al-Zahrawi Nama barat: Albucasis Tahun lahir: 936-1013AB Bangsa: Sepanyol Tempat lahir: Al-Zahrah dekat Cordova

Kenangan Al-Zahrawi “Sumbangan besar yang diberikan oleh Al-Zahrawi dalam bidang pembedahan telah mendapat pengiktirafan di seluruh pelusuk dunia. Beliau telah dinobatkan sebagai Bapa Pembedahan”

Laluan kehidupan al-Zahrawi Bandar Cordova, Sepanyol, tempat kelahiran alZahrawi

Hasil Kerja al Zahrawi • Merupakan penulis buku pembedahan yang penting iaitu Kitab al-Tasrif. • Mengkaji ubat herba dan ubat-ubatan. • Memperkenalkan alatan pembedahan. • Mengkaji anatomi manusia dan haiwan. • Mengkatalogkan teknik-teknik pembedahan yang kompleks.

Penerbitan • Kitab al-Tasrif merupakan koleksi 30 bahagian dan jumlah mukasuratnya tidak kurang daripada 1500. • Kitab ini memperihalkan teknik-teknik pembedahan dan penggunaan alatan pembedahan. • Kitab al-Tasrif diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona

Al Zahrawi’s Treatise on Medicine al-Tasrif al-Zahrawi

Sumber daripada Islamic Culture & the Medical Arts, National Library of Medicine

Pengiktirafan Seorang pakar pembedah Pietro Argallata (d. 1453) menyatakan al-Zahrawi sebagai "without doubt the chief of all surgeons”

“Al-Zahrawi tidak pernah menjalankan sebarang pembedahan ke atas manusia atas larangan agama Islam, namun demikian, teknik pembedahan yang dikemukakan olehnya didapati tepat dan sesuai apabila dikaji oleh sarjana Barat”

Sumber daripada Project Gutenterg (www.gutenterg.org)

Sumbangan • Al-Zahrawi telah mengkaji teknik bersalin yang dapat mengurangkan kadar kematian ibu. • Beliau menggunakan kaedah penyulingan dan pemeljawapan dalam penyediaan ubat. • Mencipta lebih daripada 200 jenis alatan pembedahan. • Menerangkan dengan teperinci kaedah pembedahan bagi kebanyakkan organ dalaman manusia dan penyakit.

Melalui sumber-sumber yang terhad, kami telah menyampaikan serbasedikit kisah tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, al-Razi dan al-Zahrawi. Kita sepatutnya berasa bangga kerana adanya mereka yang sanggup bertungkus-lumus dalam membuat kajian saintifik dan yang paling pentingnya ialah mereka sudi berkongsi hasil penemuan mereka. Walaupun, umat Islam kini mungkin telah dibekukan perkembangan ilmunya sejak Perang Salib (1096 – 1291) hingga kini. Namun, jika adanya iltizam dan azam yang tinggi dalam jati seseorang itu, maka mustahil itu adalah tidak bermakna kepada orang itu. Di sini terdapat sesuatu pengajaran yang kita perlu pelajari melalui tokoh-tokoh tersebut, iaitu “kerajinan membawa kejayaan dan kejayaan membawa kebanggaan”. Di mana ketiga-tiga tokoh tersebut telah mula menimba ilmu pada usia yang muda dan mereka sanggup menerima segala cabaran yang mungkin dihadapi sehingga kini jasa mereka dikenang abadi dan merupakan kebanggaan umat Islam. Sekian terima kasih

TAMAT The End

Kreditasi SUMBER-SUMBER RUJUKAN & ILUSTRASI DARIPADA Bodleian Library, University of Oxford British Library Islamic Collections, British Museum Islamic Culture & the Medical Arts, National Library of Medicine Pusat Sumber Politeknik Ungku Omar Project Gutenberg Saab Medical Library, American University of Beirut University Sains Malaysia University of St. Andrews wikipedia.org & Koleksi-koleksi En. Harun Yahya SEMUA ILUSTRASI YANG DIPAPARKAN ADALAH HAKCIPTA TERPELIHARA OLEH AGENSI-AGENSI SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN DI ATAS

SEMOGA ANDA DAPAT MENGHAYATI PEMBENTANGAN INI & MEMPEROLEH IKTIBAR DARIPADANYA

Related Documents


More Documents from ""

Ibnu Yunus
June 2020 13
Al-mas'udi
June 2020 13
Ibnu Haitham
June 2020 31
Ibn Al Nafis
June 2020 9
Ibnu Bajjah
June 2020 18