LANGKAH PERTAMA SULTAN DAN PEMBESAR NEGARA “Sultan” berasal daripada bahasa Arab yang bererti raja atau pemerintah. Gelaran ini mula digunakan dalam kurun kesebelas sebagai nama pemerintah sebuah kerajaan Islam yang sebelumnya disebut “Khalifah”. Pemerintah Islam yang pertama bergelar Sultan ialah sultan Mahmud AlGhazna yang menjadi raja di Afghanistan pada Tahun Masihi (T.M.) 988-1030 (T.M.). Gelaran Sultan ini seterusnya digunakan oleh pemerintah Othmaniah dan kemudiannya oleh kerajaan-kerajaan Islam lain, termasuklah Kerajaan Kesultanan Melayu Negara Brunei.
LANGKAH KEDUA PEMERINTAHAN ISLAM DI BRUNEI Pemerintahan secara Islam di Brunei bermula dalam T.M. 1365 setelah Awang alak Betatar berkahwin dengan puteri Sultan Johor. Awang Alak Betatar telah memeluk agama Islam dan bergelar Sultan Muhammad Shah (T.M. 1363-1402). Semenjak itu gelaran raja yang memerintah Brunei berubah dengan rasminya kepada sultan, sesuai dengan kedudukan Brunei sebagai sebuah egara Islam.
LANGKAH KETIGA PEMBESAR NEGARA Pembesar negara pula ialah perkataan yang merujuk kepada seseorang yang berpangkat tinggi dalam negara, dan pangkat ini telah diperolehi melalui pengurniaan gelaran atau secara pemberian jawatan tinggi oleh pemerintahan negara itu. Dari segi kedudukannya pembesar negara adalah kedua tertinggi selepas sultan. Pembesar Negara terbahagi kepada Pembesar Diraja dan Pembesar Kerajaan.