Suami Murtad, Hak Jagaan Kepada Ibu Di dalam kes Permohonan Ex Parte Zaimas bt Ibrahim , Pemohon telah memohon mengesahkan perceraiannya oleh suaminya yang telah menceraikan diluar mahkamah. Mahkamah telah berpuas hati bahawa Muhamed Tham bin Abdullah telah murtad, mahkamah juga berpuas hati bahawa perbuatannya yang sedemikian itu menyebabkan Mahkamah ada kuasa untuk membubarkan perkahwinannya dengan Zaimas binti Ibrahim. Mahkamah telah merujuk kepada peruntukan Seksyen 43(1) Enakmen UndangUndang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 yang memperuntukkan : `Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang sedemikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah’ Sepanjang tempoh perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata perempuan. Mengenai tuntutan hak jagaan anak oleh Pemohon, Mahkamah melihat kepada apa yang disebutkan di dalam kitab feqah. Di dalam kitab Kifayah Al-Akhyar juzuk 2 mula 93 ada disebut bererti : `Hadanah ialah satu ungkapan untuk menyatakan pelaksanaan mengasuh anak yang masih tidak dapat membedakan antara yang bermanfaat (tamyiz), dan tidak dapat mengatur dirinya sendiri dan mengasuhnya sesuai dengan apa yang mendatangkan manfaat kepada dirinya dan menjauh mudarat daripada’ Selain daripada itu syarat-syarat hadinah, iaitu perempuan yang mempunyai hak mendidik kanak-kanak juga disebut di dalam kitab yang berkenaan di muka surat 94, manakala di dalam undang-undang ianya diperuntukkan menurut Seksyen 81 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 seperti berikut : Hadinah, iaitu perempuan yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadanah jika – (a) dia adalah seorang Islam; (b) dia berakal sempurna akal; (c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu; (d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan (e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apaapa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani’ Di dalam Enakmen yang sama, Seksyen 83 telah memperuntukkan : (1 Hak hadinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanakkanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanakkanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki dan umur
sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memutuskan selainnya’ Memandangkan bahawa Muhamed Tham bin Abdullah telah keluar dari agama Islam, walau apapun kedudukannya, demi menjaga iman anak-anaknya dengan Zaimas dan berpandukan kepada peruntukan Seksyen 83(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 yang antara lain memperuntukkan, `… melainkan jika Mahkamah memerintah selainnya,’ dan juga hadis Rasulullah saw yang bermaksud : `tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah (suci) maka kedua-dua ibu bapa merekalah yang menyebabkan mereka itu menjadi Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi’ serta kaedah feqah (legal maxim) Saad Al-Dharu’i iaitu menutup saluran bahaya, Mahkamah berpendapat hak jagaan kedua-dua anak perempuan hendaklah diberikan kepada Zaimas binti Ibrahim, ibu kanak-kanak berkenaan.
Kes Murtad: Mengapa kita perlu prihatin Roslan SMS Sat | May 10, 08 | 3:39:51 pm MYT
Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini. Iklan
Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undangundang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa. Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.
Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di kahbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting: It was Siti Fatimah?s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else. (Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.) Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama-agama lain ianya HAK tetapi bagi Islam tidak, lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini ekpada mereka! Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut: Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one?s own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion. (Tindakan keluar dari Islam dilarang sama-sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu.) Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang
walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini. Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak. Inilah puncanya, inilah masalahnya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan. Syabas Fairus, mana yang lain? Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti. Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik. Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih 'humane' (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orangramai akan lebih menghormati 'all great religions' (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: "akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati! Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliualah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang. Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam? - n32.blogspot.com _
Sedih dan pedih. Itulah ungkapan yang dapat digambarkan setelah membaca Akhbar Utusan Malaysia kelmarin, Selasa, 19 Ogos 2008 Ruangan Dalam Negeri bertajuk ‘Jeffrey Or Dibenar Keluar Islam’.
Mungkin ramai yang terlepas pandang isu ini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan Kampen Pilihan raya Permatang Pauh. Baik rakyat jelata hinggalah ke Pak Menteri Dato’ Seri Najib. Bagi mahasiswa USMKK pula, mungkin masing-masing sibuk dengan Expo Kampus, MSFT dan juga karenah MPDMN yang mencabar mahasiswa agar hadir ke majlis mereka pada 26 Ogos ini. Walaubagaimanapun, diharapkan agar semua pembaca dapat bertenang seketika dari semua kekalutan dan menghayati kisah Saudara Jeffrey Or ini kerana satu lagi mutiara yang berjaya kita kutip telah terlepas kembali ke lautan luas. Mutiara yang bergemerlapan di dasar lautan itu juga telah hilang serinya. Apa reaksi kita terhadap isu ini? Adakah kita hanya sekadar melepas tangan atau masih adakah di antara kita yang bersedih tentang isu ini? Saudara Jeffrey Or Abdullah @ Or Boon Hua, 36 tahun memeluk islam pada 20 Januari 1994. Dia berkahwin dengan seorang muslimat pada 16 November 1996 tetapi bercerai pada 27 November 2001. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Selepas penceraian itu, dia menyatakan permohonan untuk keluar daripada agama Islam di Jabatan Agama Islam Pahang. Selama 14 tahun memeluk islam, dia tidak pernah mengamalkan suruhan Islam bahkan masih lagi melakukan ibadat di tokong, memasang colok di rumah dan makan makanan haram. Dia juga memberitahu saksi bahawa dia tidak pernah percaya dengan agama Islam dan kekal dengan amalan sebelum menjadi islam. Di sini, satu persoalan timbul. Adakah tiada seorang pun pihak dari Jabatan Agama yang ambil peduli tentang kisah ini bermula daripada saat saudara kita ini mengucap dua kalimah syahadah. Apa peranan yang dijalankan isteri, mertua dan jiran Saudara Jeffrey? Apa pula peranan yang dimainkan JAIP bermua dari penyerahan permohonan keluar Islam pada Tahun 2001 sehingga ke tarikh dia keluar dari Islam pada 18 Ogos 2008. Episod kisah luka ini tercatat dalam lipatan sejarah apabila Hakim Syarie, Datuk A. Rahman Yunus membacakan keputusan mahkamah membenarkan Saudara Jeffrey murtad .di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Sesungguhnya kita benar-benar terasa kehilangan atas tercabutnya keislaman saudara kita ini. Berdasarkan penelitian aku terhadap kes-kes murtad sebelum ini, jelas menunjukkan adanya lompang-lompang ketidak efisienan dalam sistem Jabatan Agama Islam di Negara kita. Aku tertanya-tanya, apakah peranan yang dimainkan oleh mereka. Kalau dulu heboh masalah susah nak memeluk islam di Jabatan-jabatan ini, kini timbul pula isu murtad yang semakin berleluasa.
Aku serahkan kepada semua untuk menilai isu ini. Sumber: http://jacknaim.blogspot.com/ *Sila berikan komentar, cadangan dan pandangan anda di bawah tanpa perlu berdaftar(sila sertakan profil anda, kiriman tanpa profil kemungkinan akan didelete), sekian terima kasih.
MUQADDIMAH Maksud hadith;
Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad). (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll) "Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh" (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud) Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda. Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul & berdemonstrasi di Sinagpura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut untuk berhadapan dengan bedila pelurun serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka… Hakikat yang berlaku selepas itu hingga sekarang, umat Islam sekarang terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu melihat sahaja tanpa memperdulikan langsung sejumlah 100,000 (Mufti Perak), dan 250,000 kes yang telahpun murtad “tanpa paksaan” dan hanya menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara… Apa pendirian kita…?
LATAR BELAKANG Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkuminya. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, (rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan), dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.
AZLINA JAILANI @ LINA JOY? Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan Baru tertera perkataan Agama Islam. Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau. Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihatkan oleh Majlis Agama berkenaan kemurtadan beliau, tetapi beliau mempertahankan yang pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapa. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. FAKTA KES Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000. Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak mengbenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-mullim ~ Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang
sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan… HINGGALAH Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam. IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU" Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…! Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya; Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevent. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat
solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan. Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama. Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam. Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan. MENGAPA KES LINA JOY? Kes Lina Joy adalah kes yang seduah lama didiamkan, tetapai ianya telah dimarketingkan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, adan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impact yang amat besar, dan diistilah kan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukam yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam. www.becketfund.com, www.malaysianbar.org.my,
www.bernama.com.my menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya; Malaysian Bar Council All Women’s Action Society (AWAM) Sisters in Islam (SIS) Catholic Lawyers Society Interfaith Spiritual Fellowship Malaysian Civil Liberties Society (MCLS) Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) National Human Rights Society (HAKAM) Pure Life Society Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Vivekananda Youth Movement, Seremban Women’s Aid Organization (WAO) Women’s Development Collective (WDC) Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan paper & kes study yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujjah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari Bar Council member. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka… Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil peguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut; “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a subservient to constitution…”
TINDAKAN SEGERA Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah; Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy; Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik. Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia. Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau. Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa… Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, http://www.myislamnetwork.net/portal/ atau yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian. Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan
kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini; Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.com.my Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tenatang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan. Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah dipahami kepada seluruh masyarakat Malaysia. Solat Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan. Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam. Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam. Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.
Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma;
[email protected] PENUTUP Saudara sekalain, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…
Persoalan riddah telah disentuh oleh para ulama, bahkan ia telah mengambil salah satu tempat yang terpenting di dalam senarai kes-kes hukum jenayah yang
mereka bicarakan. Persoalan ini mereka letakkan di dalam bab atau bahagian khas yang sebahagiannya mereka namakan dengan Kitab Al-Riddah, Bab AlRiddah, Ahkam Al-Riddah (hukum-hakam orang murtad). Dengan merujuk kepada analisis hukum yang dikeluarkan oleh ulama tentang orang-orang murtad berdasarkan nash-nash syarak, hukum pertama yang mereka sepakati ialah tentang wajib membunuh orang-orang yang benar-benar didapati murtad. Ilmuan fiqh abad ini, Dr. Wahbah Al-Zuhaihi berkata : “Para ulama telah sepakat tentang wajib hukum bunuh ke atas orang murtad.” Katanya lagi : “Dan
telah ijmak para ahli ilmu tentang wajib hukum bunuh ke atas lelaki yang murtad dan hukum bunuh ke atas wanita yang murtad dan hukum bunuh ke atas wanita yang murtad mengikut pendapat jumhur ulama.” (Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh : 6:186) Mengikut analisis para ulama lagi, tindakan murtad merupakan salah satu jenis kekufuran yang amat keji dan sangat keterlaluan dan ianya menyebabkan terhapus dan hilangnya segala balasan pahala kebajikan yang pernah dilakukan sebelum murtad sekiranya mati di dalam kemurtadan (wal ‘iyazu billah). (AlSayyid Al-Bakri, I’anah Al- Thalibin : 4:132-134) Perlaksanaan hukum bunuh di atas hanya akan berlaku apabila orang murtad berkenaan enggan bertaubat dan enggan kembali kepada Islam setelah dinasihati dan diarahkan bertaubat. Hukum memberi nasihat dan menyuruh bertaubat ini adalah wajib ke atas pemerintah. Taubat di sini mestilah dilaksanakan dengan mengucap dua kalimah syahadat. (I’anah Al-Thalibin : 4:139) Selain daripada hukum di atas, banyak lagi hukum yang timbul kesan daripada tindakan keluar daripada Islam, antara lain ialah : Hilang hak penjagaan anak, baki hartanya diserahkan ke baitulmal, tidak sah menjadi wali nikah, hilang taraf kehormatan diri, putus perkahwinan setelah habis idah, tidak dibenarkan berkahwin sama ada dengan orang Islam atau kafir, tidak berhak harta waris dan lain-lain lagi.
DASAR HUKUM WAJIB MEMBUNUH ORANG MURTAD Di antara dasar hukum wajib pihak berkuasa membunuh orang murtad ialah hadis-hadis berikut yang maksudnya : “Sesiapa
yang menukar keislamannya hendaklah kamu bunuh dia.” (Hadis para Perawi kecuali Muslim).
Maksudnya: “Tidak
halal darah seseorang muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara : Tayyib (duda/janda) yang berzina, qishash nyawa dengan nyawa dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada jemaah (kaum muslimin).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud). Maksudnya: “Mana-mana
lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya.” (Hadis riwayat Thabarani daripada Mu’az bin Jabal). Itulah di antara dalil-dalil yang menunjukkan betapa berat dan besarnya risiko murtad ( keluar daripada agama Islam). Berdasarkan hasil analisis para ulama yang muktabar dan berkaliber daripada hadis-hadis ini dan dalil-dalil lain, adalah wajib dihukum bunuh orang murtad sebagai risiko terhadap kemurtadannya. Orang yang tidak mengakui kedudukan dan fungsi dalil-dalil tersebut sebagai dalil wajib bunuh ke atas orang murtad setelah cukup persyaratan hukumnya, serta menafikan hukum berkenaan, mereka adalah golongan yang terpesong, tersilap dan terkeluar daripada konsep ahli sunnah bahkan terkeluar daripada Islam (kafir). Termasuk golongan murtad itu, mereka yang antihadis yang hanya mengutamakan atau hanya berpegang kepada Al-Quran. Golongan ini menyampaikan diayah jahat mereka menerusi pelbagai media massa sama ada media cetak atau elektronik. Mereka cuba mempengaruhi orang-orang yang cetek pengetahuannya mengenai Islam dengan memaparkan berbagai teori yang mengelirukan tanpa bersumberkan kepada asas-asas hukum yang muktabar. Mereka mengutamakan andaian akal mereka daripada nas-nas syarak. Mereka ini adalah golongan yang sesat dan menyesatkan. Termasuk juga yang terkeluar daripada agama Islam itu mereka yang menghina dan menolak hadis yang telah disepakati dan diijmahkan oleh ahli hadis tentang
kesahihannya. Ini kerana mengikut para ulama yang muktabar, di antara sebab yang boleh membawa seseorang terkeluar daripada Islam (murtad atau menjadi kafir) termasuklah menghina atau menolak hukum yang telah diijmakkan umat Islam.