Strategi Neocon-syiah Mengetuai Perang Etnik Di Iraq

  • Uploaded by: mohd samsuddin bin harun
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Strategi Neocon-syiah Mengetuai Perang Etnik Di Iraq as PDF for free.

More details

  • Words: 1,104
  • Pages: 5
Strategi Neocon-Syiah Mengetuai Perang Etnik di Iraq. Oleh Mohd Samsuddin Harun www.tenteradajjal.blogspot.com

Presiden Bush telah mengkritik Iran yang dituduh melancarkan kempen untuk melakukan perang etnik di Iraq, termasuk menyerang askar-askar Amerika, dengan bertindak menyokong militia-militia Syiah yang bertindak mengusir keluar etnik Sunah dari kawasan Baghdad pada tahun 2004. Tindakan itu telah menimbulkan krisis perang etnik sehingga sekarang. Sebenarnya ia juga berlaku dengan sebab sokongan kedua-dua belah pihak iaitu Iran dan perancang perang Amerika, Neo-konservatif.

1

Keputusan-keputusan polisi Amerika yang telah membawa kepada krisis perang etnik boleh ditelusuri kembali terhadap keyakinan sekumpulan fanatik sayap kanan yang memiliki hubungan rapat dengan Parti Likud yang telah menggulingkan rejim Saddam Husein di Iraq tidak akan mengoncangkan kestabilan wilayah itu kerana Syiah Iraq akan menjadi sekutu Amerika dan Israel yang akan menentang Iran.Idea bahawa Syiah Iraq boleh digunakan untuk memajukan kepentingan-kepentingan kuasa AS di Timur Tengah merupakan sebahagian daripada strategi sayap kanan untuk mengukuhkan semula musuh utama AS-Israel berkenaan. Pada tahun 1996, satu tugas khas dalam sayap kanan think tank Isreal, Institute for Advanced Strategic and Political Studies di bawah Richard Perle telah menasihatkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa satu strategi perlu mengambil alih kawalan di Iraq dan menempatkan satu rejim yang pro-Israel berkuasa di sana. Tiga tahun kemudian, bekas pengarah think tank itu, David Wurmser yang telah berhijrah ke American Enterprise Institute sebuah pertubuhan neoconservative, telah menyuarakan pendapat bagaimana Amerika Syarikat boleh menggunakan Syiah Iraq untuk menyokong strategi dalam "Pakatan Kejam". Wurmser berusaha untuk menyangkal hujah kelompok realist (diketuai Colin Powell) yang berpendapat tindakan menggulingkan Saddam Hussein akan menghancurkan keseimbangan kuasa antara yang dikuasai Sunni Iraq dan Syiah Iran yang bergantung pada kestabilan serantau. Wurmser telah mencadangkan menggantikan polisi "dual containment" terhadap Iran dan Iraq dengan apa yang disebut "dual rollback". Dia tidak menyangkal bahawa menjatuhkan regim Hussein akan "menghasilkan pergolakan di Iraq", tapi mengalualukan tindakan berkenaan, yang mana akan "menawarkan penindasan”, majoriti Syiah negara itu akan memiliki peluang untuk meningkatkan kuasa dan prestij mereka."

2

Sedangkan kelompok "realis" telah menjangkakan Syiah Iraq akan menjadi "kolum kelima Iran", Wurmser berpendapat bahawa ulama Syiah Iraq akan "menghadirkan penentangan terhadap pengaruh Iran dan revolusi." Dia menyatakan, Syiah Iraq menolak konsep “pusat revolusi Iran Ayatollah Khomeini” - "wilayah al-faqih". Dari fakta tersebut, Wurmser melangkau kepada kesimpulan bahawa Syiah Iraq akan menjadi sekutu Amerika Syarikat dalam mempromosikan "kebangkitan semula fundamentalisme Syiah serantau". Malahan, Wurmser telah menyarankan bahawa Syiah Iraq boleh membantu menghuraikan Syiah Lubnan, yang mana memiliki hubungan yang sangat rapat secara historica, dari pengaruh Hizbullah dan Iran, jauh dari pengaruh Hezbollah dan Iran. Wurmser sangat rapat dengan pegawai-pegawai utama di Pentagon dan Rumah Putih yang sedang merancang serangan ke atas Iraq seperti ; Timbalan Menteri Pertahanan Paul Wolfowitz dan Timbalan Setiausaha Dasar Pertahanan -Douglas Feith. Setelah peristiwa serangan 9 / 11, Wurmser telah menubuhkan "Policy Counterterrorism Evaluation Group" di pejabat Feith untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan untuk membenarkan pencerobohan ke atas Iraq. Selepas penajahan Amerika di Iraq, ia menjadi penasihat Timur Tengah kepada Naib Presiden Dick Cheney. Perancangan neo-konservatif untuk menjajah Iraq dirumuskan menerusi andaian Wurmser bahawa Amerika Syarikat tidak perlu perancangan ketenteraan jangka panjang penjajahan di Iraq, kerana kejatuhan rejim Saddam Hussein akan mengukuhkan kekuatan Syiah Iraq. Tapi realiti politik di Iraq sama sekali tidak seperti Wurmser dan sekutu-sekutunya bayangkan. Mereka tidak mengambil kira kebangkitan kelompok Sunni yang akan melakukan penentangan yang besar setelah mereka disingkirkan. Mereka tidak menjangkakan bahawa ulama-ulama’ Syiah Iraq akan menuntut pilihanraya umum dan 3

mengalihkan sokongan mereka kepada parti-parti militan Syiah, SCIRI dan Dawa, yang telah kembali dari buangan di Iran selepas Amerika menggulingkan Saddam Hussein. Parti SCIRI dan Dawa adalah bukan bergaris keras menurut fikiran ketika mereka berfikir mengenai kuasa Syiah di Iraq. Formasi tentera mereka telah dicipta, dilatih dan didanai oleh Tentera Pengawal Revolusi Iran - IRGC, dan pandangan mereka mengenai politik antarabangsa tidak diketahui dengan jelas, dibezakan dengan Syiah di Republik Iran. Para neoconservatives juga ketahui bahawa Parti Dawa adalah sebuah pertubuhan pengganas. Terlibat dalam kejadian pengeboman kedutaan besar Amerika Syarikat dan Perancis di Kuwait pada tahun 1983 dalam usaha untuk mengusir Amerika daripada negara berkenaan. Jurucakap Kedutaan Besar Amerika melaporkan Salah seorang Syi'ah yang dipilih menjadi ahli parlimen Iraq pada Disember 2005, Jamal Jaafar Mohammed, dikatakan oleh sedang berada di bawah penyiasatan kerana terlibat dalam peristiwa berkenaan. Ketika musuh-musuh Ahmed Chalabi (tokoh Syiah kegemaran neo-konservatif) telah menuduh bahawa beliau menjadi mata-mata kepada Iran, dan Majlis Keselamatan Nasional menuliskan satu kertas dasar bertajuk "marginalising Chalabi," para neocons di luar kerajaan menjadi marah. Michael Ledeen menulis sebuah kolum di National Review Online pada 28 Mei 2004 memetik bahawa Abdul Aziz al-Hakim, ketua SCIRI, dan Nabi Ibrahim Jaffari daripada parti Dawa masih dibayar gaji oleh Iran, namun masih tetap "dikasihani oleh kita". Sementara itu, Michael Rubin dari pertubuhan AEI mula memberi amaran pada musim bunga 2004 bahawa Iran sedang mengukuhkan pengaruhnya di kawasan Syiah selatan Iraq dengan menyalurkan jumlah wang yang besar kepada penyokong-penyokong mereka, militia Syiah Iraq. Tapi Wolfowitz, Feith dan Wurmser yang berdepan meningkatnya gelombang penetangan bersenjata Sunni, telah memutuskan bahawa mereka harus menerima kumpulan-kumpulan pro-Iran sebagai sekutu sementara untuk menentang kaum Sunni. Ketika Wolfowitz memberikan keterangan di depan Jawatankuasa Perhubungan Luar Negeri Senat pada 18 Mei 2004, beliau telah mencadangkan bahawa kerajaan menerima kewujudan terus militia Syiah tersebut, selagi mereka masih bersahabat dengan Amerika Syarikat. Tentang tindakan untuk melucutkan senjata mereka, dia berkata, "Itu bukan sebahagian daripada misi kecuali diperlukan untuk membawa mereka di bawah kawalan." Selepas Amerika Syarikat telah mampu membina sebuah "institusi keselamatan alternatif," katanya, "selepas itu militia-militia itu boleh berambus." Perancang-perancang perang dalam pemerintahan Bush juga telah memutuskan bahawa para militan Syiah akan mendapatkan pilihanraya pada bulan Januari 2005, yang bererti bahawa sebuah kerajaan Syiah akan terbentuk pada akhir tahun itu. Dengan keputusan-keputusan itu, Iraq terjun ke dalam kancah perang etnik SunahSyiah yang tidak akan dapat dielakkan. 4

Sepanjang tahun 2004 dan paruh pertama tahun 2005, para militia Syiah mengambil keuntungan daripada dasar sokongan Amerika Syarikat untuk mengukuhkan kuasa mereka di Baghdad dan mula bertindak ganas terhadap komuniti Sunni. Selepas kerajaan di bawah Parti Dawa Ibrahim Jaffari telah dibentuk, Briged Badar Syi'ah telah dipindahkan ke Kementerian Dalam Negeri, yang menjadi kenderaan aktiviti keganasan negara Syiah itu. Walaupun liputan media daripada skuad maut Syiah beroperasi dengan bebas di ibu kota, pentadbiran Bush menolak untuk mengakui bahawa mereka ada masalah dengan militia-militia Syiah. Hanya pada bulan Oktober 2005, selepas berlaku perbalahan sengit dalam pentadbiran dalaman Washington, Kedutaan Besar AS mula menentang usaha Syiah untuk memaksa warga Sunni keluar daripada ibu negara. Saat itu sudah sangat terlambat. Perang etnik tidak akan kembali menjadi reda dengan pertumpahan darah yang begitu dahsyat di kalangan Syiah-Sunnah.

Sumber : How Neocon Shiite Strategy Led to Sectarian War oleh Gareth Porter http://www.commondreams.org/headlines07/0207-04.htm http://tenteradajjal.blogspot.com/2009/09/strategi-neocon-syiah-mengetuai-perang.html

5

Related Documents


More Documents from "nina"