SU LIT*
STPM 2008
SULIT*
940/1
JABATAN PELAJARAN SABAH (SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)
SEJARAH KERTAS 1 (TAMADUN DUNIA HINGGA TAHUN 1800) ( Tiga jam)
MO DU L 2 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ].
_________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak. © Sektor Pengurusan Akademik, JPN STPM 940/1 * Kertas soalan ini SULIT sehingga kertas soalan ini tamat SULIT* 2
[Lihat Sebelah SULIT*
Bahagian A Jawab dua soalan sahaja.
1. Masyarakat India di Lembah Indus mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Bincangkan.
[25]
2. Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara Bangsa pada sekitar abad ke-15 di Eropah. [25] 3. Jelaskan peranan orang laut dalam sejarah ketahanan dan pertahanan di Alam Melayu.
[25]
4. Bincangkan sistem ekonomi zaman kemuncak pertengahan Eropah dan huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalis.
[25]
5. Jelaskan sistem pendidikan Negara kota Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani.
[25]
6. Huraikan konsep humanisme dan individualisme dan kesannya terhadap masyarakat Eropah. [25]
7. Bincangkan faktor yang mendorong kuasa barat melakukan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan ke-16 Masehi.
[25]
8. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan senibina tamadun awal.
[25]
Bahagian B Jawab dua soalan sahaja. 9.
Kehidupan manusia di Zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepada masyarakat Tanah Arab. [25]
10.
Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan Khulafa Ar Rasyidin dengan kerajaan Melayu Melaka. [25]
11.
Terangkan konsep ketahanan dan pertahanan, serta bandingkan objektif peperangan dalam Tamadun Barat dan Tamadun Islam. [25]
12.
Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi Islam? Bincangkan sumber-sumber ekonomi Islam pada Zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Al-Rasyidin. [25]
13.
Bincangkan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Makkah dan Madinah. [25]
14.
Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka dan terkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut. [25]
15.
Bincangkan konsep penjalajahan dan penerokaan dari perspektif Islam. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan tersebut. [25]
16.
Seni bina Islam berkembang sejak Zaman Nabi Muhammad (saw) sehingga kini. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan seni bina Islam di Alam Melayu. 940/1 * Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
Panduan Skema SKEMA JAWAPAN EXCEL 2 ( KERTAS 1 ) BAHAGIAN A TAMADUN DUNIA Soalan 1 Masyarakat India di Lembah Indus mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Bincangkan. Pengenalan ( 3 markah ) - Ahli-ahli sosiologi melihat agama sebagai sistem kepercayaan dan amalan satu kelompok manusia terhadap sesuatu yang mereka anggap suci atau kudus. - Hasil hubungan manusia dan alam sekelilingnya telah melahirkan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia. - Di lembah Indus perkembangan agamanya bermula seiring dengan perkembangan penempatan di kawasan lembah Sungai Indus dan Sungai Saraswati - Malahan kebanyakan unsur-unsur kepercayaan masyarakat tersebut menjadi sebahagian daripada kepercayaan masyarakat Hindu pada masa sekarang. Isi-isi penting ( 20 markah )
Bemula tahun 1500 orang-orang Aryan menyebarkan kepercayaan polithisme kepada masyarakat lembah Indus. Terdapat banyak dewa-dewi yang mewakili fenomena alam seperti langit, bumi, air,api, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Umumnya terdapat 3 bentuk kepercayaan yang utama: i.
ii.
iii.
Penyembahan Dewi Ibu – Merupakan amalan yang paling popular. Patung-patung yang menyerupai wanita banyak di temui di Selatan Baluchistan dan Lembah Zhob sehinggalah ke Asia Barat. Penyembahan Dewi Ibu meletakkan asas bagi penyembahan saktisma. Penyembahan Dewa Berkepala Tiga (Shiva) – Penemuan mohor pada 1930 menunjukkan gambar seseorang yang duduk bersila dalam keadaan sedang membuat yoga. Pada gambar itu terdapat gambar berkepala tiga yang mewakili konsep Trimurthi. Dewa Shiva berfungsi sebagai pencipta, pemelihara dan pemusnah. Dewa Shiva dianggap ketau Yogi dan ini menunjukkan amalan Yoga berasal daripada masyarakat Indus. Penyembahan Lingam – Bukti terdapat pada penemuan kon di Mohenjo-Daro dan Harappa. Lingam ialah lambang Dewa Shiva. Para sarjana mengaitkan objek-objek berbentuk Lingam ini dengan mohor yang mempunyai lambang proto Shiva.
4. Amalan penyembahan pokok Bukti pada penemuan mohor-mohor yang mempunyai lambang pokok pipal dan acacia di Mohenjoro-Daro dan Harappa. Pokok-pokok ini dianggap suci kerana menjadi tempat tinggal dewa-dewi. Pokok Pipal dianggap paling suci. Pokok ini melambangkan ilmu pengetahuan. Mereka yang mengikat daun pokok tersebut di kepala akan memperoleh segala ilmu. Pokok Pipal juga menjadi pelindung dewa daripada segala kuasa jahat. Dalam kalangan masyarakat Indus pokok Pipal juga dianggap menjadi lambang Dewa Pipal. Dewa Pipal pula ialah ketua bagi semua dewa orang Indus.
5. Amalan kerohanian yang lain Antaranya penemuan patung gangsa seorang wanita melambangkan wujudnya seni tari ritual. Mereka juga mengamalkan amalan membakar mayat dan membuang abu ke dalam sungai. Kewujudan kolam mandi di Mohenjo-Daro menunjukkan wujud juga amalan mandi ritual di bawah pengawasan golongan sami. Kesimpulan [2 markah] Masyarakat Indus mempunyai sistem kepercayaan yang unik. Masyarakat Indus banyak mewarisi kepercayaan agama mereka, contohnya penyembahan Dewi Ibu amat popular dalam kalangan orang Dravida (khususnya orang Tamil). Begitu juga amalan penyembahan pokok yang diamalakan secara meluas oleh masyarakat India. Soalan 2 Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa pada sekitar abad ke -15 di Eropah. Pengenalan ( 3 Markah ) -
Negara bangsa ialah sebuah pemerintahan yang bebas daripada dunia empayar. Negara bangsa berdaulat dan berada dibawah kekuasaan raja mutlak Penduduknya berteraskan ciri-ciri seperti satu bangsa, satu bahasa, satu adat, satu kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan Negara bangsa wujud berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah sebuah negara Setiap wilayah mempunyai pemerintahan sendiri tetapi dikawal oleh kerajaan pusat dibawah seorang raja Raja berkuasa mengisytiharkan perang, memungut cukai, menjalankan pentadbiran dan menguatkuasakan undang-undang yang seragam diseluruh negara. Contoh negara bangsa yang muncul di sekitar abad ke-15 ialah England, Perancis dan Sepanyol. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa
Isi-isi Penting ( 20 Markah) A. Faktor pembentukan Negara Bangsa ialah 1. Kejatuhan Sistem Feudal -
Feudalisme ialah susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat pada zaman pertengahan awal mengandungi raja, vassal (bangsawan) dan serf (petani dan rakyat biasa) Raja memiliki tanah dan menyerahkan tanah kepada vassal untuk diusahakan atas balasan taat setia yang dicurahkan oleh vassal. Vassal pula akan menyerahkan sebahagian hasil tanaman Lama-kelamaan vassal akan semakin kaya dan berkuasa manakala kuasa raja akan terancam Oleh itu, raja menggunakan wang daripada hasil tanaman membentuk angkatan tentera untuk memerangi vassal Dengan ini, negara bangsa akan wujud apabila raja menyatukan kawasan persekitaraan daripada kelompok bangsa yang sama
2. Perang Salib -
Negara bangsa juga wujud kerana berlakunya perang Salib Perang ini berlangsung selama lebih 200 tahun antara orang Kristian dengan orang Islam di Timur Tengah dan Asia Kecil
-
Semasa perang Salib, orang Kristian meminta bantuan Pope(Paus) dan pemerintah Eropah untuk meminta bantuan ketenteraan Oleh itu, pemerintah meminta bantuan daripada vassal dan serf disumbangkan menjadi tentera Kuasa dan pengaruh vassal berkurangan apabila serf tidak pulang kepada vassal selepas peperangan selesai. Oleh itu, raja bertindak mengukuhkan kedudukan dan melaksanakan ekspedisi ketenteraan untuk membentuk negara bangsa Perang Salib juga menyebabkan orang Kristian sedar akan kelemahan diri dan ingin mewujudkan negara bangsa seperti zaman kegemilangan Tamadun Yunani dan Rom.
3. Renaissance -
Negara bangsa juga terbentuk kerana Renaissance Renaissance ialah pemulihan budaya Pertembungan budaya menyebabkan raja mempersoalkan budaya lama dan inginkan perubahan dari aspek perubahan intelektual dan pentadbiran serta memperoleh sokongan rakyat
4. Perubahan Ekonomi -
Perubahan ekonomi merupakan faktor kepada pembentukan negara bangsa Perubahan ekonomi sara diri dan tradisional kepada perkembangan ekonomi pertanian dagangan, perindustrian dan komersial dibandar menyebabkan serf lari daripada vassal untuk pergi ke bandar. Raja mengambil kesempatan untuk meluaskan pengaruh serta kuasanya dan membentuk negara bangsa
5. Kemunculan golongan pertengahan - Golongan pertengahan yang mengusahakan perdagangan dan perindustrian sanggup menyokong dan membayar cukai yang banyak kepada pemerintah yang boleh mewujudkan keamanan untuk pertumbuhan ekonomi - Dengan ini raja menggunakan hasil cukai untuk menguatkan angkatan tentera dan menggaji pegawai perkhidmatan awam untuk melindungi golongan pertengahan dan membentuk kerajaan yang diingini 6. Perkembangan bahasa Kebangsaan -
Raja yang ingin mewujudkan negara bangsa memberi kebebasan berbahasa dan mewujudkan bahasa kebangsaan dengan tujuan mendapat sokongan kelas pertengahan Oleh itu, di Perancis, buku-buku di tulis dalam dialek Norman dan Burgundi dan bukan dalam bahasa Latin Bahasa Perancis menjadi identiti penduduk dan mempercepatkan usaha pembetukan negara bangsa
7. Pemeberian anugerah serta gelaran kepada golongan bangsawan. -
Negara bangsa terbentuk dengan pemberian anugerah serta gelaran kepada golongan bangsawan Contoh gelaran yang diberi ialah Duke, Earl, Baron dan Count Cara ini dapat memuaskan hati golongan bangsawan, memudahkan raja mengawal mereka dan mendapat taat setia mereka Raja semakin kukuh dan negara bangsa berjaya dibentuk
8. Golongan gereja
-
Kejatuhan institusi dan golongan gereja juga turut menyumbang kepada pembentukan negara bangsa. Gereja amat berkuasa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini menggugat kedudukan raja Oleh itu, raja memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin gereja Dengan ini kuasa gereja dapat dihalang dan raja mendapat sokongan rakyat Pembentukan negara bangsa menjadi mudah
Kesimpulan: (2 markah) -
Negara bangsa terbentuk bukan sahaja kerana faktor dalaman tetapi juga faktor luaran Pembentukan negara bangsa menggiatkan lagi penjelajahan dan penerokaan, mengembangkan ilmu pengetahuan sains, pelayaran, geografi dan falsafah.
Soalan 3 Jelaskan peranan orang laut dalam sejarah ketahanan dan pertahanan di Alam Melayu Pengenalan (3 Markah) - Tom Pires menggelarkan orang laut sebagai Celates/Selatter, Prof. O.W. Wolters menggunakan istilah Gipsi Laut. - Tempat asal kelompok ini ialah gugusan Riau-Lingga, di selatan Selat Melaka. - Kamus Dewan (1990), ketahanan bermaksud sesuatu yang menahan,menghalang rintangan dan keupayaan menanggung sesuatu yang merujuk kepada daya juang dan sifat tahan lasak seseorang. - Pertahanan bermaksud sebagai hal mempertahankan kubu dan benteng bagi mempertahankan diri daripada serangan musuh. Isi-isi Penting (20 Markah): 1. Pengumpul hasil-hasil laut. i. Orang laut menjalankan kehidupan mereka dengan melakukan rondaan keselamatan di laut dan mengumpul hasil-hasil laut seperti mengutip trepang, kulit penyu,mengumpul tumbuhan laut seperti agar-agar dan sagu. ii. Mempunyai banyak pengetahuan tentang angin monsun dan pulau-pulau di pesisir pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu. 2. Pembina dan pendokong utama kerajaan Srivijaya, Melaka dan Johor-Riau i. Hubungan erat orang laut dan Kerajaan Srivijaya banyak membantu kerajaan Srivijaya mengekalkan keunggulan ekonomi dan politiknya pada kurun ke-7 hingga kurun ke-13. ii. Kajian awal membuktikan bahawa peranan Orang Laut ini amat penting dalam membina kegemilangan kerajan Srivijaya,Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan terus berkesinambungan pada zaman kerajaan Johor-Riau. iii. Menjadi tulang belakang dalam angkatan laut serta mendapat kedudukan yang tinggi dala hieraki sosial. 3. Segelintir menjadi pentadbir utama dalam istana i. Anak raja Srivijaya iaitu Parameswara telah dibantu oleh orang laut untuk menubuhkan kerajaan Melayu Melaka. ii. Upacara pertabalan telah dilakukan ke atas Parameswara iaitu upacara “abhiseka” memberikan kedaulatan kepadanya dan keturunannya. iii. Orang Laut menjadi pendayung,hulubalang,panglima dan Bentara malahan ke jawatan tinggi seperti Bendahara, Laksamana dan Temenggung. 4. Setia sebagai tentera laut dan pahlawan i. Orang Laut merupakan pasukan perang yang gagah dan kemahiran mereka mendayung telah menjadikan mereka pilihan utama sebagai angkatan laut.
ii.
Kekuatan Orang Laut juga tergambar kerana jumlah mereka yang menjadi hulubalang lebih ramai daripada orang Melayu pada abad ke-19. iii. Mereka dianggarkan menganggotai kira-kira satu suku tentera Melayu dalam Kerajaan Johor-Riau. Pembangun dan penyedia kelengkapan kerajaan i. Orang Laut juga berperanan sebagai pengangkut utusan dan surat-surat kepada pemerintah luar negeri,menyediakan agar-agar dan sagu kepada raja, berkhidmat di dapur istana,mengangkut air dan kayu api serta menjaga anjing perburuan Sultan. ii. Pemerintah Johor memahami peranan dan bakat semula jadi Orang Laut untuk menarik kapal asing berdagang ke Johor dan mengurangkan persaingan asing terutama dari pihak Belanda di Selat Melaka.
5.
Kesimpulan (2 Markah): Orang Laut memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan kekuatan dan kegemilangan Melaka dan Johor. Pada suatu masa mereka amat gemilang dan berada di mercu yang tinggi dalam hieraki sosial dan kuasa politik Melayu dari abad ke-7 hingga abad ke-17 Masihi. Soalan 4 Bincangkan sistem ekonomi Zaman Kemuncak Pertengahan Eropah dan huraikan faktorfaktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalis. Pengenalan (2 Markah) - Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan secara revolusi mengikut zaman. - Athens mengamalkan sistem ekonomi bebas dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar manakala Sparta mengamalkan system ekonomi sara diri. - Kemudian pada Zaman Pertengahan Awal, masyarakat Eropah mengamalkan sistem ekonomi bersifat feudal dan tiada hubungan dengan dunia luar. - Pada Zaman Kemuncak Pertengahan,system ekonominya bercorak kapitalisme kerana pada zaman ini berlaku pemulihan perdagangan di sepanjang jalan perdagangan Eropah Barat. Isi-isi penting. A.
Konsep ekonomi kapitalisme ( 5 Markah) -
B.
Sistem kapitalisme diperkenalkan oleh dunia Barat. Setelah tamatnya Zaman Gelap di Eropah,sistem ini membawa perubahan yang besar dalam pelbagai bidang di Eropah itu sendiri. Ekonomi kapitalisme ialah satu sistem ekonomi bebas. Setiap individu dan syarikat yang memiliki harta atau modal bebas menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan Ekonomi kapitalisme bermatlamatkan mengaut keuntungan semata-mata. Faktor-Faktor Perdagangan (15 Markah) 1. Perang Salib telah menemukan bangsa Eropah dengan dunia Timur yang menambahkan perdagangan antara kedua-dua kawasan. 2. Asas ekonomi Eropah berpindah dari selatan ke utara. Kekayaan baru ialah hasil pertanian kawasan utara. 3. Berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di utara akibat perpindahan penduduk dari Perancis, Sepanyol, dan Sicily. 4. Keadaan ini juga membawa kepada perkembangan bandar sebagai sebagai pusat pertukaran dan pengeluaran.
5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.
Kemunculan golongan pedagang ini telah membawa kepada perkembangan bandar sebagai pusat pertukaran dan pengeluaran. Kemunculan Bandar-bandar baru juga hasil daripada perkembangan Revolusi Perindustrian telah menyebabkan perkembangan dan kemajuan dalam bidang perdagangan. Kemunculan Bandar dan golongan perdagang ini telah menjalinkan semula hubungan Eropah dengan Laut Mediterranean yang tertutup pada Zaman Gelap dahulu telah mempergiatkan lagi perkembangan kapitalisme di Eropah. Institusi perbankan telah membantu golongan kapitalis meminjam wang untuk memperluaskan aktiviti ekonomi mereka. Penubuhan negara bangsa juga menggalakkan perkembangan kapitalisme Keadaan ini adalah kerana golongan raja mendukung sistem ekonomi merkantilisme yang mampu menjadikan negara kaya dan berkuasa melalui penguasaan koloni. Hal ini menggalakkan setiap negara bangsa untuk menubuhkan koloni masing-masing. Dasar perluasan kuasa menyebabkan negara seperti Sepanyol, England dan Perancis menubuhkan koloni mereka di benua Amerika, Afrika, dan Asia. Penubuhan koloni baru telah menyebabkan para kapitalis membuka kawasan pertanian dan perladangan dan permintaan tenaga buruh makin meningkat. Keadaan ini telah membawa kepada penghijrahan manusia sebagai buruh ke kawasan perladangan. Penggunaan buruh asing juga mengembangkan ekonomi negara Eropah serta membawa kepada perkembangan kapitalisme di koloni-koloni tersebut. Revolusi Perindustrian di Eropah telah menggalakkan pembinaan kilang dan pengeluaran barangan secara besar-besaran. Hasilnya, pengumpulan modal yang besar untuk kegiatan ekonomi secara besar-besaran telah berlaku.
Kesimpulan. (3 Markah) - Sistem kapitalisme berkembang pesat selepas Eropah melalui Zaman Gelap. - Sistem ekonomi ini diperkenalkan oleh masyarakat Barat sebagai akibat kemerosotan sistem ekonomi feudal dan membawa kepada perkembangan industri dan penubuhan koloni-koloni di dunia luar. - Kesannya, sistem ekonomi kapitalisme ini berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Soalan 5 Jelaskan sistem pendidikan negara kota Athens dan Sprta dalam tamadun Yunani Pengenalan (3 Markah ) Tamadun Yunani terletak di tebing Sungai Tiber di Lembah Latium. Dua buah kota yang terkenal pada Zaman Yunani ialah Athens dan Sparta Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan cendikiawan. Isi-isi penting. A. Dasar pendidikan Athens (4 Markah) 1. Bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang. 2. Penekanan pelajaran kepada ilmu, seni muzik, dan kesukanan. 3. Athens mahu melahirkan warganegara yang serba boleh dalam pelbagai bidang 4. Institusi pendidikan utama ialah sekolah tempat mendidik anak-anak mereka 5. Sekolah pertama wujud pada abad ketujuh S.M. yang dikendalikan oleh bukan golongan agama dan swasta. 6. Raja Solon mengeluarkan arahan agar kanak-kanak lelaki mesti belajar membaca dan berenang. 7. Peraturan ini dikeluarkan oleh Majistret khas.
8. 9. 10.
Pengajar di sekolah adalah guru baru yang yang dikenali sebagai sofis. Pengajaran tertumpu kepada pembacaan, penulisan, aritmetik, dan menghafal sajak atau syair. Dalam Akademik Sekolah Pendidikan Tinggi, pelajar mengeluarkan pendapat.
B.
Tahap Pendidikan (4 Markah) 1. Tahap lama (abad kelima hingga abad keenam S.M) i. Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastik ii. Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca, mengira dan menulis. 2. Tahap kedua ( abad keempat hingga 338 M) i. Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacara kehidupan awam. ii. Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik. iii. Solon mengasaskan Cynossarges. iv. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre. v. Pada umumnya, sekolah di Athens di bawah Penyeliaan Negara, khususnya Majlis Aeropagus.
C.
Kurikulum (4 Markah) 1. Kurikulum lama- pelajar didedahkan pelbagai mata pelajaran. 2. Seorang kanak-kanak akan dibimbing oleh seorang hamba, iaitu poedagogus 3. Pelajar dikehendaki membawa alat muzik dan lain-lain. 4. Sebat akan dikenakan bagi pelajar yang ingkar.
D.
Peringkat sekolah (4 Markah) 1. Sekolah rendah. i. Pelajar belajar bertinju dan muzik. ii. Waktu belajar dari pagi hingga ke petang. iii. Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta menghafal tanpa mengetahui maknanya. 2. Peringkat sekolah menengah i. Pelajar berusia 15 tahun. ii. Pelajar belajar Gimnasium iii. Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal ialah Protagoras dan Gorgias. iv. Kurikulum meliputi aspek tatabahasa,retorik, dan pidato 3. Subjek peringkat rendah dan menengah. i. Pelajar diajar konsep 3M ii. Kandungan Pendidikan bersifat informatif, kritikal, dan konstruktif iii. Pelajaran peringkat menengah ialah falsafah dan retorik.
E.
Sparta (4 Markah) 1. Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanak-kanak agar berani. 2. Institusi pendidikan awal ialah keluarga. 3. Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera. 4. Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar aktiviti sukan. 5. Kurikulum Sparta menekankan latihan fizikal 6. Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara peperangan. 7. Peperiksaan setiap 10 hari. 8. Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar. 9. Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin. 10. Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat, dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.
Kesimpulan. (2 Markah) Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melalui pendidikan. Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani. Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat, dan berguna kepada bangsa. Soalan 6 Huraikan konsep Humanisme dan individualisme dan kesannya terhadap masyarakat Eropah. Pengenalan. (3 Markah) - Semasa Zaman Gelap, kemajuan ekonomi, politik dan sosial terbantut. - Gereja telah menjadi penyelamat kepada bangsa Eropah. - Aliran pemikiran gereja hanya tertumpu pada soal akhirat yang dikenali sebagai asceticm. - Semasa Zaman Gelap ini berlaku Renaaissance yang yang membawa Eropah kepada era kemodenan. - Ciri-ciri humanisme dan individualisme yang dibawa oleh Renaissance telah membawa perubahan kepada mentaliti dan pemikiran penduduk Eropah Isi-isi penting. A. Humanisme (10 Markah) 1. Ciri-ciri Humanisme. i. Bermaksud kajian ke atas manusia yang tertumpu pada kemakmuran dan aktiviti manusia di dunia. ii.Menolak kehidupan manusia berasaskan takdir. iii.Golongan ini mementingkan kemajuan manusia dari segi intelek, mentaliti, dan kelakuan manusia. iv.Golongan ini memberi penekanan kepada kemampuan manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang dihadapi. v. Bertentangan dengan Zaman Gelap yang mengutamakan doktrin keagamaan yang dikawal oleh gereja ke atas sekolah Cathedral dan institusi monastri. vi.Penumpuan kurikulum Zaman Gelap hanya berkisar tentang ilmu klasik, istilah, dan kajian ke atas agama Kristian. vii.Tumpuan zaman ini hanya menjurus kepada soal kehidupan selepas mati telah dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan. viii.Pada Zaman Renaissance, sistem pendidikan sekular diterapkan:mementingkan sains dan perkara praktikal diambil penting untuk aktiviti di dalam bilik darjah. ix.Zaman ini memperlihatkan penubuhan universiti yang mementingkan pendidikan sekular seperti bidang perundangan, perubatan, dan sains 2. Tokoh Humanisme. i. Erasmus. • Eramus telah mengarang dua buah karya, iaitu Colloquies dan On the Libereal of Boys From the beginning. • Beliau memberikan penekanan soal humanisme dalam pendidikan dan perkembangan fizikal,mental, dan jiwa yang dibincangkan secara mendalam. • Eramus menekankan soal praktikal dalam semua perkara yang dilakukan. • Bukunya The Praise of Folly telah mengkritik kepentingan golongan pedagang, ahli falsafah, dan agama yang dikatakan merosakkan masyarakat. • Beliau mengkritik golongan atasan, cardinal, dan Bishop yang hidup mewah serta bertentangan dengan cara hidup golongan agama. ii. Thomas More • Beliau mengkritik kuasa mutlak raja England serta golongan bangsawan.
•
3.
B.
Beliau juga mengkritik dasar ekonomi kapitalis yang menekankan soal mengumpul kekayaan dengan mengabaikan kebajikan golongan bawahan. • Thomas menyatakan bahawa golongan kaya menjalankan konspirasi ekonomi kerana sentiasa ingin menjaga status dan kekayaan mereka. • Bukunya, Utopia telah menggariskan bahawa setiap orang berhak untuk memiliki semua perkara yang diingini dan semua harta adalah milik bersama. • Bukunya juga menetengahkan masyarakat ideal yang berkerja lima hari seminggu dan menekankan soal berehat dan menjalankan aktiviti kekeluargaan pada hari tidak bekerja. iii. Petrach • Melalui kajian terhadap karya Greek dan Rom Purba, menyimpulkan bahawa orang Greek dan Rom lebih mementingkan soal dunia berbanding akhirat. • Karya Greek dan Rom banyak menyentuh soal percintaan, keindahan alam , dan masalah kehidupan seharian. Kesan Fahaman Humanisme i. Telah mempengaruhi perkembangan sastera pada Zaman Kemuncak Pertengahan. ii.William Shakespears pada zaman Permaisuri Elizaberth telah memperkenalkan manifestasi humanisme seperti personaliti manusia, perantaran emosi, dan pengalaman hidup. iii.Lukisan rupa dan badan manusia menjadi tumpuan kerana pelukis dan pengukir percaya dengan anugerah Tuhan yang paling menakjubkan. iv.Micheal Angelo dalam lukisannya, David menggambarkan kegagahan dan keberanian seseorang lelaki.
Individualisme (10 Markah) 1. Aspek ini penting pada Zaman Renaissance yang membezakan antara Zaman Pertengahan awal dengan kemuncak tentang kedudukan seseorang individu. 2. Pada Zaman Pertengahan Awal, peranan individu ditentukan oleh kelahirannya dalam kesatuan monarki yang membawa keterbatasan golongan bawahan dalam kegiatan ekonomi dan pertanian. 3. Pada Zaman Kemuncak Pertengahan, individu berhak untuk menentukan kehidupannya dengan usahanya sendiri. 4. Setiap individu perlu memahami kebolehan dan mengetahui potensinya untuk maju dan tidak ada perkara yang dapat menghalang untuk menjadikan dirinya maju. 5. Pada Zaman Renaissance, keturunan seseorang tidak penting dan bergantung kepada hasrat serta keinginan individu untuk maju. 6. Kesan Individualime. i. Perubahan dapat dilihat pada penghasilan seni oleh golongan pelukis dan pengukir, iaitu hasil mereka dihormati. ii. Perkembangan ekonomi kapitalisme pada zaman ini menekankan aspek kebebasan pasaran, hak milik persendirian, pengumpulan modal, dan keuntungan melalui perniagaan di dalam dan di luar benua Eropah. iii. Bermulanya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah serta mendapat galakan daripada golongan pemerintah dengan menjanjikan kekayaan dan pangkat bagi mereka yang berjaya menemui kawasan baru. iv. Vasco da Gama, Columbus, Magellan telah dijadikan Viceroy dalam penjelajahan mereka. v. Columbus pernah dikecam sebagai orang gila kerana keinginannya untuk mencari dunia baru kerana masyarakat pada ketika itu terpengaruh dengan gereja bahawa dunia ini bukannya bulat.
Kesimpulan (2 Markah) Aspek humanisme dan individualisme telah menjadi sebahagian fahaman dalam Pergerakan Renaissance.
Kata-kata Socrates “ manusia adalah penukuran bagi segala-galanya” bertepatan dengan fahaman sedemikian. Soalan 7 Bincangkan faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi. Pengenalan ( 3 Markah ) Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi. Penjelajahan pula membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom lagi. Orang Eropah juga belayar merentasi Lautan Atlantik ke Greenland menerusi Amerika Utara. Menjelang abad ke-15 dan ke-16 Masihi, kuasa-kuasa Barat mula melakukan penerokaan dan penjelajahan secara besar-besaran. Orang Portugis merupakan bangsa terawal yang mempelopori kegiatan penerokaan dan penjelajahan ke seberang laut. Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan ( gold ), kemegahan ( glory ) dan keagamaan ( gospel ). Isi-isi Penting ( 20 Markah ) 1.
Gerakan Renaissance i. Gerakan ini merubah cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme. ii.Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakat Eropah hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta kemahiran berfikir
2.
Perkembangan kapitalisme dan merkantalisme i. Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka. ii.Menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
3.
Menyebarkan agama Kristian i. Raja-raja Eropah dan golongan mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika. ii.Kepercayaan mengenai Prester John, seorang tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.
4.
Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam i. Orang Eropah memerlukan barang-barang dari timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi. ii.Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. iii.Mereka juga mahu memecahkan monopoli perdagangan saudagar-saudagar Islam.
5.
Perang Salib i. Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru, iaitu suka bersiar-siar dan belayar. ii.Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar-saudagar Arab. Penaklukan wilayah Islam di Sepanyol telah menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.
6.
Perlumbaan antara negara-negara bangsa i. Portugis, Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara-negara bangsa yang bersaing antara satu sama lain untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan Amerika. ii.Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barangbarang mereka. Para pemerintah juga memberi galakan hadiah yang lumayan dan gelaran kepada para peneroka.
7.
Kemajuan dalam teknologi pelayaran i. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 M. ii.Alat seperti kompas magnetit dan astrolabe dicipta untuk memudahkan pelayaran. Pelayarpelayar Eropah berjaya meneroka kawasan-kawasan baru dengan bantuan alat-alat pelayaran serta kemampuan membina kapal-kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas.
8.
Pengetahuan tentang dunia luar i. Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte Corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan China mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan. ii.Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan China menarik minat Christopher Columbus untuk melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.
Kesimpulan ( 2 Markah ) Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi. Aktiviti penerokaan dan penjelajahan ini telah menghubungkan benua Eropah dengan dunia sebelah timur melalui jalan laut. Menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan, negara-negara Barat juga dapat mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang luas, mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan Soalan 8 Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan seni bina tamadun awal. Pengenalan: (3 markah) Seni bina merupakan salah satu cabang kesenian untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan sebagainya yg dibina oleh manusia. Bidang seni bina memerlukan kecekapan dan perancangan yang teliti supaya indah dan sesuai dengan tujuan pembinaan sesebuah bangunan atau monumen. Seni bina melibatkan peralatan dan kekukuhan sesuatu bangunan seterusnya memberi kesenangan dan keselesaan kepada pemilik atau penggunanya. Bagi Ibn Khaldun, seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yg penting kerana menjadi mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa.
Isi-isi Penting: (20 markah) 1. Pertahanan i. Menjadi penyebab pembinaan sesebuah bangunan. ii.Membina tembok di sekeliling bandar merupakan satu ciri perbandaran di Sumeria. iii.Ini bukan sahaja melambangkan kecekapan mereka dalam pembinaan malahan bagi mengatasi serangan musuh. iv.Begitu juga dengan pembinaan Tembok Besar China yang panjangnya melebihi 5000 km merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa faktor pertahanan adalah penting bagi pembinaan sesebuah bangunan. 2. Agama i. Faktor ini sangat diutamakan dalam pembinaan sesebuah bangunan. Tujuan pembinaan bangunan itu biasanya dijadikan sebagai tempat pemujaan tuhan, tempat perayaan keagamaan dan tempat kediaman tuhan. ii.Antara bangunan contoh ialah Pantheon yang dibina sebagai pusat pemujaan Dewi Antena di Yunani dan Ziggurat di Mesopotamia. iii.Selain itu kota Babylon mempunyai lapan pintu gerbang dan setiap pintu gerbang diberi nama bersempena nama tuhan-tuhan mereka. 3. Memperingati Kekuasaan Raja i. Seni bina juga dibina oleh raja atau bangsawan untuk kegunaan atau memperingati mereka. ii.Di Mesir piramid merupakan tempat raja mereka bersemadi. iii.Besar atau kecil piramid itu bergantung kepada kekuatan dan kebesaran seorang firaun. iv.Misalnya Cheops, Chepren, dan Mycerinus merupakan tiga piramid agung. Cheops merupakan piramid yang paling besar yang menyerupai gunung. Chepren pula dibina untuk anak lelaki Cheops. v. Piramid Mycerinus pula paling kecil dan mempunyai tiga buah makam berbilik. 4. Kemudahan dan Rekreasi a. Orang Rom membina bangunan awam yang dapat memberi kemudahan dan rekreasi kepada masyarakat mereka yang dikenali sebagai utilitarian. b. Setiap bandar di Rom terdapat Forum, untuk kegiatan agama, sivik dan perdagangan. c. Colosseum pula merupakan tempat orang ramai berkumpul untuk menyaksikan perlawanan gladiator. 5.
Lambang Kemegahan dan Kebanggaan i. Negara kota di Yunani dan Mesopotamia berlumba-lumba untuk menghasilkan bangunanbangunan yang cantik dan unik sebagai lambang kemegahan dan kebanggaan negara kota masing-masing. ii.Bangunan yang cantik lagi indah membuktikan bahawa warganegara mereka lebih bijak dan mahir dalam membina sesebuah bangunan atau monumen.
Kesimpulan: (2 markah) Pelbagai faktor mempengaruhi pembinaan sesebuah bangunan atau monumen dan setiap bangunan yang dibina itu mempunyai tujuan dan fungsi tertentu dalam tamadun awal.
Bahagian B Soalan 9 Kehidupan manusia di zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepada masyarakat Tanah Arab. Pendahuluan [3 Markah] • Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh. • Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan • Nabi Muhammad s.a.w pada 610M. • Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut: - Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk - Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun. - Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. - Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca Isi-isi Penting (5 X 4 Markah) 1. Perbezaan konsep ketuhanan i. Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima agama yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme. ii.Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T 2. Perbezaan aspek politik i. Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah. ii.Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi. iii.Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al-Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah 3. Perbezaan aspek ekonomi i. Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing. Di kawasan subur seperti Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur. ii.Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan, membuat patung dan membuat senjata. iii.Terlibat dalam kegiatan perdagangan. iv.Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli. v. Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan 4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan i. Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan mereka merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan naluri dan emosi. ii.Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya kira-kira 17 orang sahaja. iii.Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengethuan berlaku dalam bentuk lisan iv.Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat Islam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya.
5.
Perbezaan aspek sosial
i. Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani. ii.Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah S.W.T. Kesimpulan [2 Markah] Sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar kacir dengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup masyarakat Tanah Arab mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial. Soalan 10 Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan khulafa al-Rasyidin dengan kerajaan Melayu Melaka. Pendahuluan [3 markah] - Kerajaan Khalifah Al Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah pada 632 M. Saidina Abu Bakar Al Sidiq menjadi khalifah pertama, diikuti Khalifah Omar Al Khatab,Khalifah Othman Al Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib. - Kerajaan Khalifah Al Rasyidin berakhir pada 633M apabila Muawiyah Bin Abu Sufian mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah. - Sebaliknya kerajaan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramasewara pada 1404M - Kerajaan ini terletak diperkampungan nelayan selat Melaka. Kerajaan Melaka menerima Islam apabila Paramaswara berkahwin dengan puteri Raja Pasai pada1414M. Melaka mencapai kegemilangan pemerintahan Islam pada Zaman Mansor Syah dan Sultan Muzaffar Shah. - Kerajaan Melaka berakhir pada 1511M apabila diserang oleh Pertugis. Isi-isi Penting ( 5X4 =20 Markah ) 1. Perbandingan Politik -
-
2.
Kerajaan Khalifah ar Rasyidin mengamalkan konsep Syura dan Bai’ah. Wujud pemusatan kuasa dengan Khalifah dalam hal perlantikan pegawai kerajaan penglima perang dan gebnor Wilayah. Khalifah akan bertindak berdasarkan persetujuan syura. KAR menekankan konsep jihad dan penaklukan bagi meluaskan pengaruh Islam. Contohnya pada zaman Khalifah Umar al- Khatab terdapat lima belas wilayah Islam seperti Mesir, Iraq, Iran,Syria dan Palestin Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan Monarki.kuasa sultan tidak terbatas.Rakyat mesti taat kepada pemerintah. Rakyat tidak boleh menderhaka kerana raja mempunyai daulat, Kerajaan Melaka mengamalkan sistem pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung, Pembesar lapan dan Pembesar enam belas Perbandingan Ekonomi
-
Di zaman KAR,bentuk ekonomi Islam telah diamalkan sepenuhnya tanpa ada unsur-unsur ekonomi Jahiliah seperti judi,riba,penipuan dan sebagainya dihapuskan. Pemimpin mengamalkan hidup sederhana dan tidak mengawal ekonomi untuk kepentingan peribadi
-
3.
Kerajaan Melayu Melaka, pengurusan semua kerajaan diletakkan di istana Sultan, Semua harta adalah milik mutlak pemerintah dan berhak menggunakan untuk kepentingan peribadi dan keluarga. Biasanya pemerintah hidup mewah melalui cukai dan kutipan hasil yang dikenakan terhadap rakyat. Tidak ada bukti zakat dilaksanakan di Melaka Aspek Sosial.
4.
Di Zaman KAR, sistem sosial dijalankan dengan baik.Tidak ada masalah pilih kasih, penindasan atau perkauman Mengamalkan konsep persamaan taraf antara kaum Arab dari pelbagai keturunan dan antara kaum Arab dengan Islam Mawali ( bukan Arab ) seperti Farsi,Mesir,Afrika,Qubti,Iraq dll Usaha penyebaran Islam dijalankan dengan penuh hikmah Kerajaan Melayu Melaka, mengamalkan konsep susun lapis dalam masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah Pemerintah terdiri daripada Sultan dan golongan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada pembesar, rakyat merdeka dan hamba Wujud amalan pilih kasih dalam perlantikan pegawai kerajaan dan pembesar. Aspek Pendidikan
-
5.
Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan konsep perbendaharaan negara dan ekonomi Islam tidak secara menyeluruh. Ini kerana sistem ekonomi bercampur dengan bentuk ekonomi tradisi dan undang-undang adat Konsep Baitul Mal dan pelaksanaannya diamalkan sepenuhnya bagi meningkatkan ekonomi Islam. Baitul Mal merupakan tempat mengumpul harta kerajaan Islam. Terdapat pegawai yang khusus untuk menguruskan Baitul Mal dan khalifah tidak terlibat secara langsung dalam mengawal harta kerajaan Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem ufti terhadap negeri yang dijajah.Ufti dibayar dalam pelbagai bentuk seperti emas,senjata,makanan,persalinan dan sebagainya Lambang penindasan terhadap negeri yang lemah KAR, pelaksanaan cukai dan zakat dijalankan dengan baik seperti jizyah,kharaj,Usyur,zakat dll.
Di Zaman KAR, pendidikan Islam telah diutamakan dimana khalifah menekankan pendidikan kepada semua rakyat tanpa pilih kasih Khalifah membina kemudahan pendidikan seperti sekolah,masjid,madrasah dan sebagainya Contoh Khalifah Umar telah membina banyak masjid untuk dijadikan pusat pendidikan kepada semua rakyat Kerajaan Melayu Melaka, Perkembangan pendidikan Islam agak berkembang di Melaka.Walaubagaimanapun perkembangan adalah terhad dikawasan istana. menjadi pusat keilmuan,perpustakaan dan intelektual.Contoh Sultan Melayu Melaka menjadi Istana untuk menyimpan kitab-kitab dan buku-buku daripada Timur Tengah Terdapat juga bukti, perkembangan pendidikan berlaku diluar istana seperti di masjid,madrasah atau sursu.kebanyakan dilakukan oleh tokoh-tokoh Arab seperti Maulana Abu Bakar di zaman Sultan Muzaffar Syah. Aspek Perundangan
-
-
Di zaman KAR. Undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya mengikut hukum-hukum yang ditetapkan dalam al-Quran seperti hukuman potong tangan,rejam,bunuh,qisas,takzir dll Hakim dilantik dikalangan mereka yang benar layak dan mahir dalam bidang perundangan. Khalifah terletak dibawah undang-undang dimana khalifah dan kaum keluarga boleh dihukum seperti rakyat biasa sekiranya mereka melakukan kesalahan Kerajaan Melayu Melaka . Pelaksanaan undang-undang Islam agak terhad dan bercampur dengan pelaksanaan undang-undang adat.Contoh hukum Kanun Melaka dan undangundang laut Melaka hanya terdapat kira-kira 45% sahaja undang-undang Islam seperti hukum potong tangan,sebat,bunuh dan lain-lain Di Melaka, Sultan mengatasi undang-undang. Ini bermakna pelaksanaannya tidak termasuk kepada sultan dan golongan pemerintah
Kesimpulan ( 2 Markah ) Apa sahaja yang berkaitan. Soalan 11 Terangkan konsep ketahanan dan pertahanan, serta bandingkan objektif peperangan dalam tamadun barat dan tamadun Islam Pendahuluan [3 Markah] Konflik dan pertelingkahan merupakan fenomena hidup manusia semula jadi yang telah berlaku sejak zaman Nabi Adam a.s lagi. Kedua-dua anak Adam a.s, Habil dan Qabil telah berbalah hingga menyebabkan berlakunya pembunuhan. Moral daripada cerita ini menunjukkan konflik dan pertelingkahan akan terus berlaku selagi manusia didorong oleh nafsu, sikap kebangsaan, kedaerahan, kekeluargaan dan keagaamaan. Oleh yang demikian setiap tamadun mempunyai cara mereka tersendiri dalam usaha membina ketahanan dan pertahanan mereka masing-masing. Kedua-dua tamadun barat dan Islam mempunyai objektif yang agak berbeza. A.
Konsep Ketahanan dan Pertahanan [4 Markah] Ketahanan bermaksud kecekalan, ketabahan dan kesabaran. Seseorang yang tahan ialah seorang yang tabah, sabar dan cekal menghadapi sebarang cabaran, dugaan serta tidak mudah luntur dalam perjuangan. Sifat-sifat sabar, tabah dan cekal adalah perlu bagi seseorang pejuang bangsa dan agama. Ketahanan juga merangkumi aspek rohaniah dan fizikal. Ketahanan dari segi fizikal merangkumi aspek lahiriyah termasuk pembinaan jasmani dan ketenteraan. Ketahanan dari segi rohani pula melibatkan aspek agama dan moral. Manakala pertahanan merujuk kepada perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh. Membela golongan yang lemah atau teraniaya dan dizalimi juga termasuk dalam erti pertahanan. Menurut Islam, mempertahankan diri, agama dan negara adalah wajib dan hak setiap individu. Sekiranya mereka gugur dalam mempertahankan kebenaran, maka kematian mereka dianggap jihad.
B.
Objektif peperangan dalam Tamadun Barat [8 Markah] -
Perluasan wilayah. Dalam tamadun Rom baik pada zaman Republik mahupun zaman empayar, kerajaan Rom menjalankan dasar perluasan kuasa untuk meluaskan kuasa sehingga menduduki tiga buah benua, meliputi Afrika, Asia dan Eropah Bermotifkan ekonomi. Rom dan Carthage misalnya berperang disebabkan kedua-dua kuasa tersebut ingin mengekalkan monopoli perdagangan di lautan Mediterranean Mempertahankan agama Kristian. Perang Salib berlangsung selama 200 tahun (1096M hingga 1291M). Peperangan ini berlaku kerana keinginan tentera barat mengambil semula Baitul Maqdis di Palestin daripada tangan orang Islam. Pihak gereja Byzantine telah menganggap bahawa Islam adalah ancaman pada agama Kristian dan orang Kristian perlu
-
C.
bersatu menentangnya. Pemimpin gereja Rom, iaitu Pope Gregory VII menyambut seruan Comnenus (Maharaja Byzantine) dengan bersatu melancarkan perang suci untuk mendapatkan Baitul Maqdis Bersifat kebangsaan. Pembentukan negara bangsa ekoran Renaissance dan Reformasi menyaksikan perkembangan semangat kebangsaan dalam kalangan negara-negara ini untuk bersaing bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa masing-masing Bermotifkan politik. Negara kota Sparta mewajibkan latihan tentera kepada warganegara lelaki. Mereka dipisahkan daripada keluarga seawal usia 7 tahun. Kaum lelaki Sparta akan berkhidmat sebagai tentera sehingga berumur 30 tahun untuk mempertahankan negara tersebut daripada ancanam musuh Objektif peperangan dalam Islam [8 Markah]
-
-
Demi kehormatan dan dan keutuhan agama, masyarakat dan negara. Islam adalah agama damai dan cintakan pendamaian. Perkataan Islam itu sendiri membawa erti salam atau pendamaian Menegakkan agama Allah S.W.T. Menjadi tanggung jawab setiap individu muslim mempertahankan agamanya. Allah S.W.T tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam oleh musuh luar. Misalnya peperangan Badar, Uhud, dan Khandak berlaku kerana mempertahankan negara Islam daripada serangan kaum musyrikin Quraisy Peperangan dalam Islam terikat kepada etikanya. Islam melarang membunuh kanak-kanak, orang tua dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Islam juga melarang membunuh binatang sesuka hati kecuali untuk makan dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan Mempertahankan maruah diri dan agama. Mendapatkan tanah-tanah jajahan. Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Afrika Utara (Mesir) dan Parsi Kepentingan ekonomi- Islam membenarkan rampasan harta ke atas orang-orang kafir yang ingkar.
Kesimpulan [2 Markah] Apa sahaja yang berkaitan Soalan12 Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi Islam? Bincangkan sumber-sumber ekonomi Islam pada Zaman Nabi Muhammad dan Khulafa al-Rasyidin. Pengenalan ( 3 Markah ) - Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan,penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredahan Allah - Asas ekonomi Islam berkait dan terangkum dalam: a. Allah sebagai pencipta dan penguasa ke atas segala makhluknya. b. Manusia sebagai hamba yang menerima, mematuhi perintah dan menikmati anugerah Maha Pencipta. c. Kekayaan alam yang mesti dimanafaatkan oleh manusia menurut hukum dan peraturan Allah. Sistem kewangan Islam ialah Baitulmal iaitu sebuah dewan tertinggi yang bertanggungjawab dalam masalah kewangan negara. Sama dengan Kementerian Kewangan sekarang.
Isi-isi Penting ( 20 Markah )
1.
Al-Kharaji. bermaksud cukai yang dikenakan kepada orang-orang kafir kerana mengusahakan tanah yang dikuasai oleh orang-orang Islam daripada hasil peperangan. ii.Gabenor daerah adalah bertanggungjawab memungut cukai-cukai tersebut kemudahan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat dan negara. iii.-Ada tiga jenis tanah yang tidak dikenakan cukai kharaj, tetapi dikenakan bayaran Usyur iaitu hasil perusahaan dengan membayar 10% daripada hasilnya kepada kerajaan, iaitu. a. Tanah yang dikuasai oleh Islam dan diberi kepada tentera yang berperang. b. Tanah yang diusahakan sendiri oleh anak negeri. c. Tanah yang dikuasai dengan cara peperangan dan orang-orang Islam sendiri yang mengerjakannya. iv.Tiga cara kutipan yang dilakukan. a. Cara Iltizam iaitu bayaran secara pajak tahunan b. Cara Muqasamah,iaitu membayar dengan hasil tanaman yang ditanam sendiri. c. Cara Muhasabah,iaitu kiraan menurut kadar luas tanah yang diusahakan dan hasil yang diperolehi.
2.
Zakat -
Pada bahasa bererti bersih, subur dan berkat. Zakat pada istilah bererti mengeluarkan harta benda tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu - Zakat fitrah diwajibkan setahun sekali terhadap semua umat Islam-bulan Ramadhan - Zakat harta diwajibkan terhadap orang yang memiliki harta benda yang memenuhi syarat-syaratnya - Antara jenis harta benda yang diwajibkan zakat termasuklah i. Ternakan seperti,unta,lembu kerbau,kambing biri-biri ii. Emas dan perak yang bukan untuk perhiasan wanita iii.Galian seperti logam, besi,timah dan petroleum iv.Harta rikaz iaitu harta yang didapati dari perut bumi v. Perniagaan,perusahaan dan perdagangan,wang simpanan,pelaburan saham dll vi.Biji-bijian dan buah-buahan seperti tamar,padi gandum dll. 3.
Jizyah -
Merupakan cukai tahunan yang dipungut dari rakyat yang bukan Islam.Jizyah itu dikenakan ke atas orang-orang dewasa lelaki sahaja.orang-orang sakit,orang tua dan paderi-paderi adalah dikecualikan daripada membayar jizyah - Kadar dipungut. 48 dinar setahun bagi orang kaya 24 dinar setahun bagi orang sederhana 12 dinar setahun bagi orang biasa -
4.
Tujuan dikenakan jizyah ialah untuk memberi peringatan di antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam supaya mereka sama-sama menikmati faedah daripada negara.Orang-orang Islam dikenakan zakat, maka orang kafir dikenakan jizyah
Al-Ghanimah. Ghanimah ialah harta-harta rampasan perang dengan orang-orang kafir termasuk orang-orang tawanan dan sebagainya. -Harta tersebut dibahagikan kepada -1/4 daripadanya dibahagikan kepada tentera-tentera yang berjuang. -1/5 lagi diperuntukkan kepada;
-Rasulullah dan keluarganya -Anak-anak Yatim -Orang-orang miskin -Orang-orang dalam musafir. -Selepas wafat Rasulullah, 1/5 peruntukannya dimasukkan dalam baitulmal. 5.
Fiq Fiq ialah harta yang didapati daripada orang-orang kafir,tidak melalui peperangan dan harta ini dibahagikan kepada 6 bahagian. i. Untuk baitulmal ii.Untuk kerabat Rasulullah iii.Untuk anak Yatim iv.Untuk Orang miskin v. Untuk orang musafir dan vi.Untuk Rasulullah dan selepas wafatnya dimasukkan ke dalam baitulmal. Harta Ghanimah dan Fiq bukanlah sumber tetap tetapi kewangan negara, kerana ia bergantung kepada peperangan yang dimenangi oleh orang-orang Islam.
Penutup ( 1 Markah ) Allah telah menyediakan sumber kekayaan untuk manusia memenafaat harta-harta tersebut ke jalan yang diredahi oleh Allah. Soalan 13 Bincangkan bentuk pendidikan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan di Madinah. Pendahuluan [3 Markah] Pendidikan Islam bermula ketika Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pada tahun 610M dengan turunnya surah al-Alaq, ayat 1. Ayat ini, selain menandakan kelahiran Islam, turut memberi penekanan kepada kewajipan umatnya untuk menuntut ilmu tanpa mengira jantina atau keturunan. Menurut Iman al-Ghazali, terdapat 1404 ayat atau 25 peratus daripada keseluruhan ayat al-Quran yang menyentuh tentang pendidikan. Secara keseluruhannya sistem pendidikan pada zaman Baginda berfokuskan kepada tiga perkara, iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak dan pendidikan syariah. Isi-isi Penting [20 Markah] A.
Pendidikan Islam di Makkah [10 Markah] 1. Pada peringkat awal, bentuk pendidikan secara sulit. Tumpuan Nabi kepada keluarga terdekat. Hasil pendidikan tersebut tokoh-tokoh besar seperti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam. 2. Pendidikan secara lembut dan berhikmah. Hasilnya hari demi hari semakin ramai memeluk Islam. Antaranya Uthman bin Affan, Zubayr al-Awwan, Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidullah. 3. Rumah al-Arqam sebagai pusat penyebaran Islam. Pusat kegiatan dakwah bermula di rumah Nabi Muhammad s.a.w sendiri kemudian beralih ke rumah al-Arqam yang terletak di Bukit Safa. Di sinilah Baginda bermesyuarat serta berbincang untuk mengatur segara strategi dakwah. Rumah al-Arqam dianggap sebagai tempat pendidikan Islam yang pertama. 4. Wahyu meminta Rasulullah s.w.t menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Setelah berdakwah selama 3 tahun secara sulit, Allah S.W.T memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan dakwah secara terbuka. Baginda mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa, termasuk Abu Lahap. Ucapan Baginda yang menyeru kepada Islam telah dibantah keras oleh Abu Lahap. Kaum musyirkin Quraisy telah memujuk Abu Talib
mempengaruhi Baginda. Namun Abu Talib tetap mempertahankan anak saudaranya itu walaupun dia tidak memeluk Islam. 5. Baginda menyampaikan pendidikan secara berpidato, berceramah serta bertabligh. Tumpuan Baginda ialah tempat ramai orang berkumpul terutamanya di Pekan Ukaz dan berhampiran Kaabah pada musim haji. Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat-ayat alQuran yang memberi pengajaran dan petunjuk kepada orang ramai. Memandangkan semakin ramai yang memeluk Islam, maka kaum Quraisy meningkatkan ancaman dengan menggunakan kekerasan. Hal ini membawa kepada penghijrahan umat Islam ke Habsyah dan Madinah pada 622M. 6. Intipati Pendidikan di Makkah. Akidah – Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan Tuhan atau dikenali sebagai Rukum Iman. Umat Islam diwajibkan beriman kepada Allah SWT, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qadak dan qadar. Akhlak- Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kaum Muslim agar berakhlak mulia. Akhlak yang terpuji membentuk kaum Muslimin yang bertakwa. Umat Islam perlu bersikat sederhana, tolong-menolong dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. Sikap buruk seperti menyekutukan Allah S.W.T dan menipu dilarang oleh Islam kerana memberi kesan buruk kepada masyarakat. B.
Pendidikan Islam di Madinah [10 Markah] 1. Terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah pada 622M, Baginda membina Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Masjid tersebut menjadi sekolah pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Struktur pengajiannya lebih berbentuk ttidak formal. Struktur pengajian lebih sistematik dan formal dapat dibentuk apabila sebuah serambi (al-suffah) didirikan bersambungan dengan masjid. Al-Quran menjadi kitab pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Mata pelajaran lain yang diajar kemudiannya seperti seni khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa asing. 2. Nabi Muhammad s.a.w memerintahkan setiap mukmin yang pandai membaca dan menulis agar mengajar orang yang tidak mengetahuinya. Baginda juga memilih pendakwah daripada kalangan yang pandai membaca dan menulis sahaja untuk di hantar ke daerah baru memeluk Islam. Contohnya, apabila Kota Makkah di tawan, Baginda menghantar Muaz bin Jabal untuk mengajar orang yang baru memeluk Islam di Yaman. 3. Dalam usaha memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan, konsep pendidikan di Madinah menumpukan kepada aspek: Konsep Ibadat Umat Islam diwajibkan mendirikan solat Jumaat, disunatkan solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji. Umat Islam juga perlu menjaga waktu solat. Pendidikan berpuasa dimulakan pada Ramadhan 2 hijrah. Ibadat Haji, kewajiban zakat, hukum perkahwinan, kegiatan ekonomi dan pemerintah bermula pada 6 Hijrah, Pendidikan Akhlak Lanjutan daripada pendidikan di Makkah lagi. Hanya zaman Madinah diperincikan lagi. Antara yang diajar pada zaman Madinah ialah seperti adab masuk ke rumah jiran, adab berjiran dan adab bergaul dengan masyarakat. Cara Nabi Muhammad s.a.w mengajar pendidikan akhlak dengan membaca kisah-kisah daripada al-Quran dan kisah-kisah umat zaman dahulu supaya diambil pengajaran daripada sesuatu kisah. Baginda juga menunjukkan contoh teladan yang baik. 4. Pendidikan Membaca dan Menulis i. Di Madinah , mereka yang pandai membaca dan menulis dikehendaki menulis al Quran yang diwahyukan. Mereka di minta mengajar umat Islam yang tidak tahu membaca dan menulis. Tawanan perang Badar di minta menebus dirinya dengan mengajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang tinggal di Madinah. Umat Islam juga digalakkan mempelajari bahasa asing. ii. Pendidikan untuk kaum wanita juga tidak di abaikan. Nabi Muhammad mengambil satu hari khusus untuk menyampaikan ilmu kepada kaum wanita. Mereka diajar hal-hal keagamaan dan keduniaan
Kesimpulan [2Markah] Sistem pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w merupakan sistem pendidikan paling sempurna. Sistem pendidikan ini boleh menjadi model dan ikut hingga ke akhir zaman. Pendidikan bersumberkan al-Quran dan Hadis dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat. Umat Islam pada zaman Baginda sudah terbukti kehebatan mereka dalam semua aspek kehidupan hasil pendidikan yang diterima daripada Baginda. Soalan 14 Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah merupakan intelektual Islam yang terkemuka dan terkenal.Huraikan sumbangan dan peranan tokoh-tokoh tersebut. Pendahuluan ( 3 M ) Perkembangan Intelektual Islam serentak dengan Islam dibawa oleh Nabi Muhammad (saw). Kelahiran Intelektual Islam tidak berlaku Zaman Nabi Muhammad (saw) dan Khulafa al-Rasyidin kerana sibuk dengan perkembangan Islam.Kelahiran dengan jelas zaman Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Sumbangan dan peranan intelektual Islam dijadikan asas dan panduan kepada perkembangan intelektual berikutnya. Contohnya Ibn Khaldun 1321-1406 M ( 732-808 H ) dan Ibn Taymiyah 1263 – 1328 M ( 661 – 728 H ) Isi-isi Penting A. Sumbangan dan Peranan Ibn Khaldun ( 10 Markah ) 1. Nama Abu al-Rahman bin Muhammad bin Khaldun ai-Hadrami dilahir di Tunis pada 1321 M ( 732 H ). Berasal dari Hadramaut pindah ke Seville ( Sepanyol ) dan menetap di Tunis. P.K.Hitti ( ( History of Arabs ) - sarjana Islam yang terkenal dalam sejarah,sosiologi,politik,falsafah dan agama dan pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan Istana Fas. Perdana menteri di Bouqie,kadi dan khatib serta hakim mahkamah tinggi Mesir. 2. Tonybee ( A Study of History ) – tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingan dan menghasilkan falsafah sejarah yang memberi sumbangan besar kepada dunia. R.Nicholson ( Literary History of The Arabs) tiada seorang muslimin yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedah kuasa-kuasa moral dan spirtual yang mendasari pembukaannya atau untuk mentakdiskan undangundang mengenai jatuh bangun sesuatu bangsa. 3. Muqaddimah, al-’Ibar wa Diwan al-Mutabtaada’wa al-Khabar fi Ayyam al-’Rabwa al-Ajam wa al-barbar antara karya Ibn Khaldun. B.Lewis ( Origins of Islamilism ) – Ensoklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang penting dan membantu ahli sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah.Karyanya menjadi bahan kajian kerana pendekatan yang rasional, kaedah dan perbahasan yang analitikal dan terperinci. Ibn Khaldun menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi.pada dasarnya manusia menentukan sejarahnya kecuali apabila manusia melanggar hukum Tuhan. B.
Peranan dan Sumbangan Ibn Taymiyah ( 10 Markah ) 1. Nama Taqi al-Din bin Taymiyah dilahirkan di Harran.Syria pada 263 M ( 661 H). Mendapat didikan keagamaan dari bapanya dan menyambungkan pelajaran ke Damsyik.Ibn Taymiyah penghafal Al-Quran. Al-Dhahbi dan Ibn Wardi menyatakan Ibn Taymiyah telah mempelajari pelbagai ilmu. Sarjana Islam yang terkenal dalam ilmu tafsir,hadis,tauhid,fikah,usul fiqh,tarikh,ilmu kalam,nahu saraf,balaghah,matematik,logik, falsafah dan seni khat. 2. Peranan dan sumbangan menghasilkan tulisan melebihi 300 buah buku.al-Dhahabi dan Ibn Wardi menyatakan tulisannya melebihi 500 buah buku.P.K.Hitti ( History of Arabs ) - adalah bapa reformasi Islam dengan melakukan reformasi tentang akidah dan membenteraskan unsur-unsur syirik dan bidaah.Contohnya melakukan tajdid akidah tauhid dan membenteras akidah syirik dan budaya bertentangan dengan konsep Islam,mengkritik
falsafah,mantik dan psikologi Yunani,membalas hujah-hujah puak penyeleweng Islam, mengkritik Syiah dan memperbaharui ilmu syariat. 3. Idea dan pemikirannya telah mempengaruhi reformis lain seperti Ibn Qayyim, Muhammad Abdul Wahab,Muhammad Rashid Ridha, Muhammad Abdu,Hassan al-Bana dan Tokohtokoh reformis lain seperti di Tanah Melayu,Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Peniup jihad kepada umat Islam Syam menentang penjajahan.Contohnya pada tahun 1301 M ( 699H ) dan 1302 M ( 700 H ) menentang penjajah Monggol. Kesimpulan ( 2 Markah ) -Walaupun Ibn Khaldun dan Ibn Taymiyah berlainan konsep dan pembawaan dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual Islam, mereka adalah sarjana Islam yang memainkan peranan penting.Peranan-peranan dan sumbangan-sumbangan mereka dijadikan asas dan panduan serta susun galur kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan intelektual Islam. - ( Apa-apa sahaja yang berkaitan dan mempunyai hubung kait dengan persoalan dalam soalan ). Soalan 15 Bincangkan konsep penjelajahan dan penerokaan dari perspektif Islam. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai. Jelaskan tujuan-tujuan penjelajahan dan penerokaan tersebut. Pendahuluan (3 markah) Penjelajahan dan penerokaan amat penting daripada perspektif Islam. Kamus Dewan : • Penjelajahan bererti perihal menjelajah, mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat untuk tujuan menyelidik. • Penerokaan bererti perihal perbuatab, usaha dan sebagainya untuk mengetahui sesuatu. Al-Quran • Surah al-Mukmin “Apakah mereka tidak mengembara di muka bumi dan memerhatikan kesudahan orang sebelum mereka?” • Surah al-Haj “Apakah mereka tidak mengembara di muka bumi” Isi-isi Penting (mana-mana 7 isi X 3 = 21 markah) 1.
2.
3.
4.
5.
Aspek Politik Dengan adanya kuasa politik menyebabkan umat Islam disegani oleh pihak lawan. Bagi memperkukuhkan politik Islam banyak penerokaan ke kawasan-kawasan baharu dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, seluruh Afrika Utara serta sebahagian besar Semenanjung Iberia (Andalus) telah dikuasai oleh orang Islam. Aspek Ekonomi Semasa pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik, pedagang Islam berkesempatan menjalankan perdagangan sehingga ke Negara China serta ke lain-lain daerah selatan. Barangan yang diperdagangkan ialah sutera, pinggan mangkuk dan kertas dari Negara China, dan permaidani, kain, batu permata dari Parsi, Mesir dan Iraq serta lain-lain daerah. Aspek Kebudayaan Penerokaan dan penjelajahan menyebabkan umat Islam menjadi berbilang bangsa. Kebudayaan yang terdapat di kalangan negeri-negeri Islam yang berbilang bangsa itu menjadikan kebudayaan Islam lebih kaya. Kebudayaan ini sedikit sebanyak pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Pengislaman Ramai pendakwah Islam menjelajah dan meneroka ke seluruh dunia bagi memperkenalkan dan menyeru umat manusia memeluk agama Islam. Antara pendakwah yang sampai ke Alam Melayu, Syeikh Ismail di Pasai, Syeikh Abdul Arif di utara Sumatera (Hikayat Acheh), Syeikh Burhanuddin dan Sayid Abu Bakar di Sulu, Maulana Malik Ibrahim di Gresik, Jawa dan Syeikh Abdul Aziz di Melaka. Pengintelektualan
6.
7.
8.
Islam memerintahkan umatnya mencari ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dalam menjalankan kegiatan penjelajahan dan penerokaan, umat Islam telah dapat mencedok banyak ilmu pengetahuan sama ada daripada tamadun sebelumnya ataupun daripada pemerhatian alam ini. Antara ilmu tersebut ialah seperti ilmu astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain. Ilmu Astronomi Pada peringkat awal, orang Islam mempelajari dan menterjemahkan ilmu dan karya astronomi yang dihasilkan oleh orang Parsi. Sebuah buku astronomi yang dihasilkan pada tahun 555M, iaitu Zij-I Syahi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Abu Hassan alTamimi dan tafsirannya dibuat oleh Abu Ma’shar. Astronomi Islam juga dipelajari disebabkan penjelajahan dan penerokaan ke India. Zij karya al-Farazi telah diterbitkan dan kandungan buku ini dikatakan berasaskan kandungan buku Siddhanta Brahmagupta. Ya’qub ibn Tariq, turut membawa pengaruh astronomi India ke dalam ilmu falak Islam. Ilmu Geografi Umat Islam pada peringkat awal sejarahnya tidak mempunyai maklumat yang banyak berkenaan geografi. Selepas wilayah orang Islam menjadi luas mereka menterjemah bukubuku purba daripada tamadun Yunani, Parsi, Mesir, India dan lain-lain. Umat Islam juga tahu kawasan-kawasan selatan dan timur Asia dan utara Afrika hingga ke zon tropika. Umat Islam juga telah mencatatkan secara terperinci berkenaan kawasan di sebelah utara Korea hingga ‘Laut yang Gelap’ (The Arctic Ocean). Ilmu Perubatan Ilmu perubatan Islam bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661-72M). Kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (7501258M). Pada kedua-dua zaman ini, banyak berlaku penjelajahan dan penerokaan. Oleh itu, banyak ilmu perubatan umat Islam telah ditimba terutamanya daripada sumber asing, khususnya daripada orang Parsi, Kristian dan Yahudi, Yunani, India dan Mesir. Ilmu perubatan Islam lahir sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen.
Kesimpulan ( 1 markah ) Dapat disimpulkan bahawa penjelajahan dan penerokaan amat penting daripada perspektif Islam. Soalan 16 Seni bina Islam berkembang sejak Zaman Nabi Muhammad (saw) sehingga kini. Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan perkembangan seni bina Islam di Alam Melayu. Pendahuluan ( 3 Markah ) Abdul Manan Haji Yahya ( Bentuk Seni Bina Islam ): ialah keindahan yang dicetuskan dari kemahiran dalam binaan dan pertukangan merangkumi reka bentuk daripada kayu, batu dan sebagainya.Ibn Khaldun: Satu ciri ketamadunan, lambang dan mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa atau negara. Seni bina Alam Melayu dipengaruhi oleh Hindu-buddha. Seni bina Islam bertapak serentak dengan Islam pada abad ke-10 M. Selain itu dipengaruhi oleh unsur India dan China.
Isi-isi Penting ( 20 Markah ) 1.
Masjid Seni bina Islam paling jelas pada masjid yang dibina bersama perkembangan Islam sekitar abad ke-15 M dan 16 M bersesuaian dengan iklim tempatan daripadakayu berbumbung yang
bertingkat. Apabila Barat datang ke Alam Melayu,pembinaan masjid menggunakan konkrit (simen ) Seni bina masjid di pengaruhi oleh seni bina Arab,Turki,Iran dan India berkubah berbentuk labu. Contohnya Masjid Tuban dan Masjid Raya Acheh.Selain itu dipengaruhi oleh seni bina China, rabung bergelombang.Contoh,Masjid Lama Melaka.Ciri-ciri Masjid ialah bumbung berbentuk atap tumpang,bumbung berbentuk bumbung rumah kampung,bumbung berbentuk payung. Contoh bentuk payung Masjid Negara Malaysia. 2.
Rumah Pembinaan rumah dipengaruhi oleh agama,sosial dan iklim. Rumah Melayu Melaka rumah berbumbung tinggi dengan ruang tamu, dapur dan serambi yang tertutup dan berdinding. Rumah panjang berbumbung tinggi mencuram ke atas yang diperbuat dari daun nipa atau genting. Contohnya Rumah Bumbung Panjang Melaka.Rumah Tiang Dua Belas mempunyai tiang dua belas, rumah tradisi masyarakat Melayu dengan pintu, tingkap dan dinding rumah diukir dengan pelbagai ukiran seperti bunga-bungaan dan dedaun. Rumah Perabung Lima pengaruh Belanda, perabung menjadi bumbung utama kepada serambi. Contohnya rumah-rumah di Jawa dan Patani ( Selatan Negeri Thai ).Rumah Limas berbentuk kecil dan rendah, tidak mempunyai pangkal serambi dan biasanya dimiliki oleh golongan kaya.Rumah Rabung Perak, Rumah Limas yang diubah suai, mempunyai dua bumbung selari memanjang dengan bukaan atap kecil pada hujung bumbung tersebut. Rumah Minangkabau berbumbung menyerupai tanduk kerbau.Contohnya di Negeri Sembilan dan Rumah Bujang, kecil dan mempunyai enam tiang, empat tingkap dan dua pintu. Contohnya di Terangganu.
3.
Pintu Gerbang Berfungsi pintu masuk ke sesebuah bangunan tujuan mempercantik dan memperindah bangunan seperti istana, masjid dan bandar ( kota ). Contoh Masjid Tengkera di Melaka dan Masjid Menara Kudus di Jawa. Kebanyakan dibina mengguna kayu atau buluh dan dihiasi dengan kain berwarna -warni.
4.
Kota dan Kubu Kota berfungsi menjaga keselamatan raja dan keluarga.Kota mempunyai benteng pertahanan yang kukuh dan dilengkapi dengan pengawal-pengawal bersenjata. Contohnya Kota Kuala Lumpur, Kota Melawati dan Kota Kuala Kedah di Malaysia ( telah runtuh, sekarang hanya terdapat kesan-kesannya sahaja ). Kubu berfungsi benteng dan pusat pertahanan serangan musuh.
5.
Pusara / Makam Fungsi tanda ingatan seseorang yang mati.Sejarah bermula sejak penemuan batu-batu nisan pusara. Pusara yang besar dan indah milik raja, keluarga dan pembesar serta hartawan. Bumbung Pusara dihias dengan seni bina Melayu berunsur keagamaan seperti ukiran ayatayat Al-Quran. Contoh pusara di Malaysia ialah Makam Diraja Johor, di Jawa makam Wali Sogo dan makam Sunan Kalijang.
6.
Rumah Wakaf Rumah kecil berfungsi tempat berehat yang lazimnya dibina di istana-istana, tanah perkuburan dan di tengah perjalanan. Bangunan ini dihiasi dengan ukiran pada tiang dan kisi-kisinya. Rumah wakaf masih terdapat pada masa sekarang.
Kesimpulan ( 2 Markah ) Oleh kerana Hindu-Buddha lebih awal bertapak, pengaruh tersebut diasimilasikan dengan pengaruh Islam dalam seni bina Alam Melayu. Selain itu pengaruh India dan China, kedatangan Barat (Eropah) pada awal abad ke-17M telah mempengaruhi seni bina Hindu-Buddha, Islam dan Barat. ( Apa-apa sahaja yang berkaitan dan mempunyai hubung kait dengan persoalan dalam soalan ).