Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah, kemudian tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25] 1. Keadaan diri yang serba kekurangan menyebabkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering kali disisih dan dipinggirkan. Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang sesuai perlu diambil supaya golongan ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Bincangkan. Pengenalan: Bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) semakin bertambah. Pihak kerajaan telah sedaya upaya cuba menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan ini bertujuan untuk memberi kemudahan yang lebih selesa berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun masih wujud masalah yang melibatkan golongan ini.
2. Sejak akhir-akhir ini telah berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan amat ketara sekali. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak selesa terutamanya dalam kalangan rakyat miskin. 3. Bincangkan kepentingan sains dan teknologi dalam memajukan sektor pertanian di Malaysia. 4. Pengambilan makanan suplemen dikatakan dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, pengambilan tanpa nasihat doktor atau pakar kesihatan mungkin mendatangkan risiko kesihatan. Bincangkan. Bahagian C 5
(a) "Pasukan bola sepak Malaysia acap kali menjadi isu utama yang diperkatakan bukan sahaja di warung mahupun akhbar, malah berlarutan hingga ke Parlimen. Ada pendapat yang menyatakan FAM harus menggerakkan dua langkah bagi memajukan bola sepak negara. Pertama, memastikan pembangunan bola sepak dari usia 10 hingga 13 tahun. Kedua, memastikan liga bola sepak tempatan berjalan lancar dan berjaya menarik minat penonton dan penaja.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada ’Kisah Duka Bola Sepak Tempatan’, Fakrulrazi Ismail, Dewan Masyarakat, Januari 2007) i.
Nyatakan pendekatan yang boleh memajukan mutu bola sepak negara?
1
ii.
Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, beri pandangan anda bagaimanakah cara-cara untuk memperkasakan pasukan bola sepak negara.
5. (b) “Hakikatnya, jenayah yang berlaku bukan kerana penjenayah, tetapi masyarakat yang memcipta ruang jenayah. Isu remeh seperti perselisihan faham sesama jiran boleh merosakkan ukhwah dan menghapuskan amalan bertegur sapa. Sudah tiba masanya, budaya memasyarakatkan nilai kejiranan dihidupkan kembali. Konsep kejiranan merangkumi sikap ambil peduli keselamatan anak-anak jiran seperti mereka menjaga anak sendiri. Ikatan kejiranan yang kukuh dapat membina tembok keselamatan .... ( Dipetik dan disesuaikan daripada Ibnu Ahmad Al-Kurauwi, ”Benteng Keselamatan Anak”, Dewan Masyarakat, November 2007) i) Apakah yang dimaksudkan dengan kejiranan? ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, mengapa sejak akhir-akhir ini, semangat kejiranan semakin luntur?
jelaskan
6. a). Selain sikap ’tak pe’ terhadap kepentingan alam sekitar, sikap ini telah mewujudkan masalah yang mengekang pembangunan negara. Banyak tanah yang mengalami masalah hak milik dan ini menyebabkan sukar diuruskan secara produktif. Sementara itu, pemecahan milik lot yang terlalu kecil untuk dimajukan menyebabkan banyak tanah terbiar begitu sahaja dan tidak diuruskan secara ekonomik. (dipetik dan disesuaikan daripada, Sikap Tak Pe Dalam Kehidupan Era Global, Zainal Jumaat, Majalah Visi, September 2007)
i. Nyatakan alasan mengapa tanah sukar diuruskan secara ekonomik? ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kaedah yang sesuai dilakukan untuk mengatasi masalah tanah terbiar.
6. b). Secara umumnya, kewujudan beberapa binaan ulung tempatan serta projek mega nyata menyebabkan kita berasa kagum terhadap binaan ini. Hasil daripada usaha sama pihak kerajaan dan beberapa individu serta organisasi yang dipertanggungjawabkan, beberapa binaan mega telah dapat dilihat dan ini telah membuka mata masyarakat negara luar sekali gus meletakkan nama negara dalam dunia pembinaan … (Dipetik dan disesuaikan daripada Mohammad Yassir Jaafar, Struktur Mega Kebangsaan Negara, estidotmy, April , 2008) i. Nyatakan harapan dari pembinaan binaan mega di negara ini.
2
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa perlunya membina projek mega ? 7.
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan pada tahun-tahun yang dinyatakan.
Perbelanjaan pembangunan disediakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemudahan dan memperbaiki tahap sosial bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan mapan akan turut menjamin keselesaan hidup masyarakat secara berpanjangan. Pada tahun 2004, sejumlah RM5830 juta telah diperuntukan bagi perkhidmatan sector perdagangan. Pada tahun 2005 pula, peruntukan ini telah meningkat kepada RM6546 juta, tetapi berkurangan sebanyak RM59 juta pada tahun 2006. Kerajaan meningakatkan perbelanjaan bagi sector pembangunan luar bandar adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk aktifkan semula sector tersebut sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Peruntukkan yang disediakan pada tahun 2004 adalah sebanyak RM3394 juta, tetapi peruntukan pada tahun 2005 telah ditingkatkan sebanyak 18%. Seterusnya nilai ini telah berkurangan sebanyak RM353 juta kepada RM3615juta pada tahun 2006. Aspek keselamatan merupakan satu bidang yang sentiasa diberi tumpuan utama oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang besar sentiasa diberikan kepada bidang ini. Pada tahun 2004., sebanyak RM5286 juta telah diperuntukan kepada bidang keselamatan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dikurangkan sebanyak RM506 juta pada tahun 2005 dan dikurangkan lagi sebanyak RM27 juta pada tahun berikutnya. Secara keseluruhan, peruntukan untuk pendididkan sentiasa kekal besar walaupun pada tahun 2005 perbelanjaan ini memperlihatkan berkurangan sebanyak 12.5% daripada perbelanjaan tahun sebelum yang sebanyak RM12 363 juta pada tahun 2004. Tahun 2006, pula menunjukkan peningkatan semula perbelanjaan untuk perkhidmatan pendidikan, iaitu sebanyak RM520 juta menjadikan nilaian sebanyak RM11 319 juta. Perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan pada tahun 2006 ialah RM3790 juta. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM836juta berbanding dengan tahun 2005. Perbelanjaan pada tahun ini pula merupakan pertambahan sebanyak RM254 juta berbanding dengan perbelanjaan pada tahun 2004. (dipetik dan diubah suai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2006/2007, Kuala Lumpur, hal. 88-91)
3
8.
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar pengeluaran komoditi pertanian di Malaysia antara tahun 2002 dan 2004.
Pada tahun 2002, jumlah hasil pengeluaran komoditi pertanian di Malaysia mencecah 10 027 ribu tan metric, manakala tahun 2004 hasilnya telah meningkat sebanyak 1566 ribu tan metric. Kelapa sawit merupakan hasil pengeluaran yang terbesar bagi Negara dengan pengeluaran sebanyak 1788 ribu tan metric pada tahun 2002, dan meningkat ke paras 2900 ribu tan metric pada tahun 2004, berbeza dengan pengeluaran susu getah cair yang menunjukkan berlaku penurunan dari 2656 ribu tan metrik padu pada tahun 2004, kepada 2290 ribu tan metrik padu tahun 2002. Pengurangan ini banyak dipengaruhi oleh factor penebangan dan penanaman semula anak pokok baru yang masih lagi belum mengeluarkan hasil. Bidang penternakan juga diberi perhatian oleh kerajaan terutama penternakan berasaskan ruminan seperti lembu dan penternakan kambing. Bagi penternakan lembu, tahun 2002 memperlihatkan pengeluarannya sebanyak 1044 ribu tan metrik, meningkat kepada 1560 ribu tan metrik pada tahun 2004, manakala penternakan kambing pula hasil keluarannya sebanyak 2000 ribu tan metrik, tahun 2002, meningkat sebanyak 50 ribu tan metrik untuk tahun 2004. Peningkatan ini sejajar hasrat kerajaan untuk mengurangkan import produk berasaskan daging bagi memenuhi pasaran tempatan. Akibat berlaku persaingan dengan negara-negara pengeluar yang lain, pengeluaran pisang dan nanas telah mengalami sedikit penurunan. Hasil keluaran pisang merosot dari 424 ribu tan mretik ke 333 ribu tan metrik bagi tahun 2002 dan 2004. Pengeluaran nanas juga mengalami keadaan yang sama dengan jumlah penurunannya sebanyak 135 ribu tan merik pada tahun 2004, berbanding 148 ribu tan metrik tahun 2002. Hasil pengeluaran padi menunjukkan peningkatan bagi kedua-dua tahun. Pada tahun 2002, hasil keluarannya sebanyak 1880 ribu tan metric, dan tahun 2004 berjumlah 2216 ribu tan metric. Kerajaan juga memberi perhatian kepada pengeluaran buah-buahan kontang seperti durian, manggis dokong dan ciku. Hasil kerjasama dari pelbagai pihak, berlaku peningkatan pengeluaran sebanyak 22 ribu tan metric dalam tempoh tersebut. Pengeluaran ini dalah untuk memenuhi pasaran tempatan dan selebihnya untuk dieksport ke Negara jiran. (Dipetik dan diubah suaikan daripada Buku Laporan Ekonomi 2004/2005, Kementerian Kewangan Kuala Lumpur)
9. Berdasarkan gambar rajah di bawah, jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
4
10.
Jadual dibawah menunjukkan perbelanjaan mengurus kerajaan Persekutuan bagi tahun 2003, 2004 dan 2005. Berdasarkan jadual di bawah,
a). Huraikan keadaan perbelanjaan mengurus kerajaan Persekutuan antara tahun 2003 hingga 2005. b). Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk seimbangkan kemajuan antara wilayah. Faktor lain yang tidak terdapat dalam jadual ini boleh diambil kira. Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan antara Tahun 2003, 2004 dan 2005 (RMjuta) Sector Sektor Ekonomi - pertanian dan pembangunan luar bandar - perdagangan & perindustrian - kemudahan awam Sektor Sosial - kesihatan - pendidikan - kebajikan Sektor Pentadbiran Am - perkhidmatan am - pembaikan & pengubahsuaian Sektor Keselamatan - pertahanan - keselamatan dalam negeri Jumlah Keseluruhan * anggaran
2003* 11 851 2 881
Tahun 2004* 14 097 2537
2005* 14 396 3 681
1 201 945 10 260 2 352 4 316 1 593 2 620 1 892 728
1 743 1 924 8 422 1 204 3 424 1 729 3 210 2 012 1 198
2 884 2 139 9 951 1 297 5 025 1 895 3 556 2 487 1 069
4 133 3 685 448 28 864
4 782 4 065 717 30 511
5 599 4 111 1 488 33 502
(dipetik dan disesuaikan daripada Buku Maklumat Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006
5