Stpm-akaun-2007-paper1

  • Uploaded by: ong kar weng
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm-akaun-2007-paper1 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,120
  • Pages: 10
SOALAN STPM

KERTAS 1 2007

1

1.(a) Bincangkan setiap perkara yang berikut dari segi aspek, iaitu prinsip dan amalan perakaunan yang terlibat, tindakan wajar yang perlu diambil agar sesuai dengan prinsip perakaunan yang diterima umum, dan kesan terhadap untung rugi, aset, liabiliti, dan ekuiti jika tindakan yang sewajarnya diambil. (i) (ii) (iii)

(iv)

Pendapatan faedah yang terdapat dalam akaun untung rugi termasuk faedah atas ambilan rakan kongsi yang tertunggak. Pendapatan sewa yang ditunjukkan dalam penyata untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 meliputi pendapatan sewa sebanyak RM18,000 bagi tempoh 1 April 2006 hingga 31 Mac 2007. Beberapa peralatan khemah yang dibeli pada tahun semasa yang bernilai RM400,000 telah dimasukkan ke dalam akaun belanja walaupun khemah itu mempunyai tempoh hayat selama 5 tahun. Khemah dianggap sebagai belanja selaras dengan keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tidak memberikan sebarang potongan terhadap belanja itu. Polisi syarikat menggunakan kadar garis lurus bagi semua asetnya. Sejenis inventori dagangan dinilai berdasarkan nilai kos. Walau bagaimanapun, nilai pasaran inventori itu lebih rendah daripada kos asalnya. Penilaian inventori akhir dibuat melalui penghitungan fizikal pada setiap 31 Disember.

(b) Yang berikut ialah penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2005 dan 2006 untuk Syarikat Kuchai Berhad. Syarikat mula beroperasi pada 1 Januari 2005. Syarikat Kuchai Berhad Penyata Pedapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 RM ‘000 649,234 389,594 259,730 83,666 176,064 -

Perolehan (semua secara kredit) Kos barang dijual Untung kasar Belanja operasi Untung sebelum cukai Cukai Untung/(rugi) selepas cukai sebelum perkara luarbiasa Perkara luarbiasa Untung/(rugi) tahun semasa Untung dibawa ke hadapan Untung boleh diagihkan Dividen Untung tidak diagihkan dibawa ke hadapan

176,064 2,000 178, 064 28,480 206,544 (16,000) 190,544

2005 RM ‘000 907,652 544,591 363,061 356,513 6,548 (7,720) (1,172) (1,172) 45,652 44,480 (16,000) 28,480

SOALAN STPM

Modal saham Rizab Liabiliti jangka panjang: Pinjaman Cukai tertunda

KERTAS 1 2007

2

Sarikat Kuchai Berhad Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2006 RM’000 160,000 246,544 406,544

2005 RM’000 160,000 118,824 278,824

4,012 9,088 13,100 419,644

3,556 9,088 12,644 291,468

253,056 60,000 313,056

51,740 88,676 140,416

Aset semasa: Inventori Penghutang dagangan Bayaran terdahulu dan deposit Syarikat subsidiari Simpanan tetap Tunai dan baki bank Jumlah aset semasa

16,548 856 8,824 143,400 72,212 1,748 243,588

137,244 45,372 2,784 59,596 101,572 22,400 368,968

Liabiliti semasa Pemiutang perdagangan Pemiutang lain Pinjaman jangka pendek Cukai Dividen cadangan Jumlah liabiliti semasa Aset semasa bersih Jumlah aset bersih

60,400 13,368 42,688 4,544 16,000 137,000 106,588 419,644

24,656 9,904 157,484 9,872 16,000 217,916 151,052 291,468

Diwakili oleh: Aset tetap Pelaburan

Dikehendaki: Hitung setiap yang berikut bagi Syarikat Kuchai berhad untuk tahun 2006 dan tahun 2005. Berikan ulasan bagi setiap perubahan. (i) Nisbah semasa (ii) Pulangan atas ekuiti (iii) Pusing ganti inventori (iv) Nisbah pengearan hutang atas ekuiti (v) Pusing ganti akaun belum terima (vi) Kadar pulangan atas jumlah aset [12]

SOALAN STPM

KERTAS 1 2007

3

2 (a) Penambahan kepada akaun aset dan akaun liabiliti tidak semestinya memberikan kesan kepada aliran tunai. Berikan tiga contoh urus niaga yang melibatkan penambahan aset dan tiga contoh urusniaga yang melibatkan pengurangan liabiliti tanpa melibatkan aliran tunai [6] (b) Yang berikut ialah imbangan duga belum terlaras bagi Syarikat Juniper Sendirian Berhad pada 31 Disember 2006. Bangunan Susut nilai terkumpul bangunan Kenderaan Susut nilai terkumpul kenderaan Hasil jualan Pulangan jualan Inventori 1 Januari 2006 Balanja gaji Balanja sewa Pinjaman bank Belian Simpanan tetap Tunai di bank Belanja pentadbiran dan jualan Belanja utiliti Insurans pejabat Penghutang Pemiutang Modal saham Rizab hasil Rizab modal Jumlah

RM 234,000

RM 46,800

35,000 3,600 196,000 8,900 14,000 23,700 6,700 50,000 64,300 20,000 17,600 8,000 2,300 600 32,000 18,900 200,000 53,200 520,300

5,000 520,300

Maklumat tambahan yang berikut belum diambil kira dalam penyediaan imbangan duga di atas. (1)

Syarikat telah berjaya mendapatkan pinjaman bank pada 30 Jun 2006 dengan faedah yang berkadar 8% setahun. Belanja faedah untuk tahun semasa belum lagi diambil kira.

(2)

Peruntukan hutang ragu ialah 2% daripada jualan secara kredit. Sebanyak 80% daripada jumlah jualan syarikat ialah jualan secara kredit.

(3)

Peruntukan sust nilai tahunan untuk bangunan dan kenderaan masing-masin adalah kadar 10% dan 20% daripada kos belian aset tersebut.

(4)

Insurans adalah untuk tempoh tiga bulan, iaitu untuk Disember 2006, Januari 2007, dan Februari 2007.

SOALAN STPM

4

KERTAS 1 2007

(5)

Gaji Penyelia Jualan dan Kerani Akaun untuk Disember 2006 yang masingmasing sebanyak RM1,500 dan RM800 belum diambil kira.

(6)

Kos inventori pada 31 Disember 2006 ialah RM15,800. Polisi syarikat adalah untuk menilai inventori pada yang terendah antara kos dengan nilai pasaran. Pada tahun semasa, nilai pasaran bagi inventori ialah RM10,800.

Dikehendaki: (i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan maklumat tambahan tersebut. [11] (ii) Sediakan penyata pendapatan Syarikat Juniper berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2006. [8]

SOALAN STPM

5

KERTAS 1 2007

3 (a) Untung bersih yang diperoleh dalam sesuatu syarikat perniagaan boleh diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen tunai atau dilaburkan semula ke dalam perniagaan. Nyatakan kelebihan jika untung bersih diagihkan sebagai dividen dan jika dilaburkan semula ke dalam perniagaan. [2] (b) Nyatakan dua kelebihan bagi pemegang saham keutamaan boleh tukar berbanding pemegang saham biasa .

[2]

(c) Jelaskan kesan pengiystiharan dividen saham dan dividen tunai terhadap rizab dan ekuiti di Kunci Kira-Kira. [4] (d) Yang berikut ialah petikan dari Kunci Kira-Kira Syarikat arif Berhad pada 1 Januari 2006 Saham modal dibenarkan: 5,000,000 saham biasa @ RM1.00 setiap satu 1,000,000 saham keutamaan 8% kumulatif boleh tebus @ RM2.00 setiap satu

5,000,000 2,000,000 7,000,000

Saham modal diterbitkan dan berbayar penuh: 2,000,000 saham biasa @ RM1.00 setiap satu 1,000,000 saham keutamaan 8% kumulatif boleh tebus @ RM2.00 setiap satu Rizab

Rizab: Rizab hasil Rizab Penilaian Semula Premium saham

2,000,000 2,000,000 723,800 _________ 4,723,800 23,000 300,800 400,000

Urusniaga terpilih Syarikat Arif berhad sepanjang tahun 2006 adalah seperti berikut: (1) Tanah yang dibeli 8 tahun lepas dengan harga RM230,000 telah dinilai semula oleh penilai bebas kepada RM300,000 (2) Pada awal tahun semasa, syarikat telah membeli tanah dan bangunan yang masingmasing bernilai RM400,000 dan RM250,000. Untuk membiayai pembelian aset ini, syarikat telah menerbitkn 2,500 unit debentur dengan setiap unit bernilai RM1.00 dan selebihnya dengan menerbitkan terbitan hak bagi 1 saham untuk setiap 5 saham biasa pegangan lama. Semua terbitan debentur dan terbitan hak telah dilanggan sepenuhnya pada nilai par. (3) Pada tahun semasa, syarikat telah memperoleh keuntungan yang boleh diagihkan sebanyak RM865,000.

SOALAN STPM

6

KERTAS 1 2007

(4) Pada awal tahun, syarikat telah menebus 500,000 unit saham keutamaan pada premium 10%. Untuk pembiayaan penebusan, syarikat telah menerbitkan saham biasa secukupnya pada nilai par. (5) Pada 31 Disember 2006, ahli lembaga pengarah syarikat telah bersetuju membayar dividen tunai kepada pemegang saham biasa pada kadar RM0.10 sesaham. Dividen tunai untuk tahun 2005 masih belum dibayar kepada pemegang saham keutamaan. Walaubagaimanapun, semua dividen dibayar sepenuhnya pada 31 Januari 2007. Dikehendaki: (i) Sediakan semua catatan jurnal bagi setiap urusniaga untuk tahun 2006 [11] (ii) Sediakan bahagian ekuiti pemilik kunci kira-kira Syarikat Arif Berhad pada 31 Disember 2006 mengikut format Jadual 9 Akta Syarikat 1965 [6]

SOALAN STPM

KERTAS 1 2007

7

4 (a) Syarikat Perdana Sendirian Berhad merupakan syarikat yang menjual peralatan komputer di sekitar bandar Melaka.Syarikat menggunakan sistem inventori secara berterusan. Yang berikut ialah urus niaga belian dan jualan inventori syarikat dalam tahun 2006. Tarikh 1 Januari (inventori awal) 1 Februari 15 Mac 30 Jun 30 Julai 20 September 30 Disember 31 Disember

Urus niaga Belian 200 unit@RM100

Baki unit Jualan 100 unit@RM150

400 unit@RM90 200 unit@RM85 400 unit@RM120 600 unit@RM70 300 unit@RM50 700 unit@RM100

200 100 500 700 300 900 1,200 500

Maklumat tambahan: Belanja operasi: RM12,000 Dikehendaki: (i) Hitung inventori akhir dan kos barang jualan dengan menggunakan kaedah Masuk Dulu Keluar Dulu (MDKD) dan Masuk Kemudian Keluar Dulu (MKKD). [7] (ii) Sediakan penyata pendapatan bagi kedua-dua kaedah tersebut. [4] (iii) Nyatakan dua kelebihan dan dua kelemahan kaedah MKKD berbanding dengan kaedah MDKD. [4] (b) Yang berikut ialah maklumat aset tetap Syarikat Perkasa Sendirian Berhad pada 31 Disember 2006. Aset Tarikh belian Kos Nilai sisa Usia guna Kaedah susut (RM) (RM) (tahun) nilai Mesin 31 Dis 2005 50,000 8,000 5 Unit aktiviti Van BDH 8712 1 Apr 2005 35,000 5,000 4 Baki berkurangan Bangunan 30 Jun 2006 100,000 10,000 20 Garis lurus Peralatan pejabat 1 Okt 2006 10,000 Tiada 5 Garis lurus Mesin dijangka dapat mengeluarkan hingga 400,000 unit output. Pada tahun semasa, mesin telah mengeluarkan sebanyak 50,000 unit output. Dikehendaki: (i) Syarikat Perkasa Sendirian Berhad menggunakan kaedah susut nilai berbeza untuk aset tetap yang dipunyainya. Bincangkan sama ada tindakan ini dibenarkan dalam perakaunan. [2] (ii) Berdasarkan maklumat di atas, sediakan catatan jurnal untuk merekodkan belanja susut nilai bagi tahun 2006. [8]

SOALAN STPM

KERTAS 1 2007

8

5

(a) Nyatakan satu perbezaan antara saham syarikat dengan saham koperasi. [1] (b) Bagaimanakah asas dividen koperasi ditentukan? [2] (c) Imbangan duga berikut diambil daripada rekod Koperasi Lembah Keriang Berhad bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2006. Koperasi Lembah Keriang Berhad Imbangan Duga pada 30 Jun 2006 Bangunan Perabot dan kelengkapan pejabat Aset lain Peruntukan susut nilai Bangunan Perabot dan kelengkapan perabot Aset lain Pelaburan saham tak tersenarai Penghutang dagangan Skim pinjaman ahli Simpanan tetap Tunai runcit Tunai di bank Penghutang dan deposit lain Pemiutang dagangan Pemiutang dan akaun lain Modal saham ahli Modal yuran ahli Kumpulan Wang Penebusan Saham Rizab modal Keuntungan terkumpul Kumpulan Wang Rizab Berkanun Tabung Kebajikan Jualan Belian Stok awal Yuran perkhidmatan skim pinjaman Komisen diterima Faedah bank Pendapatan daripada perniagaan usaha sama Pendapatan sewa Pelbagai pendapatan Belanja operasi Elaun lembaga pengarah

Debit RM 141,700 137,700 739,000

Kredit RM

66,280 52,420 362,300 4,000 2,170,000 715,500 215,000 1,200 1,066,500 45,200 2,437,900 174,740 104,000 200,000 148,900 600 754,810 312,500 76,400 10,103,800 7,406,500 1,864,310 26,500 30,500 12,100 7,800 65,000 9,700 411,440 28,200 14,946,250

14,946,250

SOALAN STPM

9

KERTAS 1 2007

Maklumat tambahan (1) Penghitungan stok perniagaan pada 30 Jun 2006 menunjukkan baki berjumlah RM2,674,200. (2)

Perkara berikut belum diambil kira: (i) Yuran juruaudit Caruman kepada KWSP Sewa kedai (ii) Belanja utiliti prabayar

RM9,800 RM2,500 RM1,500

RM3,700

(iii) Belanja susut nilai diperuntukkan pada kadar berikut: Bangunan Perabot dan kelengkapan pejabat Aset lain

2% 10% 20%

(iv) Peruntukan untuk pembahagian berkanun adalah 12%,2% dan 1% daripada keuntungan koperasi masing-masing untuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang Rizab Berkanun, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, dan Kumpulan Pembangunan Koperasi. (v) Selepas ditolak pembahagian berkanun di atas, koperasi juga memperuntukkan 1%, 4%, 2.5%, dan 5% masing-masing untuk Kumpulan Wang Penebusan Saham, honorarium lembaga pengarah, zakat perniagaan, dan tabung kebajikan. (vii) Lembaga pengarah koperasi juga mencadangkan dividen sebanyak 12% daripada modal saham lain dan yuran ahli. (viii) Berdasarkan perhitungan yang dibuat oleh perunding cukai, koperasi perlu memperuntukkan RM450,000 untuk tujuan cukai pendapatan tahun semasa. Dikehendaki: (i) Sediakan penyata pendapatan Koperasi Lembah Keriang Berhad bagi tahun berakhir 30 Jun 2006. [11] (ii) Sediakan penyata pembahagian keuntungan Koperasi Lembah Keriang Berhad bagi tahun berakhir 30 Jun 2006. [11]

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan belanja terakru dan belanja terdahulu dalam penyediaan akaun penamat? Jelaskan mengapa pelarasan perlu dibuat untuk kedua-dua item ini.

SOALAN STPM

10

KERTAS 1 2007

[4] (b) Jelaskan mengapa peruntukan hutang lapuk dan peruntukan diskaun perlu diwujudkan dalam buku akaun. [4] (c) Mengapakah hutang lapuk pulih dianggap sebagai pendapatan?

[4]

(d) Ketika menyediakan akaun penamat Syarikat Teras Maju Sendirian Berhad bagi tahun berakhir 30 September 2006, akauntannya mendapati bahawa pelarasan perlu dibuat terlebih dahulu bagi perkara yang berikut: 1) Upah dan gaji pekerja terakru yang perlu dibayar pada 7 Oktober 2006 masingmasing ialah RM5,800 dan RM6,900. 2) Peruntukan hutang ragu perlu ditingkatkan daripada RM6,020 kepada RM8,050. 3) Peruntukan untuk diskaun yang dibenarkan kepada penghutang perlu dikurangkan daripada RM2,450 kepada RM1,260. 4) Seorang pelanggan didapati muflis dan gagal menjelaskan hutangnya. Syarikat mengambil tindakan untuk melupuskan hutang berkenaan yang berjumlah RM5,300. 5) Hutang seorang pelanggan yang berjumlah RM1,470 telah dihapus kira pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, pada hujung bulan September 2006, pelanggan berkenaan telah membayar semua hutangnya melalui satu cek.Cek itu belum lagi ditunaikan di bank dan belum lagi direkodkan ke dalam akaun. 6) Terdapat kesilapan dalam memberikan diskaun tunai kepada salah seorang pelanggan syarikat. Pelanggan itu telah diberi diskaun sebanyak 8% daripada nilai jualan kasar yang berjumlah RM4,900. Diskaun yang sepatutnya ialah 10%.Pelanggan itu telah memaklumkan syarikat bahawa dia berhak menerima baki diskaun berkenaan. 7) Syarikat membayar sewa premis perniagaan untuk tempoh empat bulan sekaligus.Pada 1 September 2006, sejumlah RM19,200 telah dibayar untuk sewaan hingga Disember 2006.Syarikat telah merekodkan bayaran itu sebagai belanja sewa ketika bayaran dibuat. 8) Syarikat membayar bil elektrik semasa pada 29 September 2006 yang berjumlah RM1,900. Belum ada sebarang catatan tentang urus niaga ini. 9) Pada pertengahan tahun 2006, syarikat telah membelanjakan RM2,500 sebagai belanja pembaikian kenderaan perniagaan. Walaubagaimanapun, kerani akaun membuat kesilapan dengan mendebitkan jumlah ini ke dalam akaun kenderaan. Syarikat membuat peruntukan susutnilai kenderaan pada kadar 10% setahun secara garis lurus tanpa nilai sisa. Dikehendaki: Sediakan catatan jurnal pelarasan yang sesuai untuk setiap urus niaga tersebut pada 30 September 2006. [13]

More Documents from "ong kar weng"