Solat Sunat Tasbih

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Solat Sunat Tasbih as PDF for free.

More details

  • Words: 456
  • Pages: 2
Solat Sunat Tasbih

1. Solat sunat Tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak bagi-Nya atau kekurangan pada-Nya. Rasulullah SAW menganjurkan umat islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali , atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup. 2. Fadhilat atau kelebihan solat Tasbih ini ialah mengampunkan dosa yang lama atau yang baru, dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan dosa yang tersembunyi atau terang. 3. Bilangan rakaatnya ialah emapt rakaat. Jika dilakukan waktu siang satu salam sahaja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. 4. Lafaz dan niat ( untuk waktu siang) (Sahaja aku solat sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Taala). 5. Lafaz dan niat ( untuk waktu malam) (Sahaja aku solat sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala). 6. a) b) c) d)

Surah-surah yang elok dibaca: Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat pertama, baca Surah Al-Takaathur. Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat kedua, baca Surah Al-Asr’. Selepas membaca Al-fatihah dalam rakaat ketiga, baca Surah Al-Kaafiruun. Selepas membaca Al-Fatihah dalam rakaat keempat, baca surah al-Ikhlas.

7. Bacaan Tasbih, bilangan dan kaedah membacanya: a) Bacaan Tasbih (300 kali iaitu 75 kali setiap rakaat): b) Kaedah membacanya: i. Selepas membaca Surah sebelum rukuk (15 kali) ii. Selepas membaca tasbih biasa dalam rukuk ( 10 kali) iii. Selepas membaca Tahmid dalam iktidal (10 kali) iv. Selepas membaca Tasbih biasa dalam sujud ( 10 kali) v. Selepas membaca Doa ketika duduk antara dua sujud ( 10 kali) vi. Selepas membaca Tasbih biasa dalam sujud kedua ( 10 kali) vii. Bagi rakaat yang kedua ( waktu siang) baca Tasbih ini selepas tahiyat Awal ( 10 kali) viii.Bagi rakaat yang terakhir, baca Tasbih ini selepas Tahiyat akhir (10 kali)

8. Selepas memberi salam terakhir, baca doa berikut:

Ya Allah, ya Tuhan Kami, kami memohon taufik daripada-Mu sepertimana orangorang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini sepertimana amalan ahli yakin dan jadikan kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami spertimana orang-orang yang sabar dan gementar kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohan sepertimana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti ibadat orang-orang yang warak dan jadikan pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke yang dalam orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, kami memeohon kepada-Mu, jadikan kami golongan takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredaan-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepada-Mu dalam setiap perkara dan kemi memohon supaya menjadi orang yang baik sengka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Related Documents

Solat Sunat Tasbih
May 2020 17
Solat Tasbih
November 2019 19
Solat-solat Sunat
April 2020 32
Solat Sunat Taubat
May 2020 14
Doa Solat Sunat Dhuha
November 2019 24