Soalan Unit Modul

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan Unit Modul as PDF for free.

More details

  • Words: 2,846
  • Pages: 18
UNIT 3:

SEJARAH PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU

Soalan 1:

Berikan sebab-sebab utama penjajah Barat datang ke Timur?

Penjajahan merupakan kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara-negara yang lemah.

Ianya juga

merupakan kecenderungan sesebuah masyarakat atau pemerintah untuk mengawal masyarakat yang lain dengan apa cara sekalipun sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap politik atau ekonomi sesebuah negara itu, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa lain. Antara kuasa barat ialah seperti Perancis, Belanda, Portugis, Sepanyol, Amerika Syarikat dan British yang telah menjajah benua asia sama ada di Asia Tenggara, timur dan selatan bagi menguasai perdagangan serta memonopoli kesemua kegiatan ekonomi.

Memandangkan negara asia merupakan negara yang kaya

dengan hasil bumi dan berpotensi untuk memperkembangkan ekonomi, maka ini telah mewujudkan keinginan penjajah untuk menguasai perdagangan dan seterusnya telah menyebabkan Negara-negara di timur dijajah. Salah satu aspek penting penjajahan barat ke Asia Tenggara adalah untuk menyebarkan agama. Penjajahan barat adalah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk asia. Contohnya yang jelas adalah faktor penyebaran agama kristian oleh Perancis yang membawa kepada kejatuhan Vietnam Selatan. Hal ini telah membuatkan kerajaan Vietnam telah mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh Kristian dengan memusnahkan gereja-gereja dan bertindak kejam terhadap orang kristian.

Keadaan telah menyebabkan raja Perancis iaitu

Napolen 3 berazam untuk menakluk Vietnam. Akibatnya, Tourane Berjaya dijajah

pada tahun 1858, diikuti dengan Saigon pada tahun 1859 dan kemudiannya seluruh Vietnam telah dikuasai oleh Perancis. Pada kurun ke-15 dan 16, kuasa barat lebih menumpukan perhatian kepada penguasaan kawasan-kawasan tertentu bagi mendapatkan barang dagangan dan bahan mentah seperti rempah-ratus, sutera, bijih timah, gas asli dan sebagainya. Menjelang revolusi perindustrian di Eropah, minat pedagang Eropah ke atas negaranegara timur semakin bertambah. Dengan ini, banyak kilang telah dibina sehingga mewujudkan pengeluaran barang yang baru dan banyak.

Maka, perindustrian

tersebut memerlukan bahan mentah untuk barangan ciptaan mereka. Secara tidak langsung, permintaan bahan mentah turut meningkat. Akibatnya, kuasa barat perlu menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menampung keperluan kilang mereka. yang

dihasilkan

dapat

dikeluarkan

Ini juga telah membolehkan barang

secara

besar-besaran.

Seterusnya

perkembangan revolusi perindustrian telah membawa kepada pembukaan terusan Suez. Hal ini juga telah menjadi penyebab kepada kedatangan penjajah ke timur. Imperialisme dan kolonialisme juga berkaitan dengan kegiatan penjajahan oleh pihak penjajah bagi menjaga kepentingan dan mengukuhkan kedudukan mereka di wilayah atau negara yang dijajah. Perkembangan imperialisme dapat dilihat dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Dalam hal-ehwal politik, kuasa-kuasa barat telah memperluaskan kegiatan mereka mereka melalui campur tangan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di negara-negara Asia. Faktor kelemahan kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin di negara Asia telah membuka peluang kuasa barat untuk mengenakan dasar imperialisme dan kolonialisme mereka.

Hal ini disebabkan pemimpin yang gagal mengawal pergolakan dan permasalahan yang berlaku dalam negara. Kesimpulannya, kedatangan penjajah barat telah membawa pelbagai perubahan di pelbagai perspektif di timur. Objektif kuasa asing ke atas negara-negara taklukkannya adalah sama, cuma cara dan bentuk memperluaskan kegiatan mereka sahaja yang berbeza.

UNIT 4:

SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS DARI TAHUN 1400 HINGGA 1786

Soalan 1:

Huraikan corak Nusantara?

pendidikan

sebelum

kedatangan

Islam

di

Zaman sebelum kedatangan Islam di Nusantara bermula pada abad ke-4 hingga abad ke-11. Ia disebut sebagai era ’indianized states’ apabila pemerintahan dari India Selatan mula mengembangkan empayar ke Alam Melayu.

Kedatangan

mereka membawa pelbagai perubahan dari aspek budaya, pendidikan, agama dan bahasa. Dari sudut pendidikan, pada waktu ini, ilmu pengetahuan dimonopoli oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja sahaja dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusat di Keraton dan istana. Rakyat biasa hanya mendapat pendidikan secara tidak formal. Sebagai contoh, institusi keluarga berperanan dalam mendidik anak dari segi nilai budaya, adat istiadat, pantang larang serta kemahiran dalam pertukangan dan pekerjaan lain (Ismail Hamid, 985:42). Bahasa Sanskrit adalah bahasa istana dan digunakan dalam penulisan rekod rasmi. Buktinya, inskripsi Kutei yang bertarikh 440 masehi.

Bahasa teks pula hanya

berkisar tentang amalan pemujaan dan di dalam mantera. Teks-teks tersebut pula diterjemah ke dalam bahasa Jawa Kuno mengenai prinsip-prinsip asas dalam aliran Mahayana Buddhisme dan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabharata. Menurut I-Tsing, Srivijaya merupakan pusat bagi melatih pendeta-pendeta Buddha dan pada masa ini, Srivijaya telah berjaya melahirkan seramai seribu pendetapendeta Buddha.

Nusantara sebenarnya telah dipengaruhi oleh perkembangan pendidikan era HinduBuddha, yang nyata sekali mempengaruhi golongan raja-raja dan bangsawan. Dari aspek sosial dalam pendidikan pula, menunjukkan hierarki sosial diamalkan di mana Brahmin menjadi tenaga pengajar dan pegawai-pegawai utama kerajaan. mereka ini asalnya didatangkan dari India dan sangat berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama, astrologi, ilmu alam, ilmu ketenteraan dan ilmu kemanusiaan. Pusat-pusat pengajian menjalankan sesi pengajaran pada waktu pagi dan senja sahaja. Disiplin amat dititikberatkan yang mana murid-murid perlu patuh kepada peraturan seperti mencukur rambut dan berpakaian putih. Corak pendidikan ini kekal sehinggalah memasuki zaman kedatangan Islam yang membawa era baru dalam sejarah peradaban masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Tambahan lagi, Islam meletakkan asas bagi kelahiran satu system ilmu berdasarkan rasionalisme

dan

bertanggungjawab

melahirkan

masyarakat

berpendidikan dan intelektual (Syed Muhammad Naguib al-Attas)

Melayu

yang

UNIT 6:

SEJARAH PENDIDIKAN PRA MERDEKA (1941-1957)

Soalan 4:

Apakah ciri-ciri utama Laporan Razak 1956?

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Menteri Pelajaran ketika itu, Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Penyata Razak bertujuan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah dan menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Ia juga bertujuan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan membuat pindaan yang perlu. Selain itu, penyata Razak juga berharap dapat mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu dan mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Sistem pendidikan akan diperkembangkan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan dengan menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. Dengan mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan, diharapkan agar dapat memenuhi keperluan negara yang merdeka untuk memperkembangkan sistem pendidikan.

Di antara ciri-ciri utama Penyata Razak ialah semua sekolah di tanah air akan mempunyai sukatan yang sama dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar manakala sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum. Dalam aspek pengajaran pula, guru-guru sekolah rendah dan menengah mestilah mempunyai kelayakan yang cukup. Semua guru akan diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan sekaligus menunuhkan Jemaah Nazir Persekutuan. Sistem pendidikan sekolah menengah pula akan terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti. Penyata Razak mengambilkira matlamat akhirnya iaitu untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia dan cadangan-cadangan dalam penyata tersebut akan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

UNIT 7:

DASAR EKONOMI BARU DAN PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMBASMI KEMISKINAN DAN PENGSTRUKTURAN SEMULA MASYARAKAT

Soalan 3:

Huraikan faktor penyebab kemiskinan dan usaha-usaha kerajaan untuk membasminya.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam akhbar Utusan Malaysia memberitahu bahawa hanya 50,000 keluarga di Malaysia dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu bersamaan dengan satu peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 40,000 keluarga tinggal di luar bandar dan 10,000 keluarga lagi tinggal di bandar. Kemiskinan berada di mana-mana sahaja dan telah lama wujud dalam sejarah manusia tanpa mengira batasan dari segi agama, etnik, negara dan sebagainya. Sekiranya kemiskinan dinilai dari sudut ekonomi, ia bermaksud ketidakcukupan penguasaan sumber-sumber material sehingga mengakibatkan seseorang itu tidak mampu untuk memainkan peranan yang berkesan sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah masyarakat. Terdapat beberapa faktor berlakunya kemiskinan, antara yang utama adalah bencana alam seperti banjir, kemarau, ribut, dan lain-lain yang secara umumnya tidak mampu bagi sesebuah negara itu mengatasinya. Yang jelas, bencana alam akan mengganggu dan membantutkan semua kegiatan sosio-ekonomi bagi sesuatu kawasan atau organisasi dalam masyarakat. Kemelesetan ekonomi dunia juga menjadi penyumbang kepada faktor berlakunya kemiskinan.

Ini berpunca daripada kejatuhan harga barangan eksport seperti

barangan komoditi, sawit dan getah yang seharusnya menjadi punca pendapatan utama bagi sesebuah negara. Ini akan mempengaruhi kadar pendapatan rakyat secara keseluruhannya. Antara faktor-faktor lain adalah apabila saiz isi rumah yang besar di kalangan golongan berpendapatan rendah menyebabkan perbelanjaan mengatasi jumlah

pendapatan.

Begitu juga dengan negara yang mengalami kekurangan input

pengeluaran contohnya, mengamalkan corak pertanian secara tradisional. Antara usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan ialah sentiasa mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur dengan menarik para pelabur untuk melabur di negara ini dari segi pembukaan dan penambahan kilang-kilang seterusnya membuka bandar-bandar baru bagi mencipta peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan yang dapat menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Kerajaan juga berusaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Ini dilakukan dengan cara memodenkan kehidupan di luar bandar yakni mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera agar dapat bersaing dengan penjanaan ekonomi di bandar. Usaha lain yang dilakukan adalah memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain. Ini kerana pendidikan merupakan asas kepada jaminan kualiti hidup.

Dengan

pendidikan yang baik, individu akan menjadi kreatif dan kritis sehingga berupaya mencipta peluang-peluang untuk meningkatkan pendapatan. Selain itu, pihak kerajaan berusaha mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Jadi, semua kaum akan dapat samasama menikmati kemakmuran negara. Kesimpulannya, kerajaan sememangnya telah berusaha untuk menangani masalah kemiskinan ini dan secara tidak langsung telah menggunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai wadah untuk menjayakannya selain membuat penyusunan semula

masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

UNIT 9:

PENDIDIKAN ZAMAN TRADISI

Soalan 1:

Huraikan perbezaan corak pendidikan tradisi di Athens dan Sparta.

Sejarah pendidikan tradisi yang bermula di Eropah dikesan di Athens dan Sparta iaitu pada tahun 1600 sebelum Masehi hingga 300 sebelum masehi. Kedua-dua Athens dan Sparta ini mempunyai corak pendidikan yang ketara secara keseluruhannya. Secara asasnya, pendidikan di Athens bertujuan untuk melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan tubuh dan minda secara harmoni serta baik akhlaknya dari segi percakapan dan perbuatan.

Di Sparta pula lebih kepada

memberi penumpuan dalam melahirkan individu yang boleh bertindak dan membentuk warganegara menjadi tentera yang sempurna. Di Athens, institusi pendidikan bermula seusia 7 tahun dengan penerapan latihan fizikal yang ringan dan bermain bola dan diteruskan dengan latihan gimnastik pada usia 12 hingga 15 tahun. Pada usia 18 tahun, pengajaran tertumpu kepada muzik, membaca, menulis dan mengira.

Kota Sparta mengamalkan cara mengawasi

kanak-kanak dengan memberi latihan di berek tentera. Pengajaran lebih menjurus kepada latihan fizikal seperti berlari, melompat, bergusti, bertinju dan sebagainya dengan tujuan apabila tamat pengajian, para pelajar akan menjadi kadet tentera. Kurikulum pendidikan zaman lama di Athens bermula pada usia 7 hingga 20 tahun. Pada usia 7 hingga 14 tahun, para pelajar didedahkan dengan latihan fizikal, muzik dan pembacaan. Pengajaran melalui latihan fizikal diteruskan pada usia 15 hingga 17 tahun Cuma lebih tertumpu di dalam bidang sukan pentathlon. Pada usia 18

hingga 20 tahun pula, kaedah pendidikan dibuat dalam bentuk kursus dan tugastugas ketenteraan untuk menjadi warganegara yang dikenali sebagai Ephebus (youth).

Kurikulum pendidikan zaman baru pula membentuk kaedah pengajaran

yang meliputi retorik, ucapan, mengira, membaca dan tatabahasa pada usia 7 hingga 19 tahun. Pengajaran dilanjutkan dengan memperkenalkan mata pelajaran sains, aritmetik, geometri dan astronomi yang bertujuan untuk mengasah kemahiran berfikir dan mencari kebenaran, iaitu pada usia 20 hingga 30 tahun. Seterusnya, individu tersebut akan mengabadikan setiap pembelajaran dengan melakukan kerjakerja kebajikan. Berbeza dengan kurikulum pendidikan di Sparta yang menekankan aspek latihan fizikal seperti melempar cakera, lembing dan bergusti pada usia 8 hingga 18 tahun yang bertujuan untuk menjadikan kanak-kanak menjadi lasak. Pada usia 19 tahun, para pelajar akan didedahkan dengan ilmu peperangan dan peperiksaan akan dibuat setiap sepuluh hari. Pelajar-pelajar juga akan diuji kekuatan mereka dengan cara disebat di tempat penyembahan dewa. Ini bertujuan untuk mempersiapkan warganegara supaya menjadi berguna dan lasak. Kehidupan militer yang sebenar akan diajar pada usia 20 tahun dengan cara bertempur dalam peperangan sebenar selama 10 tahun yang akhirnya benar-benar dapat melahirkan warganegara yang kuat jasmani dan lasak. Pendidikan era Athens dan Sparta sebenarnya banyak memberi sumbangan kepada pendidikan moden khususnya dalam bidang-bidang utama seperti sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis sehingga lahir ahli falsafah agung seperti Plato, Socrates dan Aristotle. Begitu juga dengan kemajuan pembangunan sains dan teknologi dunia.

Tidak kurang juga bagi pendidikan di

Sparta yang menjadi asas untuk melahirkan rakyat dengan semangat nasionalime

dan patriotisme yang tinggi selain berkemahiran dalam ilmu persenjataan dan peperangan selaras dengan daya ketahanan fizikal yang tinggi. Kesimpulannya, corak pendidikan di Athens dan Sparta jelas mempunyai perbezaan.

Athens menumpukan kepada pembangunan holistic dan akademik

sementara Sparta mengutamakan kemahiran yang tinggi dalam ilmu ketenteraan.

UNIT 10:

FALSAFAH: KONSEP DAN CABANGNYA

Soalan 1:

Cabang falsafah yang mana? ➢ Ia mempersoal perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh. ➢ Ia memberi perhatian kepada realiti. ➢ Ia mempersoal kewujudan Tuhan.

Soalan di atas merujuk kepada metafizik, iaitu salah satu cabang atau bidang utama bagi falsafah bersama dengan dua bidang utama yang iaitu epistemologi dan aksiologi. Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kuwujudan dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek, metá bermaksud selepas dan physiká bermaksud yang mengenai alam, "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti Apakah sifat realiti? Di manakah tempat manusia di dunia? Adakah warna objektif atau subjektif? Adakah dunia wujud di luar minda? dan Apakah sifat objek, peristiwa, tempat? Bidang metafizik memang pada asasnya mempersoal kewujudan Tuhan dan memegang kepercayaan bahawa alam dan segala yang ada di dalamnya terjadi dengan sendiri mengikut tatacara masing-masing.

Ini termasuk hal berkaitan

manusia yang dikatakan akan lahir dan mati dan keadaan ini akan berterusan cuma akan bersilih ganti di antara manusia. Metafizik berteraskan spekulatif dan berkaitan dengan sebab dan akibat. Ia suatu bidang atau cabang yang menjawab persoalan ‘what’ dan dalam masa yang sama

menjawab deretan persoalan yang melangkaui penyiasatan dan penyelidikan saintifik. Cabang ini mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.

Manusia juga dikatakan berada di dalam kehidupan metafizik iaitu

mempunyai keinginan untuk mendapat sedikit sebanyak pemahaman mengenai keadaan benda yang mutakhir daripada pelbagai cabang pengetahuan awam dan pengalaman persendirian. Bidang metafizik atau realiti ini terbahagi kepada dua iaitu ontologi dan kosmologi. Ontologi merupakan salah satu kajian yang membahaskan mengenai keberadaan sesuatu yang bersifat konkrit. Secara asasnya, ontologi boleh dirumuskan sebagai ilmu yang mempelajari realiti atau kenyataan konkrit secara kritis.

Beberapa aliran dalam bidang ontologi,

termasuk realisme, naturalisme dan empirisme. Sementara Istilah-istilah terpenting yang berkaitan dengan ontologi adalah yang-ada(being), kenyataan/realiti(reality), eksistensi(existence), esensi(essence), substansi(substance), perubahan(change), tunggal(one) dan jamak(many). Ontologi ini mampu dipelajari bagi orang yang ingin memahami secara menyeluruh tentang dunia ini dan berguna bagi kajian ilmu-ilmu empiris, misalnya antropologi, sosiologi, ilmu kedoktoran, ilmu budaya, fizikal, ilmu teknik dan sebagainya. Kosmologi pula adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan alam semesta iaitu ilmu yang mempelajari struktur dan sejarah alam semesta berskala besar. Umpamanya bagaimana alam semesta ini terbentuk, apa yang sedang berlaku ke atas alam dan apa yang akan berlaku ke atas alam ini.

Secara khususnya, ilmu ini berhubungan dengan asal mula dan evolusi dari suatu subjek. Kosmologi dipelajari dalam astronomi, falsafah dan agama. Mereka yang mengkaji alam semesta ini dinamakan sebagai ahli kosmologi atau kosmologis. Teori Big Bang, teori letupan besar hanyalah salah satu daripada teori-teori yang diketengahkan oleh ahli kosmologi. Namun teori inilah yang lebih banyak diterima oleh ahli kosmologi. Sama ada teori tersebut salah atau benar, tidak ada manusia yang akan dapat memastikan kebenarannya kerana ia telah berlaku berbilion tahun yang lalu. Dalam teori Big Bang ahli kosmologi seperti Stephen Hawking dan lain-lainnya mengatakan bahawa alam semesta bermula dengan satu letupan. Apabila letupan tersebut berlaku, maka terbentuklah berbilion galaksi yang masing-masing disebabkan oleh daya letupan pertama tersebut terus menerus bergerak ke arah luar menyebabkan keseluruhan alam semesta ini mengembang. Prinsip kosmologi tidaklah benar-benar sebuah prisip, melainkan andaian yang digunakan untuk membatasi dari begitu banyaknya teori kosmologi yang mungkin. Prinsip ini diturunkan dari pengamatan alam semesta dalam skala besar, dan menyatakan bahawa pada skala yang besar, alam semesta adalah homogen dan isotropik. Dalam sudut pandang kosmologi, galaksi merupakan struktur yang sangat kecil di alam semesta. Bahkan kluster galaksi yang dapat beranggotakan hingga ribuan galaksi pun hanyalah sebuah fluktuasi kecil dalam hal kerapatan alam semesta. Dengan demikian, pada skala besar, alam semesta kelihatan memiliki kerapatan yang sama walau di mana kita berada. Pada skala ini, kita tidak lagi memiliki acuan arah atau acuan tempat. Atau dengan kata lain, pada skala besar, alam semesta akan kelihatan sama di semua arah untuk pemerhati yang berada di manapun, yang

membuatnya nampak tidak terbatas luasnya. Prinsip ini konsisten dengan pengamatan dari bumi. Berdasarkan pengamatan, prinsip tersebut menyatakan bahawa bumi bukanlah tempat yang istimewa.

REFLEKSI MODUL FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA HURAIAN BAGI 6 SOALAN DALAM UNIT MODUL

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (SGDF 4012)

DISEDIAKAN UNTUK:

ENCIK SHUHAILI B. SHAMSUDIN

DISEDIAKAN OLEH:

SHAZELIN NOR B. HIJAZ 200742

DIPLOMA PENDIDIKAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS (CAS)

Related Documents