Soalan tiga: Kempen amalan budi bahasa budaya kita telah dilancarkan oleh kerajaan bagi memupuk dan mendidik masyarakat akan nilai-nilai ketimuran. Sahabat anda di luar negara berminat untuk mengetahui kepentingan kempen amalan tersebut dalam masyarakat. Tulis surat tersebut selengkapnya. No 54, Jalan 5, Taman Kenanga, 45677 Kajang, Selangor Darul Ehsan. 4 Mei 2009 Ke hadapan Mary yang berada di Sydney,Australia. Apa khabar saudari di sana? Saya harap saudari sihat-sihat sahaja. Saya dan keluarga di sini sihat. Saudari, Terima kasih diatas surat yang saudari kirim kepada saya. Kempen budi bahasa budaya kita telah dilancarkan oleh kerajaan pada 18 hingga 20 mac 2006. Kempen tersebut dilancarkan di Stadium Negara oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Kempen ini telah memberi impak yang tinggi kepada rakyat Malaysia dan hasilnya sungguh memberansangkan. Kempen ini sungguh penting kepada rakyat Malaysia dan saya sungguh bangga kerana saudari berminat untuk mengetahui tentang kempen budi bahasa budaya kita di negara saya. Kempen budi bahasa amat penting kepada masyarakat kerana kempen tersebut mengeratkan silaturahim. Hal ini demikian kerana kempen ini menitikberatkan masyarakat untuk sentiasa senyum dan beramah mesra seterusnya dapat menambah kenalan dan mengeratkan hubungan sesama manusia tidak kira agama dan bangsa. Selain itu, kempen ini menarik perhatian negara lain seperti saudari yang ingin mencontohi kempen budi bahasa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk menyatupadukan masyarakat, mengeratkan silaturahim dan seterusnya menjaga keamanan negara. Berikutan ekonomi negara yang kian gawat, kempen budi bahasa dapat meningkatkan ekonomi dari sektor pelancongan yang menarik minat para pelancong dengan mempelajari bahasa dan mengenali kaum yang ada di Malaysia contohnya, kaum Iban,Cina, India, Khadazan dan sebagainya. Keuntungannya dapat dirasai oleh masyarakat apabila ekonomi yang meningkat dapat menurunkan harga barang dan pendapatan rakyat meningkat. Dengan budi bahasa juga, pelancong asing yang datang ke Malaysia lebih selesa untuk menegur dan menyapa rakyat Malaysia kerana keramahan mereka hasil kempen budi bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan.
Baru-baru ini, iklan ‘kempen budi bahasa budaya kita’ diperluaskan di media massa. Iklan ini menitiberatkan rakyat malaysia sentiasa mengucapakan terima kasih apabila menerima atau memberi sesuatu. Kes mat rempit dan kes samun yang berleluasa di dalam negara Malaysia menunjukkan rakyat malysia sudah kurang nilai ketimuran dan budi bahasa mereka. Pesalah juvana yang terdiri daripada pelajar yang masih bersekolah juga membuktikan budi bahasa yang kian hilang dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membuat satu iklan bagi memperingatkan rakyat tentang keindahan berbudi bahasa. Kesimpulannya, kempen budi bahasa ini membantu masyarakat untuk berbudi bahasa supaya negara disanjung tinggi dan masyarakat kekal harmoni.
kekal