Soalan aras rendah(senang) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan membulang dalam petikan ini? A Mengikat taji B Melepaskan taji C Mengecat taji D Memakai taji Jawapan A Mengikat taji 2. Di manakah latar tempat petikan cerita ini? A Di halaman istana raja B Di halaman rumah Pak Kaduk C Di gelanggang laga ayam D Di hujung negeri Jawapan C Di gelanggang laga ayam 3. Perwatakan Pak Kaduk dalam cerita ini ialah A dia terlalu menghormati rajanya B dia amat jahil C dia pelupa D dia sangat bodoh Jawapan D dia sangat bodoh 4. Apakah nilai negatif yang terdapat dalam cerita Pak Kaduk? A Malas bekerja B Tidak menghormati raja C Tidak membantu orang yang dalam kesusahan D Mentertawakan keaiban orang Jawapan D Mentertawakan keaiban orang 5. Prosa tradisional Pak Kaduk ini tergolong dalam cerita A lagenda C jenaka B asal-usul D epik Jawapan C jenaka 6. Contoh bahasa klasik yang paling ketara dalam petikan ialah penggunaan perkataan A maka C baginda B sebermula D bena Jawapan A maka
Soalan aras sederhana 1. Apakah yang dipertaruhkan oleh Pak kaduk dalam pertandingan ini? A Wang lima puluh rial B Kampung halamannya C Rumah pusaka D Ayam Biring Si Kunani Jawapan B Kampung halamannya 2. Apakah yang dilakukan oleh Pak Kaduk sebelum pertandingan bermula? A Pak Kaduk bertarung dengan raja B Pak Kaduk telah menukar ayamnya yang handal dengan ayam raja C Pak Kaduk menguji ayamnya D Pak Kaduk telah membubuh taji pada ayamnya Jawapan B Pak Kaduk telah menukar ayamnya yang handal dengan ayam raja
“… jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia relalah patik…” 3. Berdasarkan petikan di atas, Pak Kaduk digambarkan seorang yang A taat dan setia kepada perintah raja B redha dengan nasib dirinya C pandai mengambil hati raja D merendah diri Jawapan A taat dan setia kepada perintah raja 4. Mengapakah raja ingin menukarkan ayamnya dengan Pak Kaduk? A Ayam Pak Kaduk lebih cantik daripada ayam baginda B Ayam baginda selalu kalah dalam pertandingan menyabung ayam C Ayam Pak Kaduk dirasakan boleh menang dalam pertandingan tersebut D Pak Kaduk tidak mengetahui kehebatan ayamnya sendiri Jawapan C Ayam Pak Kaduk dirasakan boleh menang dalam pertandingan tersebut 5. Antara yang berikut ini, yang manakah bukan sifat raja dalam cerita ini? A Tidak bertanggungjawab B Suka menipu C Suka membuang masa D Adil dan saksama Jawapan D Adil dan Saksama
Soalan aras sukar 1. Apakah tindakan Pak Kaduk yang menunjukkan bahawa beliau tidak pandai menyabung ayam? A Menggadaikan kampung untuk menyabung B Melepaskan ayamnya terlalu awal C Memasang taji pada kedudukan yang salah D Sanggup berhutang untuk bertaruh Jawapan C Memasang taji pada kedudukan yang salah 2. Pak Kaduk ingin pergi menyabung ayam ke gelanggang baginda kerana A ingin menguji kebijaksanaan baginda B yakin akan kemampuan Biring Si Kunani untuk memenangi perlawanan C mahu mempertaruhkan kampungnya D ingin menunjukkan pakaian daripada kertas yang dibuat oleh isterinya Jawapan B yakin akan kemampuan Biring Si Kunani untuk memenangi perlawanan 3. Antara latar masyarakat yang terpapar melalui petikan ialah A Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan B Kaum lelaki yang suka memperalatkan kaum wanita C Golongan yang suka memperjudikan nasib diri D Golongan pemerintah yang sanggup menindas rakyatnya Jawapan A Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan 4. Yang berikut merupakan punca ayam Pak Kaduk tewas kecuali A dadanya tertikam taji sendiri D lambat membalas tikaman lawan C puting di kaki telah melukakan lawan D terkena tikaman taji lawan Jawapan A dadanya tertikam taji sendiri 5. Semua yang berikut adalah pengajaran dalam cerita ini kecuali A harus mendapatkan izin isteri sebelum melakukan sesuatu B perlu berfikir sebelum bertindak C kita tidak harus mengambil kesempatan terhadap orang yang daif D kita tidak harus mudah termakan pujukan dan rayuan Jawapan A harus mendapatkan izin isteri sebelum melakukan sesuatu
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Setelah mustaid sekaliannya, Pak Kaduk pun lalu turun menangkap ayamnya Biring si Kunani itu serta dengan tabung tajinya, lalu berjalan menuju ke gelanggang baginda itu. Selang tiada berapa lamanya, ia pun sampailah ke tengah medan menyabung itu. Hatta telah dilihat oleh baginda akan Pak Kaduk datang itu maka dikenallah oleh baginda seraya bertitah, “Hai Pak Kaduk apa khabar?” Menyabungkah kita?” maka sembah Pak Kaduk, “Daulat tuanku, persilakanlah kita menyabung ayam kerana ayam patik ini pun belum lagi patik mengetahui tuah malangnya tuanku.’ Maka titah baginda, “Cuba juga bawa ke mari ayam Pak Kaduk supaya beta lihat.” Maka Pak Kaduk pun segera menyembahkan ayamnya itu lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati;diketahuilah oleh baginda tersangat bertuah ayam Pak Kaduk itu. Maka titah baginda, “Hai Pak Kaduk, mari kita bertukar ayam;ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya Jalak Putih mata, dan ayam Pak Kaduk Biring Si Kunani sahaja, tiada berapa tuahnya.” Setelah didengar oleh Pak Kaduk akan titah baginda menggula dirinya itu, percayalah ia; maka sembahnya, “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jikalau sudah dengan titah duli yang maha mulia relalah patik, seperti titah itu sedia terjunjung di atas jemala ubun-ubun patik.” Pada akhirnya lalu bertukarlah keduanya akan ayam masing-masing. Maka sangatlah sukacita baginda beroleh ayam Pak Kaduk itu. Maka baginda pun bertitah kepada juaranya menyuruh bulang ayam itu. Maka Tok Juara tua pun lalulah membulang ayam Biring Si Kunani yang bertukar dengan Pak Kaduk itu, mengenakan taji bentuk alang serta dengan berbagai-bagai isyarat dan petuanya. Maka Pak Kaduk pun segeralah membulang ayamnya yang bertukar dengan baginda itu, iaitu tuntung tajinya dihalakan ke hadapan dan putingnya ke belakang. Maka titah baginda “Hai Pak Kaduk apa taruhnya kita menyabung ayam ini? Soronglah dahulu supaya beta lihat.” Maka sembah Pak Kaduk, ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik ini tiadalah apa harta yang ada, hanya kampung sebuah itu sahaja; jikalau ada ampun dan kurnia ke bawah duli tuanku menjadi agungan memohonkan berhutang kadar lima puluh rial.”