So Alan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View So Alan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,444
  • Pages: 5
Soalan : Sungai merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan baik oleh manusia. Jelaskan pendapat anda tentang sebab-sebab sungai tercemar dan kepentingan sungai dalam kehidupan. ‘Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai’, ‘sungai di Pahang telah teruk dicemar’. Begitulah tajuk-tajuk berita yang acapkali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu pancemaran sungai. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti ‘Cintailah Sungai Kita’ tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan ‘pencemaran sungai’? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘pencemaran sungai’ dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana ‘kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong?’ Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka. Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Hal seperti ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat.Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah ‘tong sampah’ yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh daripada tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh itu, mereka membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai. Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik daripada kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Bilangan kehidupan akuatik seperti ikan akan berkurangan kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat

yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang-kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilangkilang besar seperti kilang kasut ‘BATA’ dan kilang F&N. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri sendiri ibarat ‘ bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ‘ perlu dikikis demi kepentingan bersama. Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, perkara tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negaar tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali. Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak boleh dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan pertamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Ini dapat menyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysia ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negara gergasi yang lain di persada dunia. Seterusnya, sungai amat penting kerana ia akan membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh kita kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang dimakan oleh kita pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’. Ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan

anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya. kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ‘ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’ untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti ‘duri dalam daging’ masyarakat. Janganlah biarkan masalah ini terus bernanah dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Menjauhi diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak ‘sudah terhantuk baru terngadah’. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. ‘Cintailah Sungai Kita’.

Penanda Wacana BM Karangan July 3, 2009 vick5821 Leave a comment Go to comments 4 Votes Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Seterusnya, Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Maka, d) Oleh hal yang demikian, e) Jelaslah bahawa f) Justifikasinya, Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya,

c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ……. b) Bak kata peribahasa Melayu, ………… c) Bak kata orang tua-tua, ……….. d) Bak kata mutiara, ……… e) Bak peribahasa, ………… f) Bak kata cendekiawan, …………. g) Persis kata peribahasa, ………… h) Persis kata peribahasa Melayu, …………. i) Persis kata orang tua-tua, ………… j) Persis kata mutiara, ………… k) Persis peribahasa, …………… l) Persis kata cendekiawan, …………. m) Hal ini sama dengan peribahasa ………. n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ……. o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ……….. q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa …. -konsep masa kini • • • • • •

dasawarsa ini dewasa ini mutakhir ini marcapada ini kita sedang berada dalam millenium baru kita berada di tengah-tengah abad ke-21

- masa yang bergerak pantas • • • •

ketika detik terus berlari sejajar dengan perubahan waktu perubahan berlaku selaras dengan santapan zaman perubahan berlaku pada setiap detik kita haru bergerak selari dengan arus perdana

-masa yang akan datang • • • •

mewarnai masa depan alaf yang mendatang dalam menelusuri dekad mendatang kita sedang mendepani masa depan

-zaman kepasatan ict • • • • • • •

dalam menangani kehadiran abad ke-21 menggharungi ambang abad ke-21 dalam mengahrubgi era globalisasi dan liberalisasi dalam meneliti gelombang digital dan dasar langit terbuka dalam meniti arus gelombang ledakan dunia siber kita sedang berada dalam alaf baru dan dunia tanpa sempadan sedang mara dalam era digital dan kancah globalisasi

• • •

dunia yang berselirat dengan gentian optik dan pelbagai jenis wayar melaysia sedang meniti gelombang ict yang melimpah-ruah kita sedang mendepani terobosan ledakan meklumat

-zaman yang semakin maju • • • •

zaman yang sarat dengan muatan cabaran reformasi kini manusia berada pada suatu zaman yang dikenali sebagai zaman pasca modenisme kehidupan manusia sudah berada jauh dalam tamadun antapan zaman

Categories: SPM BAHASA MALAYSIA

Related Documents

So Alan
June 2020 15
So Alan
June 2020 4
So Alan
May 2020 3
So Alan
June 2020 3
Alan
July 2020 21
Alan
April 2020 30