MOHD HIZWAN BIN MOHD NOOR
(021797)
MOHD FAIZAL BIN ZAKARIA
(021236)
ASAS PENYELIDIKAN PEPERIKSAAN MID-SEMESTER
GAMBARAN UMUM
Semangat keagamaan dan fungsi sebenarnya masjid sudah berubah mengikut arus kemodenan dunia. masjid tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya kerana sesetengah menggunakan untuk kepentingan diri dan hanya berpandukan keduniaan. Masjid tidak lagi menjadi tumpuan untuk tujuan beribadat kerana manusia lalai dan leka dengan keseronokan duniawi. Kelemahan keimanan menjadi punca institusi masjid diabaikan dan juga menjatuhkan kemuliaan masjid untuk para pendakwah berdakwah di jalan Allah.
PENDAPAT
Serius. Kerana manusia sekarang terlalu taksub dengan kebendaan dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengira ianya melanggar hukum hukum agama. Kemugkinan suatu hari masjid tidak lagi berfungsi dan dibiarkan begitu sahaja. Selain itu umat islam akan mundur dan hidup dalam kesesatan yang penuh kemaksiatan. Akan menyebabkan berlakunya masalah sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak berpendidikan. Masjid hanya digunakan untuk bersolat sahaja dan bukan lagi sepertimana dahulu untuk kelab sastera,tempat berkenalan dan sebagainya. Ini kerana manusia terlalu sibuk dengan urusan dunia dan tidak mempunyai kelapangan untuk mengimarahkan masjid serta di zaman rasulullah s.a.w.
TAJUK Kajian mengenai peranan instutusi masjid di negeri Terengganu dan langkah langkah mengembalikan masjid sebagai pusat kegiatan jemaah muslimin.
TUJUAN KAJIAN
1. Mengkaji peranan institusi masjid 2. Membandingkan perbezaan antara peranan masjid di desa dan di bandar
3. Mengkaji hubungan institusi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan tempat beribadat.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah kaedah terbaik untuk mengembalikan peranan institusi masjid seperti di zaman
Rasulullah s.a.w? 2. Adakah faktor suasana yang mempengaruhi keberkesanan institusi masjid? 3. Sejauh manakah faktor suasana mempengaruhi keberkesanan institusi masjid?
SUMBER
1. Tajuk : Masjid Menjana Perpaduan Ummah. Pengarang : Dr Hassan Ahmad Jabatan Sains Kemanusiaan University Malaysia Pahang Tarikh : Thursday, 7 Ogos 2008 Laman web : http://hasanahmad.blogspot.com
2. Tajuk : Membangun Institusi Masjid.
Pengarang : Norrodzah Hj. Siren Yusmini Md.Yusoff Laman web : http://tamanilmu.com/downloads/RB_Membangun_Institusi_Masjid.pdf.