Skip To Forum Content

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skip To Forum Content as PDF for free.

More details

  • Words: 3,105
  • Pages: 14
Skip to forum content ireansForum re.engineered •

Index



User list



Search



Register



Login

You are not logged in. Please login or register. Active topics ireansAV has landed! (more about ireans?)

Kepentingan Ilmu Berdasarkan AlQuran dan Sunnah ireansForum » iReans Qurratu A'yun » Kepentingan Ilmu Berdasarkan AlQuran dan Sunnah Pages 1 You must login or register to post a reply RSS topic feed

Posts [ 12 ] 1 Topic by D 23-Dec-2006 11:47 am •

D



Ireans' Supervisor



Offline



Registered: 6-Oct-2006



Posts: 54

Topic: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Ilmu itu didefinisikan sebagai pengetahuan, kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dll) Pengetahuan tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah (methode) tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan gejala tertentu dalam bidang (pengetahuan itu) (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003: 979). Antara takrif yang lain ialah, segala jenis pengetahuan atau kepandaian tentang soal duniawi (akhirat, zahir batin, dsb). Pengetahuan atau kepandaian

dalam segala yang masuk jenis kebatinan dan keadaan alam dan sebagainya. Umumnya, ilmu itu luas pengertian dan maknanya. Ia bergantung kepada individu itu sendiri dari perspektif peribadi. Dari sudut Islami pula, ilmu diibaratkan sesuatu yang amat tinggi nilainya, seseorang yang berilmu adalah seseorang yang dimuliakan. Tetapi Islam memandang ilmu itu tidak pernah berenggang dengan amal. Ilmu dan amal. Sesuatu yang sinonim dengan Islam. Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal.Ilmu dan amal diibaratkan sebagai 2 permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata amal. Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia sia, tidak akan diterima kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah nabi s.a.w.Ilmu merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat.Orang yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya,kekadang ular pun di sangka kayu api.amatlah bahaya kehidupan tanpa ilmu. Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita tentang pentingnya ilmu.Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.Ini kerana,Firman Allah Taala yang bermaksud : "bahawasanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan ulama'(org alim)" Jika ilmu diibaratkan sebagai pokok,maka amal diibaratkan sebagai buah.daripada ilmu terbit amal.Bak kata pepatah arab,ilmu tanpa amal,umpama pokok yang tidak berbuah. Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai oleh Allah Taala,jawab baginda "amal yang sedikit tetapi berterusan". Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan dan amalan.Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan". Ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Islam mengingatkan umat Islam hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah al-deen yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang berilmu. Kepentingan ilmu dapat dikesan kepada penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam menerusi firman Allah bermaksud: “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab: 'Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.” Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang

kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." Daripada wahyu itu dapat dirumuskan bahawa ilmu pengetahuan memberikan kelebihan kepada manusia berbanding makhluk lain. Manusia dikurniakan akal fikiran anugerah Allah yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Oleh itu, akal fikiran sewajarnya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mengisinya dengan ilmu pengetahuan berguna. Jika ini tidak dilakukan, maka akan sia-sia akal fikiran yang dimiliki manusia. Apabila membicarakan ilmu, kita perlu memperkatakan cara atau kaedah untuk memperolehnya. Tidak dinafikan cara memperoleh ilmu pengetahuan paling berkesan adalah menerusi pembacaan. Dalam al-Quran, didapati bahawa wahyu pertama yang diturunkan sebagai watikah pelantikan Muhammad Ibn Abdullah sebagai nabi dan rasul terakhir dimulakan dengan perkataan iqra yakni suatu arahan supaya membaca. Antara pengajaran daripadanya adalah kaedah menuntut dan mengembangkan ilmu. Pertama, dengan membaca kerana membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Kedua, selepas memperoleh ilmu pengetahuan, perlu menyebarkannya menerusi penulisan. Inilah kaedah yang digunakan sejak dulu untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan. Di sini, apa yang kita ingin bicarakan ialah berhubung kait dengan ilmu dan kepentingannya berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Dari wahyu pertama nabi, kita dapat huraikan bahawa ilmu itu dapat membawa perubahan ke dalam hidup seseorang itu. Seperti Nabi Muhammad, dari seorang manusia biasa dan diangkat darjat menjadi Rasulullah hinggalah akhirnya jalur Islam bertebaran di atas muka bumi. Semuanya dari ilmu Allah. Pentingnya ilmu sehingga ia dapat merangsang perubahan. Ia seharusnya merangsang sesebuah komuniti ilmu untuk menjadikan nilai ilmu sebagai asas dan teras kehidupan. Ini bermakna penghayatan ilmu dalam erti kata yang semurninya, tanpa dibayangi kepentingan dan pengaruh fahaman utilitarianisme. Antara kepentingan ilmu menurut hadis nabi, "Ilmu itu pemimpin dan amalan itu pula pengikutnya," Ilmu adalah kunci K-Ekonomi bagi sesebuah keluarga, komuniti dan negara. Segala amalan, pelaksanaan dan tindakan dalam apa juga bidang perlukan ilmu dan pengetahuan. Di dalam Al Qur’an terdapat kata-kata tentang ilmu dalam berbagai bentuk (‘ilma, ‘ilmi, ‘ilmu, ‘ilman, ‘ilmihi, ‘ilmuha, ‘ilmuhum) terulang sebanyak 99 kali, (Ali Audah, 1997: 278-279.Pelbagai bentuk ilmu tersebut di atas dalam terjemah Al Qur’an Department Agama RI, cetakan Madinah Munawwarah (1990), diertikan dengan: pengetahuan, ilmu, ilmu pengetahuan, kepintaran dan keyakinan. Sedangkan kata ‘ilmu itu sendiri berasal dari bahasa Arab ‘alima = mengetahui, mengerti. Maknanya, seseorang dianggap mengerti kerana sudah mengetahui objek atau fakta lewat pendengaran, penglihatan dan hatinya. Kata ilmu dalam pengertian teknik pengamalan ialah kesedaran tentang realiti. Pengertian ini didapat dari makna-makna ayat yang ada di dalam Al Qur’an. Orang yang memiliki kesadaran tentang realiti lewat pendengaran, penglihatan dan hati akan berfikir rasional dalam menggapai kebenaran (QS. 17 : 36).

Di dalam kitab As-Sunnah Mashdaran li Al-Ma’rifah wa Al-Hadharah, dijelaskan bahawa, "Sunnah merupakan sumber kedua setelah Al Quran bagi fiqh dan hukum Islam. Sunnah juga merupakan sumber bagi dakwah dan bimbingan bagi seorang muslim, ia juga merupakan sumber ilmu pengetahuan religious (keagamaan), humaniora (kemanusiaan), dan sosial yang diperlukan umat manusia untuk meluruskan jalan mereka, membetulkan kesalahan mereka ataupun melengkapi pengetahuan eksperimental mereka." Kepentingan ilmu yang lain ialah, tidak dapat tidak mendekatkan diri dengan Al-Khaliq Allah SWT. Supaya manusia sedar bahawa ilmu itu datangnya dari Allah. Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin dia tunduk kepada Allah. Hubungan lebih tegas antara pengetahuan dan Tuhan muncul dalam Surah Az-Dzariyyat ayat 56-58 berbunyi, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.”. Ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Nabi Muhammad banyak memperingatkan umat Islam akan hakikat ini menerusi banyak hadisnya. Di antaranya: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap umat Islam (lelaki dan perempuan)”. “Siapa yang menuntut ilmu akan menjadi kafarah (penebus) segala dosa-dosa yang lalu.” “Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” “Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah (pada jalan Allah) hingga kembali.” Daripada hadis di atas, jelas bahawa Islam adalah addin yang cintakan ilmu pengetahuan. Islam dan ilmu tidak boleh dan tidak sepatutnya dipisahkan. Dari hadis-hadis tersebut juga sudah tertera kepentingan-kepentingan ilmu yang seharusnya dititikberatkan oleh orang Islam dan bukan hanya menjadi bahan kajian orang bukan Islam. Antara lainnya menyebut, ilmu itu penting dalam mengekalkan umat Islam menjadi umat beragama yang paling unggul di atas muka bumi. Hanya dengan ilmu, bendera Islam dapat ditegakkan dan nasib umat Islam dibela. Peperangan dapat dihentikan dan keamanan akan dapat diraih. Semuanya dari ilmu. Ilmu yang salah tanpa iman dan amal akan mencetuskan huru-hara di sana-sini. Lihat sahaja kerakusan Israel membaham bumi Palestin, Lubnan dan bumi Islam yang lain. Semuanya kerana ilmu yang tinggi tetapi pada jalan yang terkutuk. Dalam al-Quran juga diperjelaskan bahawa martabat orang berilmu itu tinggi dan mereka mempunyai kelebihan berbanding orang tidak berilmu. Firman Allah maksudnya: “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?’ Katakanlah lagi (kepadanya): ‘Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?’

Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” Seterusnya martabat dan kedudukan orang berilmu pengetahuan diperjelaskan lagi oleh Allah dalam satu lagi ayat al-Quran, yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah sebolehbolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” Kita sedang berusaha mencari ilmu untuk kesenangan di masa hadapan, tetapi janganlah pula melupakan kepentingan ilmu Deen Al Islam. Elakkan dari ketinggalan merebut peluang memahami Deen ini. Memperolehi kefahaman mengenai Deen ini adalah suatu kebaikan yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Rasulullah saw bersabda : " Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk memperolehi kebaikan, maka Allah menjadikannya memahami Deen ini." Jika Allah SWT yang memberikan kebaikan, yakinlah akan nilainya yang tidak terhingga. Carilah jalan yang membolehkan kita mendapat kebaikan ini. Jangan biarkan nafsu dan kecenderungan yang jahat menjadi dinding penghalang. Kita boleh menambahkan kefahaman mengenai Deen Al Islam melalui pembacaan dan juga dengan menghadirkan diri dalam majlis2 ilmu, usrah, tamrin dan sebagainya. Mewujudkan bi’ah solehah dalam erti kata yang lain. Masih di dalam ruang lingkup betapa pentingnya ilmu itu, mari kita selusuri suatu kisah yang menarik di antara Imam Shafi’e dan Imam Malik. Imam Shafi’e, ketika menuntut ilmu dengan Imam Malik, merupakan seorang yang sangat muda dan sangat bijak. Dalam proses pembelajarannya, Imam Shafi’e biasanya akan berdiri di luar kelas Imam Malik, di muka pintu dengan tujuan untuk tidak mengganggu Imam Malik. Tetapi, tindakan Imam Shafi’e ini sebenarnya adalah sangat bijak, iaitu dengan berada di muka pintu, dia selalu bertanya orang yang ingin berjumpa dengan Imam Malik soalan mereka dan kemudiannya jawapan Imam Malik kepada soalan itu. Hinggalah satu hari, ada seorang lelaki yang keluar setelah berjumpa dengan Imam Malik dengan wajah yang muram. Seperti biasa, Imam Shafi’e bertanyakan soalan yang ditanyakan kepada Imam Malik dan jawapannya. Namun, lelaki itu membalas, “Jangan ganggu saya!” Tapi Imam Shafi’e tidak berputus asa, lantas berkata: “Tolonglah beritahu saya, ia mungkin akan memberi kebaikan kepada saya dan kepada awak juga.” Maka, setelah didesak, lelaki itu mengalah dan menceritakan kepada Imam Shafi’e bahawa: “Saya berkata kepada isteri saya, kalau awak tidak jadi lebih cantik dari bulan, maka saya akan ceraikan awak. Setelah bertanya kepada Imam Malik perkara ini, beliau mengatakan bahawa ia bermaksud bahawa saya telah

menceraikan isteri saya kerana tidak mungkin dia boleh jadi lebih cantik daripada bulan.” Apabila mendengar penjelasan lelaki tersebut, Imam Shafi’e tidak bersetuju dengan jawapan Imam Malik dan lantas pergi bertemu dengan Imam Malik bersama lelaki tadi dan berkata: “Lupakan tuan kepada ayat yang Allah mengatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian?” Jadi maksudnya isteri lelaki tadi sudah tentu lebih cantik daripada bulan kerana dia adalah kejadian Allah yang terbaik. Setelah mendengar penjelasan ImamShafi’e itu, Imam Malik bersetuju dan menerima pendapatnya walaupun Imam Shafi’e sendiri pada masa itu hanyalah seorang yang sangat muda, jika hendak dibandingkan dengan taraf Imam Malik pada masa itu. Dalam cerita ini, kita boleh lihat betapa persistentnya Imam Shafi’e dalam menuntut ilmu. Walaupun dalam usia yang masih muda, penguasaan ilmunya sudah sangat unggul, maka tidak hairanlah jika beliau sangat layak disandarkan sebagai pengasas Mazhab Shafi’e. Maknanya, jika ilmu beliau cetek, sudah pasti isteri itu diceraikan oleh lelaki tersebut. Sebagai pengikut mazhab Shafi’e, dalam masyarakat kita begitu ramai yang mengaku, “Aku pegang mazhab Imam Shafi’e, Imam Shafi’e sangat teliti dalam keluarkan hukum.. dll” seakan-akan bangga menjadi pengikut Imam agung ini, namun jika ditanya karya Imam Shafi’e, ramai juga yang teragakagak memberi jawapan. Keadaan ini berlaku tentunya kerana butanya ilmu dan keperihatinan dalam menuntut ilmu itu sendiri. Dengan ini, saya simpulkan bahawa tanpa ilmu dan amal seperti yang digalakkan dalam Al-Quran dan Hadis, pincanglah agama, runtuhlah bangsa dan negara. Hanya dengan ilmu, segalanya mungkin. Sedangkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Ibn 'Adiyy, Al-Bayhaqi & Al-Tabarani) Saya yakin, ramai di antara umat Islam yang sedar kewujudan hadith ini, tetapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan. Semoga kita merupakan salah seorang dari golongan yang mematuhi perintah Rasulullah ini. Pada masa sekarang, Alhamdulillah, banyak perubahan yang dapat diperhatikan. Walaupun boleh dikatakan gejala sosial semakin tenat melanda negara kita, ramai yang semakin sedar kepentingan menuntut ilmu Islam ini, terutama pelajar-pelajar IPT. Sekurang-kurangnya perasaan curiosity berjaya mencetuskan suasana di mana ramai di kalangan umat Islam yang berlumba-lumba menguasai pelbagai ilmu Islam, seperti ilmu fiqh, ilmu hadith dan sebagainya. Di kalangan kita yang diberi peluang oleh Allah untuk memahami tugas dan tanggungjawab menuntut ilmu ini, semoga kita menjadi orang yang bersyukur dan dalam masa yang sama berusaha sedaya upaya untuk tidak berasa cukup dan sentiasakan dahagakan ilmu pengetahuan. Dengan adanya sikap ini, lantas sudah pasti timbul suasana di mana ilmu Islam itu bukan terletak di bahu ustaz dan ustazah sahaja, tetapi juga di atas setiap insan bernama

muslim.. InsyaAllah. WallahuTaala A’lam. Redha dan Taqwa Lillah Centric

2 Reply by D 23-Dec-2006 11:48 am •

D



Ireans' Supervisor



Offline



Registered: 6-Oct-2006



Posts: 54

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Sumber dan Rujukan 1. Al-Quran 2. Al-Hadis 3. Falsafah Ilmu Dalam Perspektif Islam, Khalilullah A.M.H, Rosda, Bandung: 1984 4. Ilmu Berkembang Melalui Tulisan, Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, IKIM, Berita Harian 19 Julai 2005 5. Ilmu Kunci Utama K-Ekonomi, Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia, 17 Mei 2004 6. Islam Agama Cinta Ilmu Pengetahuan, Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Berita Harian 1 Mei 2003. 7. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka 8. Kementerian Pengajian Tinggi, Berita Harian 24 Januari 2006. 9. Kitab Minhajul A'bidin Imam Al-Ghazali 10. Kitab Yusuf Al Qardhawy, 1997 11. Koleksi Diskusi Isnet, Renung Fikir dan Bertindak , Disember 1995, 12. Riwayat Bukhari dan Muslim 13. Sumber web, Keagungan Cahaya Ilmu, Malaysian Islamic Study Group (MISG) Online, 22 April 2006 Redha dan Taqwa Lillah Centric

3 Reply by somutmerah 23-Dec-2006 8:49 pm

• •

somutmerah



Ireanster



Offline



From: ~lautan malaya~



Registered: 12-Nov-2006



Posts: 1,195

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah nafsu bleh merosakkan kita,jgn biarkan nafsu menunggang kita...kita yg harus menunggang nafsu... org ckp ilmu dah mahal skrg,kena buat loan nak cari ilmu ni..kekadang tak lulus pulak tu..hhmmmm...camaner tu.. hehehehe sempoi... ~yakin dan sabar akan membawa kita kepuncak kejayaan~

~soulsense gang~

4 Reply by faz maverick 27-Dec-2006 2:58 am

• •

faz maverick



Ireanster



Offline



From: Spore



Registered: 2-Dec-2006



Posts: 20

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah wah, informatif snggoh artikel kamu ni D..ade yng lain2?

5 Reply by ismeat 28-Dec-2006 2:40 pm

• •

ismeat



Ireanster



Offline



Registered: 28-Dec-2006



Posts: 39

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Subahanallah Sabda Nabi S.A.W aku tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang padanya nescaya kamu tidak akan sesat ,sunnahku dan kitab allah... Benarlah bahawa Al Quran itu tidak ada ragu darinya.Artikel yg sangat ilmiah Alhamdulillah

6 Reply by Banjir 7-Jul-2009 1:19 pm

• •

Banjir



Ireanster



Offline



From: CLASSIFIED



Registered: 4-May-2009



Posts: 558

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Berpeganglah kepada Al-Quranul Karim, Al-Hadith dan As-Sunnah Insya'Allah hidup terbimbing kejalan yang diredhaiNya...

Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna!

7 Reply by faezil 17-Jul-2009 3:17 pm

• •

faezil



Ireanster



Offline



From: Deepest Corner of Your Mind



Registered: 9-Oct-2006



Posts: 3,342

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Baru teringat.... kalau tak silap nick D ni adalah seorang ustaz yang dijemput khas oleh admin ireans utk memantau ruangan agama di sini Bila lah agaknya beliau nak login kembali....

faezil's Website

8 Reply by Mindpollution 17-Jul-2009 3:20 pm

• •

Mindpollution



Ireanster



Offline



From: melaka



Registered: 21-Dec-2006



Posts: 1,824

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yer lah... nick d yang sudah lama ilang.!~nampak tuh ...2006 wahhaha ~#Aku orang biasa tak mungkin mangkat dijulang , Salahkah ku merasa serba salah? Ya?Salahkah ku bermasalah????#~ This post was my opinion today. It cant be used against me in tomorrow or later. In addition, I reserve the right to change views without giving any reason. Mindpollution's Website

9 Reply by faezil 17-Jul-2009 3:25 pm

• •

faezil



Ireanster



Offline



From: Deepest Corner of Your Mind



Registered: 9-Oct-2006



Posts: 3,342

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Mindpollution wrote: yer lah... nick d yang sudah lama ilang.!~nampak tuh ...2006 wahhaha itu tarikh dia daftar daaa kita berdua pun tertulis 2006

faezil's Website

10 Reply by Mindpollution 17-Jul-2009 3:50 pm

• •

Mindpollution



Ireanster



Offline



From: melaka



Registered: 21-Dec-2006



Posts: 1,824

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dec 2006 tuh ..tarikh posting incik faezil ~#Aku orang biasa tak mungkin mangkat dijulang , Salahkah ku merasa serba salah? Ya?Salahkah ku bermasalah????#~ This post was my opinion today. It cant be used against me in tomorrow or later. In addition, I reserve the right to change views without giving any reason. Mindpollution's Website

11 Reply by Banjir 18-Jul-2009 1:34 pm

• •

Banjir



Ireanster



Offline



From: CLASSIFIED



Registered: 4-May-2009



Posts: 558

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah faezil wrote:

Baru teringat.... kalau tak silap nick D ni adalah seorang ustaz yang dijemput khas oleh admin ireans utk memantau ruangan agama di sini Bila lah agaknya beliau nak login kembali.... Owh yer ker? mana beliau kini? ruangan agama memang sepatutnya dipantau oleh mereka yang arif seperti di forum2 keagamaan yang lain... Harap2 Ustaz D kembali ke Ireans....kalau keadaan bertambah buruk kenalah panggil ustaz lain masuk nie... Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna!

12 Reply by Banjir 20-Jul-2009 1:05 am

• •

Banjir



Ireanster



Offline



From: CLASSIFIED



Registered: 4-May-2009



Posts: 558

Re: Kepentingan Ilmu Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Mindpollution wrote: dec 2006 tuh ..tarikh posting incik faezil Bila Ustaz D nak masuk Ireans kembali nie???

Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna!

Posts [ 12 ] Pages 1 You must login or register to post a reply ireansForum » iReans Qurratu A'yun » Kepentingan Ilmu Berdasarkan AlQuran dan Sunnah Top of Form

Jump to forum:

Go

iReans Qurratu A'yun Bottom of Form

© 2007-2009 ireanster Community

Related Documents

Skip To Forum Content
June 2020 8
Skip To Content.docx
April 2020 6
Skip To Content.docx
November 2019 11
Skip To Main Content.docx
December 2019 13
Skip Counting.pdf
December 2019 14