Skema Jawapan UB1 Tingkatan 2 BAHAGIAN A 1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. ii. iii. iv.
tahun-bertahun – bertahun-tahun hebatnya - kehebatannya kami – saya ialah – adalah
2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Satay - sate ii. anti-dadah - antidadah iii. keretapi – kereta api 3. Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tuliskan jawapan anda pada ruangan jawapan yang disediakan. i. Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia. a) Pemuda itu rajin bekerja. b) Pemuda itu aktif dalam persatuan belia. ii.
Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta. a) Hanisah mengambil beg. b) Hanisah masuk ke dalam kereta.
iii.
Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah? a) Encik Azman ke pejabat? b) Encik Azman pulang ke rumah?
iv.
Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kes jenayah. a) Mereka ditahan oleh pihak polis. b) Mereka disyaki terlibat dengan kes jenayah.
v.
Haziq sangat rajin membuat kerja sekolah tetapi adiknya suka bermain. a) Haziq sangat rajin membuat kerja sekolah. b) Adik Haziq suka bermain.
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis satu peribahasa yang sesuai. i. ii.
Bagai mencurah air ke daun keladi Bagai telur di hujung tanduk
BAHAGIAN B 5. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. i) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh kedua-dua orang anak Mak Piah. - Nubhan, hanya tunduk pada isteri dan tidak datang melawat ibunya. - Nana, tidak dapat membantah arahan suami dan tidak datang melawat ibunya. - Jawapan lain yang berkaitan ii) Jelaskan tiga persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut. - Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak. - Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam - Kasih ibu tidak berbelah bagi. - Menyesal kemudian tiada gunanya. - Anak-anak yang tidak bertanggungjawab. - Perasaan simpati yang wujud dalam diri seseorang. - Jawapan lain yang berkaitan iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk memastikan warga emas yang kurang upaya berada dalam keadaan selesa di pusat pemindahan? - Diberi perhatian secukupnya - Diberikan kemudahan yang lengkap - Jawapan lain yang berkaitan 6. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. i) Berdasarkan pantun tersebut, nyatakan tiga tindakan anak-anak tatkala menyambut kepulangan ibu. - Menyanyi - Menari - Berlari ke arah ibu - Memeluk ibu - Jawapan lain yang berkaitan ii) Jelaskan tiga bentuk Pantun Alam Remaja. - 7 rangkap - 1 rangkap mempunyai 4 baris - Ada pembayang dan maksud - Pantun berbentuk terikat - Jawapan lain yang betul iii) Setiap anak mengharapkan ibu bapa menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjadi anak yang disayangi oleh ibu bapa? - Menghormati ibu bapa - Menyayangi ibu bapa - Mendengar kata - Jawapan lain yang betul
BAHAGIAN C Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang kepentingan pelancongan di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
1. Remaja yang tidak menghayati rukun negara seakan-akan kehilangan jati diri dan mudah terpengaruh dengan budaya asing. 2. Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. 3. Rukun Negara bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama. 4. Kepercayaan kepada Tuhan menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. 5. Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini.