Siti Fatia Mohamad Ali

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Siti Fatia Mohamad Ali as PDF for free.

More details

  • Words: 432
  • Pages: 1
Kajian Terhadap Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Untuk Memotivasikan Pelajar Teknikal Dalam Pembelajaran Di Politeknik oleh Siti Fatia binti Mohamad Ali Penyelia : En. Hasyamuddin bin Othman Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk “KAJIAN TERHADAP MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK UNTUK MEMOTIVASIKAN PELAJAR TEKNIKAL DALAM PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK”. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah motivasi pelajar dari segi motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran) yang menyebabkan mereka berminat untuk belajar bidang teknikal di politeknik. Sampel kajian ialah seramai 260 orang pelajar sijil semester satu bidang teknikal di Politeknik Johor Bahru, Politeknik Kota Melaka dan Politeknik Merlimau. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan sejenis instrumen kajian dalam mendapatkan data iaitu borang soal selidik. Kesemua data dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk analisis statistik secara deskriptif dan secara inferensi. Korelasi Spearman digunakan untuk melihat hubungan di antara jantina, umur, dan pengalaman kerja dengan motivasi dalam pembelajaran. Terdapat dua pembolehubah utama yang dikaji iaitu motivasi intrinsik (min=4.16) dan motivasi ekstrinsik (min=4.03). Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jantina dengan motivasi dalam pembelajaran, terdapat hubungan positif yang signiflkan di antara umur dengan motivasi dalam pembelajaran iaitu 0.171, dan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara pengalaman kerja dengan motivasi dalam pembelajaran iaitu -0.143. Di akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan agar (i) Peningkatan cara pengajaran pensyarah, (ii) Mengadakan banyak Kern Motivasi, (iii) Penyediaan peralatan pembelajaran yang mencukupi, (iv) Sumber rujukan seperti buku dan majalah di Perpustakaan mesti mencukupi. Abstract This Project Sarjana’s report represents a research about “INTRINSIC AND EXTRINSIC MOTIVATIONS TO MOTIVATE TECHNICAL STUDENTS IN LEARNING”. The purpose of this research is to see how far student’s motivation in terms of intrinsic motivation and extrinsic motivation that cause their choose to learn technical course in politechnic. A sample of 260 first semester students of certificate in technical from Politeknik Johor Bahru, Politeknik Kota Melaka, and Politeknik Merlimau was chosen. The research was done based on a survey study. All the data gathered was analysed and presented in a descriptive and inferential method. The spearman correlation was used to see the relationship between gender, age, and working experience with learning motivation. Two main variables that have been studied were intrinsic motivation (mean=4.16) and extrinsic motivation (mean=4.03). Research findings showed that there are no relationship between gender and learning motivation, there have a positive relationship between age and learning motivation which is 0.171, and there have a negative relationship between working experience and learning motivation which is -0. 143. The study has given several recommendations at the end of the research such as having more upgrading teaching method and motivational camps.

Related Documents