Sistem Operasi Oum Assig

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sistem Operasi Oum Assig as PDF for free.

More details

  • Words: 2,685
  • Pages: 19
1.0

Kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran Sistem pengoperasian terdapat pada setiap sistem komputer sama ada kecil atau besar. Ia merupakan satu atur cara komputer yang paling kompleks dan amat penting untuk komputer kerana fungsinya adalah untuk membuat memantauan dan mengawal semua aktiviti pemprosessan dalam komputer. Pada hari ini terdapat pelbagai jenis sistem pengoperasian di pasaran. Kepelbagaian ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah: 1.1 Kos Antara faktor lain wujudnya kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran adalah kos atau harga. Sistem pengoperasian seperti Microsoft Windows merupakan sistem pengoperasian berbentuk komersial yang mana untuk mendapatkannya, pengguna perlu membayar kos lesen. Sudah tentu ini akan membebankan pengguna. Oleh kerana ini wujud di pasaran sekarang

system pengoperasian percuma. Melalui sistem

pengoperasian percuma ini, pengguna boleh mendapatkannya pada bila-bila

masa

sahaja

secara

online.

Antara

contoh

sistem

pengoperasian secara percuma ini ialah LINUX. Disebabkan ia "percuma", Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunya menggunakan Windows.

1.2 Kepelbagaian Penggunaan

Setiap sistem pengoperasian yang terdapat di pasaran mempunyai penggunaan yang berbeza. Fungsi sistem pengoperasian secara umum adalah sama, namun jika diperincikan, setiap daripadanya ada perbezaan sama ada ketara atau tidak. Perbezaan ini menyebabkan ia 1

mempunyai pengguna yang berbeza. Sistem pengendalian yang lazim digunakan kini ialah Microsoft Windows, Mac OS dan Linux. Microsoft Windows mempunyai majoriti besar bahagian pasaran dalam pasaran komputer atas meja dan komputer riba, manakala pelayan web biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX lain. UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik.

1.3 Keselamatan Keselamatan adalah antara aspek penting yang diambil kira oleh pengguna

apabila

membuat

keputusan

untuk

memilih

sistem

pengoperasian yang diingini oleh mereka. Sistem pengoperasian tertutup seperti Microsoft yang menguasai pasaran sebelum ini sudah mempunyai

banyak

pesaing

lain

yang

menggunakan

sistem

pengoperasian terbuka. Telah terbukti sejak digunakan, Microsoft sering kali diserang oleh virus, spyware dan kerap juga berlaku pencerobohan firewall. Oleh kerana sistemnya tertutup, apabila berlaku serangan ia mengambil masa oleh syarikat tersebut untuk menyelesaikannya. Ini berbeza dengan sistem terbuka yang mempunyai kod sumber yang boleh diubahsuai oleh sesiapa saja. Oleh kerana ciri ini, pengguna boleh mengubahsuai sistem pengoperasian dengan ciri-ciri keselamatan yang diingini oleh mereka.

1.4 Kestabilan Selain

daripada

perkara-perkara

di

atas,

kestabilan

sistem

pengoperasian turut menjadi tumpuan pengguna. Pengguna Microsoft sebelum

ini

seringkali

mengalami

kebocoran

ingatan

sehingga

pengurus-pengurus sistem mencadangkan agar rebooting di buat secara mingguan. Pengalaman sebegini akan menyebabkan pengguna mencari 2

sistem pengoperasian yang lebih stabil berbanding yang sedia ada. Berbanding

dengan

sistem

pengoperasian

tertutup,

sistem

pengoperasian terbuka seperti LINUX atau UNIX, jarang kedengaran berlakunya rebooting dan crash.

1.5 Kepesatan pembangunan kejuruteraan sistem perisian Perkembangan kemajuan teknologi telah mendorong kos perkakasan telah turun dengan mendadak secara malar. Contohnya harga per bit memori berkurang sehingga 50 kali ganda dalam dua dekad lepas. Begitu juga dengan harga pemproses. Setiap tahun pasti ada pemproses baru yang diperkenalkan. Ekoran dari ini permintaan terhadap produk perisian juga semakin meningkat meskipun harga perisian ini semakin meningkat. Peningkatan harga perisian ini kerana pembangunan perisian lebih kepada berintensifkan buruh. Namun begitu peningkatankan harga ini perlu dikawal dengan memastikan proses kejuruteraan dipatuhi dalam pembangunan sesuatu produk perisian. Ini adalah kerana ekonomi semua negara membangun bergantung kepada perisian dan semakin banyak sistem dalam organisasi dikawal oleh perisian. Oleh itu konsep kejuruteraan perisian telah diperkenalkan kepada teori-teori, kaedah-kaedah dan peralatan untuk pembangunan produk perisian secara profesional. Kepelbagaian perisian ini mempelbagaikan sistem pengoperasian di pasaran.

3

2.0

Perbandingan sistem pengoperasian Microsoft Windows XP dan sistem pengoperasian UNIX atau Linux dari segi struktur fail, pengurusan ingatan, dan keselamatan. 2.1 Struktur fail 2.1.1 Persamaan Microsoft Windows XP dan LINUX mempunyai struktur fail yang hampir sama iaitu bagaimana cara fail dan direktori disusun dan disimpan di dalam cakera keras. Kedua-dua sistem pengoperasian ini menggunakan struktur fail pokok dan hiraiki. Direktori boleh mengandungi berapa banyak fail dan

juga boleh mengandungi

direktori lain 2.1.2 Perbezaan Dalam struktur fail UNIX, direktori di susun secara hiraiki seperti pokok yang terbalik. Direktori yang paling atas dikenali sebagai akar yang ditulis sebagai (\). Ia mengandungi banyak direktori yang mana setiap satunya mengandungi sub direktori yang mana mengandungi lebih banyak direktori

4

Diagram di atas menunjukkan bahagian organisasi fail moon,iaitu pelayan fail Jabatan. Berdasarkan diagram ini terdapat empat direktori di bawah akar. Direktori data mempunyai beberapa subdirektori termasuk moon dan everest. Direktori moon pula mempunyai dua subdirektori iaitu array 1 dan array 2. Manakala array 2 pula mengandungi 2 subdirektori, aa dan bb. Direktori aa pula mengandungi sub direktori, satu untuk setiap pengguna yang mempunyai akaun dalam Jabatan. Pengguna mempunyai kuasa penuh bagaimana mereka hendak menyususn atur direktori dan subdirektori Pathname merupakan tatatanda yang digunakan untuk merujuk kepada fail atau direktori tertentu serta memberitahu laluan yang perlu dilalui. Terdapat dua jenis pathnames iaitu absolute dan relative. Pathname absolute biasanya bermula di direktori akar yang mengandungi slash (/). Sebagai contoh pathname untuk file tutorial.doc

adalah

/data/moon/array2/aa/tbw/courses/G130

/tutorial.doc. Slash yang pertama menunjukkan permulaan direktori dan slash yang berikutnya merupakan pembahagi. Relative pathname pula merujuk kepada fail arau direktori yang relative dengan direktori semasa yang digunakan. Bermula dengan lokasi semasa, kita dapat mengesan naik turun hiraiki direktori. Struktur fail Windows berbeza dengan LINUX dalam dua perkara. Pertama , Windows menggunakan back slash (\) sebagai pemisah antara direktori. Yang kedua ialah peranti storan bagi Microsoft Windows seperti cakera keras, cakera liut, CDROM dan peranti Zip yang mengandungi memandu surat awalan. Peranti floppy biasanya A: , cakera keras C: . Sebagai contoh fail tutorial.doc dalam

diagaram

terletak

di

C:

laluannya

seharusnya

C:\data\moon\array2\aa\tbw\courses\G130\tutorial.doc

5

2.2 Pengurusan ingatan Pengurusan ingatan merupakan cara menguruskan ingatan sesuatu komputer. Dengan kata lain, ia termasuklah menyediakan laluan untuk mengagihkan

bahagian-bahagian

ingatan

untuk

mengokosongkannya untuk diguna semula.

program

serta

Ingatan sesebuah

komputer terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ingatan nyata dan ingatan maya. Ingatan nyata menggunakan Random Acses Memory (RAM) sebagai mediumnya.

2.2.1

Ingatan nyata(RAM) Persamaan Sebagai salah satu komponen penting dalam perkakasan computer, kedua-dua sistem pengoperasian ini menggunakan RAM dalam menguruskan ingatan dalam pengoperasian mereka. Namun begitu, kedua-dua sistem pengoperasian ini juga menggunakan ingatan maya sebagai tambahan kepada ingatan nyata. Perbezaan Dari segi saiz ingatan yang diperlukan, Windows memerlukan sekurang-kurang RAM bersaiz 128 MB untuk beroperasi. Berbeza dengan LINUX, seperti yang dinyatakan dalam LINUX.com, saiz minimum untuk mengoperasikan LINUX ialah 32 MB.

6

2.2.2 Ingatan maya Persamaan Pengurusan

ingatan

maya

bagi

kedua-dua

sistem

pengoperasian ini menggunakan kaedah halaman (paging ) dan segmen. Oleh kerana alamat yang digunakan oleh programprogram pengguna komputer bukanlah alamat ingatan nyata, maka ia boleh menggunakan ingatan yang melebihi ingatan nyata yang sedia ada. Dengan ini, saiz program yang digunakan boleh melebihi saiz RAM yang ada.

Perbezaan . Windows XP menggunakan skim pengurusan berasaskan halaman (paging) meletakkan

yang bersaiz 4 KB. Dalam pengurusan

ingatan

ini,

dua

langkah

dibuat.

Pertama

menyimpan sebahagian daripada proses ruang alamat dan langkah kedua membuat peruntukkan dengan menentukan ruang dalam 2000 halaman fail (fail paging). Alamat maya diterjemahkan menggunakan struktur sebahagian data. Setiap proses mempunyai panduan halaman (page directory) yang mengandungi kemasukkan panduan 1024 halaman yang bersaiz 4 bytes. Setiap halaman panduan pula merujuk kepada jadual muka surat (page table) yang mengandungi 1024 page table entries (PTEs) bersaiz 4 bytes. Setiap PTE pula merujuk kepada 4KB rangka halaman (page frame) dalam ingatan nyata. Dalam LINUX, pengurusan ingatan meliputi penggunaan ingatan, kawasan pertukaran, bahagian-bahagian kernel dan 7

untuk cache penimbal (buffer cache). Inti merupakan komponen pusat untuk kebanyakan sistem pengoperasian mengatur penggunaan ingatan/memori, peranti masukan dan keluaran, proses-proses, penggunaan fail pada sistem fail dan lain-lain dalam sains komputer. Inti mempunyai capaian penuh dalam ingatan

sistem

dan

menyediakan

cara-cara

untuk

membenarkan pengguna dan program untuk mencapai memori ini dengan selamat. Langkah pertama untuk mengurus ingatan ialah

pengalamatan

maya,

biasanya

diarkibkan

dengan

penghalamanan dan/atau pembahagian. Pengalamatan maya membenarkan inti untuk memberikan alamat fizikal yang muncul sebagai alamat yang lain iaitu alamat maya, ini membenarkan setiap program bertindak seakan hanya ada satu program (sebahagian daripada inti) yang berjalan, dan ini mengelakkan gunaan daripada bertembung antara satu sama lain. . 2.3 Keselamatan 2.3.1 Persamaan Pihak Microsoft menyatakan bahawa pihaknya mempunyai sistem keselamatan yang terbaik untuk sistem pengoperasian mereka. Ini kerana melalui kaedah Kitar Hayat Pembangunan Keselamatan yang dikendalikan oleh pekerja mereka atau mereka yang diberi lesen, pendekatan menyeluruh untuk aspek keselamatan akan dibuat. Sebagai sumber terbuka, sistem keselamatan LINUX boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dalam pengatucaraan. Oleh itu, sistem keselamatan LINUX adalah

8

lebih

selamat

memandangkan

setiap

masalah

dapat

diselesaikan dengan cepat. 2.3.2 Perbezaan Untuk

sumber

tertutup

seperti

Windows,

laporan

isu

keselamatan dihasilkan selepas berlakunya pencorobohan pada sistem mereka. Di Windows, ‘secrecy’ digunakan untuk meminimakan

serangan

tetapi

malangnya

kesan

ini

mendedahkan bilangan pengguna yang ramai untuk diserang jika masalah ini tidak diatasi. Sejarah Windows selama dua puluh tahun menunjukkan perkara mengenai pencerobohan perisian ini tidak dapat dirahsiakan daripada pengguna. Dari segi binaan keselamatan, Windows hanya menapis paket inbound dan peraturannya mestilah mudah dan terlalu mudah untuk digunakan oleh pentadbir yang berpengalaman. Sesiapa yang

mengambil

berat

dan

berpengetahuan

mengenai

keselamatan akan membeli firewall yang lain. Aplikasi LINUX menggalakan penemuan berkaitan isu-isu keselamatan melalui penilaian setara walaupun isu-isu remeh tidak mungkin dieksploitasi penyerang. Jika terdapat banyak laporan mengenai isu keselamatan, komuniti Sumber Terbuka akan bertindak dan kebanyakkan isu keselamatan tersebut akan diselesaikan dan diperbaiki sebelum diserang lagi. Dari segi binaan keselamatan, LINUX mempunyai perbezaan dengan Windows. Salah satu yang jelas berbeza ialah dari segi binaan dalamnya. Firewall Linux berfungsi seperti yang terdapat pada firewall yang mahal. Peranti keselamatan LINUX ditambah untuk membenarkan penapisan baru yang lebih kebolehan sebagai peningkatan keperluan.

9

3.0 Cadangan sistem pengoperasian untuk organisasi berdasarkan ciri-ciri sistem pengoperasian terbuka. Berdasarkan perbincangan sebelum ini, saya akan mencadangkan kepada syarikat untuk memilih system pengoperasian terbuka. Pemilihan ini adalah berdasarkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh sistem pengoperasian terbuka seperti LINUX. Antara ciri-ciri yang meyakinan pemilihan saya ini adalah seperti berikut: 3.1

Perisian sumber terbuka dan percuma Matlamat

utama

sesebuah

organisasi

ialah

untuk

mendapat

keuntungan yang besar. Untuk mendapat untung yang besar, kos yang perlu ditanggung seharusnya seminima yang mungkin. Sistem pengoperasian

terbuka

tidak

memerlukan

sesebuah

organisasi

membeli lesen berbanding system pengoperasian tertutup. Syarikat Microsoft telah menghentikan sokongan terhadap Microsoft Windows NT Server 4.0 mulai 31 Disember 2004. Setelah sekian lama menjadi sistem operasi pilihan bagi menjalankan pelbagai keperluan sesebuah organisasi, Microsoft mengambil keputusan untuk menumpukan kepada sistem operasi mereka yang terkini. Bagi sesebuah syarikat dan

organisasi,

pertukaran

ke

Windows

Server

2003 adalah satu keputusan yang melibatkan perbelanjaan yang besar Selain keperluan untuk membeli perkakas terkini dan sesuai dengan sistem operasi yang dipilih, keperluan membeli lesen Windows Server 2003 perlu juga dipertimbang. Perisian Microsoft turut mengenakan lesen

untuk

capaian

kepada

perisiannya

berdasarkan

jumlah

pengguna. Semakin ramai pengguna semakin tinggilah jumlah perlesenan yang perlu dibayar.

Walaupun system pengoperasian

terbuka hanya percuma daripada segi perlesenan dan penjimatan penggunaan perkakas,

kepakaran dan keperluan

penyelesaian 10

-penyelesaian sumber terbuka masih melibatkan kos. Sama ada untuk melatih kakitangan yang sedia ada dengan pengetahuan Linux dan sumber terbuka atau melantik jururunding luar dan pihak lain memasang dan menyediakanya,

kosnya masih dalam lingkungan

yang jauh lebih murah. 3.2

Keselamatan Aspek

keselamatan

sistem

pengoperasian

terbuka

lebih

baik

berbanding sistem pengoperasian tertutup. Sistem penoperasian LINUX sudah berada di pasaran sejak awal 90-an. Sejak itu agak jarang kedengaran tentang ancaman-ancaman virus, spyware dan adware terhadapa sistem pengoperasian ini. Disebabkan ialah adalah sumber terbuka, sebarang kejadian serangan dapat diatasi dengan cepat oleh pengguna-penguna lain atau penyelenggara. Oleh itu jika terdapat sebarang masalah, organisasi tidak perlu menunggu untuk diselaesaikan oleh syarikat pengeluar. . 3.3

Kebebasan memilih Kebebasan memilih merupakan salah satu kelebihan yang dipunyai oleh sistem pengoperasian terbuka seperti LINUX. Dengannya, organisasi boleh mengawal setiap aspek dalam sistem operasinya.. Hanya dengan memuat turun semua kod sumber yang membolehkan pengaturcara membina sistem operasinya sendiri. Dengan ini, organisasi dapat menghasilkan system operasi untuk organisasi mereka mengikut acuan mereka sendiri.

11

3.4 Perisian Sistem pengoperasian terbuka mempunyai begitu banyak perisian yang boleh melaksanakan sebarang tugas yang terperinci. Sebagai contoh, kita boleh dapatkan sehingga ribuan perisian ‘text editor’ dengan klik di Freshmeat. Di LINUX, pengguna yang selalu menggunakannya dan pengaturcara menyumbangkan aplikasi mereka setiap masa. Kadangkala ia merupakan satu pengubahsuaian yang ringkas

atau tambahan ciri-ciri terhadap perisian sedia ada dan

kadangkala ia merupakan satu aplikasi yang baru.Sebagai tambahan, perisian LINUX datang dengan ciri-ciri tambahan dan penggunaan yang lebih baik berbanding Microsoft Windows.Yang paling utama perisiannya adalah percuma dan organisasi mempunyai pilihan untuk membuat pengubahsuaian kod sumber dan menambah lebih banyak ciri-ciri

yang

diingini

jika

mereka

memahami

bahasa

pengaturcaraannya.

3.5

Pengkongsian Fail Dan Pencetak (SAMBA) Dalam sistem pengkomputeran sesebuah organisasi, antara yang menjadi perkakas

keperluan seperti

ialah

mewujudkan

pencetak

suasana

dan

perkongsian

fail-fail

di

dalam rangkaian tempatan (LAN). Fail-fail boleh dikongsikan dengan komputer yang lain tanpa perlu ia dipindahkan melalui disket atau CD yang pastinya mengambil masa dan saiz meida yang terhad menjadikan proses ini lebih sukar. Perkakas seperti pencetak boleh dipasang kepada hanya sebuah komputer dan ia dikongsi dengan berapa komputer hanya dalam

rangkaian. Linux melalui perisian

SAMBA mampu menggantikan Windows NT bagi maksud keperluan di atas. SAMBA boleh dijadikan computer pelayan (server) untuk simpanan

fail

antara

pengguna

dan

kumpulan, 12

menjadi komputer pusat untuk pencetak, Ia boleh menyokong pelbagai sistem operasi terutama Windows 95/98/NT malah Windows XP, Windows 2000 dan Windows 2003. Beberapa ujian bebas yang dijalankan,

SAMBA

dalam

beberapa

aspek

adalah

lebih baik daripada segi kemampuannya dalam melayani perkongsian fail berbanding dengan Windows NT dan ianya turut setanding dengan Windows 2000 dan Windows 2003. SAMBA versi terkini mampu bersaing dengan Windows 2000 dan Windows 2003 daripada segi perkhidmatan perkongsian fail, kawalan pengguna dan keselamatan dalam domain.

13

4.0 Perubahan Ke atas Komponen Warna Melalui Editor Registry Model warna RGB adalah berasaskan teori bahawa semua warna yang dapat dilihat boleh dihasilkan menggunakan tiga warna asas iaitu merah (red), hijau (green) dan biru (blue). Warna-warna ini dikenali sebagai warna asas kerana apabila digabungkan ia akan menghasilkan warna putih. Apabila dua atau tiga warna asas ini digabungkan dalam jumlah yang berbeza, warna lain akan terhasil. Sebagai contoh, gabungan warna merah dan hijau menghasilkan kuning. Warna yang dihasilkan melalui gabungan warna-warna ini akan menghasilkan pelbagai warna lain bergantung pada

jumlah warna yang

digunakan. Dalam bidang pengkomputeran, model warna RGB ini sangat penting dalam rekabentuk grafik kerana ia digunakan dalam monitor computer. Skrin pada monitor

computer

menggunakan

bahan

tambah

warna-warna

untuk

memaparkan imej dan teks. Oleh itu untuk menghasilkan laman web atau apa-apa yang melibatkan skrin, model RGB digunakan memandangkan hasilnya dapat dilihat di skrin computer. Dalam model RGB yang berbeza ruang warnanya ada dua biasa digubakan iaitu sRBG dan Adobe RGB. Ruang sRGB sesuai digunakan untuk mereka cipta laman web dab Adobe RGB pula mempunyai pilihan warna yang banyak pula sesuai digunakan bila membuat rekaan untuk cetakan. Ia juga sesuai digunakan

untuk

mengambil

gambar

menggunakan

kamera

digital

memandangkan kamera digital selalunya menggunakan ruang Adobe RGB. Registry atau Pendaftar pula merupakan pusat susunan pangkalan data yang digunakan oleh Windows 9x keatas untuk menyimpan maklumat yang digunakan untuk mengkonfigurasi satu atau lebih penggunaan aplikasi. Kegunaan utama windows registry adalah seperti satu tempat tinggal untuk 14

menyimpan kebanyakan maklumat dan konfigurasi untuk perisian programprogram, alat-alat perkakasan, kesukaan pengguna, konfigurasi-konfigurasi sistem pengendalian. Dalam soalan ini, perubahan ke atas komponen warna boleh dilakukan dengan mengubah nilai-nilai yang terdapat pada registry dengan menggunakan registry editor.

4.1 Paparan Skrin Sebelum Perubahan Dilakukan Berikut adalah paparan skrin bagi ruang kerja aplikasi sebelum nilainilai warnanya ditukarkan daripada 128 128 128 (Kelabu) kepada 255 00 00 (Merah).

15

4.2 Paparan Skrin Selepas Perubahan Dilakukan Berikut adalah paparan skrin bagi ruang kerja aplikasi selepas nilainilai warnanya ditukarkan daripada 128 128 128 (Kelabu) kepada 255 00 00 (Merah). .

16

SCHOOL OF LIFELONG LEARNING CBOS2203 OPERATING SYSTEM

TUGASAN

PPT PETALING JAYA

JANUARI 2009

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

Soalan 1 17

1.0

2.0

Kepelbagaian sistem pengoperasian di pasaran 1.1

Kos

1.2

Kepelbagaian penggunaan

1.3

Keselamatan

1.4

Kestabilan

1.5

Kepesatan pembangunan kejuruteraan sistem perisian

Perbandingan Windows XP dan LINUX 2.1

Struktur fail 2.1.1 Persamaan 2.1.2 Perbezaan

2.2

Pengurusan ingatan 2.2.1 Ingatan nyata 2.2.2 Ingatan Maya

2.3

Keselamatan 2.3.1 Persamaan 2.3.2 Perbezaan

3.0

4.0

Pemilihan sistem pengoperasian untuk organisasi 3.1

Perisian sumber terbuka dan percuma

3.2

Keselamatan

3.3

Kebebasan memilih

3.4

Perisian

3.5

Perkongsian fail dan pencetak

Perubahan Ke atas Komponen Warna Melalui Editor Registry 4.1

Paparan skrin sebelum perubahan dilakukan

4.2

Paparan skrin selepas perubahan dilakukan

Soalan 2 Rujukan

18

Rujukan http://www.linuxjournal.com/xstatic/community/whatislinux www.foogazi.com/2006/12/19/5-advantages-of-using-linux-over-windows/ http://graphicdesign.about.com/od/colorbasics/a/rgb.htm support.microsoft.com/kb/314865 linux.com/base/ldp/howto/HP-HOWTO/sizing.html Version

Limit in 32-bit Windows

Limit in 64-bit Windows

Windows XP

4 GB

128 GB

19

Related Documents

Sistem Operasi
May 2020 24
Sistem Operasi
April 2020 27
Sistem Operasi
June 2020 33
Sistem Operasi
June 2020 28
Sistem Operasi
June 2020 27