Siri 1(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia) Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia Muhammad Nuruddin Bashah BA (hons) Engineering UM Pendahuluan Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini (2008), masih banyak kedengaran negara-negara yang terjebak dengan peperangan dalaman, perang saudara atau yang lebih terkenal digelar perang puak pemisah atau gerakan separatism. Secara umumnya ia kelihatan seperti suatu tindakan yang penuh keganaasan, melampau, agresif serta dilihat sebagai puak penderhaka. Dalam aspek yang lain gerakan separatism ini juga merupakan suatu gerakan kemerdekaan. Ada tanah tertentu yang diagih-agih secara tidak adil oleh penjajah lama mereka. Ada yang dijajah secara terhormat seperti Patani dan pelbagai lagi tujuan gerakan kemerdekaan ini. Separatism merujuk kepada tindakan pemisahan akibat tuntutan budaya, etnik[1] asal, agama di mana kelompok tertentu ingin memisahkan diri daripada tanah besar (negara yang induk) dan memiliki autonomi atau kuasa penuh politik bagi membina negara yang baru serta berdaulat. Tindakan ini bergantung kepada situasi tempatan sama ada bertujuan untuk kemerdekaan, ingin memiliki kembali hak asasi yang terancam serta ingin memiliki kuasa penentu, inginkan wilayah lama kembali atau menyahkan pengkolonialan yang sedia ada[2]. Tulisan ini cuba mempamerkan beberapa gerakan pemisah secara umum dan adil untuk diteliti dan hipotesis awalnya adalah; semua bangsa yang tertindas tanpa mengira agama akan bertindak sebagai
kaum
pemisah
yang
mungkin
menggunakan
kekerasan
dan
peperangan awam. Hari ini dunia Islam dicalit dengan tomahan dan panggilan sebagai pengganas.
Media
tajaan
memanipulasikan
banyak
barat
yang
gerakan
anti
Islam
pemisah
pula
(baca
telah
dengan
kemerdekaan) yang ingin menubuhkan wilayah/negara Islam sebagai punca
berlakunya
kekejaman
keganasan.
tentera
kerajaan
Media
yang
tidak
pula
menentang
memaparkan
gerakan
pemisah
tersebut, malah kematian rakyat awam banyak disebabkan sikap tentera kerajaan yang menggunakan senjata berbahaya dan berjarak jauh ketika menentang gerakan ini. Terlalu kerap kaum muslim dikaitkan dengan gerakan penderhaka, pemisah dan sebagainya melalui pemesongan fakta dan kronologi sebenar. Gerakan separatis Quebec di Kanada, Gerakan separatis Tamil Elam (Macan Tamil) di Srilangka, Gerakan Bouganville Revoy Army di Papua New Guinea, Gerakan Moro Islamic Liberation Front di Filipina, Irish Republican Army (IRA) di Irlandia Utara, The Pattani United Liberation Organisation (PULO), Barisan Revolusi Nasional (BRN), Barisan
Nasional
sebagainya
Pembebasan
adalah
sederetan
Pattani
(BNPP)
contoh
gerakan
di
Thailand
dan
pembebasan[3].
Kesemuanya menggunakan senjata dan hakikatnya itu sahajalah jalan yang sesuai dengan tuntutan mereka kerana mereka juga dilayan dengan senjata. Pada asalnya gerakan pemisah (kemerdekaan) di wilayah Islam masih diselubungi idea dan fahaman sekular atau berlandaskan patriotisme bukan Islam tetapi kemudiannya mengubah dasar dan perjuangan. Dengan kegagalan pergerakan sekular, pergerakan berlandaskan Islam telah mendapat perhatian, sokongan dan tempat bersatu golongan
minoriti Islam yang tertindas. Dengan tercetusnya Revolusi Iran pada 1979, politik Islam menjadi pilihan dan ini telah melahirkan golongan pejuang yang lebih ber-imejkan Islam pada 1980an. Di Filipina, MNLF telah bertukar menjadi MILF (Moro Islamic Liberation Front), di Palestine PLO telah diselubungi oleh Hamas dan Hizbollah, di Thailand PULO, BRN dan BNPP telah ditenggelamkan oleh Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP) (sekitar tahun 1985)[4] Bahagian A: Gerakan Pemisah Islam 1.
Gerakan Pemisah Islam Aceh
Akhir abad ke 18, ketika Inggeris dan Belanda berebut Selat Malaka, Aceh
bergolak.
Atjeh
Oorlog
(Perang
Aceh
1873-1913)
yang
memerangi Kesultanan Aceh menjadi perang terpanjang Belanda, yang rasminya tidak berkesudahan kerana Aceh menggabung ke dalam perjuangan RI[5]. Aceh diiktiraf sebagai kuasa merdeka oleh Belanda dan Inggeris semasa Perang Napoleon melalui perjanjian 1824[6]. Oleh sebab itulah mereka hairan mengapa Indonesia terlalu ghairah inginkan wilayah Aceh. Belanda mula mungkir janji apabila dalam Konferen Meja Bulat 1949 menyatakan bahawa Aceh adalah sebahagian daripada negara baru sekular iaitu Indonesia. Ketika
Republik Indonesia masih baru dan lemah, Aceh kembali
bergolak di bawah pengaruh Tengku Daud Beureueh iaitu pemimpin Pemberontakan Darul Islam[7]. Sukarno telah berkolaborasi dengan Gerakan Darul Islam semasa penubuhan Indonesia dahulu dan ini menghentikan seketika perjuangan bersenjata Aceh yang menyokong Gerakan Darul Islam[8].
Gerakan Aceh Merdeka, atau GAM adalah sebuah organisasi (yang dianggap pemisah) yang bertujuan agar daerah Aceh atau yang sekarang secara rasmi disebut Nanggroe Aceh Darussalam bebas dari Negara Kesatuan Republik Indonesia. Konflik antara kedua pihak telah berlangsung sejak tahun 1976 dan menyebabkan kehilangan hampir 15,000 jiwa. GAM dipimpin oleh Hasan di Tiro[9]. Pada 17 Julai 2005, setelah perundingan selama 25 hari, pasukan perunding Indonesia berhasil mencapai kesepakatan damai dengan GAM di Vantaa, Helsinki, Finland. Penandatanganan nota kesepakatan damai dilangsungkan pada 15 Ogos 2005. Proses perdamaian selanjutnya dipantau oleh sebuah pasukan
yang
bernama
Aceh
Monitoring
Mission
(AMM)
yang
dianggotai oleh lima negara ASEAN dan beberapa negara yang tergabung dalam EU. Di antara isi pentingnya adalah
pemerintah
Indonesia akan turut membantu pembentukan parti politik tempatan di Aceh dan pengampunan bagi anggota GAM. Seluruh senjata GAM yang mencapai 840 pucuk habis diserahkan kepada AMM pada 19 Disember 2005. Pada 27 Disember pula, GAM melalui jurucakap tenteranya, Sofyan Daud, menyatakan bahawa sayap tentera mereka telah dibubarkan secara rasmi. Bagaimana dengan masa depan perjuangan Aceh yang ingin berdaulat serta merdeka? Ada yang berpendapat peristiwa Tsunami adalah kemuncak kepada berhentinya perjuangan pemisahan ini apabila GAM sendiri menjadi mangsa dalam bencana alam ini. Adakah ia benar? Kita tahu bahawa rakyat Aceh telah lama terluka. Luka ini tidak boleh disembuhkan hanya melalui bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh Jakarta dan masyarakat antarabangsa kerana apa yang diinginkan
oleh
Aceh
ialah
kedamaian,
kedaulatan
dan
kebebasan
yang
berkekalan. Konflik politik yang hangat berlangsung sebenarnya lebih parah dan pedih jika hendak dibandingkan dengan pukulan tsunami. Semasa Belanda menjajah tanah Indonesia, Aceh sahaja yang kekal merdeka, malah Tengku Daud Beureuh yang menjadi pemimpin Aceh dahulu pernah ditipu oleh Sukarno hingga Aceh terpaksa bergabung dengan Republik Indonesia[10]. 2.
Gerakan pemisah Islam di Patani
Masalah dengan wilayah selatan Siam bukanlah masalah baru dalam kerajaan Thailand. Bangkok sering menegaskan bahawa wilayahwilayah selatan yang didominasi oleh penganut Islam seperti Yala, Songkhla, Patani, Narathiwat adalah milik mutlak mereka.Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah berhujah, bumi selatan Siam tidak akan diserahkan walau barang seinci pun kepada puakpuak pemisah atau pengganas. Wujudkah puak pemisah di sana atau mereka
sebenarnya
adalah
pejuang
kebebasan?[11]
Perlu difahami bahawa sebelum berdirinya kerajaan Thailand sekarang, bumi Patani sudah berdiri sebagai satu entiti yang gagah. Sejarah mencatatkan kerajaan Melayu Patani sudah bertapak ketika zaman kerajaan Sukhotai pada kurun ke 13 lagi. Sesetengah ahli sejarah berpendapat
Patani
sudah
berada
di bawah
naungan
kerajaan
Songkhla sewaktu pemerintahan Raja Ramkhamhaeng. Namun, ramai sarjana Siam sendiri menolak teori tersebut. Lewat kurun ke 14, kerajaan Sukhotai mula melalui zaman kemunduran dan diganti oleh kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia. Hikayat Patani meriwayatkan bahawa
Sultan
Mudzafar
Shah,
pemerintah
Patani
mempunyai
hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Ayuthia di utara Thailand. Maka, terbukti kerajaan Patani telah lama wujud sebagai
negara berdaulat yang setara dengan kerajaan Sukhotai mahupun Ayuthia. Wilayah-wilayah ini semasa kemerosotannya menerima naungan Siam dan
membayar
ufti
dalam
bentuk
bunga
emas
kepada
Siam.
Penghantaran ufti bunga emas ini turut dilakukan oleh negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Kelantan. Namun, penghantaran ufti ini tidak lebih daripada simbol penghormatan bukannya menandakan negeri-negeri ini sebagai tanah jajahan Siam. Perjanjian Bangkok 1909 telah menyebabkan negeri utara tanah Melayu diserahkan kepada British manakala Patani diambil secara rasmi oleh Siam. Tindakan Siam yang dilihat memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua menaikkan kemarahan British. Pelik sekali apabila menjelang Perang dunia Kedua,
Patani dan Negeri Utara
dipegang pula oleh Siam walaupun menerima pemerintahan Jepun. Patani dan Negeri Utara telah lama dijadikan alat politik dan gula-gula penjajah. Golongan ulama begitu ramai dan berpengaruh di Patani sejak berzaman lagi. Golongan tradisional ini yang memastikan umat Islam di Thailand tidak hanyut binasa oleh proses asimilasi paksaan Thailand yang cuba diimplementasi sejak dulu lagi. Pondok-pondok di Patani terkenal malahan disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri untuk mencari ilmu-ilmu agama.Sejarah turut menyaksikan bahawa TuanTuan Guru yang berijazah pondok[12] ini memimpin gerakan rakyat dalam usaha memerdekakan tanah tumpah darah mereka daripada dicemari idealisme kuffar. Dengan tercetusnya Revousi Iran pada 1979, pergerakan penentangan Patani juga telah mengalami perubahan dengan menjadi lebih condong
kepada perjuangan berteraskan Islam. Pergerakan yang lebih sekular seperti BRN(Barisan Revolusi Nasional)
dan PULO (Patani United
Liberation Organisation) menjadi tidak kurang signifikan (pejabat BRN and
PULO
di
Arab
Saudi
hampir
tidak
beroperasi
menjelang
pertengahan 1980an). Pergerakan lain seperti BNPP (Barisan Nasional Pembebasan Patani) menjadi lebih rapat dengan pergerakan global Islam.
Pada
ketenteraan
1979, dan
BNPP
telah
bergerak
meningkatkan
secara
gerila
program
menentang
latihan pasukan
keselamatan Thai. Pada 1985, golongan yang lebih radikal dan militan dari BNPP, yang diketuai oleh timbalan pengerusinya Wahyuddin Muhammad,
telah
berpecah
dari
organisasi
induk
BNPP
untuk
membentuk Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP). Kemudian pada 1986, BNPP telah diubah nama kepada Barisan Islam Pembebasan Patani
(BIPP)
untuk
menyokong
komitmen
yang
lebih
kepada
pergerakan Islam. Pergerakan di Selatan Thai sememangnya seiringan dengan 'trend' di Dunia Islam sejagat pada akhir abad ke-20. Di serata dunia, kumpulan minoriti Islam telah mula bangkit menuntut hak persamaan dan hak kerakyatan, dan jika tuntutan ini tidak diendahkan, mereka akan mula bangkit menentang. Peristiwa terakhir yang terburuk adalah pada 2004 iaitu pembunuhan beramai-ramai di Thak Bai. 3.
Gerakan Pemisah Islam di Moro
The Moro National Liberation Front (MNLF), iaitu gerakan pembebasan terbesar dalam organisasi bersenjata Moro yang kemudiannya bertukar nama kepada Moro Islamic Liberation Front telah lama bersungguh memperjuangkan penubuhan semula wilayah muslim yang berdaulat di selatan Filipina[13]. MNLF hanya mengisytiharkan perjanjian damai pada sekitar tahun 1996 sahaja selepas berdekad lamanya berjuang.
Pemisahan ini semestinya berasaskan pemisahan agama dan bangsa asal Mindanao. Islam telah hadir di selatan Filipina sekitar abad ke-13 lagi manakala Kristian Sepanyol hanya datang menjajah pada era 1500an sahaja.
Kesultanan
Sulu
Filipina
juga
memiliki
jajahan
Islamnya di kepulauan Borneo serta pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Islam Brunei. Tekanan ekonomi dan budaya daripada penguasa Kristian di Manila menyebabkan rakyat mula melancarkan gerakan pemisahan malah Filipina memiliki gerakan gerila yang lebih ekstrim iaitu Gerakan Abu Sayyaf. Hari ini sekali lagi pihak pemerintah Filipina menipu rakyat. Mahkamah agung Filipina menangguh perjanjian penyerahan kuasa autonomi kepada penduduk Islam menyebabkan MILF kembali melancarkan mortar ke arah pihak tentera[14].
[1] Sesuatu yang berkaitan bangsa, ras, agama dan kebudayaan manusia (lihat : http://www.thefreedictionary.com/ethnic). Bagi pendapat penganalisa sosialis, usaha pihak separatis yang inginkan kemerdekaan atas hujah sejarah dan hak asal adalah suatu perjuangan yang tidak berguna. Mereka hanya memandang penstrukturan semula ras dan komuniti berasaskan nilai ekonomi dan usaha mandiri sendiri kaum tertentu untuk terus releven di sesuatu tempat. [2] daripada Wikipedia, the free encyclopedia (Redirected from Separatist movement) [3] SEBAB-SEBAB MUNCULNYA KONFLIK SEPARATIS DI THAILAND SELATAN Oleh: Adi Saputra1 Dr. Syahrial Syarbaini, MA2 Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Budi Luhur [4] Sejarah Patani yang tidak tercatat, Farish A. Noor dalam http://www.geocities.com/ummahonline/kolum/farish/040512farishpatani.htm [5] Semasa Kesultanan Aceh dahulu ia pernah menjadi suatu kuasa tentera yang menjadi ancaman kepada Belanda dan Portugis. Diplomasi antarabangsanya terserlah apabila pernah menghantar beberapa deligasi ke Turki untuk mengadap sultan Turki Uthmaniyyah. Malah, Sultan Turki pernah menghadiahinya dengan meriam buatan
Turki. Rakyat Aceh tidak pernah menganggap mereka berada dalam mana-mana Negara bangsa seperti Indonesia. [6] Lee Kam Hing, "Aceh at the Time of the 1824 Treaty", dalam Reid (ed), Verandah of Violence, mukasurat .74 [7] Nazaruddin Sjamsuddin, The Republican Revolt: A Study of the Acehnese Rebellion, (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1985), mukasurat.6-9 [8] Sukarno berjanji akan member wilayah autonomi kepada Aceh tetapi dimungkirinya. [9] Hasan di Tiro adalah bekas penyokong Gerakan darul Islam menentang Sukarno. Namun apabila menubuhkan GAM, ia lebih kepada perjuangan kebangsaan nasionalisme Aceh sahaja. [10] Aqil Fithri, Aceh sudah lama menangis dalam web Ummah.Online [11] http://taimiyyah.blogspot.com/2004_10_01_archive.html [12] Ulama'-ulama' pondok seperti Sheikh Ahmad Al Fatani, Sheikh Abdul Samad Al Falimbani (dari Palembang) pernah beberapa kali melancarkan perang jihad terhadap penjajah Siam yang zalim. Ini menolak tohmahan pihak tertentu yang menyatakan ulama' pondok tidak pernah berusaha berjuang menentang penjajah. [13] Mark Turner, "Terrorism and Secession in the Southern Philippines: The Rise of the Abu Sayyaf," Contemporary Southeast Asia, Vol. 17, No. 1 1995 [14] Sepatutnya perjanjian bersejarah itu dilakukan di Malaysia pada 5 Ogos 2008 tetapi secara mendadak ditangguhkan oleh Mahkamah Agung. Lihat Utusan Malaysia 5 Ogos 2008. Posted at 06:36 pm by Pendita Bitara Komen membina Permalink Siri 2(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia) 1.
Gerakan Pemisah Islam di Uygur[15]
Republik Rakyat China telah menegaskan bahawa mereka adalah negara pelbagai kaum pada 1949. Akan tetapi telah menjadi dasar utama Komunism, pada 1957 telah wujud akta untuk menentang serta menghalang penyebaran mana-mana agama iaitu The Communist Party’s Anti Rightist Policy of 1957. Sekitar era Revolusi Kebudayaan China (1066-76) melihat di mana kaum Uygur di Xinjiang yang majoritinya beragama Islam telah diserang habis-habisan. Masjid dibakar.
Walaupun pada sekitar tahun 1970 hingga kini, dasar China agak longgar dalam memerangi agama, akan tetapi Xinjiang masih belum ingin
dibebaskan
memandangkan
ia
menjadi
jalan
untuk
menghubungkan China dengan Asia Tengah melalui jalan-jalan , jalan keretapi serta jaringan paip dengan
Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan
Tajikistan[16]. The East Turkestan Islamic Movement (ETIM) adalah sebuah gerakan ala militan-dakwah yang memperjuangkan kemerdekaan negeri-negeri Islam seperti sebahagian Afghanistan iaitu Xinjiang yang kini berada dalam wilayah China. Pengasasnya, Hasan Mahsum telah dibunuh oleh Pakistan pada 2 Oktober 2003. ETIM dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas oleh kerajaan China, Kazakhstan, Pakistan dan Amerika Syarikat. Kertas ini tidak ingin menghuraikan bentuk penindasan dan kezaliman China terhadap rakyat Uygur. Terlalu banyak dan zalim. Pembaca boleh membuat kajian sendiri serta hayati perasaan dan keadaan mereka sejak tahun 1949 hingga kini. Lihat sahaja tuduhan melulu pihak polis China yang mengatakan bahawa
pihak
militan
Gerakan
Islam
Turkestan
Timur
akan
melancarkan serangan dalam tempoh 1 hingga 8 Ogos sebelum pembukaan Sukan Olimpik. Keselamatan dan ketumbukan tentera diperketatkan di wilayah Xinjiang sepanjang sukan antarabangsa itu kerana skeptikal dan sindrom ‘takut dengan bayang-bayang sendiri’ terhadap kaum muslim Xinjiang[17]. 2.
Gerakan pemisah Myanmar
Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat seramai 48 juta orang, 15 peratus daripadanya beragama Islam. Bakinya kebanyakan beragama Buddha. Umat Islam tinggal di kawasan Arakan yang terletak di negara tersebut. Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi simpanan minyak dan gas asli, dan penduduknya telah memeluk Islam melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam memuncak dengan penubuhan kerajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini telah bertahan
selama
350
tahun,
sehinggalah
penganut
Buddha
menamatkannya dengan menakluki Arakan[18]. Serta-merta selepas umat Islam kehilangan kuasa politiknya pada tahun
1783,
penganut
Buddha
Burma
telah
memulakan
polisi
menindas dan malah secara fizikal cuba menghapuskan umat Islam. Negara ini kemudiannya dikoloni oleh British sehingga akhir abad ke19. Kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh penganut Budda semakin rancak pada abad ke-20 dengan pembunuhan beramai-ramai di Arakan pada tahun 1942 yang mengakibatkan kematian kira-kira 100,000 umat Islam. Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948 apabila berakhirnya pemerintahan British. Tetapi Jeneral komunis Ne Win, yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1948, telah menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat Islam. "Program Parti Sosialis Burma" telah menggunakan segala macam cara untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka. Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat hiburan
ataupun kuil Buddha. Mengerjakan haji, berkorban di bulan Haji, solat berjemaah diharamkan.
dan
segala
Kesan
macam
daripada
bentuk
ibadah
yang
lain
telah
tekanan-tekanan
yang
dilakukan,
sesetengah rakyat yang beragama Islam lari meninggalkan negara itu. Rejim militari di Myanmar memulakan perang besar-besaran ke atas umat Islam, terutama ke atas masjid-masjid, para imam dan orangorang soleh. Para pelajar Islam juga dipaksa menerima ajaran Buddha di Arakan. Wanita-wanita Islam dibawa ke kem-kem, dengan alasan untuk memberi “latihan profesional,” dan kemudian dirogol. Sesiapa yang didapati hamil akan dipaksa mengahwini mana-mana ahli pasukan keselamatan Buddha. Perkampungan dimusnahkan, rumah ditukar menjadi stesen polis, dan mereka yang kehilangan rumah berhadapan dengan kelaparan dan kemiskinan. Pada 1992, kira-kira 700 orang umat Islam minoriti yang tinggal di sempadan Bangladesh telah dihapuskan. Lebih dari 1,000 orang menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994[19]. Gerakan Militer Rohingya tidak dapat dielakkan kerana umat Islam tertekan dengan tekanan ketenteraan Junta Tentera Myanmar. Adakah mereka pengganas? 3.
Gerakan pemisah Islam Kurdish[20]
Orang Kurdi adalah satu kelompok etnis yang menganggap diri mereka penduduk asli suatu daerah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan, suatu wilayah yang meliputi sebagian Iran, Iraq, Syria, dan Turki[21]. Komuniti Kurdi juga boleh ditemui di Lebanon, Armenia, Azerbaijan (Kalbajar dan Lachin, sebelah barat Nagorno Karabakh) dan, pada beberapa tempoh terkini
beberapa negara-negara Eropah serta
Amerika Syarikat. Secara etnik, kaum ini memiliki hubungan dengan suku bangsa Iran. Mereka menggunakan bahasa Kurdi, suatu bahasa Indo-Eropah dari cabang bahasa Iran.
Sepanjang
sejarah,
bangsa
Kurdi
selalu
memperjuangkan
kemerdekaannya, dan untuk itu mereka telah berperang melawan Sumeria,Assyria,Parsi, Mongolia, Tentera Salib Eropah, serta Turki. Dengan jumlah perkiraan 30 juta orang, kaum Kurdis merupakan salah satu kelompok etnik terbesar di dunia yang tidak memiliki negarabangsa
sendiri.
Pada
abad
ke-20,
Turki,
Iran,
dan
Irak
telah
memadamkan pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan oleh kaum Kurdi. Sama sahaja nasib kaum ini dengan bangsa Palestin yang diperkotak katik hingga hilang tanah air. Usaha bangsa Kurdi untuk menjadi bangsa yang merdeka semakin sukar memandangkan geopolitiknya berada di tengah kawasan mewah minyak. Hal ini menyebabkan negara umat Islam yang lain juga menetang pembebasan tanah mereka. Dilihat sejarahnya, kemerdekaan Kurdi sebenarnya pernah dijanjikan oleh Presiden AS Woodrow Wilson (1856–1924) melalui Perjanjian Sevres (The Treaty of Sevres)tahun 1920 antara Kekhalifahan Turki Uthmaniyah dan sekutu AS untuk membagi-bahagikan wilayah bekas kekuasaan Turki. Hanya saja,terbentuknya negara baru Turki[22] di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk yang meliputi sebagian besar wilayah Kurdistan telah terhapus harapan itu. Sejak itu,konflik antara suku Kurdi dan Turki terus berkembang. Pasca kemerdekaan Iraq tahun 1932, bangsa Kurdi semakin terpencil dan terpecah-pecah. Mereka yang mendiami daerah-daerah sempadan ini selalu menjadi korban pertikaian antara Iraq, Iran, dan Turki. Lantaran kecewa dengan semakin tertutupnya peluang menuju kemerdekaan,
maka
wujudlah
kelompok-kelompok
militan
Kurdi
yang
kerap
melancarkan tindakan agresif. Terpecahnya mereka dalam tiga wilayah negara yang berbeza juga telah membuat suku ini semakin terpisah. Bahkan, negara-negara tempat suku Kurdi berada sering dipaksa
untuk mengasimilasikan
budaya mereka dengan kaum-kaim negara ‘tuan mereka’ iaitu Iran, Iraq dan Turki hingga pemusnahan bangsa terbesar di dunia Arab ini. Di Iran, suku Kurdi walaupun berasal dari rumpun bangsa Parsi, mereka tetap dipinggirkan. Ini kerana mereka adalah para penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berbeza dengan agama majoriti negara Iran. Setelah bertahun- tahun lamanya melakukan penindasan kepada kelompok Kurdi, Iran akhirnya dapat melemahkan kekuatan Kurdi. Pada akhir 1920-an, misalnya, Iran berhasil membunuh pemimpin Republik Mahabad Kurdistan, Qazi Muhammad dan Ismail Agha Simko. Di bawah pemerintahan Ayatullah Khomeini, militer Iran juga berhasil melakukan pembunuhan dua pimpinan karismatik Kurdistan[23], Abdul Rahman Gasemblou (1989) dan Sadeq Sharafandi (1992). Nasib bangsa Kurdi di Turki juga tidak lebih baik. Majoriti suku Kurdi memang tinggal di bahagian tenggara Turki dan lebih setengahnya hidup di ibu kota Ankara. Sebagai keturunan bangsa Parsi, suku Kurdi menjadi salah satu hambatan gerakan nasionalisme dan sekularisme Turki. Meskipun mereka berhasil mendirikan Negara Darurat Kurdistan di wilayah Turki pada 1922–1924 dan Republik Mahabad Kurdistan tahun 1946, keduanya dapat dihancurkan oleh tentera Turki. Malah sejak 1924 Turki melarang penggunaan bahasa Kurdi di tempat umum.
Operasi militer besar-besaran terus dilakukan untuk menumpaskan gerakan prokemerdekaan yang mengakibatkan ribuan jiwa kehilangan nyawa. Kekuatan terbesar Kurdi di Turki diwakili oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Pada 1991, ketua PKK Abdullah Ocalan, ditangkap oleh pemerintah Turki dan dijatuhi hukuman mati.Tekanan Turki ternyata mampu melemahkan tuntutan kemerdekaan yang memaksa PKK mengubah orientasinya pada perjuangan autonomi daerah khusus Kurdistan. Operasi-operasi
militer
pun
kemudian
kerap
dilakukan
untuk
menghapus kekuatan PKK. Apatahlagi wilayah perbatasan Turki-Iraq memiliki potensi sumber alam yang melimpah (minyak, gas, air bersih, dan sumber mineral). Maka, membiarkan rakyat Kurdi memerdekakan diri tentulah sesuatu yang mustahil (Middle East Policy,2004).
4.
Perjuangan kemerdekaan Bosnia dari Yoguslavia.
Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Bermula zaman Uthman Affan lagi, Islam telah mula menguatkan Angkatan / Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam. Kesemuanya melingkari benua Eropah[24]. Tahun 1543M, kota Constantinopole, pusat pentadbiran Byzentium Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece, Bulgaria, Austria, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482). Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun
memimpin, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di BosniaHerzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi untuk membentuk sebuah negara Islam berbanding umat Islam di negara-negara lain dalam Eropah. Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia (Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun (1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat. Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara, ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia. Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisme pada 1991 di Soviet Union menyebabkan Yugoslavia di ambang perpecahan. Semua negara di dalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan kemerdekaan.
Serbia
(bekas
ibu
negara
Yoguslavia)
yang
menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras. Croatia (Kristian Khatolik) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB menghantar
Tentera
Pengaman
untuk
mengelakkan
peperangan
antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat. PBB tidak pula menempatkan Tentera Pengaman!! Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia. Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta Bosnia), lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta menjadi pelarian.
Di akhir tahun 1994, ramai Mujahidin terutamanya orang-orang Arab masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahidin yang berpengalaman dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuhkan Soviet Union pada tahun 1991. Di tangan Mujahidin, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan pelarian
Serbia
semakin
meningkat.
Bilangan
pelarian
Serbia
mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia dikalahkan (oleh Mujahidin), tetapi juga Jerman, Perancis, Itali dan lainlain. Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian Damai Dayton. Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95) didokong Kuasakuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton), England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2 juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan). Yang memaksa Milosevic ke meja perundingan adalah kejayaan 500 orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995). Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara Bosnia dari bumi negara Bosnia[25], terutama warga Arab di kalangan para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad Islam yang sedang berputik di sana.
Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam Bosnia oleh pasukan Serbia dalam Perang Balkan yang berlangsung pada tahun 1992-1995 dikatakan sebagai kejahatan perang terburuk di Eropah setelah Perang Dunia II. Lebih 200,000 Muslim Bosnia menjadi korban kekejaman pasukan Serbia selama perang berlangsung, dan sekitar 20,000 muslimah menjadi korban perkosaan yang dilakukan secara sistematik oleh pasukan Serbia. Salah satu tragedi yang menyayat hati adalah perisiwa
pembunuhan
8,000
lelaki
dan
remaja
Muslim
di
Srebrenica[26]. Pemerintah Serbia yang dipimpin Radovan Karadzic menggalakkan tentera Serbia dan membiarkan pembunuhan demi pembunuhan sehingga
8.000
lelaki
Muslim
Bosnia
menjadi
korban
dalam
pembunuhan beramai-ramai itu. Pasukan Serbia juga cuba menghapus jejak pembunuhannya dengan menggali
kembali
kuburan
warga
Muslim,
dan
jenazah
korban
dipisahkan dalam kubur-kubur yang lebih kecil. Setelah perang berakhir, peristiwa pembantaian warga Muslim ini mulai mendapat perhatian dunia antarabangsa. Para keluarga korban menuntut
agar
para
penjenayah
itu
diseret
ke
Mahkamah
Antarabangsa. Setelah melalui perbahasan panjang, PBB akhirnya menetapkan
peristiwa
Srebrenica
sebagai
peristiwa
pembersihan etnik atau genocide dan para pelakunya diumumkan sebagai telah melakukan jenayah perang.
[15] Elizabeth Van Wie Davis, Uyghur Muslim Ethnic Separatism in Xinjiang, China Asia-Pacific Center for Security Studies. January 2008 [16] Wilayah Islam ini kaya dengan petroleum dan gas asli. Kaum Han telah ramai datang ke wilayah ini untuk mengaut hasil bumi wilayah Islam tanpa rasa malu selepas beberapa dekad mereka merogol, membakar dan membunuh orang Islam di Xinjiang. [17] Utusan Malaysia 4 Ogos 2008 [18] Lihat banyak kes-kes penindasan Islam: http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebang kitanislam19.php [19] Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kertas kerjanya Senario Umat Dan Cabaran semasa-Perspektif Nasional dan Serantau yang dibentang dalam Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia pada 27-28 Oktober 2007 di Kelantan. [20] http://opinibebas.epajak.org/opini/kurdi-bangsa-besar-yangtermarginalkan-666/ [21] Asalnya mereka dipisahkan oleh Safavis di Iran dengan kuasa Uthmaniyyah di Turki pada abad ke-16. [22] Negara bangsa (nation state) menurut perkiraan barat di mana wilayah Negara bangsa tidak akan berubah lagi kerana ditetapkan oleh barat. Hal ini menyukarkan lagi orang Kurdis untuk merdeka. [23] Kurdistan yang dimaksudkan adalah Negara Kurdis Iraq yang berjaya mendapat sedikit kuasa autonomi, manakala Kurdis di Iran dan Turki masih terpenjara. Parti Pekerja Kurdistan, Parti Demokratik Turkistan ada;ah antara Parti yang menjaga bangsa Kurdis di Iran, Iraq dan Turki. [24] http://satuumat.blogspot.com/search/label/Info%20BOSNIA [25] Inilah tujuan sebenar Perjanjian Dayton. [26] Wilayah ini terpisah dari wilayah Bosnia yang lain (rujuk peta Bosnia). Lantaran itulah pembunuhan di sini tidak dapat dibantu oleh Sarajevo. Posted at 06:24 pm by Pendita Bitara Komen membina Permalink Siri 3(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia) Bahagian B: Bagaimana dengan gerakan pemisah bukan Islam? Adakah gerakan pemisah bukan Islam juga berjuang demi agama? Mereka juga berjuang untuk tanah air mereka. Namun begitu ada juga tindakan mereka yang melampau tetapi tidak dihebahkan oleh media dunia. Di sini cuba diperlihatkan sekilas berkenaan beberapa gerakan pemisah bukan Islam, faktor-faktor serta implikasinya.
1.
Gerakan pemisah Ireland
Ketika Ireland (Selatan) merdeka dari Great Britain pada tahun 1920, penduduk Ireland
Utara yang sebahagian besar beragama
Kristian Protestan dan masih setia terhadap Kerajaan Great Britain memilih untuk kekal menjadi sebahagian negara itu. Mereka (Ireland Utara) digelar golongan Kesatuan (union) sedangkan orang dari Ireland Selatan disebut golongan
Nasionalis. Tetapi permasalahan tidak
berhenti di sini tetapi berterusan, kerana orang-orang yang beragama Kristian Katolik di Ireland Utara merasa didiskriminasi oleh Kerajaan Britain. Rusuhan yang dinamai "The Troubles" mula terjadi dari tahun 1969. Liberal Unionists mula ragu dengan kekuasaan dominasi golongan Protestant.The Irish Republican Army (IRA) telah muncul dalam bentuk gerila pemisah di mana bertujuan menjaga segmen Katholik dalam populasi utara daripada sebarang tindakan yang membahayakan kelangsungan golongan Khatolik daripada dominasi Protestant. Tentera British mula memasuki Ireland Utara sekitar tahun 1970an tetapi mereka dianggap oleh IRA (Khatolic) sebagai ‘orang luar’. Parlimen dan Perlembagaan Ireland Utara telah digantung pada March 1972 oleh Perdana Menteri Britain Edward Heath. Paling buruk adalah pada 1972 apabila 467 rakyat terkorban dan purata 275 mati dari tahun 1971 hingga 1976. Hingga 1990an, hampir 3100
mangsa
telah
terkorban.
2.
Gerakan Pemisah Georgia
Gerakan ini lebih kepada perjuangan memerdekakan tanahair. Perang Ossetia Selatan 2008 tercetus pada 7 Ogos 2008, melibatkan negara Georgia, Persekutuan Rusia dan republik-republik Ossetia Selatan dan Abkhazia yang ingin berpisah dari wilayah Georgia. Perang tercetus setelah perjanjian gencatan senjata antara Georgia dan Ossetia Selatan tidak dapat bertahan (kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain atas kegagalan gencatan senjata), lalu Georgia menceroboh Ossetia Selatan dengan bala tentera yang besar yang meranapkan kota Tskhinvali. Seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan Georgia berkata negaranya hendak "memulihkan perintah berperlembagaan"
terhadap
kawasan
Ossetia
Selatan.
Kerajaan
Georgia berkata tenteranya telah dikerah untuk menamatkan bedilan puak pemisah Ossetia Selatan terhadap orang awam Georgia. Rusia bertindak balas pada hari kemudian dengan mengerahkan tenteranya ke Ossetia Selatan, agar mengusir tentera Georgia dari Tskhinvali sambil meneruskan pengeboman sasaran dan prasarana tentera Georgia. Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa Georgia sedang "menghapuskan rakyat sendiri" sementara Presiden Dmitry Medvedev menyatakan bahawa tujuan negaranya adalah "untuk memaksa pihak Georgia agar beraman", serta beliau "wajar melindungi nyawa dan maruah warga Rusia di mana jua mereka berada," iaitu menyentuh pasukan pengaman Rusia dan mungkin juga kira-kira 90% penduduk awam di Ossetia Selatan yang memegang pasport Rusia. Konflik ini masih berlarutan. 3. Gerakan Pemisah Timur Laste Sejarah Timor Timur berawal dengan kedatangan orang Australoid dan Melanesia. Orang dari Portugal mulai berdagang dengan pulau Timor pada awal abad ke-16 dan menjajahnya pada pertengahan abad itu juga. Setelah terjadi beberapa peperangan dengan Belanda, dibuat perjanjian pada 1859 di mana Portugal memberikan bahagian barat pulau itu. Jepun menguasai Timor Timur dari 1942 sampai 1945,
namun setelah mereka kalah dalam Perang Dunia II, Portugal kembali menguasainya. Pada tahun 1975, ketika terjadi Revolusi Bunga di Portugal dan Gabenor
terakhir
Portugal
di
Timor
Leste,
Lemos
Pires,
tidak
mendapatkan jawapan dari Pemerintah Pusat di Portugal untuk mengirimkan bala bantuan ke Timor Leste yang sedang terjadi perang saudara. Setelah itu FRETILIN (parti Komunis) menurunkan bendera Portugal dan mendeklarasikan Timor Leste sebagai Republik Demokratik Timor Leste pada tanggal 28 November 1975. Menurut suatu laporan rasmi dari PBB, selama berkuasa selama 3 bulan ketika terjadi kevakuman pemerintahan di Timor Leste antara bulan September, Oktober dan November, Fretilin melakukan pembantaian terhadap sekitar 60.000 penduduk awam (sebahagian besarnya pendukung fahaman integrasi dengan
Indonesia).
Berdasarkan
itulah,
kelompok
pro-integrasi
kemudian mendeklarasikan integrasi dengan Indonesia pada 30 November 1975 dan kemudian meminta dukungan Indonesia untuk mengambil alih Timor Leste dari kekuasaan FRETILIN yang berhaluan Komunis. Pertikaian antara puak komunis, puak yang pro-Indonesia serta puak yang menyokong Kemerdekaan awal Timor Laste terus berlaku dan semakin buruk. Pada 30 Ogos 1999, dalam sebuah referendum yang diadakan PBB, sebahagian besar rakyat Timor Timur memilih merdeka dari Indonesia. Dalam
selang
masa
referendum
sampai
kedatangan
pasukan
perdamaian PBB pada akhir September 1999, kaum anti-kemerdekaan yang konon didukung Indonesia mengadakan pembunuhan balasan
besar-besaran, di mana sekitar 1.400 jiwa terkorban dan 300.000 dipaksa merempat ke Timor barat. Pada 20 Mei 2002, Timor Timur diakui secara internasional sebagai negara merdeka. 4.
Gerakan Tamil Eelam
Tamil Eelam adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan tamil di Sri Langka yang ingin membina sebuah negeri impian di Utara dan Timur Sri Langka. Nama lama bagi Sri Langka adalah Eelam. Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sekarang menguasai sebahagian tanah yang digelar mereka sebagai Tamil Eelam. Antara daerah yang dipegang mereka (bukan kerajaan) adalah Kilinochchi, Mullaitivu dan Vavuniya. British telah menguasai seluruh Pulau Sri Langka dalam tahun 1815 dengan perwakilan daripada Eropah, Sinhalese, Tamil Sri Langka dan golongan
Burgher.
Golongan
Tamil
mula
bersifat
cummunal
(perkauman) dan hanya inginkan golongan tamil sebagai ketua seluruh kawasan tersebut. Maka bermulalah suatu puak pemisah yang ekstrim. Namun begitu perlu kita ketahui juga, etnik terbesar di Sri Langka adalah Singhala (Sinhalese). Isu kumpulan pemisah Harimau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas di bahagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sinhalese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan orang Islam, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi umat Islam[27]. 5.
Gerakan pemisah Ambon
Masyarakat Kristian di Ambon tiba-tiba mengamuk pada sekitar tahun 1998 membunuh orang-orang kampung serta membakar kampung serta masjid-masjid. Ambon adalah sebahagian daripada Kepulauan Maluku yang pada suatu ketika adalah sebuah kerajaan Islam. Asal perkataan Maluku adalah ‘Muluk’ yang bermaksud kerajaan. Wilayah Maluku adalah meliputi Banda Naira, Ternate, Tidore dan Ambon. Bangsa Eropah yang pertama sekali datang ke Maluku adalah Portugis (1511). Selain membolot kekayaan alamnya, mereka juga memperkenalkan agama Kristian. Pada tahun 1605 Belanda yang menganut Kristen Protestan pula datang merebut kekuasaan Portugis dan mengusirnya[28].
Ketika terjadi perang reformasi di Eropah, orang Belanda yang bermazhab Protestan memerangi dan membasmi orang-orang Portugis yang Khatolik. Kerana itu, sehingga tahun 1950 agama Kristian Protestan menjadi begitu dominan di Ambon.
Namun, sekali lagi harus dicatat, bahawa Islam jauh lebih dahulu berkembang di Ambon. Islam mulai masuk ke daerah ini sejak abad ke 7 (sekitar tahun 600an Masihi) . Sedangkan Khatolik abad ke 16 (1500an Masihi) manakala Protestan abad 17 (1600an Masihi). Jadi yang meletakkan budaya kehidupan Maluku sebenarnya adalah Islam. Masyarakat Kristian inginkan autonomi mereka di wilayah ini walaupun asal kekuasaan adalah daripada kesultanan Islam. Adakah mereka digelar pengganas? Penutup: Pentingnya Analisis Sejarah[29]
Dasarnya, gerakan pemisah berlaku apabila sesuatu komuniti, etnik dan penganut agama tertentu menerima tamparan, hambatan sosial melampau serta diskriminasi tertentu. Malah ia berlaku berasaskan nilai sejarah. Pembentukan Negara Bangsa pasca perang dunia kedua juga banyak membawa kepada penerusan perjuangan ini kerana penetapan wilayah peta dunia yang banyak merugikan sesuatu etnik yang mungkin menjadi mangsa percaturan kuasa-kuasa besar. Umat Islam perlu tahu apa itu PBB, bagaimana ia terbentuk dan tujuan utama ia berlaku. Imam Hassan Al Banna banyak meninggalkan kerangka kerja untuk kita bersumberkan ilmu sejarah dan geo politik yang tajam iaitu perlunya kita menganalisa sejarah, mengetahui aspek kelemahan umat Islam serta langkah penyelesaian yang bermula dengan langkah anjakan paradigma dan perspektif. Kita juga akan adil dan saksama dalam menilai isu gerakan pemisah (separatism movement) serata dunia yang semestinya ada hak mereka di situ. Tulisan ini cuba untuk memberi fakta yang seimbang mengapa sesuatu perjuangan pemisah itu berlaku penafian gelaran ‘terrorist’ diberikan kepada pejuang kemerdekaan wilayah Islam hari ini. Menurut
Prof.
Mohamad
Abu
Bakar,
gerakan
keselamatan
dan
ketenteraan dunia hari ini menggunakan tema yang sama iaitu gerakan menentang pengganas di mana kita melihat perjuangan ini mencirikan perjuangan pasca perang dingin. Jika dahulu dielektik komunis-kapitalis lebih menjadi tema perjuangan, kini tema pengganas menjadi justifikasi dan matlamat semua pihak akibat dorongan Amerika Syarikat. Isu keganasan antarabangsa juga dijadikan hujah, modal, dan rasional untuk menambat golongan lain dalam skema
memperkasakan pemahaman atau ideologi pihak pemerintah negaranegara tertentu yang berkiblatkan barat[30]. Sebagai penutup mari kita perhatikan kata- kata Imam Hassan Al Banna
dalam
bukunya,
"Jika
anda
mengkaji
kembali
sejarah
kebangkitan berbagai bangsa, samaada Barat atau Timur, dahulu atau sekarang, anda akan menjumpai kenyataan bahawa para pelopor kebangkitan dapat menuai kejayaan karena memiliki manhaj tertentu yang menjadi acuan dalam kerja mereka. Ulang kajilah sejarah berbagai organisasi dan bangsa, anda akan mengetahui dengan jelas bahawa apa yang saya katakan ini merupakan kunci kejayaan dalam setiap
kebangkitan.
Jika
anda
layangkan
ingatan
pada
sejarah
kelompok-kelompok yang menamakan dirinya Islam dan pada masamasa yang telah berlalu, lalu anda membuat perbandingan antara tegaknya Daulah Abbasiyah di Timur dan kebangkitan negara-negara moden di Eropah; mulai dari Perancis, Rusia, serta Turki, samaada pada tahap pertama, iaitu masa penyatuan kelompok- kelompok kecil dan masa pendirian pemerintahan, atau tahap masa kini, iaitu masa pembentukan dasar-dasar negara dan penyebaran pandangan, niscaya anda akan melihat bahawa semua itu tunduk pada manhaj yang telah jelas langkah-langkahnya untuk menuju sebuah hasil yang telah diperhitungkan yang menjadi orientasi kerja umat. " (Risalah "Hal Nahnu Qaumun 'Amaliyun")
[27] http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebang kitanislam19.php [28] http://www.mailarchive.com/
[email protected]/msg00178.html [29] Prof. Dr Abdul Hamid Al-Ghazali ,Tiang-tiang Kebangkitan Umat (1)
[30] Prof. Mohamad Bakar ,TATA BARU DUNIA DAN TERORISME ANTARABANGSA Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Hubungan Antarabangsa Semasa dibentang dalam Seminar Kempen Menentang Terorisme Anjuran Persatuan Ulama' Malaysia pada 20 April 2002. Posted at 06:17 pm by Pendita Bitara