Sirah Rasulullah Muhammad Saw

  • Uploaded by: Syahiru Shafiai
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sirah Rasulullah Muhammad Saw as PDF for free.

More details

  • Words: 688
  • Pages: 18
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani “…Sesungguhnya telah datang kepadamu, seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat penderitaan olehmu dirasakan olehnya juga. Dia sangat inginkan keimanan dan keselamatan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling daripada keimanan, maka katakanlah, wahaiMuhammad, “Cukuplah Allah s.w.t bagiku, tiada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhanyang memiliki Arrasy yang agung.” (Surah At-Taubah 128-129)

Dalil Al-Qur’an Sebagai Utusan Allah

Dalil Al-Qur’an Sebagai Utusan Allah

Pandangan Barat Terhadap Muhammad “Muhammad adalah seorang ketua negara dan memberi perhatian besar pada kehidupan rakyat dan kebebasannya. Dia menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sesuai dengan zamannya dan sesuai dengan situasi kelompok-kelompok zalim di mana Nabi hidup di antara mereka. Nabi adalah seorang penyeru kepada agama Tuhan Yang Esa. Di dalam dakwahnya, dia menggunakan cara yang lembut dan santun meskipun dengan musuh-musuhnya. Pada keperibadiaannya ada dua sifat yang paling utama dimiliki oleh jiwa manusia iaitu “keadilan dan kasih sayang”. Orientalis Jerman Bretly Hiler di dalam bukunya “Orang-Orang Timur dan Keyakinan-keyakinan Mereka”

Pandangan Barat Terhadap Muhammad “Tidak diragukan lagi bahawa Muhammad-adalah reformis, mengampuni, fasih, pejuang & pemikir yang agung. Tidak boleh kita menyebutnya dengan apa yang bertentangan dengan sifat-sifat ini. Al-Qur’an yang datang bersama Muhammad dan sejarahnya menjadi saksi kebenaran teragung ini.” Dr. Zuwaimer, di dalam bukunya “Timur dan Tradisinya” (Orientalis Kanada) Seorang ahli Falsafah Inggeris yang pernah mendapat hadiah Nobel, Tomas Karlil di dalam bukunya “Para Pahlawan” mengatakan,

“Sungguh menjadi sangat aib bagi siapapun yang berbicara pada masa ini mengeluarkan ungkapan bahawa agama Islam adalah kedustaan dan bahawa Muhammad adalah penipu. Kita harus memerangi penyebaran kata-kata yang keji dan memalukan ini. Sesungguhnya risalah yang ditunaikan utusan (Rasul) tersebut masih menjadi pelita yang bercahaya selama 12 abad lamanya. Apakah ada di antara kalian yang mengira bahawa risalah ini yang menjadi pegangan hidup dan matinya jutaan orang yang tak terhitung jumlahnya adalah kedustaan dan penipuan?”

Pandangan Barat Terhadap Muhammad Michael Hart , Ahli Sejarah, Pakar Matematik dan Astronomi, di dalam bukunya “Seratus Tokoh dalam Sejarah” mengatakan, “Pilihan saya

Muhammad menjadi orang pertama yang terpenting dan teragung sebagai tokoh sejarah telah mengejutkan para pembaca. Namun dia (Muhammad) adalah satu-satunya tokoh dalam semua sejarah yang berjaya dengan kejayaan sangat tinggi pada tingkat Agama dan Dunia. Ada banyak rasul, nabi dan para pemimpin yang memulai dengan misi-misi agung. Namun mereka meninggal tanpa penyempurnaan misi-misi tersebut, seperti Isa di Kristen, atau yang lain telah mendahului mereka, seperti Musa di Yahudi. Namun Muhammad adalah satu-satunya (Rasul) yang menyempurnakan misi agamanya, menetapkan hukum-hukumnya dan diimani oleh bangsa-bangsa selama hidupnya. kerana dia mendirikan negara baru di sisi agama. Sedang di bidang dunia dia juga menyatukan kabilah-kabilah di dalam bangsa, menyatukan bangsa-bangsa di dalam umat, meletakan buat mereka semua asas kehidupannya, menggariskan masalah-masalah dunianya, meletakkannya pada titik tolak menuju dunia. Dan juga di dalam hidupnya, dia adalah (Rasul) yang memulakan risalah agama serta dunia dan menyempurnakannya.”

Kelahiran Muhammad

• • • • • •

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib 12 Rabiul-Awal Tahun Gajah, 20 April 570M, di Syuaib Berasal daripada keturunan bangsawan Arab Quraisy. Keturunan bapa dan ibunya bersatu pada datuk baginda bernama Kilab Bapanya, Abdullah bin Abdul Mutalib wafat ketika Baginda 2 bulan didalam kandungan Muncul bintang begemerlapan di ufuk timur menyinari seluruh Semenanjung Tanah Arab Berlaku pelbagai petanda mengiringi kelahiran Baginda

Insan Mulia Di sisiMuhammad

Riwayat Hidup Muhammad

Muhammad Pembawa Cahaya

Peristiwa kemuliaan Muhammad

Peristiwa kemuliaan Muhammad

Peristiwa kemuliaan Muhammad

Kewafatan Muhammad

Pedoman & Pengajaran “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”. (Ali Imran: 144) Sabda Rasulullah saw : “Setiap umatku akan masuk kedalam syurga melainkan mereka yang enggan, siapakah golongan yang enggan itu wahai Rasulullah? Mereka yang taat kepada ku dia akan masuk syurga, dan siapa yang menolak ajaran ku maka sesungguhnya dia enggan masuk syurga.”

Al-fatihah & Selawat Puji-pujian buat Baginda

Related Documents


More Documents from "opancrew"