Sikap Mukmin Ketika Menghadapi Ujian

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sikap Mukmin Ketika Menghadapi Ujian as PDF for free.

More details

  • Words: 3,067
  • Pages: 8
SIKAP MUKMIN KETIKA MENGHADAPI UJIAN Oleh; Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi

S

ebagai seorang mukmin kita tidak boleh lari dari ujian dan dugaan yang

pasti akan datang.Perkara yang membezakan diantara kita ialah sejauhmana hebat dan besarnya ujian yang dihadapi dan sikap kita ketika menghadapi ujian tersebut.Allah berfirman mengingatkan kita akan hakikat yang pasti ditempuhi oleh manusia:

ّ ُ‫ك‬ ّ ‫م ِبال‬ َ ‫س‬ ‫ة وَإ ِل َي َْنا‬ َ ْ ‫شّر َوال‬ ً َ ‫خي ْرِ فِت ْن‬ ُ ‫ذائ َِق‬ ِ ْ ‫مو‬ ْ ُ ‫ت وَن َب ُْلوك‬ َ ْ ‫ة ال‬ ٍ ‫ل ن َْف‬ ‫ن‬ َ ‫جُعو‬ َ ‫ت ُْر‬ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan .hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan [al-Anbiya` [21]:35 ]

َ ّ ‫عَن أ َنس بن مال ِك عَن رسول الل ّه صّلى الل ّه عَل َيه وسل‬ ‫ه‬ ٍ َ ِ ْ ِ َ ْ ُ ّ ‫م أن‬ َ َ َ ِ ْ ُ َ ِ ِ ُ َ ْ َ َ ‫َقا‬ َ ِ‫ه إ‬ ‫ما‬ ِ َ ‫مع‬ ِ ‫ل‬ ّ ‫ح‬ َ ‫ذا أ‬ ّ ِ ‫عظ َم ِ ال ْب ََلِء وَإ‬ َ ْ ‫م ال‬ ً ْ‫ب قَو‬ َ ّ ‫ن الل‬ َ ‫جَزاِء‬ ُ َ ‫عظ‬ ُ ‫خ‬ َ ‫خ‬ ‫ط‬ ْ ‫س‬ ِ ‫س‬ ِ ‫ن َر‬ َ ‫ه الّر‬ ّ ‫ه ال‬ َ ‫ن‬ ُ َ ‫ط فَل‬ َ َ‫ضا و‬ ُ َ ‫ي فَل‬ َ َ‫م ف‬ ْ ُ‫اب ْت ََله‬ ْ ‫م‬ َ ‫ض‬ ْ ‫م‬

Daripada Anas b.Malik daripada Rasulullah bersabda:Besarnya pahala bergantung kepada besarnya ujian,dan sesungguhnya apabila Allah menyenangi suatu kaum,Dia menguji mereka.Barangsiapa yang redha (atas ujian yang ditimpa) maka Allah meredhainya,dan barangsiapa yang marah,maka Dia marah.[1] Ibnu Abbas berkata : “ Allah telah menguji kalian dengan kesengsaraan dan kenikmatan,sihat dan sakit, kaya dan fakir, halal dan haram, taat dan maksiat, petunjuk dan kesesatan.[2]Ibnu Zaid rahimahullah berkata ketika menafsirkan ayat di atas berkata : “ Maka Kami(Allah )menguji mereka dengan perkara yang disenangi dan perkara yang dibenci.Kami uji mereka dengan ujian ini agar kami melihat dengan nyata,apakah mereka bersyukur ketika mendapatkan kesenangan dan apakah mereka bersyukur ketika ditimpa musibah.”[3] Bentuk-bentuk Fitnah(Ujian) 1 Fitnah Khusus1.1 Fitnah yang bersifat khusus kepada individu yang berkait dengan peribadi iaitu syahwat dan keinginan seperti fitnah keluarga,harta,anak-anak dan wanita.Firman Allah

َ َ ٌ ‫واعْل َموا أ َنما أ َموال ُك ُم وأ َوَلدك ُم فتن‬ ‫جٌر‬ ِ ‫ه‬ َْ ِ ْ ُ ْ َ ْ ْ ‫عن ْد َهُ أ‬ ّ ‫ة وَأ‬ َ ّ ‫ن الل‬ ُ َ ْ َ ّ َ ‫م‬ ِ َ‫ع‬ ٌ ‫ظي‬ Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar[al-Anfal [8]:28]

‫حدثني عبد الله بن بريدة عن أبيه قال خطبنا رسول الله‬ ‫صلى الله عليه وسلم فأقبل الحسن والحسين رضي الله‬ ‫عنهما عليهما قميصان أحمران يعثران ويقومان فنزل‬ ‫فأخذهما فصعد بهما المنبر ثم قال صدق الله ) إنما أموالكم‬ ‫وأولدكم فتنة ( رأيت هذين فلم أصبر ثم أخذ في الخطبة‬ .Diriwayatkan daripada `Abdullah ibn Buraidah daripada bapanya katanya: Tatkala Nabi berkhutbah maka datang Hasan dan Husain kedua-keduanya berpakaian merah(ketika itu masih kecil) mereka berdua berjalan dan jatuh tergelincir.Beliau turun lalu mengambil mereka berdua dan membawanya lalu Beliau menaiki mimbar dan bersabda: “ Benarlah firman Allah: “ Sesungguhnya hartamu dan anakmu adalah cubaan.” Aku melihat dua anak kecil yang jatuh tergelincir ini,aku tidak bersabar[4] Harta, keluarga, anak-anak dan juga sahabat –handai kadang-kadang boleh melalaikan manusia dari beribadah kepada Allah . Akibat kelalaian maka seseorang akan meninggalkan solat ,melakukan kezaliman, melakukan maksiat dan meninggalkan kewajipannya terhadap Allah , kemuncaknya menjadilah mereka termasuk golongan yang rugi di dunia dan akhirat.Disebabkan hal inilah Allah menyebut dalam firmanNya:

َ َ ُ ‫يا أ َيها ال ّذين آ َمنوا َل تل ْهك‬ ِ‫ن ذِك ْرِ الل ّه‬ ُ َ َ ِ ْ ُ ‫م وََل أوَْلد ُك‬ ْ ُ ‫وال ُك‬ ْ ‫مأ‬ ْ ِ ُ َّ َ ْ َ‫م ع‬ َ ُ‫م‬ َ ِ ‫ك فَأول َئ‬ َ ِ ‫ل ذ َل‬ ْ َ‫ن ي َْفع‬ ‫ن‬ َ ْ ‫م ال‬ ِ ‫خا‬ َ ‫سُرو‬ ُ ُ‫ك ه‬ َ َ‫و‬ ْ ‫م‬ Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. [ al-Munafiquun [63]: 9] Begitu juga fitnah berkaitan harta,iaitulah kesempitan wang,bebanan hutang, harta banyak yang melalaikan,dan lain-lain.

1.2 Fitnah Wanita Wanita juga adalah fitnah(ujian) kepada lelaki.Hakikat ini diungkapkan oleh Nabi :

ُ َ‫ع‬ ‫ه‬ َ ‫م‬ ِ ‫ن َزي ْدٍ َر‬ ْ‫ة ب‬ َ ‫نأ‬ ُ ّ ‫صّلى الل‬ َ ُ‫ه عَن ْه‬ ُ ّ ‫ي الل‬ َ ‫سا‬ َ ‫ي‬ ّ ِ ‫ن الن ّب‬ ْ َ‫ما ع‬ َ ‫ض‬ ْ ِ َ َ ّ َ ‫م َقا‬ ‫ن‬ ً َ ‫دي فِت ْن‬ ِ ‫ل‬ ِ ْ‫ت ب َع‬ َ ‫ضّر عَلى الّر‬ َ ‫ةأ‬ َ َ‫عَل َي ْهِ و‬ ُ ْ ‫ما ت ََرك‬ َ ‫ل‬ َ ‫سل‬ ْ ‫م‬ ِ ‫جا‬ ‫ساِء‬ َ ّ ‫الن‬ Daripada Usamah b.Zaid daripada Nabi bersabda: Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalanku yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.[5] Berkata Ibnu Hajar al-`Asqalani: Maksud hadith di atas ialah diperhiaskan wanita sehingga menjadikan kaum lelaki kagum terhadapnya dan ingin menuruti hawa nafsunya terhadap kaum wanita[6]Secara umumnya, sabda Nabi ini memang terbukti kebenarannya.Hal ini jika kita teliti berapa ramai lelaki yang gagah perkasa tapi apabila datang wanita memujuk dan merayunya maka sang lelaki akan mudah tewas dengan pujuk-rayu sang wanita.Maka jika seorang mukmin tidak dapat menghadapi fitnah ini dengan penuh hikmah dan bijaksana maka dia pasti akan terperangkap dalam perangkap kemaksiatan seperti perzinaan dan sebagainya. Justeru, sama ada mukmin atau mukminat haruslah menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah dan petunjuk yang ditujukkan oleh Nabi dalam masalah ini.[7]Jika kita ditimpa fitnah khusus ini maka kita dituntut memperbanyakkan amal soleh seperti solat,sedekah,berpuasa,menyuruh kepada makruf dan melarang yang mungkar,maka amal-amal ini akan menjadi kafarah(penghapus) kepada dosa kita.Allah menyatakan hakikat ini dalam firmanNya:

َ ‫ت‬ ِ ‫سَنا‬ ِ ‫ي الن َّهارِ وَُزل ًَفا‬ َ ْ ‫ن ال‬ ّ ِ‫ل إ‬ َ ‫ح‬ ّ ‫وَأقِم ِ ال‬ ِ ْ ‫ن الل ّي‬ َ ‫م‬ ِ َ‫صلةَ ط ََرف‬ َ ِ ‫ت ذ َل‬ ّ ‫ك ذِك َْرى ِلل‬ ‫ن‬ ِ ‫سي َّئا‬ ّ ‫ن ال‬ َ ‫ري‬ َ ْ ‫ي ُذ ْهِب‬ ِ ِ ‫ذاك‬

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatanperbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.[ Huud [11]: 114] 1.3 Petua Menghadapi Fitnah Khusus; 1. Beriman dan yakin dengan ketentuan Allah dan janji-janjiNya.

َ ‫ه‬ ِ ْ‫ن ي ُؤ‬ ِ ‫م‬ ِ ‫ب‬ َ ‫صا‬ ُ َ ‫ن ِبالل ّهِ ي َهْدِ قَل ْب‬ َ َ‫ن الل ّهِ و‬ ُ ‫ن‬ َ َ ‫ما أ‬ ْ ‫م‬ ْ ‫م‬ ِ ْ ‫صيب َةٍ إ ِّل ب ِإ ِذ‬ ْ ‫م‬ ّ ُ ‫ه ب ِك‬ َ ‫ل‬ ‫م‬ ٌ ‫يٍء عَِلي‬ ُ ّ ‫َوالل‬ ْ ‫ش‬ Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu2. Sentiasa berlindung kepada Allah daripada kejelekkan ujian dan fitnah.Amalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi seperti doa ini:

َ ِ ‫عوذ ُ ب‬ َ َ‫ن ع‬ َ َ‫ن ع‬ ‫ن‬ ُ َ ‫م إ ِّني أ‬ ِ َ‫ و‬, ‫جهَّنم‬ ِ َ‫ر و‬ ِ ‫ك‬ َ ‫ب‬ ّ ُ‫الل ّه‬ ِ ‫ذا‬ ِ ‫ذا‬ ْ ‫م‬ ْ ‫م‬ ْ ‫م‬ ِ ْ ‫ب الَقب‬ َ ‫ن‬ ‫ل‬ ِ َ‫ و‬, ‫ت‬ ِ ‫ما‬ َ ّ ‫ح الد‬ ْ ‫م‬ َ ‫شّر فِت ْن َةِ ال‬ َ ‫حَيا َوالم‬ َ ‫فِت ْن َةِ ال‬ ِ ‫جا‬ ْ ‫م‬ ِ ِ ‫مسي‬ Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur,daripada azab neraka jahannam,daripada fitnah ketika hidup dan ketika mati,daripada kejahatan fitnah al-masih dajjal.[8] 3.Redha menerima takdir Allah . 4.Meyakini bahawa ujian adalah penghapus dosa .5.Bersabar ketika menerima musibah dan bersyukur ketika memperoleh nikmat. 6.Meyakini musibah atau ujian yang menimpa ada hikmahnya untuk diri. 2.Fitnah Umum Adapun fitnah secara umum pula iaitulah fitnah yang bergelombang seperti gelombang lautan yang luas,yang menggoncangkan.Fitnah ini pertama kali muncul ketika Khalifah Utsman b.Affan dibunuh oleh kaum penentang yang dikepalai oleh Abdullah ibn Saba.Setelah itu kaum muslimin berpecahbelah,mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan saling kafir-mengkafirkan diantara saudara seislam,sehinggakan berlaku pertumpahan darah di antara mereka.Kesan perpecahan itu dapat dirasai sehinggalah hari ini[9]. 2.1 Fitnah Perpecahan Sehingga hari ini kita dapat lihat lahirnya firqah-firqah dan kelompokkelompok yang ingin memecah-belahkan kaum muslimin dan seterusnya ingin menjauhkan mereka dari berhukum dan berpegang dengan kitab Allah,sunnah Rasulullah ,dan jalan para sahabat ,tabiin dan salaf as-Soleh serta pengikut-pengikut mereka.

Munculnya Syiah,khawarij,Muktazilah,jabariah dan kelompok-kelompok[10] yang lain kerana mereka jelas meletakkan hawa nafsu,akal yang cetek dan juga kepentingan kelompok mereka melebihi petunjuk al-Quran dan juga asSunnah serta kefahaman para sahabat.[11]Akibat dari perpecahan ini bukanlah perkara yang remeh seperti yang diseru oleh sebahagian mereka yang terkeliru.Masalah ini melibatkan kedudukan kita di akhirat kelak antara syurga dan neraka! Hakikat perpecahan ini diberitakan oleh Nabi dalam sabdanya:

َ ‫ك َقال َقا‬ ‫ه‬ ِ ْ ‫ه عَل َي‬ ٍ ِ ‫مال‬ ِ ْ‫ن عَو‬ ُ ‫ل َر‬ ُ ّ ‫صّلى الل‬ َ ‫ن‬ َ ِ‫سول الل ّه‬ ْ َ‫ع‬ ِ ْ‫ف ب‬ ‫حد َةٌ ِفي‬ ِ ‫وا‬ ً َ‫ن فِْرق‬ َ ‫ح‬ ْ ِ ‫ت ال ْي َُهود ُ عََلى إ‬ َ َ‫دى و‬ َ َ‫و‬ ْ َ‫م افْت ََرق‬ َ ّ ‫سل‬ َ َ‫ة ف‬ َ ‫سب ِْعي‬ َ ‫ن‬ َ ‫سب ُْعو‬ َ ْ ‫ال‬ َ َ‫جن ّةِ و‬ ْ َ‫ن ِفي الّنارِ َوافْت ََرق‬ َ ّ ‫ت الن‬ ِ ْ ‫صاَرى عَلى ث ِن ْت َي‬ ‫ة‬ ِ ‫ن ِفي الّنارِ وََوا‬ ً َ‫ن فِْرق‬ ِ ّ ‫جن‬ َ ْ ‫حد َةٌ ِفي ال‬ َ ‫سب ُْعو‬ َ ‫ح‬ ْ ِ ‫ة فَإ‬ َ َ‫دى و‬ َ َ‫و‬ َ ‫سب ِْعي‬ ُ ‫ن‬ ٍ ‫مِتي عََلى ث ََل‬ ِ ّ ‫َوال‬ َ ‫م‬ َ َ‫ث و‬ ّ ‫نأ‬ ّ ‫ح‬ ُ ‫س‬ ُ ‫ذي ن َْف‬ َ ‫سب ِْعي‬ ّ َ‫مدٍ ب ِي َدِهِ ل َت َْفت َرِق‬ َ ‫ن ِفي الّنارِ ِقي‬ ‫ل َيا‬ ِ ‫ة َوا‬ ً َ‫فِْرق‬ َ ‫سب ُْعو‬ َ ْ ‫حد َةٌ ِفي ال‬ َ َ‫ن و‬ ِ ‫جن ّةِ وَث ِن َْتا‬ َ ‫م َقا‬ َ ‫سو‬ ‫ة )وفي رواية( هي ما أنا‬ ُ َ‫ماع‬ َ ْ ‫ل ال‬ ُ ‫َر‬ َ ‫ج‬ ْ ُ‫ن ه‬ َ ِ‫ل الل ّه‬ ْ ‫م‬ ‫عليه اليوم وأصحابي‬ Daripada `Auf b.Malik katanya: Rasulullah bersabda: Kaum Yahudi berpecah kepada 71 kelompok maka yang satu sahaja yang masuk syurga, 70 lagi dalam neraka, Dan kaum Nasrani(kristian) berpecah kepada 72 kelompok maka 71 masuk neraka hanya satu masuk syurga.Dan demi jiwa Muhammad yang berada di atas tanganNya, umatku akan berpecah kepada 73 kelompok hanya satu kelompok yang akan masuk syurga dan 72 lagi akan masuk neraka.Sahabat bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah ?.Jawab Nabi : Mereka(yang masuk syurga) adalah jamaah.[12] Dalam riwayat lain disebut: iaitu golongan yang mengikuti sunnahku dan sahabat-sahabatku. Hadith ini sangat banyak disebut oleh para ahli-ahli hadith dan mereka menyatakan kesepakatan dalam kesahihannya.Dan perlu diingat ada dikalangan mereka yang jahil mempertikaikan taraf hadith ini,mereka berhujah dengan menyatakan hadith ini tidak diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Persoalannya adakah mereka mengetahui hadith-hadith shahih bukan hanya terdapat dalam Bukhari malah beratus-ratus kitab karangan ulama yang menjadi hujah atas agama ini?.Sebenarnya mereka ditutupi oleh hijab kejahilan mereka.Maka penulis menyeru golongan sebegini agar mengkaji sendiri(buangkan perasaan taksub pada mana-mana pihak letakkan al-Quran dan hadith-hadith Nabi di hadapan sebagai neraca) dan jika tidak mampu bertanyalah kepada mereka yang benar-benar ahli dalam ilmu hadith.

Ada juga segolongan yang menafsirkan dan memaksudkan perkataan jamaah dalam hadith ini adalah kelompok mereka.Tanpa rasa malu mereka menyatakan yang dimaksudkan jamaah dalam hadith itu adalah jamaah kami,parti kami, kumpulan kami.Justeru mereka dengan mudah menunding jari menuduh golongan yang tidak sealiran dengan mereka sebagai pemecahbelah, ekstrimis, mutasyadid, kafir, dan pelbagai label. Penulis menyeru agar permasalahan ini dikembalikan kepada al-Quran dan sunnah serta kefahaman para sahabat .Dan jika masih ragu maka bertanyalah kepada mereka yang benar-benar ahli. Sikap Kita Menghadapi Fitnah Perpecahan Sikap kita ialah kembali kepada Allah dan sunnah RasulullahMenurut apa yang difahami oleh para sahabat dan para ulama yang mengikuti jalan mereka.Hendaklah kita menghayati seruan dan perintah yang diarahkan oleh Allah kepada kita semua:

ُ َ ‫يا أ َيها ال ّذين آ َمنوا أ َطيعوا الل ّه وأ َطيعوا الرسو‬ َ ‫ر‬ ُ َ َ ِ ُ ِ َ َ ُ ِ ُ ّ ْ ‫ل وَأوِلي اْل‬ َّ َ ِ ‫م‬ َ ‫م ِفي‬ ‫ن‬ ِ ْ ِ‫ل إ‬ ّ ‫يٍء فَُر‬ ْ ِ ‫م فَإ‬ ُ ‫دوهُ إ َِلى الل ّهِ َوالّر‬ ْ ُ ‫ن ت ََناَزعْت‬ ْ ُ ‫من ْك‬ ِ ْ ‫سو‬ ْ ‫ش‬ َ َ ِ ‫خرِ ذ َل‬ ‫ن ت َأِويًل‬ َ ‫ك‬ ِ َ ‫ن ِبالل ّهِ َوال ْي َوْم ِ اْل‬ ِ ْ‫م ت ُؤ‬ ْ ‫خي ٌْر وَأ‬ َ ‫مُنو‬ َ ‫ح‬ ْ ُ ‫ك ُن ْت‬ ُ ‫س‬

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.[ an-Nisa`[4]: 59]

َ ‫م‬ ِ‫ة الل ّه‬ ِ ‫ج‬ ِ َ ‫َواعْت‬ َ ِ‫ل الل ّه‬ َ ِ ‫موا ب‬ َ ْ‫ميًعا وََل ت ََفّرُقوا َواذ ْك ُُروا ن ِع‬ ُ ‫ص‬ ِ ْ ‫حب‬ َ َ َ ‫ه‬ َ ّ ‫داًء فَأل‬ ِ ِ ‫مت‬ ْ َ ‫صب‬ َ ْ‫م أع‬ َ ْ‫م ب ِن ِع‬ ْ ُ ‫حت‬ ْ ُ ‫ن قُُلوب ِك‬ ْ ُ ‫م إ ِذ ْ ك ُن ْت‬ ْ ُ ‫عَل َي ْك‬ ْ ‫م َفَأ‬ َ ْ ‫ف ب َي‬ َ ِ ‫من َْها ك َذ َل‬ َ ‫م عََلى‬ ‫ك‬ ْ ِ‫إ‬ ِ ‫م‬ ِ ٍ‫حْفَرة‬ ُ ‫شَفا‬ ْ ُ ‫ن الّنارِ فَأن َْقذ َك‬ ْ ُ ‫واًنا وَك ُن ْت‬ َ ‫م‬ َ ‫خ‬ َ ُ ‫ي ُب َي ّن الل ّه ل َك‬ ‫ن‬ َ ‫دو‬ ُ َ ‫م ت َهْت‬ ْ ُ ‫م آَيات ِهِ ل َعَل ّك‬ ْ ُ ُ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah

menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayatayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.[ ali-Imraan [2]:103

ُ ّ ‫مع َوال‬ َ ‫قَا‬ ]‫ن‬ ِ ‫ أو‬:‫ل رسول الله‬ ْ ِ ‫طاعَةِ وَإ‬ ّ ‫وى الل ّهِ َوال‬ ْ ُ ‫صيك‬ َ ‫م ب ِت َْق‬ ِ ْ ‫س‬ َ ‫خت َِلًفا ك َِثيًرا‬ ْ ‫دي ا‬ ِ ْ‫م ي ََرى ب َع‬ ِ ‫ش‬ ِ َ ‫حب‬ َ ‫دا‬ ً ْ ‫ن عَب‬ َ ‫كا‬ ْ ُ ‫من ْك‬ َ ‫ه‬ ُ ّ ‫شّيا فَإ ِن‬ ْ ِ‫ن ي َع‬ ْ ‫م‬ ‫ضوا‬ ُ ْ ‫سن ّةِ ال‬ ِ ‫ش‬ ِ ‫خل ََفاِء الّرا‬ ّ َ‫ن وَع‬ ُ َ‫سن ِّتي و‬ ُ ِ‫م ب‬ َ ْ ‫ن ال‬ ْ ُ ‫فَعَل َي ْك‬ َ ‫مهْدِّيي‬ َ ‫دي‬ ُ ّ ُ‫ن ك‬ ‫ة‬ ٌ َ‫حد َث َةٍ ب ِد ْع‬ ِ ‫حد ََثا‬ ْ ‫م‬ ّ ِ ‫مورِ فَإ‬ ْ ‫م‬ ُ ‫ل‬ ُ ‫ت اْل‬ ُ َ‫م و‬ ْ ُ ‫جذِ وَإ ِّياك‬ ِ ‫وا‬ َ ّ ‫عَل َي َْها ِبالن‬ ّ ُ‫ن ك‬ ‫ة‬ ٌ َ ‫ضَلل‬ َ ٍ‫ل ب ِد ْعَة‬ ّ ِ ‫وَإ‬

Aku berpesan kepada kamu semua agar bertaqwa kepada Allah,mendengar dan taat sekalipun diperintah oleh hamba Habsyi.Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang sangat banyak.Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa arRasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah ia(sunnah) dengan gigi geraham, kemudian berjaga-jagalah kamu dengan perkara yang diada-adakan,kerana sesungguhnya setiap yang diada-adakan adalah bid`ah dan sesungguhnya setiap bid`ah itu adalah sesat.[13] Begitulah nas-nas yang menyebut tentang perpecahan yang akan berlaku dan wasiat Rasulullah kepada para sahabat dan umatnya agar berwaspada dengan perkara baru yang diada-adakan dalam agama, dan juga kewajipan berpegang dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat . Ketahuilah hanya dengan berpegang dan mengamalkan sunnah Rasulullah sahajalah yang boleh menjamin keselamatan kita di akhirat kelak.Justeru menjadi kewajipan bagi setiap muslim agar mempelajari sunnah Rasulullah , hadith-hadith baginda dan berusaha mempertahankan khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah daripada menjadi kritikan dan mainan musuhmusuh Islam yang jelas cuba menyerang institusi sunnah. Fitnah perpecahan dikalangan umat Islam hanya boleh dirungkai dengan semua pihak berusaha untuk menolak kepentingan masing-masing dan hanya balik kepada al-Quran dan menjunjung sunnah Rasulullah kesemuanya. Akhir sekali penulis akhiri tulisan ini dengan hadith Nabi :

َ َ ّ ‫ة رسول ِه صّلى الل ّه عَل َيه وسل‬ ‫ع‬ ُ ّ ‫سن‬ َ ِ ‫ن ت َت ّب‬ ْ ‫حق ّ أ‬ َ ‫مأ‬ ُ َ‫ة الل ّهِ و‬ ُ َ‫ف‬ َ َ َ ِ ْ ُ َ ِ ُ َ ُ ّ ‫سن‬ ‫صادًِقا‬ ِ ْ ِ‫ن إ‬ ُ ‫ن‬ َ ْ ‫ن ك ُن‬ َ ‫ت‬ ٍ ‫سن ّةِ فَُل‬ ْ ‫م‬ “Maka sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya lebih hak kamu ikuti dari sunnah si Pulan jika kamu termasuk orang yang percaya (beriman).” [14]

9 Zulkaedah 1429HAkademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam PuriKota Bharu ,Kelantan03:30pm [1] HR.Ibnu Majah : 4021,,dinilai hasan oleh al-Alban [2] Muhammad ibn Jarir at-Thobari , Jami`ul Bayan fi Ta`wil al-Quran : 18/ 440 [3] Muhammad ibn Jarir at-Thobari , Jami`ul Bayan fi Ta`wil al-Quran : 18/ 440 [4] HR. Abu Daud: 930,dishahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud : 1109 [5] HR Bukhari no: 4706,Muslim no:4293 [6] Ibnu Hajar al-`Asqalani,Fathul Bari : 18/254 [7] Sila rujuk tulisan penulis bertajuk: Tundukkan Pandangan. Sila lawati http:// madrasahhadith.blogspot.com [8] HR Bukhari no:1288,Muslim:925.Boleh juga rujuk Hisnul Muslim. [9] Berkenaan peristiwa pembunuhan saidina Uthman bolehlah merujuk kitab-kitab Tarikh ahli sunnah seperti;Al-Bidayah wa Nihayah,Tahqiq mawaqif As-Shahabat dan Tarikh Dimasyq.Thobaqat Ibnu Saad dan yang lain-lain. [10] Termasuk juga sekular,komunis,kapitalis,hizbiyyah dan semua kelompok yang menyelisihi jalan salaf as-soleh dan para pendukungnya. [11] Penulis sertakan kefahaman para sahabat kerana ianya menjadi pembeza di antara kelompok yang menyeleweng yang turut mendakwa berpegang dengan al-Quran dan sunnah tapi menurut kefahaman dan hawa nafsu mereka sendiri. [12] HR. Ibn Majah no; 3987,Abu Dawud,Haakim,Ahmad,Tirmidzi disahihkan oleh al-Albani dalam As-shahihah.zhilal al-Jannah [13] HR Abu Dawud, Ahmad,Ibnu Majah,Tirmidzi [14] HR Muslim no: 2171

Related Documents