Si Penjual Kayu Api Dan Seorang Lelaki

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Si Penjual Kayu Api Dan Seorang Lelaki as PDF for free.

More details

  • Words: 1,407
  • Pages: 3
Si Penjual Kayu Api Dan Seorang Lelaki

SI PENJUAL KAYU API DAN SEORANG LELAKI Pada zaman dahulu tinggallah seorang penjual kayu api dan ibunya di pesisir hutan di sebuah negara yang makmur. Si penjual kayu api itu keluar mencari kayu api setiap pagi sementara ibunya pula masak untuk makan tengah hari mereka. Selepas makan si penjual kayu api dengan dibantu oleh ibunya akan mengikat kayu dan bersama-sama menjual semua kayu api itu di kota. Penduduk yang tinggal di sepanjang jalan menuju ke kota mengenali mereka. Hampir setiap hari mereka sampai ke kota dengan keldai yang sudah separuh sarat kerana kayu api mereka dibeli di sepanjang jalan. Penduduk kota pula berebut mengerumuni sebaik sahaja mereka tiba di pasar untuk menjual kayu api yang masih tersisa. Setelah semua kayu api habis dijual mereka singgah membeli lauk-pauk untuk dimasak pada waktu malam dan hari seterusnya pula. Kehidupan mereka tidak pernah susah dan tidak pula terlalu susah. Tidak pernah mereka merasa kesengsaraan yang keterlaluan atau kesenangan yang berlebihan. Mereka hidup dengan sederhana. Kehidupan mereka berterusan seperti itu sehinggalah tiba satu tahun di mana musim sejuk yang agak melampau melanda negara itu. Ramai penduduk negara itu sama ada di dalam mahupun di luar kota tidak mahu keluar dari rumah. Mereka lebih suka duduk di dalam rumah dengan pendiangan marak menyala. Permintaan kepada kayu api ibu tua dan anak lelakinya semakin meningkat. Keldai mereka yang seekor itu tidak lagi mampu membawa bebanan yang berlebihan ke kota. Si ibu tua juga tidak larat lagi menemani anaknya berjualan di sepanjang jalan dan di pasar di tengah kota kerana kesejukan. Tinggallah si penjual kayu api bersendirian mengikat kayu-kayu api dan menjualnya di kota. Kerana cuaca semakin sejuk, semakin hari semakin sedikit juga kayu api yang tiba di kota. Penduduk kota sudah semakin hilang sabar pada si penjual kayu api kerana tidak mampu membawa bekalan yang mencukupi. Walaupun si penjual kayu api cuba menerangkan keadaan sebenar mereka tidak mahu mendengarnya lagi. Penduduk kota sudah tidak tahan lagi menanggung kesejukan itu. Si penjual kayu api pun berfikir untuk mendapatkan seekor keldai lagi agar dia dapat dia membawa lebih banyak kayu api ke kota. Keesokan harinya dengan sedikit simpanan yang mereka ada, si penjual kayu api membeli seekor lagi keldai dari jiran mereka. Pagi itu si penjual kayu api terpaksa bekerja lebih keras untuk memuatkan lebih banyak kayu api di atas dua ekor keldainya. Apabila tiba di kota, penduduk kota sangat gembira kerana mereka mendapat bekalan kayu api yang mencukupi. Malangnya cuaca sejuk itu semakin teruk dan tiak ada tanda-tanda ia akan berubah. Sekali lagi bekalan kayu api ke kota tidak mencukupi dan kerana di beli di sepanjang jalan. Sekali lagi si penjual kayu api dimarahi penduduk kota. Tapi kali ini si penjual kayu api terus terang mengatakan yang dia tidak mampu lagi membawa lebih banyak kayu api untuk mereka. cuaca terlalu sejuk, bekerja berseorangan dan terpaksa berjalan jauh ke kota. Penduduk kota masih memaksa membawa lebih banyak kayu api pada hari berikutnya. Sementara si penjual kayu api berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu seorang lelaki yang mendengar permintaan penduduk kota menyapanya. 1

Si Penjual Kayu Api Dan Seorang Lelaki

Lelaki itu memberikan cadangan kenapa tidak dia membantu si penjual kayu api. Si penjual kayu api akan tetap mencari kayu api di hutan dan mengikatnya sebelum lelaki itu datang mengambil keldai dan membawa kayu api itu ke kota. Apabila semua habis dijual lelaki itu akan memberikan wang hasil jualan kepada si penjual kayu api. Si penjual kayu api itu pun bersetuju dengan cadangan itu dan membeli lagi seekor keldai dari jirannya. Pada keesokan harinya setelah sarat ketiga-tiga ekor keldai itu dengan kayu api datanglah lelaki itu. Dia berjanji akan membawa keldai dan wang jualan kepada si penjual kayu api apabila kayu api habis di jual. Sepanjang hari itu si penjual kayu api buat pertama kali dapat berehat di rumah bersama ibunya. Apabila petang tiba lelaki itu kembali membawa keldai, wang dan sedikit lauk-pauk untuk si penjual kayu api dan ibunya. Wang hasil jualan kayu api mereka bahagikan sama rata sesama mereka. Si penjual kayu api sangat senang hati sekali dan berjanji mereka akan terus melakukan seperti itu. Lelaki itu juga bersetuju. Bermula hari itu begitulah yang mereka lakukan setiap hari. Hinggalah pada suatu hari lelaki itu meminta si penjual kayu api membayar lauk pauk yang dia bawakan untuknya. Kerana katanya mereka telah melakukan kerja sama berat mengapa dia perlu membelanjakan wangnya untuk si penjual kayu api. Si penjual kayu api setuju dengan katakatanya dan membayar harga lauk pauk itu seperti harga biasa. Begitulah juga hari-hari seterusnya hinggalah tiba satu hari lelaki itu meminta harga lebih untuk lauk-pauk yang dibawakannya untuk si penjual kayu api. Lelaki itu berkata dia membawa lauk-pauk itu jauh dari kota untuk si penjual kayu api oleh itu harganya tidak boleh sama dengan harga biasa di kota. Si penjual kayu setuju dengan kata-katanya dan membayar harga yang diminta oleh lelaki itu. Si penjual kayu api dan lelaki itu meneruskan urusan perniagaan mereka walaupun musim sejuk itu telah berlalu. Si penjual kayu api suka dengan cara mereka menguruskan perniagaan mereka. Sehinggalah pada suatu hari lelaki itu berkata yang permintaan untuk semakin kayu api tetap meningkat kerana semakin ramai peniaga kembali ke kota selepas musim sejuk itu. Lelaki itu mencadangkan agar dia mencarikan beberapa orang yang boleh membantu si penjual kayu api mencari kayu di hutan dan mengikatnya sebelum di bawa ke kota. Tapi si penjual kayu api juga perlu menambahkan jumlah keldainya agar boleh memuatkan jumlah kayu api yang lebih banyak. Si penjual kayu api bersetuju dan segera membeli dua ekor keldai lagi dari jirannya. Pada pagi keesokan harinya dua orang pemuda datang bertemu dengan si penjual kayu api, mereka mengatakan mereka di hantar oleh lelaki itu untuk membantu si penjual kayu api. Maka pergilah mereka bertiga mencari kayu api dan mendapat hasil yang banyak sekali. Hari itu lelaki itu tiba dan membawa ke kota empat ekor keldai. Apabila dia kembali di bahagikannya wang sama rata antara dia dan si penjual kayu api. Si penjual kayu api pula membahagikan wang bahagiannya sama rata antara dirinya dan dua orang pemuda tadi. Selepas itu si penjual kayu api terpaksa pula membayar lauk pauk dengan harga yang lebih tinggi kepada lelaki itu. Begitulah kehidupan mereka hari demi hari. Semakin hari semakin sukar pulalah kehidupan si penjual kayu api kerana dia kini terpaksa memberi makan kepada empat ekor keldai setiap hari. Dia juga terpaksa membahagikan wang bahagiannya dengan kedua-dua orang pemuda pembantunya itu. 2

Si Penjual Kayu Api Dan Seorang Lelaki

Ibunya pula semakin tua dan memerlukan ubat dari kota yang terpaksa dibayar dengan harga yang mahal kepada lelaki itu. Begitu juga dengan halnya dengan harga lauk-pauk yang dibelinya dari lelaki itu. Buat pertama kali si penjual kayu api merasa mula merasa kesengsaraan hidup yang sebelum ini tidak pernah di alaminya. Si penjual kayu api mula resah. Tanpa pengetahuan si penjual kayu api pula, sejak berurus niaga dengannya lelaki itu menjual kayu api mereka dengan harga yang tinggi. Alasannya kepada penduduk kota kononnya kayu api semakin sukar diperolehi dan dia terpaksa berjalan jauh untuk mengutipnya. Pada musim sejuk lalu yang melampau itu, penduduk kota tidak ada pilihan selain membayar harga itu. Tapi apabila diserahkannya wang kepada si penjual kayu api, lelaki itu mengikut harga asal si penjual kayu api dan menyimpan selebihnya. Semenjak hari itu lelaki itu telah membeli sebuah rumah baru dan sebuah kedai untuk kayu api yang dibawanya dari rumah si penjual kayu api. Tanpa pengetahuan si penjual kayu api juga dalam perjalanan balik ke rumah si penjual kayu api dia membawa bersamanya pelbagai lauk pauk untuk dijual di sepanjang jalan yang dibelinya dengan harga borong dari pasar. Semenjak itu juga dia telah membeli beberapa ekor kuda untuk menarik kereta kudanya. Ini memudahkannya membawa lauk pauk untuk dijual di sepanjang jalan. Apabila sudah hampir dengan rumah si penjual kayu api disembunyikannya kereta kuda itu dan berpura-pura berjalan kaki. Sejak bertemu dengan si penjual kayu api semakin selesa dan mewah pula kehidupan lelaki itu. Sering kali sahaja dia berjaya menjual kayu api dan lauk pauknya dengan harga yang paling tinggi kepada penduduk kota, penduduk di sepanjang jalan dan juga kepada si penjual kayu api. Sering kali juga dia berjaya membeli dengan harga yang paling murah dari si penjual kayu api dan juga penjual borong di pasar di kota. Begitulah kehidupan lelaki itu seterusnya. Maka jadilah dia seorang pemborong dan orang tengah yang berjaya dengan sikap tamak haloba dan tipu dustanya.

Hillel 6 1835 June 2006 © HAK CIPTA TERPELIHARA

3

Related Documents