CTU553
1
PERLEMBAGAAN:
(1). Perlembangan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan bagaimanasesuatu negeri itu diasasaskan dan diperintah seperti yg termaktub dalam undang-undang,adat atau peraturan. (2). Satu dasar atau formula yg menyatakan tugasan kuasa2 awam di dlm sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.
CTU553
2
CTU553
3
4
Perlembagaan adalah sumber undang2 tertinggi sesebuah negara Berperanan sbg panduan bg pembentukan undang2 samada di pihak kerajaan @ rakyat Umumnya ia terbahagi 2 jenis: Pertama: perlembagaan bertulis Kedua: perlembagaan tidak bertulis Perlembagaan bertulis: perlembgn yg dikumpul & disusun dlm satu dokumen Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembgn yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undg2 yg diluluskan oleh parlimen & keputusan2 mahkamah
CTU553
5
CTU553
6
Malaysia amalkan Perlembagaan Bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa drpd perlembagaan Perlembagaan Malaysia mengandungi a) Teks
◦ 15 Bahagian ◦ 183 Perkara dan fasal-fasal b) Jadual-jadual -13 Jadual
Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa org Melayu & bumiputera sabah/sarawak dll CTU553
7
Di Malaysia, tidak ada institusi yg boleh mengatasi ketinggian Perlembagaan Malaysia. Malah ketiga2 badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kpd Perlembagaan Malaysia Con: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kpd sekatan2 yg dikenakan oleh Perlembagaan Undang2 persekutuan @ negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang2 itu bercanggah dgn Perlmbgn M’sia
CTU553
8
Ini
kerana, perlembagaan memperuntukan dgn nyata dlm Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yg diluluskan yg berlawanan dgn perlmbgn adalah setakat mana yg berlawanan itu terbatal.
ketinggian perlembagaan Ini yg disebut sbg:
CTU553
9
Malaysia sebuah negara perseketuan
Raja berlembangaan
Demokrasi Berparlimen
Ketertinggian Perlembangan
Kebebasan undang-undang
Pengasingan Kuasa
CTU553
11
• Yang di-Pertuan Agong • Pemilihan Yang di-Pertuan Agong • Tugas Yang di-Pertuan Agong • Perkara-perkara yang Tidak Boleh Dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong • Majlis Raja-Raja
CTU553
12
Raja Berperlembagaan ialah sistem beraja mengikut peraturan Perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan, terdapat dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Ketua Negara Persekutuan Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Agong dan beliau merupakan seorang Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan yang dimaksudkan ialah seorang raja memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada beliau oleh Perlembagaan. Dengan cara ini, pemerintahan Raja tersebut tidaklah dijalankan mengikut sesuka hatinya sendiri tetapi ditetapkan oleh Perlembagaan yang menjadi garis panduan kepada bidang kuasa pemerintahannya.
CTU553
13
Mengikut Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Negara bagi Persekutuan. Sebagai Ketua Utama Negara, perlembagaan memberinya keutamaan ke atas semua raja-raja (nama umum bagi tujuh orang sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta Raja Perlis yang juga setaraf dengan sultan). Berbanding dengan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara iaitu Raja yang memerintah (reign) manakala Perdana Menteri berkuasa (govern). Begitulah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam negara raja berperlembagaan, berbeza dengan raja mutlak (berkuasa penuh), umpamanya Raja Habsyah dan Presiden Filipina, mereka ialah ketua negara dan sekaligus ketua kerajaan. Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong ialah ketua tiga cabang kerajaan:
PERUNDANGAN
KEHAKIMAN
EKSKUTIF
15
Institusi Yang di-Pertuan Agong telah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Institusi ini pernah dikatakan sesuatu “yang unik dan asli.” Pendapat ini memang tepat sekali kerana keunikan jawatan ini ialah dari segi boleh diwarisi dan juga merupakan satu jawatan lantikan. Sama seperti Queen di England, jawatan ini diwarisi oleh Raja-Raja Melayu, tetapi dari satu segi yang lain ia berbeza daripada Queen kerana jawatan ini ialah jaw atan lantikan. Yang di-Pertuan Agong dilantik lima tahun sekali di kalangan sembilan Raja-Raja Melayu. Kebijaksanaan mewujudkan jawatan ini telah diperakui ramai kerana baginda telah menjadi “satu simbol perpaduan dalam negara yang berbilang kaum.” CTU553
16
Pemilihan seorang Raja sebagai Yang Di-Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan sembilan RajaRaja Melayu mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan dalam Perlembagaan. Bagi pemilihan pertama, satu senarai Raja disediakan mengikut kekananan iaitu “mengikut susunan Duli-Duli Yang Maha Mulia mengiktiraf keutamaan antara mereka sendiri pada masa itu.” Raja yang terkanan sekali akan memulakan senarai pemilihan ini. Setelah perkara ini sempurna, Majlis Raja-Raja dikehendaki menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang terkanan sekali, iaitu yang namanya pertama sekali dalam senarai.
CTU553
17
Jika Raja tersebut menerima tawaran itu, baginda akan ‘dilantik’ sebagai Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun.
Sekiranya Raja tersebut enggan menerima tawaran tersebut, tawaran akan dibuat kepada Raja yang kedua dalam senarai tersebut dan seterusnya. Bagi pemilihan seterusnya, satu senarai pemilihan disediakan dan dikemas kini supaya giliran tiap-tiap Raja terpelihara
CTU553
18
Sebagai Raja yang memerintah mengikut Perlembagaan, tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan. Kuasa-kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan menentukan corak, jenis dan cara tugastugas tersebut dijalankan. Tugas-tugas ini bolehlah digolongkan dalam dua kategori. Pertama ialah tugas yang dijalankan mengikut nasihat dan kedua ialah tugas yang dijalankan mengikut budi bicara.
CTU553
19
Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menjalankan segala tugas yang diberi kepada baginda oleh Perlembagaan atau undang-undang Persekutuan, mengikut nasihat Jemaah Menteri (lazimnya Perdana Menteri); kecuali bagi tugas-tugas tertentu yang mana Perlembagaan menetapkan nasihat ini tidak diperlukan. Parlimen, melalui satu undang-undang Persekutuan, boleh mensyaratkan supaya Yang di-Pertuan Agong mendapat syor dari pihak-pihak tertentu atau berunding dengannya selain daripada Jemaah Menteri, sebelum mengambil sesuatu tindakan. Fasal (2) Perkara 40 ini menyebut “semua tugas” dikehendaki dijalankan mengikut nasihat dan kita dapati bahawa setelah meneliti tugas-tugas yang dikecualikan daripada peruntukan ini, tugas yang dimaksudkan oleh fasal ini ialah tugas eksekutif persekutuan CTU553
20
Tiga jenis tugas ditetapkan sebagai tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda. Tugas-tugas ini ialah: a) Melantik Perdana Menteri; b) Tidak memberi persetujuan membubar Parlimen; c) Meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata kerana keistimewaan, kedudukan, kem uliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.
CTU553
21
Tugas-Tugas Lain a) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dua di antara tugas-tugas lain yang dijalankan oleh baginda dan dianggap penting ialah memperkenankan rang undangundang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta perisytiharan darurat.
CTU553
22
Amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia tentang peranan baginda dalam proses perundangan ialah seperti yang dinyatakan dalam Perkara 66(3)(4) dan (5). Fasal (3) dalam Perkara ini memperuntukkan bahawa Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau oleh Dewan Rakyat sahaja dalam keadaan di mana persetujuan Dewan Negara tidak diperlukan, hendaklah dipersembahkan kepada baginda supaya diperkenankan.
CTU553
23
Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam proses perisytiharan dan perundangan darurat perlu dikaji dalam konteks perubahan yang telah berlaku hingga hari ini. Baginda diberi peranan penting semasa darurat terutamanya dalam mengisytihar darurat dan membuat undang-undang darurat semasa Parlimen tidak bersidang. Perkara 150 Perlembagaan Malaysia dalam Fasal (1) memperuntukkan bahawa jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi negara ini atau mana-mana bahagiannya terancam kerana darurat tersebut, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan satu Perisytiharan Darurat. CTU553
24
Berasaskan prinsip bahawa ‘Raja adalah sumber keadilan’, Perlembagaan memberi kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda dibolehkan mengampun segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan. Bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau Wilayah Persekutuan, kuasa pengampunan juga diberikan kepada baginda. Perkara 42(1) terbatas kepada kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan.
CTU553
25
(a) Baginda tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja di negeri baginda kecuali tugas-tugas baginda sebagai Ketua Agama Islam. (b) Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yan baginya ada apa-apa saraan. (c) Baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa jua perusahaan.
CTU553
26
CTU553
27
Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh sembilan Sultan atau Raja dan empat Gabenor atau Yang Dipertua Negeri. Walaupun Majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan atau pemerintahan, ia tetap berpengaruh dan memainkan fungsi yang mustahak dalam negara ini. Anggota rasmi Majlis ialah sebelas Ketua Negeri Bagaimanapun, kehadiran dalam persidangan boleh diwakili oleh Raja Muda sesebuah negeri sekiranya Perlembagaan negeri berkenaan mengizinkannya. Majlis Raja-Raja telah wujud sejak dari zaman Negeri Melayu Bersekutu lagi tetapi tidak berjalan rapi seperti mana sekarang.
CTU553
28
Majlis ini diperuntukkan juga dalam Perlembagaan Malayan Union (1946) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1948. Tetapi, kuasa Majlis ini tidak luas sepert i mana sekarang, kerana Majlis itu hanya berkuasa dalam hal ehwal adat resam orang-orang Melayu serta agama Islam sahaja. al
CTU553
29
a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong; b) memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan, tidak termasuk negeri-negeri Sabah dan Sarawak; c) memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ataupun yang mesti dibincangkan oleh Majlis ini terlebih dahulu; d) memikirkan perkara tentang polisi negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut.
30
Di bawah Perlembagaan Malaysia, kedudukan Rajaraja Melayu adalah terjamin. Perkara 38(4) memperuntukkan Perlembagaan tidak boleh dipinda oleh Parlimen tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja jika pindaan itu menyentuh hal-ehwal Raja-Raja Melayu, melainkan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Majlis RajaRaja juga mempunyai satu badan yang memelihara hak istim ewa orang Melayu, kerana apa-apa perubahan polisi tentang kedudukan orang-orang Melayu hendaklah dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis ini.
CTU553
31
Majlis Raja-Raja mestilah dirundingi tentang perlantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim Besar dan hakim-hakim Mahkamah Agung dan dua Mahkamah Tinggi, sebelum mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Majlis ini juga mesti dirundingi tentang perlantikan Ketua Audit Negara oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
CTU553
32
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-Raja berhubung dengan perkara-perkara tertentu. Maksud kuasa budi bicara ialah kuasa mengikut pertimbangan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri atau mana-mana badan lain. Ahli Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara mereka tentang tugas-tugas berikut :-
CTU553
33
a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong; b) memberi nasihat tentang apa-apa perlantikan; c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Rajaraja; d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apaapa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia
CTU553
34
Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun yang boleh didakwa bagi apa juga yang diucapkan atau apaapa undi yang diberikan oleh ahli parlimen semasa mengambil bahagian dalam suatu perbahasan atau pengundian Peruntukan ini merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada ahli parlimen bagi membolehkan seseorang ahli menyuarakan pendapatnya tanpa menghadapi tekanan dari mana-mana pihak.
CTU553
35
Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen. Keistimewaan-keistimewaan lain Parlimen diperuntukkan dalam Ordinan (Keistimewaan dan Kuasa) Majlis Parlimen 1952
CTU553
36
DEWAN RAKYAT
DEWAN NEGARA
CTU553
37
1)Meluluskan undang-undang
2)Menentukan belanjawan negara
3)Mengawasi perjalanan kerajaan
CTU553
38
Meneliti undang-undang yang diluluskan oleh dewan rakyat.
CTU553
39
Agama Islam adalah agama persekutuan Pihak kerajaan (persekutuan @ negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan utk menubuhkan /menyelenggara/membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu. Agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana2 bahagian persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dlm perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap org berhak utk menganut & mengamalkannya.
CTU553
40
i. ii. iii.
Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuh dan menyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang2
CTU553
41
CTU553
43
CTU553
44