Set4pmr2009

  • Uploaded by: twilight's no1 fan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Set4pmr2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,730
  • Pages: 22
SULIT 21/1 Sejarah 1 ¼ jam

JABATAN PELAJARAN KELANTAN ________________________________________________________________ PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 SET 4 Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

1

1. Maklumat berikut merupakan pengertian sejarah. Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya Siapakah tokoh sejarah yang berkata demikian? A B C D

Herodotus Ibn Khaldum Tun Seri Lanang Muhd. Yusof Ibrahim

2. Antara logam yang digunakan untuk membuat peralatan pada zaman logam di Malaysia ialah I II III IV

Besi Perak Kuprum Gangsa

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

3. Rajah di bawah merujuk kepada kerajaan awal di Asia Tenggara. Raja berkuasa mutlak

X

Dianggap Raja di Gunung

Menterinya merupakan orang perantaraan raja dengan rakyat X ialah A B C D

Funan Angkor Srivijaya Majapahit

2

4. Maklumat di bawah menunjukkan penemuan artifak di Kedah. • • •

Wang Perak Manik dari India Barangan kaca dari Timur Tengah

Apakah yang dapat digambarkan daripada penemuan tersebut ? A B C D

Kegemilangan kerajaan Kebijaksanaan pemerintah Kelebihan perluasan kuasa Kegiatan pertanian yang meluas

5. Maklumat berikut berkenaan dengan sistem pemerintahan di Melaka. • • •

Budak kundang Budak raja Juak-juak

Gelaran tersebut adalah bagi jawatan ? A B C D

Inang Dayang Biduanda Pengasuh

6. Apakah kesan kedatangan Islam kepada amalan masyarakat Melaka ? I II III IV

Kenduri arwah Khatam al-Quran Kewujudan institusi beraja Kewujudan undang-undang adat

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

3

7. Maklumat berikut berkaitan dengan tugas golongan cerdik pandai di Melaka. •

Mahir mengarang sejarah, menghasilkan kesusasteraan dan menyusun salasilah raja



Mencatat diari istana

Siapakah yang terlibat dengan tugas tersebut? A B C D

Ulama Jurutulis Pembesar Pengarang

8. Peta berikut menunjukkan empayar Melaka pada zaman keagungannya.

Bagaimanakah kerajaan Jambi menjadi tanah jajahan takluk Melaka? A B C D

Secara suka rela Secara penaklukan Secara perkahwinan Secara perdagangan

4

9. Andaikan anda ialah Sultan Melaka pada abad ke-15. Mengapakah anda menjalankan dasar perluasan kuasa? I II III IV

Menerima pelbagai ufti Mendapat bekalan barangan Menyelesaikan masalah dalam negeri Mengukuhkan hubungan persaudaraan

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

10. Pernyataan di bawah menunjukkan slogan orang Portugis. ‘Gospel, Gold. And Glory’ Apakah kejayaan daripada slogan tersebut ? A Penjelajahan ke Timur B Penyebaran budaya Portugis C Pembebasan tawanan Portugis D Penguasaan sumber perdagangan 11. Jadual di bawah menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan Johor yang sering berpindah. Tahun 1528 – 1564 1564 – 1571 1571 – 1597

Pusat Kerajaan Pekan Tua Sayong / Johor Lama / Seluyut Tanah Putih

Mengapakah berlaku sedemikian ?

5

A

Menerima ancaman luar

B

Mengatur strategi ketenteraan

C

Muslihat mempertahankan diri

D

Mengawal kegiatan perdagangan

12. Pernyataan berikut berkaitan dengan Perang Johor-Jambi. Pada pertengahan abad ke-17, Jambi muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka dan mula menyaingi Johor dalam kegiatan perdagangan.

Mengapakah Jambi meminta bantuan Belanda ? A B C D

Mendapatkan kebebasan Menyekat kemaraan Bugis Menguasai pelabuhan Riau Menyelesaikan masalah perebutan takhta

13. Jadual di bawah menerangkan asal usul Pahang. Sumber Rekod China X Orang Arab

Nama Phang Pura Fahan

Apakah X ? A

Misa Melayu

B

Sejarah Melayu

C

Pedagang India

D

Catatan Ptolemy

14. Bagaimanakah Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak ? A Melantik pegawai British 6

B Memberi kuasa autonomi kepada pembesar C Mengamalkan pemerintahan secara langsung D Menyerahkan pemerintahan kepada kerabat diraja

15. Antara sistem politik yang wujud di Sabah sebelum abad ke-16 ialah? I II III IV

Kewarisan Kesultanan Ketua bebas Ketua kampong

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

16. Mengapakah tentera Bugis menyerang Kedah pada tahun 1771? A Meluaskan kawasan jajahan takluk B Mengusai hasil pengeluaran bijih timah C Mendapat persetujuan dari Francis Light D Memenuhi permintaan kerabat diraja Kedah bagi menyingkirkan Sultan Muhammad Jiwa 17. Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapat bantuan Firma Jourdain Sullivan dan de Souza? A B C D

Menarik pelabur asing Menghapus ancaman lanun Menjalin hubungan dagangan Mengekalkan kedaulatan negeri

18. Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura pada tahun 1819 adalah kerana A British dijemput oleh Sultan Hussein B British ingin menyaingi kuasa China C British menyelamatkan Singapura daripada ancaman lanun D British dapat menyekat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu 19. Persetiaan London 1824 telah menyelesaikan ketegangan antara British dengan Belanda. Antara berikut yang manakah berkaitan persetiaan tersebut ?

7

A B C D

Menghadkan barang dagangan Melantik wakil kawal dagangan Mengecualikan cukai dagangan Menetapkan kawasan kekuasaan

20. Rajah berikut merujuk kepada Sistem Pentadbiran di Tanah Melayu. Residen Jeneral berkuasa dalam hal kewangan X Residen Jeneral mengambilalih kuasa Sultan X merujuk kepada A B C D

Durbar Sistem Residen Pentadbiran Persekutuan Majlis Mesyuarat Persekutuan

21. Senarai berikut menunjukkan para pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman Dato’ Bandar Kulop Tunggal Apakah yang menyebabkan mereka bersengketa antara satu sama lain? A B C D

Mendapatkan sokongan British Memonopoli kegiatan perlombongan Menegakkan kuasa di Sungai Ujong Mengawal kegiatan perdagangan rempah

8

22. Dialog berikut mungkin diucapkan antara George Maxwell dengan Tengku Mahmud di Kedah pada tahun 1910. Pegawai British Pembesar Kedah

: Penasihat British berhak menapis surat rasmi : Tidak ! surat rasmi tidak perlu ditapis

Apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada tindakan tersebut? A Kepentingan identiti negeri dikekalkan B Keutamaan melantik pegawai yang dikenali C Keutuhan rakyat menjamin keamanan negara D Kesediaan bertoleransi dalam kehidupan bagi menjamin kesejahteraan. 23. Bagaimanakah Sultan Zainal Abidin III memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu? A B C D

Memajukan ekonomi Menggubal perlembagaan Membina kubu pertahanan Menjalin hubungan dengan Siam

24. Lembaga Penasihat Johor telah ditubuhkan oleh British bagi menguasai Johor. Apakah fungsinya? I Mengurus hubungan luar Johor II Mengawal ekonomi luar Johor III Menguruskan pembangunan Johor IV Menasihat sultan tentang hal pentadbiran Johor A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

9

25. Jadual berikut menunjukkan perubahan dasar pemerintahan Sultan Brunei di Sarawak Sebelum kurun ke-19

Pada kurun ke-19

Pembesar-pembesar tempatan

Wakil pemerintah Kesultanan Brunei

Mengapakah berlaku perubahan tersebut? A B C D

Menguasai kekayaan Melaksanakan kerahan tenaga Menamatkan pemberontakan tempatan Menggantikan Pangeran Muda Raja Hashim

26. Pada tahun 1842, James Brooke ke Brunei untuk mengesahkan kedudukannya di Sarawak selepas Perjanjian 1841. Mengapakah Sultan Brunei mengiktiraf perjanjian tersebut? A B C D

Kesultanan Brunei ingin menjalin hubungan Memenuhi janji Pangeran Raja Muda Hashim Membalas jasa James Brooke yang memberikan hadiah Kehadiran James Brooke bersama angkatan tentera laut British

27. Rajah berikut menunjukkan perubahan peranan Majlis Negeri Sarawak. Majlis Negeri sehingga tahun 1941 Penduduk tempatan boleh menyuarakan pandangan dan bertukar-tukar fikiran

Majlis Negeri selepas tahun 1941 Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan hal kewangan

10

Mengapakah berlaku perubahan tersebut? A Menyediakan kemerdekaan B Memberi latihan kepimpinan C Menghapuskan peraturan barat D Mengelakkan kebangkitan rakyat 28. Pernyataan berikut berkaitan dengan pertapakan syarikat asing di Sabah. Overbeck telah menjualkan hak pajakannya kepada Dent bersaudara . Mengapakah beliau bertindak demikian? A Tanah tidak subur B Rakyat memberontak C Lokasi tidak strategik D Modal tidak mencukupi 29. Kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad (SBUB). Apakah syarat-syarat pemberian pigam tersebut? I II III IV A B C D

SBUB menerima nasihat daripada kerajaan British SBUB boleh menjual wilayah Sabah tanpa kebenaran SBUB boleh melantik pegawai tanpa diakui oleh British SBUB mesti memerintah Sabah dengan adil dan saksama I dan II I dan IV II dan III III dan IV

30. Jadual berikut berkaitan dengan sistem kemasukan imigran ke Tanah Melayu. Sistem kemasukan imigran ke Tanah Melayu pada kurun ke-20 • Sistem Kangani - Buruh India •

Sistem Kontrak

- Buruh Cina

11

Apakah ciri persamaan sistem tersebut? A Dibayar gaji tetap B Dibayar tambang oleh majikan C Disediakan latiahan kemahiran D Diberi kebebasan memilih pekerjaan 31. Pernyataan berikut berkaitan dengan perjuangan pejuang Perak dalam Perang Perak. Pasukan British berjaya dikalahkan dan Kapten Innes terkorban Mengapakah kejayaan pejuang Perak gagal dipertahankan? A British dibantu tentera luar B British menggunakan taktik gerila C British menyekat bekalan makanan D British memaksa Sultan Perak membantu 32. Pihak SBUB menceroboh kawasan hutan bagi tujuan pembinaan jalan. Mengapakah tindakan tersebut dibantah oleh orang Murut? A B C D

Menjadi buruh paksa Memusnahkan tempat tinggal mereka Menganggu roh nenek moyang mereka Menjejaskan sumber makanan mereka

33. Senarai berikut merupakan tokoh bersejarah dalam negara kita. • • •

Ibrahim Haji Yaakob Abdul Hassan Hadi Harun Aminurrashid

Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh tersebut? A Mendapat pendidikan sekolah Arab B Menuntut hak istimewa orang Melayu C Memperjuangkan gerakan pemulihan Islam

12

D

Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris

34. Melalui taktik ’bumi hangus’ tentera British telah memusnahkan jalanraya, landasan kereta api, jambatan, ladang, dan kawasan perlombongan sebelum berundur dari Tanah Melayu. Mengapakah British bertindak sedemikian? A B C D

Membalas dendam Melemahkan hasrat Jepun Melumpuhkan sumber ekonomi Melengah-lengahkan kemaraan Jepun

35. Gambar berikut merujuk kepada ruangan khas belajar bahasa Jepun dalam akhbar Fajar Asia.

Mengapakah kerajaan Jepun menggalakkan pembelajaran bahasa tersebut? A B

Mendapat sokongan rakyat Menggalakkan budaya Jepun C Merupakan alat perpaduan kaum D Memperkayakan budaya tempatan 36. Apakah jasa Thailand sehingga dihadiahkan Negeri-Negeri Melayu Utara oleh Jepun? A B C D

Menyampaikan maklumat Memberi laluan ke Tanah Melayu Membekalkan makanan dan minuman Memberi bantuan rawatan dan perubatan

37. Senarai berikut merupakan tokoh-tokoh kaum ibu dalam perkembangan

13

politik di Tanah Melayu. -

Zahara binti Abdullah Halimahton binti Abdul Majid Datin Puteh Mariah

Apakah peranan ketiga-tiga tokoh tersebut? A Membantu penubuhan UMNO B Memperjuangkan kebajikan wanita C Menentang Gagasan Malayan Union D Membantu pengasasan Persekutuan Tanah Melayu 38. Mengapakah perubahan berikut dianggap penting kepada orang Melayu ? 1946 Malayan Union A B C D

1948 Persekutuan Tanah Melayu

Kuasa sultan dikembalikan Pentadbiran negeri diselaraskan Syarat kewarganegaraan dilonggarkan Sultan mempengerusikan Dewan Undangan Persekutuan

39. Rajah berikut menunjukkan sistem kerakyatan Jus Soli Persekutuan Tanah Melayu 1948. Rakyat Raja Kerakyatan Jus Soli X X merujuk kepada ? A

Rakyat British

B

Pedagang Cina

C

Pedagang India

D

Rakyat Malayan Union

40. Min Yuen telah ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Apakah peranan Min Yuen? I II

Membekalkan senjata Membekalkan makanan

14

III Memberikan maklumat IV Memberikan perlindungan A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

41. Pernyataan berkenaan berkaitan dengan tindakan pihak British dalam membanteras ancaman komunis. British akan menawarkan wang saguhati sebanyak $350.00 dan bekalan beras untuk setiap orang gerila komunis yang keluar dari hutan. Apakah kesan daripada tindakan tersebut ke atas Parti Komunis Malaya (PKM)? A B C D

Pucuk pimpinan bertukar Penyerahan diri ramai ahli Pembentukan Barisan Bersatu Perubahan dalam taktik perjuangan

42. Apakah kesan langsung daripada peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 1948? A B C D

PKM diharamkan Pertahanan dikukuhkan Darurat telah diisytiharkan Rancangan Briggs diperkenalkan

43. Apakah langkah pertama ke arah mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu? A B C D

Penubuhan UMNO Pengenalan Sistem Ahli Pembentukan Parti Perikatan Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

44. Antara berikut, yang manakah merupakan Laporan Razak 1956?

15

I II

A B C D

Sistem nazir yang berbeza Sukatan pelajaran yang sama III Pendidikan rendah adalah wajib IV Sistem peperiksaan yang berlainan I dan II I dan IV II dan III III dan IV

45. Apakah hasil kompromi UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dalam sistem pendidikan? A B C D

Sekolah rendah diwajibkan Sukatan pelajaran yang sama Selaraskan sistem peperiksaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

46. Mengapakah Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan? A B C D

Memasarkan hasil keluaran Mengenalpasti masalah penduduk Membaiki taraf hidup kaum peribumi Menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi

47. Suruhanjaya Bebas dalam Perjanjian London memainkan peranan penting untuk? A B C D

Merangka Perjanjian London Menggubal Perlembagaan Merdeka Mentadbir Persekutuan Tanah Melayu Merunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

48. Mengapakah satu perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani? I II III IV

Menjaga keselamatan British Menstabilkan politik Tanah Melayu Menjamin kepentingan ekonomi British Menjaga keamanan dan keharmonian Tanah Melayu

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

16

49. Pernyataan berikut menunjukkan peristiwa sebelum pemasyhuran kemerdekaan. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan megahnya pada 30 Ogos 1957 Apakah kesan peristiwa di atas? A B C D

Melahirkan sebuah kerajaan yang makmur Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu Menandakan kebebasan negara daripada penjajahan British Melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka

50. Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan merdeka? A B C D

Ketua adat Ketua negara Ketua menteri Ketua kewangan

51. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gerakan antipenyerahan di Sarawak? I II III IV

Sarawak mempunyai masalah ekonomi Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Anthony Brooke tidak dilantik sebagai Raja Sarawak Mendapat sokongan dari bekas pegawai-pegawai British

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

17

52. Dialog berkaitan mungkin berlaku dalam kalangan Pegawai British di Sarawak.

Pegawai British A : Nampaknya semakin ramai orangorang di Sarawak yang menyokong gerakan anti-penyerahan. Pegawai British B : Kalau begitu, kita tubuhkan Young Malay Association (YMA)

Apakah peranan YMA ditubuhkan? I II III IV

Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak ahli Menimbulkan ancaman kepada gerakan antipenyerahan Menggalakkan golongan antipenyerahan menyokong British

A B C D

I dan II I dan IV II dan III III dan IV

53. Rajah berikut menunjukkan gerakan penentangan oleh pertubuhan tempatan terhadap British. Rukun Tiga Belas

Menentang Penyerahan Sarawak 18

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenainya? A B C D

Rukun Tiga Belas gagal mencapai matlamatnya Rukun Tiga Belas berjaya dalam perjuangan mereka Rukun Tiga Belas dianggotai oleh semua rakyat Sarawak Rukun Tiga Belas akhirnya bekerjasama dengan pihak British

54. Rajah berikut berkaitan dengan pengenalan perlembagaan baru di Sabah. Perlembagaan Baru Tahun 1950

Majlis Kerja

Majlis Undangan

Apakah peristiwa penting yang berlaku akibat pembentukan perlembagaan tersebut? A B C D

Bumiputera Sabah menyertai Majlis Kerja Banyak persatuan politik telah ditubuhkan Berakhirnya usaha ke arah berkerajaan sendiri Bumiputera Sabah bepeluang sertai Majlis Undangan

55. Senarai berikut menunjukkan penubuhan parti-parti politik di Sabah. ● USNO ● UNKO ● SCA Apakah yang dapat dikaitkan dengan kemunculan parti-parti tersebut? A B C D

Penentangan terhadap British Penyertaan dalam pilihan raya Pengumuman Gagasan Malaysia Pertubuhan yang menuntut kemerdekaan

56. Apakah peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ?

19

A B C D

Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak Memberi penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak Mengadakan rundingan dengan pemimpin Sabah dan Sarawak Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Indonesia dan Filipina

57. Parti PAS menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia. Apakah cadangan lain parti tersebut? A B C D

Menyekat kemasukan imigran Mewujudkan sebuah kerajaan Islam Memperketatkan syarat pemberian kerakyatan Membentuk Melayu Raya yang merangkumi Indonesia

58. Dialog berikut menggambarkan situasi di Sabah dan Sarawak pada tahun 1961. X : Kita bimbang negeri kita akan kehilangan identitinya. Y : Kita juga bimbang negeri kita akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu. Z : Ekonomi kita sudah tentu dikuasainya. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenainya? A B C D

Penentangan terhadap sistem pemerintahan James Brooke Penentangan parti-parti politik di Sabah terhadap kerajaan British Penentangan terhadap pengaruh komunis di Sabah dan Sarawak Penentangan awal rakyat Sabah dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia

59. Maklumat berikut merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan Indonesia • • • •

Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963) Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963) Persidangan di Bangkok, (Februari 1964) Persidangan di Tokyo, (Jun 1964)

Apakah tujuan usaha-usaha tersebut?

20

A B C D

Meningkatkan ekonomi ASEAN Mewujudkan kerjasama serantau Mewujudkan perdamaian antara Malaysia-Indonesia Memberi penerangan secara terperinci tentang Malaysia

60. Peristiwa berikut menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah hubungan antara Malaysia dengan Singapura. Tarikh Tempat Peristiwa

: 9 Ogos 1965 : Parlimen : Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan pemisahan Singapura dari Malaysia

Mengapakah tindakan Tunku Abdul Rahman itu dianggap wajar? A B C D

Perpaduan kaum terpelihara Pengaruh komunis dapat dihapuskan Persaingan kuasa dapat dikurangkan Pemberontakan rakyat dapat ditamatkan

21

KERTAS SOALAN TAMAT

22

Related Documents

Set4pmr2009
May 2020 4

More Documents from "twilight's no1 fan"