Servis Throttle Body Wira

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Servis Throttle Body Wira as PDF for free.

More details

  • Words: 641
  • Pages: 4
Servis throttle body Wira

throttle body vdo

Jika anda menggunakan kereta Proton Wira biasanya anda akan menghadapi masalah dengan throttle body. Tanda-tanda throttle body kereta anda perlu diservis adalah kereta anda tidak mempunyai pick up, idle speed yang tidak tetap dan tiada kuasa untuk memotong. Masalah ini boleh diselesaikan tanpa perlu pergi ke bengkel dan dikenakan bayaran yang tak masuk akal. Masalah throttle body ini lebih ketara untuk model wira 2003 ke atas yang menggunakan VDO dan bukan jenis MMC.

Pertama sekali anda perlu tahu dimana kedudukan throttle body. Ianya terletak dihujung saluran air intake. Jika sudah tahu kedudukannya anda perlu membuka skrew yang mengikat saluran air intake dengan throttle body. Gunakan spanar untuk membuka skrew ini. Cabut saluran air intake ini daripada throttle body. Lihat bahagian dalam throttle body melalui lubang di tengah-tnegahnya. Anda akan dapat melihat butterfly valve pada bahagian tengah throttle body tersebut.

Throttle body mmc Gerakkan butterfly valve ini dengan menolak komponen bahagian tepi yang terikat dengan kabel. Jangan lepaskan dengan mengejut bahagian ini kerana ianya boleh merosakkan butterfly valve. Ketika butterfly valve ini terbuka lihat bahagian dalam throttle body ini. Anda akan dapati banyak mendapan karbon melekat pada bahagian dalam throttle body. Ini menyebabkan kereta anda kehilangan kuasa. Untuk mencuci throttle body tidak perlu untuk anda buka keseluruhan throttle body ini dari enjin, kerana ia agak rumit. Cukup hanya mencucinya dari luar sahaja. Peralatan yang anda perlu ada adalah sebotol carburetor cleaner / injection cleaner, berus gigi terpakai dan kain. Langkah pertama bukakan butterfly valve dan semburkan sedikit carburetor cleaner ke dalam lubang throttle body. Gosokkan bahagian dalam lubang throttle body itu dengan berus gigi, dan lapkan dengan kain. Jika ia masih lagi hitam, semburkan lagi dengan carburetor cleanar dan gosokkan dengan berus gigi. Ulangi langkah ini sehingga anda dapati bahagian dalam throttle body ini kelihatan agak berkilat. Jika anda tidak pernah mencucinya kaedah di atas mungkin tidak boleh menanggalkan lapisan karbon yang terletak pada bahagian sekatan yang terletak dekat dengan butterfly valve.

Gunakan kertas kain untuk membersihkan kedua-dua bahagian sekatan ini. Kemudian lapkan sehingga kering. Ulangi langkah pembersihan dengan menggunakan berus gigi dan lapkan hingga kering. Apabila anda nampak bahagian dalam throttle body ini telah berkilat bolehla anda berhenti membersihkannya. Kemudian pasang semula saluran air intake dan ikatkan skrew dengan ketat. Hidupkan enjin kereta. Biasanya ianya agak lambat untuk hidup jika banyak carburetor spray / injection cleaner digunakan. Tapi jangan risau enjin kereta akan dapat dihidupkan. Pandu uji kereta anda, anda akan dapati enjin sudah tidak bergegar dengan teruk dan pick up pun lebih terasa. Jika pick up masih agak kurang terasa, anda boleh reset balik tuning enjin dengan mencabut kepala bateri. Pastikan anda mencabut bahagian terminal negatif dahulu kemudian diikuti terminal positif. Untuk memasang semula dahulukan terminal positif kemudian diikuti dengan terminal negatif. Remote alarm mesti sentiasa berada bersama anda ketika memasang terminal negatif kerana alarm anda akan berbunyi sebaik terminal negatif dipasangkan. Padamkan alarm yang berbunyi dan teruskan memasang terminal negatif. Jika selepas throttle body diservis dan pick up masih takde, check spark plug, cable plug dan last sekali distributor. Mula-mula tengok plug jika dah setahun tak diganti eloklah diganti sekarang. Beli kat kedai spare part dan pasang sendiri, kalau pasang kat kedai ada juga mekanik yang sibuk suruh buat tuning. Sebenarnya tak payah pun, kalau timing dah elok dan enjin tak jerking, tuning dahla mahal.

Kalau dah tukar plug pun tak ok, cuba tukar cable plug dengan kawan-kawan yang sama jenis kereta dengan anda. Kalau pick rasa ok dan tak jerking itulah punca masalah anda, cable plug yang dah pecah atau rosak. Biasanya kereta wira ni kalau dah lebih 5 tahun usianya akan timbul masalah coil. Kalau kereta anda terasa semput-semput, tak boleh dapat idle speed dan macam enjin guna tiga silinder saja, puncanya adalah coil. Mahal juga harganya. Ini pun boleh dipasang sendiri beli je kat kedai spare part.

SELAMAT MENCUBA

Related Documents

Throttle Body Balancing
November 2019 6
Servis Baterai
June 2020 23
Servis Gan
June 2020 15
Wira Kemerdekaan
September 2019 32
Peraturan Servis
May 2020 24