[sep06]surat Kebenaran Ibubapa[ms1]

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View [sep06]surat Kebenaran Ibubapa[ms1] as PDF for free.

More details

  • Words: 307
  • Pages: 1
Peraturan Dan Syarat Yang Wajib Dipatuhi Oleh Semua Peserta Mesyuarat Agung 2006 Pasukan Pengakap Laut Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,Johor Bahru.

Arahan Pengetua 1. Yuran penyertaan sebanyak RM22 seorang.Yuran penyertaan ini adalah munasabah dan tidak ada unsur paksaan bagi semua ahli untuk menyertai program/majlis/aktiviti ini. 2. Segala kutipan wang hendaklah diserahkan kepada guru penasihat. 3. Bendahari mestilah menyerahkan butir-butir pendapatan dan pembelanjaan (penyata kira-kira sebenar) seminggu selepas program ini tamat/bersurai kepada GPK Kokurikulum. 4. Penyata kira-kira program/majlis/aktiviti ini hendaklah dicatatkan di dalam buku laporan. 5. Sepanjang program/majlis/aktiviti ini dijalankan,hendaklah dihadiri oleh guru penasihat/pengiring. 6. Perjalanan pergi dan balik dari rumah ke tempat anjuran program/majlis/aktiviti ini ialah tanggungjawab pihak ibu bapa/penjaga. 7. Surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan surat aku janji mematuhi syarat dan mengikut peraturan program/majlis/aktiviti ini telah diserahkan kepada pengetua/GPK Kokurikulum. 8. Tidak ada sebarang aktiviti yang mengandungi unsur-unsur lucah atau menjatuhkan moral seseorang serta berisiko tinggi sehingga akan mendatangkan kecederaan teruk ke atas fizikal peserta dibenarkan. 9. Semua peserta hendaklah menjaga disiplin semasa program/majlis/aktiviti ini dijalankan.Tidak ada juga aktiviti penagihan dadah,merokok,minuman keras atau tari menari yang merosakkan akhlak dan moral pelajar dibenarkan. 10. Semua peserta yang terlibat/hadir terdiri daripada kalangan ahli yang berdaftar sahaja kecuali para jemputan dan undangan yang telah diluluskan oleh guru penasihat/pengetua/GPK Kokurikulum. 11. Semua peserta haruslah berpakaian sopan.Tidak dibenarkan berpakaian yang berketerlaluan atau menjolok mata seperti seluar yang menampakkan bahagian pusat dan lelaki bersubang,bertindik di telinga dan sebagainya. 12. Bendahari program/majlis/aktiviti ini telah pun menyerahkan kertas kerja kepada GPK Kokurikulum untuk disemak. 13. Ahli Jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang-barang berharga semasa program/majlis/aktiviti ini dijalankan.Ahli-ahli dinasihatkan supaya menyerahkan barang berharga kepada guru penasihat/pengiring. 14. Semua peserta mestilah mematuhi segala arahan yang diberikan oleh Ahli Jawatankuasa,guru dan pegawai semasa program/majlis/aktiviti ini dijalankan. 15. Setelah program/majlis/aktiviti ini tamat/bersurai,keselamatan pelajar semasa pulang ke rumah bukan tanggungjawab pihak sekolah.

Tandatangan Peserta

Tandatangan Ibu bapa/Penjaga

Related Documents

Kebenaran
December 2019 48
Kebenaran
June 2020 36
Pertarungan Kebenaran
April 2020 24
Ayat Kebenaran
November 2019 33
Kebenaran Sederhana
October 2019 317
Surat Kebenaran
June 2020 25