Seni Bina Islam

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seni Bina Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 409
  • Pages: 2
Seni bina Islam (bahasa Arab ‫عمارة إسلمية‬, bahasa Parsi ‫معماری اسلمی‬, bahasa Turki İslami mimari) telah ditonjolkan pada sepanjang sejarah Islam. Istilah ini merangkumi gaya seni bina keagamaan sebagai mana juga bangunan-bangunan sekular, dan bersejarah dan juga penyataan moden, pada pembinaan struktur yang telah datang di bawah berbagai taraf pengaruh oleh kebudayaan Islam. Prinsip jenis-jenis gaya seni bina Islam adalah; Masjid, Kubur, Istana dan Kota. Dari empat jenis ini, gaya seni bina Islam dikembangkan dan digunakan untuk bangunanbangunan yang kurang penting seperti tempat mandi awam, air pancut dan gaya seni bina tempatan [1]. tahun 630 M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah dari kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina balik dan didedikasikan semula pada Islam, pembinaan semula ini telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 M oleh seorang tukang kayu kapal Habsyah dalam gaya aslinya. Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal gaya seni bina Islam walaupun tidak sama seperti gaya seni bina Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat dan pokok-pokok. Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadith, melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan [1]. Pada abad ke-7, tentera Muslim memasuki and menakluki wilayah yang luas. Setelah kaum Muslim telah mengambil kuasa suatu daerah, keperluan pertama mereka adalah tempat beribadah - sebuah masjid. Susun atur sederhana merupakan unsur-unsur yang digabungkan dalam semua masjid, penganut Muslim awal membina bangunan sederhana berasaskan rumah Nabi atau mengadaptasikan bangunan-bangunan sedia ada, seperti gereja, untuk kegunaan mereka.

]

Hagia Sophia di Istanbul juga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tentera Turki Uthmaniyyah menangkap bandar itu dari Byzantine, mereka menukarkan gereja itu kepada sebuah masjid (sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsur seni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnya kubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade, Masjid Suleiman dan Masjid Rüstem Pasha. Gaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari model Rom, Mesir, Parsi/Sassanid dan Byzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat alSakhrah) di Baitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah yang dsiap pada tahun 847 M, menggabungkan gaya seni bina hypostyle pada deretan tiang yang menyokong sebuah dasar datar yang di atasnya sebuah menara berpilin besar dibina.dalam gaya berulang (arabesque). Masjid Agung Samarra di Iraq

Related Documents