SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN
PERINCIAN TUGAS-TUGAS GURU BIDANG KOKURIKULUM
Disediakan oleh PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK BUKIT CHANGGANG Pada OKTOBER-DISEMBER 1.Sila simpan Buku ini untuk rujukan dalam menjalankan tugas dalam bidang Kokurikulum. 2.Sila pulangkan semula Buku ini sekiranya berpindah/bertukar sekolah. 3.Semua kandungan Buku ini tertakluk kepada perubahan-perubahan semasa dan tertakluk kepada Akta Pendidikan dan Surat-Surat Pekeliling yang berkaitan.
1|Page
ISI KANDUNGAN KOKURIKULUM 4.1 Pendahuluan 4.1.1 Visi 4.1.2 Misi 4.1.3 Konsep 4.1.4 Matlamat 4.1.5 Objektif 4.2 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Penolong Kanan kokurikulum 4.3 Perincian Tugas Dan Tanggung jawab JK Kokurikulum 4.4 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Majlis Sukan 4.5 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Setiausaha Sukan 4.6 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Penyelaras Program Khas 4.7 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Jurulatih Dan Pengurus Pasukan Sekolah 4.8 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Penyelaras Persatuan 4.9 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Guru Pembimbing 4.10Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Guru Rumah Sukan 4.11 Perincian Tugas Dan Tanggung Jawab Guru Tingkatan dalam Kokurikulum
2|Page
4.1 Pendahuluan Aktiviti kokurikulum SMK Bukit Changgang adalah kesinambungan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bagi melahirkan individu yang beketerampilan dalam semua aspek. Memandangkan kepentingan inilah maka pengurusan kokurikulum SMK Bukit Changgang telah merangka dan merancang pelbagai aktiviti bagi memenuhi hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pengurusan kokurikulum dibahagikan kepada Persatuan Akademik/ Kelab, Kelab Sukan dan Permainan, Unit Pakaian Seragam/ Beruniform, Pasukan Khas Sekolah (ELIT),Tuan Rumah Sukan dan Permainan MSSD. Pengerusi Kontingen MSSD ke MSSS dan Program Khas Tahunan. Selain daripada itu pihak sekolah juga terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PPD dan JPNSDE sebagai Jawatan Kuasa Program. Aktiviti-aktiviti yang akan direncanakan oleh pengurusan kokurikulum ini akan menjadi landasan untuk setiap pelajar mengembangkan bakat dan minat mereka diperingkat sekolah, daerah, kebangsaan atau pun antarabangsa.
4.1.1 Visi ” KOKURIKULUM SMKBC TERBILANG TAHUN 2010 ” 4.1.2 Misi
Memastikan Program dan Jadual tahunan aktiviti kokurikulum dipatuhi Berusaha melahirkan pelajar yang berbakat di dalam bidang kokurikulum yang disertai Membentuk sikap kepimpinan dan disiplin dikalangan pelajar Memastikan pencapaian atau pelunjuran di dalam ‘ Fokus Kecemerlangan Kokurikulum ‘ menepati sasarannya
4.1.3 . Konsep Pada dasarnya kokurikulum adalah pelengkap kurikulum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bersepadu dan mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang dirancang melalui pendekatan pendekatan berikut: • Penyertaan Aktif Semua Pelajar • Ke Arah Kecemerlangan • Aktiviti Sepanjang Tahun • Murid Berbuat, Guru Membimbing • Perkemahan • Kepimpinan
3|Page
4.1.4 Matlamat •
Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan minat individu ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membantu sekolah tanpa kegagalan
4.1.5 Objektif • • •
Untuk menyeimbangkan diantara emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Membantu mengembangkan potensi dan minat pelajar ke tahap optimum Menggalakkan pelajar berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian
•
Menjadikan kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum
4|Page
4.2 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM MUKADIMAH Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada pengetua sekolah untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. BIDANG TUGAS Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan pentadbir lain. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal berkaitan Kokurikulum, Pentadbiran, hubungan mayarakat dan Keselamatan. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah SENARAI TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM Unit Pasukan Berunifom ( Badan Bukan Kerajaan) Unit Pakaian Seragam- Seni Mempertahankan Diri Maklumat dan Data Pengurusan Kokurikulum Data Pencapaian Aktiviti Kokurikulum Pembangunan Latihan/Kursus Dokumentasi Aktiviti Aktiviti ‘ Bench Marking’ Perkemahan Takwim Tahunan Pertandingan dalaman Kontigen Sukan dan Permainan MSSD/MSSS Pengerusi Sukan dan Permainan MSSD/MSSS Sukan Tahunan Sekolah Merentas Desa Tuntutan Kewangan MSSD Penilaian Kokurikulum Persatuan Akademik Ikhtisas/Kelab Kelab Sukan Dan Permainan Pendaftaran Keahlian dalam Unit-Unit Senarai Tugas Guru-Guru Sijil Penghargaan untuk guru/pelajar Kewangan PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR SUKAN DAN PERMAINAN Menyelaras kegiatan sukan dan permainan pelajar mengikut minat kecenderungan Membantu merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat 5|Page
Membantu merancang Takwim Sukan dan Permainan PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN KELAB SUKAN DAN PERMAINAN Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan persatuan Akademik/ Kelab mata pelajaran dan Kelab Sukan dan Permainan. Menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan dan kelab Menyelaras program-program anjuran persatuan dan kelab UNIT BERUNIFOM DAN PAKAIAN SERAGAM Menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom dan Pakaian Seragam sekolah Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan Unit Berunifom dan Pakaian Seragam Menyelaras program-program anjuran Unit Berunifom dan Pakaian Seragam supaya tidak bertentangan dengan peraturan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan undang-undang negara Malaysia. PROGRAM-PROGRAM KHAS Merancang program –program khas yang bersesuaian dengan perkembangan sahsiah pelajar dan hala tuju pengurusan kokurikulum sekolah semasa Membantu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dalam jangkamasa pendek atau panjang AKTIVITI KURIKULUM DALAM KOKURIKULUM Membantu kurikulum untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam persatuan dan kelab yang disertai Membantu kurikulum dalam aktiviti dan program yang disertai oleh pasukan sekolah PEMBANGUNAN ORGANISASI Membantu Pengetua merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan di sekolah Membantu Pengetua merancang program-program tahunan Membantu Pengetua dalam menyenaraikan tugas-tugas guru bidang kokurikulum Membantu Pengetua dalam pengurusan, mesyuarat, program dan aktiviti anjuran peringkat Sekolah , Daerah , Negeri dan Kebangsaan dalam bidang sukan dan kokurikulum PEMBANGUNAN KENDIRI Mempertingkatkan pencapaian dan kecemerlangan kokurikum di semua peringkat Menerapkan nilai-nilai murni dan Falsafah Pendidikan Negara dalam semua bidang kokurikulum Aktiviti kurikulum dalam kokurikulum dijalankan dengan aktif Aktiviti kokurikulum dapat menyerapkan budaya sekolah yang cemerlang Pencapaian cemerlang dan penglibatan aktif pelajar dan guru dalam bidang kokurikulum diberi anugerah/sijil
6|Page
4.3 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JK KOKURIKULUM Bidang Tugas 1) Menghadiri Mesyuarat ,Taklimat dan Perjumpaan untuk merancang aktiviti kokurikulum 2) Melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat serta program sekolah 3) Membantu PK KOKU menyelaras semua aktiviti kokurikulum, Sukan dan Permainan, i) Kelab dan Persatuan, Unit Berunifom, Pasukan Elit Sekolah (Khas). 4) Membantu PK KOKU menyelia, menilai dan memantau aktiviti kokurikulum sekolah a) Sukan dan Permainan i) Membantu PK KOKU merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan disemua peringkat ii) Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah iii) Membantu mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya b) Kelab dan Persatuan i) Membantu menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan ii) Membantu dalam pelaksanaan program kelab dan persatuan mengikut jadual induk c) Unit Berunifom i) Membantu merancang strategi penglibatan Unit Berunifom di sekolah ii) Membantu menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom di sekolah iii) Membantu memastikan kegiatan dirancang mengikut jadual iv) Membantu menyelaraskan kegiatan dan takwim Unit Berunifom di semua peringkat d) Pengurusan i) Membantu mengurus dan melaksanakan setiap bidang kokurikulum ii) Membantu menyediakan anggaran belanjawan setiap unit dan peringkat iii) Membantu menentukan langkah-langkah keselamatan dalam setiap program dan aktiviti telah diambil iv) Membantu menguruskan semua dokumentasi untuk majalah sekolah, penerbitan, keperluan analisis di semua peringkat v) Menyediakan kertas kerja perancangan untuk dibentangkan dan dihantar seperti Anggaran Belanjawan Unit, Program Kecemerlangan, Program Khas Sekolah, Projek Inovasi dsbnya vi) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dan dihantar seperti Laporan Aktiviti Tahunan, Laporan Program Khas, Laporan Sukan dan sebagainya vii) Membantu dalam proses pembahagian dan pendaftaran pelajar dalam kumpulan, datadata pelajar dalam kokurikulum, pendaftaran rumah sukan, pendaftaran unit- unit kokurikulum viii)Membantu Setiausaha Sukan dalam pengurusan dan penyeliaan alatan sukan dan alatan kokurikulum di semua peringkat ix) Membantu memastikan rekod dan data kokurikulum disimpan dan dipamerkan dengan sempurna apabila dikehendaki x) Membantu memastikan aktiviti kokurikum dan sukan yang dijalankan mematuhi undang-undang negara dan tidak menyalahi hukum agama Islam 7|Page
5) Membantu mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi untuk kegiatan kokurikulum 6) Membantu merancang pembangunan diri pelajar dan guru seperti perkemahan, motivasi, klinik sukan dsbnya supaya pencapaian aspek kokurikum sentiasa meningkat 7) Membantu menjalankan Kajian Tindakan dan R & D untuk kecemerlangan kokurikulum di semua peringkat 8) Membantu menyelaras pemberian sijil-sijil kepada pelajar dan guru mengikut mutu, nilaian dan wajaran yang ditetapkan
8|Page
4.4 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB MAJLIS SUKAN Bidang Tugas 1) Merancang kegiatan dan pembangunan sukan sekolah, merentas desa sekolah, aktiviti sukan dan rekreasi disekolah dan pasukan MSSD sekolah. 2) Membuat perancangan dan melaksanakan program latihan untuk pasukan masing masing bagi menghadapi pertandingan antara sekolah 3) Membantu setiausaha sukan dalam pertandingan sukan, merentas desa, aktiviti di padang atau gelanggang serta penyelenggaran padang dan gelanggang 4) Memastikan peralatan yang ingin digunakan dalam latihan pasukan mencukupi dan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan pelajar 5) Memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik sama ada ketika latihan atau pun pertandingan 6) Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang latihan dan pertandingan 7) Membuat pemilihan ahli pasukan masing-masing mengikut kemampuan dan prestasi pelajar 8) Memastikan tuntutan perjalanan dan perbelanjaan makan minum guru dan pelajar mengikut prosedur 9) Membuat laporan pertandingan untuk majalah sekolah, dokumentasi dan untuk simpanan fail 10) Membantu setiausaha sukan menyelenggara stor sukan dan peralatan dengan baik 11) Membantu setiausaha sukan mengemaskinikan data dan maklumat pelajar seperti pendaftaran keahlian rumah sukan dan no peserta, rekod sukan dsb
9|Page
4.5TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SETIAUSAHA SUKAN
BIDANG TUGAS
1) Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah 2) Menyediakan Takwim dan Jadual Sukan yang sesuai dengan takwim aktiviti MSSD, MSSS dan MSSM 3) Membantu Pengetua dan PK KOKU mengagihkan tugas guru di dalam kegiatan sukan olahraga dan permainan 4) Menetapkan rumah sukan pelajar dan menyediakan nombor siri pada setiap tahun 5) Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembelian aktiviti dan peralatan 6) Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan untuk peringkat MSSD 7) Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah dengan baik 8) Menyimpan dan mengemaskinikan Buku Stok dan Inventori peralatan sukan bersama-sama Ketua Panitia PJPK sekolah 9) Menyediakan Laporan Penggunaan Peralatan dan kemudahan sukan 10) Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalaman sekolah dan luar sekolah untuk tujuan edaran, rujukan, rekod dan simpanan 11) Sentiasa berbincang dengan Pengetua /PK KOKU. dan semua pentadbir untuk memantapkan pengurusan sukan sekolah 12) Merekod pencapaian cemerlang dan penyertaan pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah
10 | P a g e
4.6SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU PROGRAM KHAS Bidang Tugas 1) 2) 3) 4)
Membuat perancangan aktiviti untuk menjayakan rancangan-rancangan yang telah dirancang Mengadakan dan menentukan senarai JK Khas untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang Mengadakan taklimat kepada guru-guru atau pelajar tersebut Membuat laporan dan dokumentasi untuk majalah dan laporan sekolah mengenai program yang telah dilaksanakan 5) Memantau proses dan langkah-langkah pengurusan untuk menjayakan aktivii tersebut 6) Menyediakan borang senarai semak 7) Membuat garis panduan kasar mengenai aktiviti sebelum, semasa dan selepas program 8) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan 9) Memastikan program yang dirancang mematuhi peraturan sekolah dan undang-undang di Malaysia 10) Memastikan perbelanjaan berhemah semasa mengadakan program
11 | P a g e
4.7TUGAS DAN TANGUNGJAWAB PENGURUS DAN JURULATIH SUKAN, PERMAINAN OLAHRAGA KELAB DAN MSSD BIDANG TUGAS 1) Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan permainan antara sekolah 2) Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya 3) Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan pertandingan 4) Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan sama ada dalam latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan dan fahami objektif sukan sebenar. Pengisian program yang dirancang menepati citarasa pelajar dan bersesuaian dengan matalamatnya. 5) Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan pertandingan 6) (PENGURUS)Menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan mematuhi keputusan minit mesyuarat tersebut. 7) (PENGURUS)Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap latihan dan pertandingan 8) (PENGURUS)Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan minum serta pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang dianjurkan oleh sekolah /PPD/JPNSDE/KPM atas persetujuan Pengetua 9) (PENGURUS)Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara diluar kawasan sekolah. Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU. untuk makluman. Maklumat seperti senarai Nama Peserta, No Tel/ Masa pergi dan balik/Guru pengiring /tempat dituju dan aktivitinya di tulis kepada Pengawal Keselamatan Sekolah untuk tindakan selanjutnya 10) (PENGURUS)Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan sekolah serta pastikan Perkara (3) dan (8) telah dipatuhi 11) (PENGURUS)Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK KOKU dan S/U Sukan untuk makluman dan rekod 12) (PENGURUS)Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya. Semua laporan akan dibentangkan oleh S/U Sukan semasa mesyuarat-mesyuarat penting.
12 | P a g e
4.8TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN AKADEMIK/KELAB, KELAB SUKAN/PERMAINAN DAN UNIT BERUNIFOM BIDANG TUGAS 1) Menjalankan mesyuarat unit 2 kali setahun. a) Penyelaras unit sebagai Pengerusi Majlis b) Merangka agenda utk mesyuarat tersebut 2) Menyediakan fail a) SMKBC.5004/ 02/06/ Unit Berunifom b) SMKBC.5004/02/05/ Persatuan Akademik/Kelab c) SMKBC.5004/ 02/04/ Kelab Sukan/Permainan 3) Membantu S/U KOKU. menguruskan Buku Laporan, Ladger, Buku Log dan Fail Persatuan pada awal tahun a) Membantu S/U KOKU. menyediakan Borang Memasuki Persatuan b) Borang Senarai AJK dan Ahli c) Borang Laporan Kegiatan d) Buku dan Peralatan untuk aktiviti pada awal tahun 4) Memastikan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK diadakan pada setiap tahun pada masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan dengan lancar a) Memastikan guru yang tidak hadir ada penggantinya b) Menyediakan Jadual Waktu Perjumpaan dan Mesyuarat Agung c) Surat menyurat dan Minit Mesyuarat Agung direkod dan difailkan 5) Mengatur dan menyelia perjalanan Persatuan Akademik/Kelab, Kelab Sukan /Permainan dan Unit Berunifom a) Menentukan Masa Aktiviti dan Lokasinya. b) Pemantauan perjalanan aktiviti unit mengikuti Jadual Induk/utama Unit Kokurikulum Sekolah c) Pemantauan Buku Laporan Aktiviti Persatuan dan Fail-Fail berkaitan d) –disemak mengikut minggu dan bulan e) -tanda-tangani mengikut minggu dan bulan 6) Memastikan peraturan dalam perlembagaan dipatuhi 7) Mengumpulkan Takwim, Laporan Tahunan, Buku Laporan Aktiviti, Maklumat Persatuan Akademik/ Kelab dan Unit Berunifom untuk penyemakan dan rekod sekolah 8) Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian Persatuan Akademik/ Kelab, Kelab Sukan/Permainan dan Unit Berunifom (semua maklumat mengikut format yang ditentukan) 9) Membantu S/U KOKU menyelaras pembahagian untuk keahlian pelajar untuk Persatuan Akademik/Kelab, Kelab Sukan & Permainan dan Unit Berunifom sekolah . Disamping itu jumlah setiap unit hendaklah seimbang dari segi keahlian a) Membantu S/ Usaha KOKU mendaftarkan keahlian unit untuk semua pelajar b) Mendapatkan Rekod/Data senarai nama pelajar mengikut aktiviti yang dipilih* daripada semua Guru Tingkatan
13 | P a g e
c) Memastikan pertukaran keahlian*persatuan melalui PENYELARAS dan direkodkan. Salinan rekod pertukaran keahlian dihantar kepada Guru Tingkatan dan S/Usaha Kokurikulum dalam tempoh SATU MINGGU selepas pendaftaran pertukaran dibuat. 10) Menyenarai dan memberikan Sijil Penghargaan peringkat sekolah kepada pelajar setiap unit mengikut keaktifan dan kelayakkannya. a) Menyediakan Borang Pencalonan b) Borang Pencalonan penerima sijil hendaklah direkodkan 11) Membantu S/Usaha KOKU memberi taklimat/kursus pengurusan kepada Pengerusi dan S/Usaha Persatuan, Kelab dan Unit Berunifom. 12) Membantu dalam menjalankan atau pun menganjurkan beberapa aktiviti unit atau antara unit lain secara bersama/bersepadu 13) Menyusun program untuk Hari Kokurikum Tahunan
14 | P a g e
4.9TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA DAN GURU PEMBIMBING( GP) PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN UNIT BERUNIFOM
BIDANG TUGAS
1) Kehadiran Guru a) Ketua GP diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua GP unit masing-masing b) Guru yang hadir untuk menjalankan tugas untuk aktiviti kokurikulum hendaklah merekodkan kehadiran masing-masing 2) Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab 3) Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan 4) Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya 5) Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan menjayakan sesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan diberi pengkayaan dalam mentadbir unitnya dengan lebih berkesan 6) Memastikan keselamatan ahli-ahli unitnya dalam sebarang gerakkerja yang diprogramkan seperti Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dsbnya. a) GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu program itu dijalankan. b) Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran hendaklah difailkan dan dihantar salinannya kepada GPK HEM dan PK KOKU. c) Maklumat penting hendaklah ditulis dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan Sekolah seperti senarai nama peserta, No. Telefon, Tempat Dituju, Masa pergi dan balik dan senarai nama guru pengiring 7) Membantu AJK dan ahli unit dibawah jagaannya membuat kertas projek atau sesuatu aktiviti yang dirancangkan serta a) Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut. b) Kertas kerja perlu dibuat salinan untuk simpanan PK Koku. dan satu salinan dalam fail unit masing-masing untuk rujukan. 8) Berusaha memajukan dan mengaktifkan unit masing-masing dengan pelbagai kegiatan yang sesuai dengan waktu dan cuaca agar unit tersebut dapat merasai kesan dan faedah menjadi ahli unit tersebut a) Memperkembangkan minat, kecenderungan dan keupayaan pelajar ahli unitnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 9) Memastikan perjalanan dan aktiviti unit masing-masing tidak menyalahi peraturan sekolah dan undang-undang negara Malaysia ; malah dikehendaki memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan 10) Mengawasi kewangan dan harta milik unit di bawah jagaannya dan a) menyerahkan wang lebihan kepada Bendahari Kokurikulum/Pengetua pada akhir tugasnya. Sila rujuk Nota Serah Tugas JPA melalui surat Bil. JPA.193/6/3-4(20) bertarikh 19. Julai 1985. –Sila Rujuk di pejabat sekolah untuk maklumat lanjut. 11) Berperanan sebagai PRO bagi pihak sekolah dengan badan luar yang ada hubungkait dengan aktiviti yang dirancangkan. 15 | P a g e
a) Semua aktiviti yang melibatkan bantuan tenaga/pihak luar perlulah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu dan b) GP wajib sentiasa ada bersama semasa pelaksanaan aktiviti dijalankan. 12) Dikehendaki menyediakan unit keselamatan/ PBSM/ Kecemasan dalam lawatan dan perkemahan dan a) Langkah-langkah keselamatan hendaklah disebarkan atau dipaparkan b) Dikehendaki menyediakan dan mengiringi ahli atau calon daripada unitnya yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah/PPD/JPNSDE/KPM. c) GP hendaklah sentiasa bersama unit nya sepanjang aktiviti dijalankan. d) Perkara (3) hendaklah dipatuhi 13) Kehadiran Ahli a) Kad Kokurikulum adalah disimpan oleh Ketua GP b) Menandatangani Kad Kokurikulum pelajar yang hadir dalam setiap perjumpaan atau latihan dan aktiviti hendaklah direkodkan di dalam Buku Log ( Unit Berunifom sahaja) atau Buku Laporan Aktiviti unit masing-masing c) Kad Kokurikulum hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan setelah tamat aktiviti tahunan untuk pengiraan markah 14) Buku Log Pelajar a) Setiap pelajar yang mengadakan aktiviti Unit Berunifom hendaklah dicatat ke dalam Buku Log b) Buku Log hendaklah ditandatangani oleh Ketua Penasihat 15) Membuat dan menghantar Laporan Aktiviti Tahunan Unit Kokurikulum kepada GP Kokurikulum mengikut format yang disediakan 16) Membuat Rumusan Laporan Penilaian mengenai unit dibawah jagaannya dan diserahkan kepada PK KOKU. Untuk dimasukkan ke dalam perancangan tahun hadapan. Semua salinan laporan hendaklah disimpan didalam fail unit 17) Merumus tuntutan tambang perjalanan dan keperluan ahlinya yang terlibat mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan atau aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah 18) Mencadangkan nama-nama AJK dan ahli yang layak dipertimbangkan menerima Sijil Penghargaan 19) Memastikan semua maklumat seperti Fail Persatuan, Buku Laporan, Buku Log dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Penyelaras, S/U KOKU atau PK KOKU untuk tujuan semakan apabila diminta.
16 | P a g e
4.10SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU RUMAH SUKAN Bidang Tugas 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)
Mengendalikan mesyuarat Agong dan perjumpaan rumah sukan -melantik AJK -membincangkan tentang yuran ahli …tidak lebih drp RM 3.00.. -membincangkan aktiviti sukan Memberikan bimbingan tentang pemilihan atlit untuk mewakili rumah sukan Mengadakan program latihan ahli-ahli rumah sukan Menentukan jadual tugas latiihan untuk guru ahli dan AJK pelajar Mencatat kehadiran guru dalam latihan rumah sukan dan merentas desa Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan 10) Memastikan semua peralatan sukan diambil dan dipulangkan semula dalam keadaan yang baik dan buat laporan kpd QM jika berlaku sebarang kerosakan 11) Memastikan ( pendaftaran acara ) senarai nama atlit yang mengambil bahagian dihantar kepada urusetia sukan mengikut tarikh yang ditentukan 12) Membantu setiausaha sukan menjayakan sukan sekolah dan merentas desa 13) Membantu setiausaha membuat laporan dan post mortem sukan dan merentas desa 14) Membantu setiausaha sukan membuat dokumentasi dan laporan untuk majalah sekolah 15) Mencatat kehadiran pelajar pada Kad kokurikulum semasa latihan dan acara sukan dan merentas desa sekolah 16) Menyerahkan semua dokumentasi dan fail yang telah dikemaskinikan kepada s/u sukan selepas tamat acara sukan dan merentas desa peringkat sekolah
17 | P a g e
4.11 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN DALAM KOKURIKULUM Bidang Tugas 1) Membantu Bendahari Dana Kokurikulum untuk mengutip sumbangan/yuran sebagaimana yang ditetapkan oleh JPNSDE pada setiap awal tahun. Melengkapkan resit dan membuat penyerahan wang kepada bendahari pada awal tahun. 2) Menyimpan/merekod dan menulis data berkaitan dengan Nama Rumah Sukan, Nama Persatuan Akademik/Kelab Hobi, Nama Kelab Sukan Dan Permainan dan Unit Berunifom yang dipilih oleh pelajar. 3) Fail Peribadi Pelajar a) Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum, b) Kad Kokurikulum Tahun Semasa, c) Salinan draf Sijil Akuan Sekolah/Testimonial pelajar Tingkatan Lima d) Buku Log Unit Berunifom 4) Mencatat laporan dan markah di dalam Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum sebagaimana diarahkan dan mengikut format yang ditentukan 5) Menyediakan rumusan penilaian markah dan gred kepada pihak sekolah 6) Menyerahkan Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum utk ditandatangani oleh pihak pentadbir sekolah setelah siap laporan dan markah penilaian. 7) Memastikan setiap pelajar membeli dan ada Buku Penilaian Kokurikulum dan disimpan di dalam Fail Peribadi Pelajar 8) Memastikan Borang C Lampiran 3 , diisi mengikut format dengan betul dan jelas. Borang C Lampiran 3 bagi pelajar Tingkatan 5 hendaklah di rekodkan pencapaian terbaik sepanjang berada di sekolah ini ( dibuat utk tahun semasa dan pencapaian terbaik) 9) Guru Tingkatan 5 dikehendaki membuat dan menulis draf Sijil Akuan Pelajar dan Sijil Berhenti. Draf yang telah lengkap hendaklah disemak oleh PK HEM,PK KOKU dan Guru Disiplin untuk pengesahan sebelum sijil sebenar dikeluarkan. 10) Memastikan kehadiran ke Taklimat/Mesyuarat sebagaimana yang diarahkan oleh pihak sekolah
18 | P a g e
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JK PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM SEKOLAH 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8)
Menghadiri mesyuarat/ taklimat JK Menyelaras sistem pemarkahan kokurikulum sekolah Guru kelas menyediakan laporan markah setiap individu pelajar pada setiap tahun Mengesahkan markah penilaian pelajar Menyediakan laporan markah kokurikulum sekolah Menyelaras data kokurikulum, data SMM/BMM Menyediakan analisis penilaian markah kokurikulum sekolah Menyimpan data markah kokurikulum sekolah
19 | P a g e
PERINCIAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB JK PEMILIH BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) SMK BUKIT CHANGGANG 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7)
Menghadiri mesyuarat/ taklimat JK Menyelaraskan pembahagian Bantuan Pakaian Seragam dikalangan murid Menyemak Borang Permohonan Murid yang layak menerima bantuan Mengesahkan data pelajar sama seperti maklumat dalam SMM/BMM Menandatangani Borang permohonan oleh PIBG Menyimpan data pelajar yang menerima BPS Membuat Analisa pelajar yang menerima BPS
20 | P a g e