Semkedua_0607(dp2)

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semkedua_0607(dp2) as PDF for free.

More details

  • Words: 850
  • Pages: 8
Panduan Menulis Lay Out Mukasurat Hadapan

Kolej RISDA Melaka

Tajuk Tugasan:: ...................................................

Disediakan oleh: Rodiana Mohamad ( M11110) Rasyiddin Mohamad ( M11111)

Nama Pensyarah: Cik Rozaida Mohamad

1

KAEDAH MELAKUKAN TUGASAN YANG BAIK Bahan-bahan Rujukan Anda boleh merujuk kepada apa jua bahan asalkan ianya relevan

dengan tajuk tugasan anda. Antaranya ialah seperti: Thesis, Jurnal, Kertaskerja seminar, konferen, Manuskrip, Buku, Monograf, Internet (World Wide Web), Akhbar, Majalah, Brochures atau Leaflets. Buku-buku SRP dan SPM adalah dilarang sama sekali kerana ianya tidak sesuai dengan taraf anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Cara-cara Menulis Rujukan dan Bibliografi Notakaki (Footnote) adalah diutamakan berbanding

notabelakang (Endnote) Bibliografi lengkap mesti disertakan di bahagian paling akhir helaian tugasan. Contoh rujukan kepada tesis:

Amini Amir Abdullah [1994], Pemikiran Islam: Peranan TokohTokoh Islah dan Cabaran Aliran-aliran Pemikiran Semasa, Tesis Sarjana [Tidak diterbitkan], Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hal. ? Amini Amir Abdullah [2000], Islamic Revivalism in Malaysia: The Response of the Non-Muslims with Special Reference to the Federal Territory of Kuala Lumpur, Tesis Ph.D [Tidak Diterbitkan], Birmingham: University of Birmingham, hal. ? Contoh rujukan kepada jurnal: 2

Lim Mah Hui, “Affirmative Action, Ethnicity and Integration: The Case of Malaysia”, Ethnic and Racial Studies, Vol. 8, Number 2, April 1985, hal. ?. Mohd. Amin Salleh, “Ciri-ciri Kesesatan Sesuatu Amalan/Ajaran”, MASA (Jurnal Penyelidikan Islam di Malaysia), Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM, Tahun 4, Vol. 4, 1983, hal. ?. Contoh rujukan pada buku: L.S. Stebbing, A Modern Introduction to Logic, Methuen and Co. Ltd., London, 1945, hal. ?. Contoh rujukan pada bab dalam buku: Amini Amir Abdullah, “Epistemologi dan Aksiologi Islam” dalam Ahmad Fauzi Morad dan Ahmad Tarmizi, Tamadun Islam, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, 1997, hal. ?. Contoh rujukan kepada kertas kerja: Seet Kim Beng, “The World Human Rights and the Federal Constitution”, Seminar on World Religions and Human Rights, Kuala Lumpur: Grand Continental Hotel, 30hb. September 1989, hal. ?. Contoh rujukan pada manuskrip: Ahmad Banjenid (t.t.), Madrasah al-Mashoor al-Islamiah, Pulau Pinang, Fail No. 56/b, Arkib Negara Malaysia, (Dengan ihsan Arkib Negara Malaysia), hal. ?. Contoh rujukan pada Internet:

3

http://.religiousfreedom.com/wrpt/Aprpt.htm#Bhutan [Dilayari pada 20-3-2000]

Contoh rujukan pada akhbar: “Squatters to be Relocated in Three Years”, New Straits Times, 13hb. Oktober 1999. Fuad Jaafar, “Islam and Peace”, The Star, 24hb. Disember 1998. Contoh rujukan pada majalah: Amini Amir Abdullah, “Falsafah Menurut al-Kindi”, Ruhaniyyat, Oktober 1994, hal. ?. “Interview with Prof. Jomo: Malaysia Economic Prospects”, Malaysian business, October 1982, hal. ?. Contoh rujukan pada phamplets, leaflets atau newsletters: Catholic Research Centre [t.t.], Islamization of Malaysian laws, Kuala Lumpur, hal. ?.

4

Bibliografi Pada bahagian bibliografi iaitu di mukasurat paling akhir tugasan anda, taipkan kesemua bahan-bahan rujukan anda mengikut susunan alphabet nama pengarang dahulu, kemudian kemudian tahun diterbitkan, kemudian tajuk, nama penerbit dan tempat diterbitkan. Beza bibliografi dan notakaki ialah notakaki terletak di kaki setiap mukasurat jika anda merujuk kepada sesuatui sumber dan diberikan nombor mukasuratnya manakala pada bibliografi tidak dinyatakan mukasurat.

Notakaki Setiap fakta yang anda ambil dari mana-mana sumber harus diberi acknowledgment. Notakaki juga berfungsi sebagai tempat untuk memberikan maklumat-maklumat tambahan, atau sesuatu yang perlu diberikan penjelasan yang tidak dapat dimasukkan ke dalam teks asal. Sekiranya anda melakukan rujukan pada sumber yang sama (yang tidak berselang) anda tidak perlu mengulang, tulis ibid., dan halaman. Sekiranya ada rujukan yang sama tetapi berselang tulis op.cit dan halaman.

5

Arahan Tugasan 1. Setiap kumpulan hanya pilih satu tajuk sahaja. 2. Bilangan mukasurat adalah 20-30 MUKASURAT. 3. Ditaip di atas kertas A4 dengan jarak double spacing pada ukuran font 12 dengan tulisan Times Roman. Ditaip pada sehelai mukasurat bagi setiap helaian kertas. 5. Setiap tugasan mestilah mengandungi: i. Tajuk, nama penulis dan no. matrik (muka hadapan) ii. Senarai kandungan iii Pendahuluan/pengenalan iv. Pembahagian Bab/Huraian v. Rumusan vi. Rujukan/Bibliografi (minimum 5 buah buku atau bahan. Rujukan kepada Jurnal amat-amat digalakkan) vii. Lampiran (sekiranya diperlukan) viii. Nota kaki (bagi setiap rujukan) 6. Ditulis mengikut metodologi yang betul dan mempunyai nilai ilmiah. 7. Markah penuh adalah sebanyak 30 atau 30% daripada keseluruhan markah.

TAJUK TUGASAN ( seperti yang telah dipilih oleh ahli kumpulan ). 1. Tahun Melawat Malaysia 2007 memberi peluang untuk mempamerkan keistimewaan budaya masyarakat Malaysia. Bincangkan. 2. Strategi-strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. 6

3. Isu kontemporari: Pengaruh barat dalam budaya mesyarakat Malaysia. 4. Perayaan masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia. 5. Adat istiadat perkahwinan Melayu Johor. 6. Adat istiadat perkahwinan kaum India. 7. Pendekatan konsep Islam Hadhari dalam masyarakat Malaysia. 8. Kepercayaan dan budaya peranakan Baba dan Nyonya. 9. Kepercayaan dan budaya kaum Serani. 10.Kepercayaan dan budaya kaum Kadazan-Dusun dan Murut di Sabah. 11.Kepercayaan dan budaya suku kaum Bidayuh dan Iban di Sarawak. 12.Adat istiadat dan budaya masyarakat Bugis. 13.Adat istiadat dan budaya masyarakat Jawa di negeri Selangor dan Johor. 14.Kontak sosial dalam Perlembagaan Malaysia. 15.Adat tradisi masyarakat pelbagai etnik di Melaka. 16.Adat istiadat masyarakat Minbangkabau di Negeri Sembilan. 17.Perpaduan melalui kebudayaan. 18.Pembudayaan makanan masyarakat Malaysia. 19.Latihan Khidmat Negara:Bincangkan dan huraikan kepentingannya terhadap proses perpaduan dan integrasi etnik di Malaysia.

7

PERHATIAN: 1. Pembentangan kerja kursus ini pada 27 & 29 Mac 2007 ( sebarang perubahaan tarikh akan dimaklumkan ). 2. Tarikh akhir penghantaran kerja kursus pada 12 April 2007.

8