Semak 7 Checklist Sebelum Menembak

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semak 7 Checklist Sebelum Menembak as PDF for free.

More details

  • Words: 434
  • Pages: 2
Semak 7 Checklist Sebelum Menembak... Assalamualaikum.. Ni saya nok share tips2 pada fotografer2 beginner. biasanya kita geng2 cap ayam nih kelam kabut nok ambik gambor, tapi bila doh ambik, baru nampak gambor tak menjadi atau kurang cantik akibat setting lintang pukang. biasakan diri check 7 setting penting nih sebelum ambik gambor. anda akan nampak perubahan keprofesionalan gambar2 anda:

1. Kualiti: Set kepada RAW. dengan setting RAW anda masih boleh membetulkan beberapa kesalahan berbanding gambar format JPEG.

2. ISO: ini bergantung kepada keadaan. sebagai peraturan umum, gambar aksi pada ISO 400, subjek umum ISO 200, dalam studio atau high quality pada ISO 100. Keadaan cuaca dan cahaya juga mempengaruhi setting ISO ni. dalam rumah (siang) pada ISO 400 atau kurang, dalam rumah (malam) pada ISO 500 ke 800. Elakkan ISO 1600 atau lebih tinggi kerana noise akan timbul lebih banyak kecuali komera yang high-end seperti D3 yg dapat mengawal noise dengan lebih baik.

3. White Balance: kalo keadaan cahaya berubah-ubah, contohnya ada lampu kuning dan lampu putih, set WB kepada Auto, kalo tak, set pada White balance daylight, cloudy, flash dan lain2 mengikut keadaan. kalo keadaan cahaya terkawal, macam dalam studio, set kepada custom value dengan menggunakan sekeping kad target white balance.

4. Exposure Mode: Aperture Priority/Shutter Priority/Manual. Aperture Priority adalah lebih berkesan pada subjek statik (tak bergerak), manakala Shutter Priority adalah lebih berkesan pada aksi. tukar kepada mode manual sekiranya inginkan kelainan dan kreativiti pada exposure mengikut penilaian kita sendiri.

5. Exposure Compensation: tutup atau 0. sesetengah situasi memerlukan over atau under exposure. nilaikan keadaan cahaya betul2. cuba satu gambar sebelum menukar setting dan adjust mengikut kehendak anda.

6. Focus: ini bergantung pada beberapa setting, dan berubah-ubah bergantung pada pembuat lens dan model. saya biasanya set pada AF C-Continuous (lens sentiasa try untuk fokus pada subjek yang bergerak semasa shutter release ditekan separuh), kadang2 AF S-Single (fokus dan lock bila shutter ditekan separuh) atau AF M-Manual untuk makro shot. Auto focus area pon memainkan peranan penting. pilih single atau dynamic menurut keperluan anda.

7. Lens Aperture: mula dengan setkan lens pada 2 stop turun dari bukaan penuh. contoh: bagi lens f 2.8 set pada f5.6, bagi lens f4 set pada f8. seterusnya, ubah setting mengikut kehendak anda pada imej.

Luangkan masa seminit dua untuk semak senarai ini sebelum mengambil gambar boleh menyelamatkan masa anda berjam2 membetulkan kesalahan dalam photoshop. ambil satu gambar untuk adjust setiap setting. tak rugi pon shuttercount tu kalo kita dapat ambik gambar yang tak ternilai harganya satu hari nanti. cubalah!!!

Fotografer profesional pon shoot gambar dalam 100 keping cuma 5 jer gambar terbaik. ini kan pulak kita fotografer cap ayam..

Related Documents

Menembak
October 2019 19
Paparan Menembak
June 2020 14
Semak Penghantaran
May 2020 14
Checklist
June 2020 55
Checklist
May 2020 58