Seks Bebas P.moral

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seks Bebas P.moral as PDF for free.

More details

  • Words: 628
  • Pages: 3
Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama. Dan ia kini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia Khususnya. Terdapat punca-punca yang menyebabkan seks bebas kerap berlaku di negara kita, iaitu masalah pendidikan daripada ibubapa. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memenuhu segala kehendak mereka dan sering pula bertolak ansur dengan anak-anak. Anak-anak yang terlalu dimanjakan akan sukar menyesuaikan dan memahami hasrat ibubapa. Perbuatan ibubapa sendiri yang secara tidak langsuang sanggup mendedahkan anak-anak mereka dengan menonton video lucah bersama-sama. Lambakan video lucah, pengaruh media massa seperti majalah dan maklumat di internet yang berunsur lucah. Akibat permintaan dan godaan yang lebih banyak dan kompleks berbanding remaja masa lalu. Selain itu, pengaruh daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki. Manakala kurangnya didikan agama menyebabkan mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat. Perubahan daripada gaya hidup tradisi berkeluarga dan bermasyarakat kepada gaya hidup moden yang individualistik dan materialistik.

Perlibatan seks bebas membawa banyak kesan yang negatif. Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antarnya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikednal pasti antarnya ialah, syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di

Amerika saha ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billian. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy,barah

kemandulan,sakit jantung,infeksi dan sakit puan. Manakala bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami penyakit radang paru-paru, terencat akal dan ganguan sistem saraf dan sakit mata. Menurut Penyakit Berjangkit Kebangsaan(NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini, ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat. Dan sekarang kita tinjau pula apa kebaikan perkahwinan.Antara faedah seks yang melalui perkahwinan ialah kedamaian hati. Menurut kajian perubatan moden ketika syahwat memuncak, badan seseorang akan mengeluarkan bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan. Di samping itu sentuhan di antara suami dan isteri akan meransang pengeluaran bahan Oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai. Dan satu lagi kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia, sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonim yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekaligus mencegah seseorang daripada dijangkiti penyakit.

Seterusnya, seks yang melalui perkahwinan akan menyebabkan pihak berkaitan tersenyum, iaitu awet muda. Ini dijelaskan oleh Dr david Weeks seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal edinburgh yang membuat kajian selama 10 tahun berhubungan kesan seks (yang halal) ke atas kesihatan mendapati mereka yang mengadakan hububungan seks lebih kurang 3 kali seminggu kelihatan 10 tahun lebih muda daripada mereka yang lain. Dan yang paling menarik ialah Dr Weeks mengatakan bahawa mereka yang betukar-tukar pasangan mereka tidak akan

mengalami perubahan positif tapi ia akan mengalami perubahan negatif akibat daripada perbuatan betukar-tukar pasangan. Saya berharap penjelasan saya tentang keburukan tentang seks bebas terhadap remaja ini akan membuka lembaran baru dimana para remaja sedar dan berusaha untuk menghindari daripada mendekati perkra ini..Dan saya berharap tulisan ini mendapat manfaat dan akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan positif dikalangan remaja tentang perkahwinan yang sah.

Related Documents

Seks Bebas 2
May 2020 26
Makalah Seks Bebas
June 2020 30
Dampak Seks Bebas
May 2020 32
Dampak Seks Bebas
May 2020 24
Seks Bebas P.moral
May 2020 16