Sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh as PDF for free.

More details

  • Words: 486
  • Pages: 2
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GEMURUH Latar Belakang Latar belakang masyarakat sekitar Kg. Bukit Gemuruh Masyarakat Orang Asli sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh(SKBG) terdiri daripada suku kaum Melayu Asli iaitu suku bangsa Semelai. Terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan kaum Semelai ini telah menetap disekitar Tasek Bera di Daerah Bera Pahang ini sejak lebih 600 tahun.(Gilbert Almedia,2002). Sebelum berlakunya darurat, penempatan masyarakat kaum Semelai adalah secara bertaburan di merata-rata sekitar Tasek Bera,Sungai Triang,Paya Besar, dan Paya Badak. Terdapat juga masyarakat kaum Semelai yang menetap di sepanjang sempadan Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Bagi kaum Semelai yang berada sekitar sungai Bera, mereka telah membuka penempatan baru iaitu Kampung Bukit Gemuruh. Mengikut cerita dahulu, nama kampung inu diambil sempena bunyi deruan air terjun yang mengalir dari bukit turun ke sungai Triang. Menurut Encik Lokmat Arim,perkataan “Gemuruh” bermaksud perasaan takut terhadap peristiwa serangan antara komunis dan askar kerajaan.(Lokmat Arim,2005) Pada peringkat awalnya,hanya 30 ahli keluarga sahaja yang menetap di Kampung Bukit Gemuruh dan jumlah ini bertambah dari setahun ke setahun yang kini melebihi 80 ahli keluarga dan dipimpin oleh seorang Tok batin (Batin Kamal) serta masih terikat dengan pantang larang dengan adat resam serta budaya yang telah diwarisi. Sejarah Kewujudan Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh Pendidikan awal bagi masyarakat orang asli di sini telah bermula sejak tahun 1974 lagi, dengan terbinanya pondok kecil pertama yang telah dibangunkan secara gotong-royong oleh masyarakat setempat dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) daerah Temerloh. Pada

tahun 1977 pihak JHEOA dengan kerjasama masyarakat kampung telah bergotong-royong menambah sebuah lagi bangunan sekolah besrta 2 unit rumah guru di atas tanah seluas seekar yang diberikan oleh Tok Batin Han.

Pada tahun 1974, seramai 23 orang murid sahaja yang mendaftar bagi memulakan sesi persekolahan pertama di sekolah ini. Dengan bantuan seorang tenaga pengajar yang ditugaskan untuk mendidik iaitu Encik Othman bin Mali (salah seorang Pembantu Luar Bahagian Pendidikan JHEOA), sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan. Bilangan murid ketika itu hanya melibatkan dua buah kampung sahaja iaitu Kampung Bukit Gemuruh dan Kampung Paya Buloh. Sistem persekolahan hanya setakat tahun 3 sahaja (tahap satu) ,manakala untuk tahap dua murid akan bersekolah di SK Bukit Rok (20km dari Bukit Gemuruh). Ini adalah kerana di situ terdapat kemudahan asrama yang dapat menampung sejumlah bilangan pelajar yang akhirnya membantu anak-anak Orang Asli menerima ilmu yang sama seperti kaum lain. Apabila pengambilalihan sekolah dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia , arus perubahan pendidikan di Kampung Bukit Gemuruh ini telah mula menampakkan perubahan. Bilangan murid semakin bertambah dan dalam data terkini 2006 murid di SK Bukit Gemuruh telah mencapai kepada 134 orang dan terdapat 25 orang murid lagi pada kelas Pra sekolah. Hakikatnya, perpindahan sekolah dari bangunan lama yang tidak selesa ke bangunan sekarang yang jauh lebih baik sesuai dengan perkembangan zaman. Pada Januari 2004 bangunan yang serba lengkap ini telah digunakan sepenuhnya dengan kemudahan yang dapat membantu anak-anak orang asli di sini belajar seperti di tempat lain yang lebih selesa.

Related Documents