Sejarah Complete!!! (mengikut Format Yang Betul)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Complete!!! (mengikut Format Yang Betul) as PDF for free.

More details

  • Words: 3,186
  • Pages: 64
http://www.wikipedia.org/ wiki/A_Famosa

A Famosa Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

A Famosa

Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa. Lokasi Melaka Dibina pada 1511 Fungsi Tembok pertahanan Dimusnahkan oleh Inggeris pada 10 Ogos Status 1807

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Isi kandungan [sorok]

• •

1 Sejarah o 1.1 Selepas penawanan Portugis o 1.2 Penaklukan oleh Belanda o 1.3 Pentadbiran oleh British 2 Penemuan arkeologi 3 Rujukan



4 Pautan luar



Sejarah Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ditinggalkan dipelihara sehingga hari kini. Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society

Penaklukan oleh Belanda Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

Pentadbiran oleh British Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1] Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan

batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan. Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago. Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

Penemuan arkeologi Fail:Stad en Kasteel Malacca.jpg 400px Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.[2] Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. [3] Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.[4] Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.[5]

Rujukan 1. 2. 3. 4. 5.

↑ Menurut Hikayat Abdullah ↑ Lee, Cynthia. New Straits Times. Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort. 1 Disember 2006 ↑ The Star. Ancient wall stays, tower goes. 4 Disember 2006. ↑ Lee, Cynthia. New Straits Times. Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort. 1 Disember 2006 ↑ The Star. Old watchtower may be under site. 4 Disember 2006.

Pautan luar • • •

Petikan buku Hikayat Abdullah. (Inggeris) Exploring the Porta de Santiago (A Famosa) (Melayu) KOTA 'A FAMOSA' MULA DIHANCURKAN ATAS ARAHAN INGGERIS

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa" Kategori: Pelancongan di Melaka | Tempat-Tempat Bersejarah Malaysia

Pandangan • • • •

Rencana Perbincangan Lihat sumber Sejarah

Alatan peribadi •

Log masuk / buka akaun

Pandu arah • • • • •

Laman Utama Tinjau Gotong-royong Hal semasa Laman rawak

perhubungan • • • • • • •

Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi

Gelintar Alatan • • • • • •

Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Versi boleh cetak Pautan kekal Petik rencana ini

Bahasa lain

ge

• •

English Português

• • • • •

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 15:36, 27 Mei 2009. Kandungan disediakan dengan Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported. Dasar privasi Perihal Wikipedia Penafian

Ahad, Jun 21, 2009 A FAMOSA part II

A Famosa water World,

ok lah korang nak tau, dekat sana banyak tempat yang bole korang terjah antaranya adalah korang bole bawa keter sendiri ke sana dan akan dikenakan bayaran RM3.oo untuk parking!!! dont wory korang bole lepak berapa

lama korang soke ok!!! lokasi water World tak lah sebest Taman Tema di Bukit Merah & World Of Tambun!!! tapi bole lor layan mandi dan nak basahkan badan kan!!!

ni adalah peta ringkas yang bole membantu korang bila mencari lokasi yang best dalam Taman Tema ni, memudahkan jugek... Body Slide, High Speed Slide, Inner Tube Slide, Family Raft Slide, Kid Adventure Pool, arabian Village & Sand Beach!! !

Kalau korang masuk di entrance, pertama kali korang akan nampak sini lor!!! kolam nya ada zon dalam, zon sederhana dan zon selamat..... bagi yang kurang yakin, korang bole sewa pelampong untuk ke Zon dalam!!!! keselamatan di sini memang terjamin ok, dont wory!!!

ini plak adalah tempat di Arabian Village, kalau korang ke sini alamatnya memang akan nampak tempat ni acah-acah arab.... sebab namanya pun Arabian Vilalge kan!!! so far, kalau korang masuk sini locker baju dan peralatan yang tak bole dipegang ketika bermain, jangan wory sebab dorang ada sediakan locker yang korang bole letak barang banyak mana, dari locker kecik sampai lah besar gajah!!! dalam ni juga ada disediakan kedai cenderamata yang agak cekik darah harganya, so pandai lah berbelanja ok.... selain tu juga dalam ni ada Cafe, local Food Court dan Bistro!!!!

Waktu Operasi: 11.00 am sampai 7.00 pm (Isnin, Rabu-Jumaat) 9.00 am sampai 8.00 pm (Sabtu-Ahad, Public & Cuti Sekolah)

dan dorang akan tutup setiapa Selasa kecuali cuti sekolah dan Public holiday!!

bayaran masuk Weekend & Public Holiday: kanak-kanak: wet combo (RM35.00) dewasa : wet combo (RM40.00) kanak-kanak: Water Wall + buffet (RM43.00) dewasa: Water Wall + buffet (RM54.00)

sebarang pertanyaan untuk A Famosa Water World ini boleh hubungi 065528333

JULY 20,2002 The much-awaited Family Day was over last weekend. It was superb. Everything went smoothly and I really enjoyed my stay at A’ Famosa. The slides in the water world were fantastic. The animal show at the Safari was entertaining. The safari ride gave a taste of pornography with specially trained lions making love. The night performance brought the whole house down. It was really an enjoyable trip. And of course the best part was when everyone said they were impressed with the way things were organized and how enjoyable they had been. As part of the organizing committee, I am proud that we did a commendable job.

SENARAI KANDUNGAN Penghargaan_____________________________________________________________________________1___ Objektif Kajian____________________________________________________________________________2___ Kaedah Kajian____________________________________________________________________________3___ Hasil Kajian______________________________________________________________________________4___ Rumusan________________________________________________________________________________5___ Lampiran________________________________________________________________________________6___ Rujukan_________________________________________________________________________________7___

1 Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinnya dapat

saya laksanakan kerja kursus Sejarah bagi melengkapkan sukatan pelajaran bagi calon PMR 2009. Jutaan terima kasih kepada guru matapelajaran sejarah saya iaitu En. Haji Zunil Fauzi bin Mahmud kerana telah menjadi rujukan saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Juga ucapan terima kasih kepada puan pengetua Puan Hajah Fatimah yang telah memberikan saya dan rakan-rakan sepejuangan yang lain bagi menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada kedua-dua orang tua saya yang menyumbang dari segi kewangan dan memberi galakan dan dorongan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan karib saya yang telah berkongsi idea dalam menjayakan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada mereka yang menjawab pertanyaan dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak memberi bantuan secara lansung atau tidak lansung sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga Tuhan akan membalas budi baik yang telah anda berikan hendaknya.

2

Saya dikehendaki menjalankan kajian tentang salah satu banguna bersejarah di negara ini. Saya telah memilih Kota A Famosa di Melaka. Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. ♥ Kajian ini secara amnya dijalankan adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas da tepat. b) Menambah pengetahuan tentang bangunan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air. ♥ Kajian ini dapat membantu saya menambah ilmu pengetahuan tentang bangunan bersejarah di Malaysia.

Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air sendiri dalam diri saya. Kajian ini dapat Menyedarkan rakyat Malaysia tentang peranan penting yang dimainkan oleh bangunanbangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk memupuk dan mempertahankan semangat kekitaan di kalangan masyarakat Malaysia.

c) Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah. ♥ Dengan menjalankan kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Contohnya Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya dan rakyat Malaysia bahawa perpaduan kaum serta besifat jujur dan amanah amat diperlukan dalam mengkalkan kedaulatan negara. d) Menanam semangat patriotisme dalam diri. ♥ Semangat patriotisme dapat ditanam dalam dada saya dan anak bangsa melalui kajian ini.

3

LAWATAN - Saya dan rakan-rakan telah mengadakan lawatan ke Melaka pada 15 April 2009. Kami melawat pelbagai tempat bersejarah di sana. Salah satunya ialah Kota A Famosa iaitu bangunan bersejarah yang telah saya pilih untuk dikaji. PENYELIDIKAN PEPUSTAKAAN - Saya telah berkunjung ke perpustakaan awam bagi mencari sumber yang boleh digunakan untuk kerja kursus ini. MELAYARI INTERNET - Saya telah melayari laman web yang boleh dipercayai seperti laman web wikipedia dan sebagainya. Saya juga bertanyakan kepada rakan-rakan saya yang tinggal di Melaka di Yahoo! Messenger.

4

NAMA BANGUNAN

NAMA BANGUNAN Bangunan Kota A Famosa. atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca)

LATAR BELAKANG

ASAL-USUL A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

TAHUN PEMBINAAN Dibina pada tahun 1511 iaitu tahun bermulanya era penjajahan di Tanah Melayu.

LOKASI A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul.

TUJUAN PEMBINAAN BANGUNAN Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN

REKA BENTUK PELAN

-Pelan Kota A Famosa-

BAHAN BINAAN Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Bangunan ini juga boleh dikatakan dibina dari air mata dan darah rakyat Tanah Melayu .

HIASAN DALAMAN

Bangunan ini tidak mempunyai banyak hiasan dalaman. Hal ini disebabkan oleh perobohan yang dilakukan oleh pihak British, bangunan bersejarah ini hanya tinggal pintu hadapannya sahaja kerana perobohan itu sempat diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang tinggal dipelihara dengan baik sehingga sekarang.

KEGUNAAN BANGUNAN DAHULU DAN SEKARANG Jika dahulu Kota A Famosa bertindak sebagai kubu pertahanan, namun kini, setelah kemerdekaan dicapai

selama 51 tahun, Kota A Famosa kini menjadi destinasi pelancongan utama yang menjana ekonomi di Melaka.

CARA PEMBINAAN Bangunan ini dibina oleh buruh-buruh paksa atas arahan Portugis yang merupakan penjajah pertama di Tanah Melayu.

Ramai yang terkorban akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan. Bangunan ini juga boleh dikatakan dibina dari air mata dan darah rakyat Tanah Melayu .

Gambar Bangunan Kota A’Famosa yang diambil dari

pandangan hadapan

Kedudukan Geografi Kota A Famosa yang terletak di kawasan bukit menjadikan ia sebagai sebuah kota pertahanan yang kukuh.

Bandar dan kubu Melaka (1780)

5

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan – rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran

berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

6

PELAN KOTA A FAMOSA

Pelan kota a famosa

PETA KOTA A FAMOSA

Lokasi Kota A Famosa di Melaka.

Terkenal sebagai kubu pertahanan Portugis.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Dapat Memupuk Semangat Cintakan Warisan Bangsa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Menjelang usia 51 tahun kemerdekaan, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan rajaraja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah

tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini

Related Documents