Sej arah bol a b aling Hasil Pembelajaran Diakhir topik ini,anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; 2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan tersebut; dan 3. Mengaplikasikan pengetahuan bola balingke dalam pengurusan,pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.
sejarah permainan
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ‘urania’ pada Zaman Kerajaan Rom dan ‘fangballspiel’ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ‘haandbold’ berasal dari Denmark, ‘hazena’ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ‘torball’ berasal di Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini.
Haandbold Permainan ini pula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola
sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tinkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
Hazena Permainan ini pula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof . Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa