SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA
SAMB… Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia adalah untuk -
-
-
-
menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di singapura pada tahun 1950-an.Egen-egen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954,Komynis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bus.Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu,komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya,Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya berlaku pertelingkahan. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya,Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu,diharap melalui gagasan ini,hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
SAMB… Senario politik di Sarawak - Pada tahun 195,Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan -
-
-
komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walaubagaimanapun,satu pertubuhan komunis sulit iaitu,Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja,pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu,kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap,melalui gagasan ini,kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
Samb.. Mempercepatkan proses kemerdekaan
Samb.. Mengimbangi penduduk -
-
-
Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah,Sarawak dan Brunei jika digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70%daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputra.
Samb.. Kemajuan ekonomi bersama -
-
-
Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura,Brunei,Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan. Manakala,Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.