Saint Augustine

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Saint Augustine as PDF for free.

More details

  • Words: 4,573
  • Pages: 16
LATAR BELAKANG SAINT AUGUSTINE

(sumber: http://www.crossroadsinitiative.com/pics/Saint_Augustine_of_Hippo.jpg)1

Nama sebenar beliau ialah Aurelius Augustinus, namun di dalam dunia pensejarahan dan juga agama kristian beliau lebih dikenali sebagai St. Augustine dari Hippo. Beliau telah dilahirkan pada 354 T.M di Thagaste2 iaitu sebuah bandar di Afrika Utara yang dikuasai oleh Empayar Rumawi. Kelahiran beliau adalah selepas 9 tahun kelahiran Saint Jerome dan 14 tahun

setelah kelahiran Saint Ambose, Kini bandar

tersebut dikenali sebagai Sauk Aliras dan terletak di Tunisia dan bahagian timur Algeria. Pada masa kanak-kanak beliau masih belum lagi memeluk agama kristian walaupun ibunya sememangnya berpegang teguh kepada ajaran kristian. Bapanya pula masih menganut kepercayaan tradsi dan hakikat ini telah mempengaruhi Augustine pada zaman kanak-kanak dan zaman remaja. Pendidikan yang terawal diperolehinya ialah di Madura iaitu dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Yunani dan beliau juga turut mengakui kelemahannya dalam mengkaji puisi-puisi yang dihasilkan oleh Homer. Seterusnya beliau telah menyambung pengajian di Carthage iaitu sebuah bandar taklukan empayar rumawi yang terkenal di Afrika pada ketika itu. Di sana beliau Saint Augustine of Hippo, http://www.crossroadsinitiative.com/pics/Saint_Augustine_of_Hippo. (akses pada 6.09.2009) 1

2

Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 74.

mempelajari bidang retorika dan menunjukkan minat yang mendalam terhadap drama dan teater.3 Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Chartage dan mempelajari bidang Retorika dan menunjukkan minat

yang mendalam terhadap drama dan teater. Pada

penghujung tahun 1370-an, beliau kemudiannya menyambung pengajiannya ke Chartage. Beliau telah memeluk agama Kristian pada 387 M iaitu kira-kira tiga tahun selepas menerima jawatannya di Milan. Kira-kira dua tahun kemudian beliau kembali ke Afrika dan telah dilantik menjadi paderi pada 391 M dan seterusnya menjadi Biskop di Hippo mulai 396 M. 4 Ketika berumur 19 tahun beliau telah membaca karangan-karangan yang dihasilkan oleh Cicero iaitu negarawan dan pemidato rumawi yang terkenal. Beliau sangat tertarik dengan penerangan yang dijelaskan oleh Cicero mengenai kebahagiaan hidup boleh dicapai dengan mengabdikan diri kepada usaha-usaha mencari ilmu dan mencapai kebijaksanaan. Pandangan tersebut telah mempengaruhi beliau dan dalam usaha untuk mencari kebahagiaan, demikian itu Augustine telah menyertai kumpulan penganut agama Manichees/ Manichea, yakni ajaran yang kononnya mementingkan ketinggian akhlak. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah kembali ke Thagaste dan menjadi guru retorika di sana. Oleh kerana mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang retorika Augustine mengambil keputusan untuk mengajar di Carthage pada penghujung tahun 1370-an. Pada 384 T.M beliau telah dilantik menjadi pemidato umum di Milan, Italy iaitu ibu kota empayar rumawi bahagian barat.5 Di Milan beliau telah bertemu dan bergaul dengan paderi-paderi agama kristian dan beliau kerap menghadiri kuliah-kuliah/ceramah yang disampaikan oleh biskop Ambose. Beliau juga membaca dan mempelajari aliran pemikiran Neo-Plato dan ini telah menyebabkan beliau mengetepikan ajaran Manichea. Melalui pengaruh dan penghujahan Ambose, beliau telah memeluk agama tersebut pada 387 T.M iaitu kira-kira 3 tahun selepas menjawat jawatan di Milan dan telah di baptiskan oleh Saint Ambose.

3

Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 75. 4 Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 92. 5 Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 75.

SUMBANGAN SAINT AUGUSTINE: MOTIF PENULISAN Daripada rangkuman kisah hidup Augustine, nyatalah beliau merupakan seorang paderi kristian yang alim serta taat menjalankan perintah agamanya. Beliau bukanlah boleh digolongkan sebagai seorang sejarawan yang sebenarnya sama ada diukur daripada sudut sejarawan tradisi. Apatah lagi daripada sejarawan moden yang sekular.6 Tujuannya menghasilkan kedua-dua karya yang terbesar iaitu The Cofessions dan juga The City of God bukanlah untuk menghasilkan pensejarahan yang berwibawa, tetapi adalah untuk memenuhi maksud-maksud keagamaannya. Manakala The Confessions ditulis pula adalah untuk mencarikebenaran yang berlandaskan agamanya itu dan The City of God pula dilaksanakan demi mempertahankannya daripada “cemuhan-cemuhan dan tohmahan- tohmahan daripada orang yang jahil mengenai agama kristian. Golongan tersebut telah menuduh bahawa agama kristian dan penganut-penganutnya telah menyebabkan keruntuhan empayar rumawi di tangan suku kaum Vandal, Alan dan Serev kerana keengganan mereka menyembah dewa-dewa purba terutamanya dewa-dewa yang diagung-agungkan dalam zaman Yunani dan Rom sebelum datangnya agama kristian. Terdapat beberapa perkara dalam kedua-dua penulisannya yang terbesar itu yang membolehkan beliau dianggap sebagai sejarawan dan kedua-dua karyanya itu sebagai karya pensejarahan.7 Walaupun karya yang dihasilkan telah ditinjau daripada pelbagai aspek selain sejarah dan juga keagamaan. Scheville umpamanya menganggap The Confessions merupakan karya yang pertama yang boleh dijadikan sebagai sebuah panduan hidup bagi penganut kristian, dimana tarafnya adalah seakan-akan sama dengan kitab Bible dan karya yang dihasilkan juga dikenali sebagai hasil kesusasteraan, sama ada yang berbentuk 6

Kesemua penulisan beliau adalah demi memenuhi tuntutan keagamaannya. Selain daripada surat-surat dan khutbah-khutbah yang dianggarkan kira-kira sebanyak 500 buah masih dapat dikekalkan dengan baik, beliau juga menulis mengenai teologi dan falsafah keagamaannya, serta penentangan terhadap ajaran Manichea, Donatist dan Pelagian yang dianggap sebagai musuh agamanya. 7 Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 95.

keagamaan mahupun sekular, dengan satu tema yang khusus iaitu pemujaan terhadap tuhan. Sedangkan De Civitas Dei ( The City of God) pula adalah juga dianggap sebagai tergolong di dalam hasil kesusasteraan Barat yang terbesar, khususnya yang berbentuk keagamaan. SUDUT PENSEJARAHAN: THE CONFESSIONS Jika dilihat dari sudut pensejarahan pula kedua-dua karyanya didapati mempunyai ciriciri pensejarahan. Daripada beberapa segi, karyanya yang berjudul Confessions itu yang terdir daripada 13 jilid, adalah merupakan riwayat hidupnya sendiri sejak kecil sehinggalah beliau memeluk agama kristian ketika berumur kira-kira 32 tahun. Bahagian yang demikian meliputi sebahagian besar daripada Confessions itu, iaitu sebanyak 9 jilid, manakala empat jilid lagi merupakan perbahasan-perbahasan yang bersifat keagamaan. Didalam karyanya itu Augustine bukan sahaja menceritakan tentang dirinya tetapi turut juga bercerita tentang ibunya yang bernama Saint Monica yang merupakan seorang kristian yang alim dan ayahnya pula bernama Patricius yang masih belum memeluk agama kristian dan masih berpegang dengan amalan dan kepercayaan nenek moyang. Nyatalah bahawa isi kandungan yang terkandung di dalam karya tersebut merupakan kisah sejarah hidup beliau yang menempuh zaman remaja dan kehidupan sebelum memeluk kristian. Akhirnya beliau menemui kebenaran itu di dalam agama kristian yang menjadi anutannya. H.E Barnes menganggap karya yang dihasilkan adalah sebagai satu autobiografi yang agung pada ketika itu dan merupakan salah sebuah karya yang sungguh berpengaruh diantara karya-karya lain yang pernah dihasilkan.8 SUDUT PENSEJARAHAN: DE CIVITAS DEI (THE CITY OF GOD) Tujuan penulisan karya ini adalah bertemakan keagamaan, namun unsur-unsur pensejarahan yang terkandung di dalamnya lebih jelas jika dibandingkan dengan The Confessions.9 Oleh kerana merupakan sebuah karya pensejarahan yang hebat, isi 8

Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 96. 9 Menurut Scheville, selepas 8 kurun karya ini ditulis, karya ini bukan sahaja dianggap sebagai karya sejarah, tetapi adalah sebagai satu-satunya karya sejarah yang perlu diambil perhatian dan karya ini

kandungannya bukan sahaja memuatkan peristiwa-peristiwa sejarah sahaja tetapi memaparkan suatu bentuk falsafah sejarah itu sendiri.10 Karya ini mengandungi 22 jilid dan menceritakan mengenai hal ehwal manusia yang tinggal di 2 buah kota yang berbeza iaitu “Kota Tuhan” dan juga “Kota Syaitan”. Buku ini juga menerangkan bagaimana dan mengapa mereka boleh menghuni salah satu kota tersebut. Penerangan yang diberikan adalah lebih menjurus kearah kefahaman dan agama yang dianutinya yakni agama kristian.11 Dari segi pengertian istilah De Devitas Dei atau “Kota Tuhan” itu tidaklah sebenarnya merujuk sesebuah kota yang tertentu dalam erti kata yang sebenarnya. Tidak ada lingkungan ataupun batasan geografi dalam pengertian tersebut. Malah Kota Tuhan itu merujuk kepada manusia atau masyarakat yang beriman kepada tuhan serta taat kepada hukum agama kristian. “Kota Syaitan” pula merujuk kepada perkara yang sebaliknya. Daripada satu segi Kota Tuhan yang sebenarnya bukanlah terdapat di dunia, tetapi di akhirat.12 TAHAP-TAHAP SEJARAH Karya sejarah yang dihasilkan oleh Augustine adalah tertakluk kepada agama yang anutinya. Dalam penghasilan karya tersebut beliau telah menjadikan Kitab Bible sebagai rujukan yang paling penting dan bahan kajian sejarah yang paling utama. Berdasarkan sumber tersebut Augustine melihat sejarah manusia daripada segi tahan-tahap yang tertentu, terdapat pembahagian 2 tahap, 3 tahap dan juga 4 tahap. Pembahagian 2 tahap adalah melihat kepada sejarah manusia yang wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s dan juga selepas kelahiran baginda dengan membawa ajaran kristian serta menyebarkan agama tersebut sebagai agama yang dianggapnya akan menyelamatkan umat manusia. Manakala tahap 3 pula membahagikan manusia kepada masa muda, dewasa dan tua.13 telah membentuk sikap orang eropah di sepanjang kurun-kurun tersebut. 10 Karya yang dihasilkan oleh Augstine ini adalah merupakan percubaan yang pertama bagi beliau dalam menghasilkan falsafah sejarah agama kristian kerana beliau mencuba menganalisis aliran-aliran yang bergerak dalam kehidupan manusia. 11 Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 97. 12 Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 97. 13 Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 100.

TAFSIRAN SEJARAH Dari segi sejarah, menurut beliau sebahagian besar daripada kebenaran telah diturunkan oleh tuhan melalui Kitab Bible. Oleh itu kebenaran yang terdapat dalam kitab tersebut tidak perlu dipertikaikan. Sebagai contoh tuhan telah mentakdirkan bahawa empayar rumawi akan jatuh, maka peristiwa tersebut adalah suatu kebenaran yang tidak perlu disangsikan lagi. Kebenaran tersebut hanya perlu diterangkan sahaja.14 Augustine boleh dikatakan bukan sahaja bertindak sebagai seorang sejarawan apologist yang tugas utama bukanlah melakukan penyelidikan tetapi juga menerangkan kebenaran agama yang dianutinya itu.15 Karya yang dihasilkan oleh Augustine bukanlah bermaksud untuk mencari kebenaran sejarah sahaja. Kajian sejarah yang telah dilakukan olehnya bukanlah seperti yang disarankan oleh Collingwood iaitu untuk sejarah moden, demi mengenal diri semata-mata, beliau mengkaji sejarah demi kepentingan keagamaannya dan daripada segi peribadi, penghasilan 2 karya sejarah tersebut adalah untuk mengukuhkan keimanannya. Jadi penghasilan karya sejarah adalah dilihat lebih menjurus kearah sudut keagamaan. PENGARUH SAINT AGUSTINE Augustine telah menghasilkan suatu bentuk falsafah dalam kalangan masyarakatnya, ini kerana falsafah sejarah yang dihasilka ini amat berbeza daripada apa yang difahami oleh orang Yunani- Rumawi. Beliau sendiri telah dianggap sebagai tokoh yang terkemuka dalam menghasilkan falsafah tersebut dan berpegang teguh kepadanya berasaskan hakikat falsafah sejarah yang melambangkan kekuasaaan dan kebenaran Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengan landasan-landasan yang demikianlah, maka terdapat pandangan 14

Kebenaran-kebenaran itu merupakan gagasan-gagasan yang sedia wujud pada Tuhan Yang Maha Berkuasa yang kemudiannya dijelmakanNya menjadi kenyataan di alam fana ini bila dan sebanyak mana yang dikehendakiNya. Lantas kebenaran-kebenaran seperti hokum-hukum matematik, prinsip akhlak dan sebagainya bukanlah semata-mata merupakan gagasan-gagasan yang bernas darpada seseorang yang perlu dicuba dan diuji. 15 Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 100.

yang mengatakan bahawa Augustine bukanlah menulis falsafah sejarah tetapi teologi sejarah.16

Teori dan penulisan beliau itu merupakan senjata pertahanan intelek

keagamaan yang paling berkesan dalam menghadapi serangan dan tohmahan daripada golongan intelek yang bukan kristian pada ketika itu. Malah karya yang dihasilkan oleh Augustine juga mengandungi kecaman-kecaman terhadap golongan tersebut dan juga amalan-amalan kepercayaan mereka. Penulisan karya iaitu De Civitas Dei yang ditulis selama 13 tahun iaitu bermula 413-426 T.M telah menggariskan falsafah sejarah agama kristian dan seterusnya berjaya menguasai kesedaran sejarah masyarakat Eropah pada Zaman Pertengahan mereka. Malahan pengaruh tafsiran sejarah seperti yang dikemukakan dalam penulisan beliau masih lagi wujud dan diterima oleh penganut kristian. Perubahan sejarah yang dipelopori oleh Augustine telah berjaya menguasai aliran pemikiran masyarakat Eropah selama lebih 1000 tahun iaitu di sepanjang Zaman Pertengahan. Corak pemikiran sejarah Augustine hanya tergugat apabila munculnya tokoh-tokoh pada Zaman Pembaharuan yang mencabar kekuasaan dan pengaruh agama dalam bidang sejarah dan juga kebudayaan. Seterusnya pemikiran Augustine semakin tersingkir apabila tokoh-tokoh Zaman Kesedaran berjaya dalam perjuangan mereka untuk menyingkirkan kekuasaan agama dalam bidang kehidupan manusia dan menggantikannya dengan kekuasaan yang berbentuk sekular yang berlandaskan kepada taakulan dan juga rasional.17 Tersingkirnya gagasan pembawaan Augustine telah menandakan kemunculan satu era baru dalam aliran pemikiran sejarah di Eropah, iaitu aliran sekular semata-mata di mana peredaran dan peristiwa-peristiwa sejarah itu tidak lagi berlandaskan kepada unsurunsur ketuhanan. Konsep pensejarahan yang baru telah menguasai dunia pensejarahan moden di seluruh dunia, sedangkan bentuk pensejarahan yang berlandaskan keagamaan adalah terbatas kepada penerimaan agama serta penganut-penganutnya yang berkenaan sahaja.18 16

Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 103. 17 Muhd. Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 105.

Zaman Pertengahan atau Zaman Gelap adalah tempoh dimana masyarakat Eropah hidup dalam konkongan pihak gereja yang mendominasi pentadbiran kerajaan berdasarkan agama dan lebih cenderung untuk percaya daripada memeriksa atau menyelidiki sesuatu perkara yang berlaku. Terdapat banyak tulisan sejarah berbentuk teologi yang dihasilkan oleh paderi Kristian yang menganggap sejarah adalah bidang yang mempunyai kepentingan agama dan rohani. Augustine mempunyai kedudukan yang kukuh dalam sejarah kerana karya autobiografi perintisnya iaitu the Confessions. Beliau hidup pada zaman (354-430) iaitu semasa kebangkitan huru-hara di empayar tersebut iaitu pembahagiannya antara Timur dan Barat selepas Theodosius, perpecahannya menjadi pelbagai wilayah dan terdiri daripada pelbagai bangsa dan pemusnahan Rom oleh Visiogoth pada 410. Tempoh tersebut adalah penting untuk menunjukkan ruang masa antara dunia tua dengan kemunculan tamadun kristian yang terselamat daripada keruntuhan institusi sistem diraja.19 SaintAugustine juga memainkan peranan penting dalam mensistemkan corak pemikiran kerajaan kristian, hal ini kerana kebanyakkan karya yang telah dihasilkan oleh beliau kebanyakkannya berfokuskan kepada psikologi, Triniti, etika, falsafah sejarah dan sebagainya. Keseluruhannya buku yang telah ditulis oleh beliau dan corak sistem penulisannya telah menaikkan martabat dan pengaruhnya pada kemudian hari.20 Augustine juga pernah menjadi pengikut kepada agama Manichea. Perjuangan dalamannya yang agak murung mendapati dualisme Manichea menarik, tetapi apabila beliau memeluk agama kristian, beliau telah menolak dan berdebat menentang agama lamanya21dengan menggunakan caranya yang tersendiri untuk berdebat dengan penganut agama lamanya. Manichaeaisme mengetengahkan dirinya sebagai suatu jenis pergerakan dalam pegangan agama kristian, memandangkan Mani adalah seorang Hawari Nabi Isa, tetapi agama Kristian ortodoks jelas sekali terpisah dan tambahan pula, Augustine 18

Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 105. 19 Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Hal 222. 20 Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Hal 222. 21 Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Hal 222.

mendapat faedah nasihat daripada penganut agama Kristian di Milan yang terkenal disana iaitu Saint Ambose, selepas beliau berpindah ke sana untuk mengajar di universiti disana. Menurut Augustine, Saint Ambose adalah merupakan individu yang tidak keterlaluan dalam hal-hal yang berkaitan dengan spiritual. Beliau telah menyatakan bahawa manusia dicipta daripada percantuman roh dan juga jasad. Sungguhpun tertarik buat seketika kepada anggapan bahawa roh mendahului jasad, beliau bertegas tentang cirinya dicipta. Roh adalah berbeza daripada tuhan, meskipun roh bersifat abadi dan tidak berbentuk kebendaan kerana boleh berubah. Oleh itu ia dipengaruhi oleh dosa dan taubat.22 Pengalamannya sendiri membantu dalam menentukan pandangan Augustine ke atas dosa dan rahmat. Sebelum menganut agama Kristian beliau telah menghadapi pelbagai masalah sama ada yang berkaitan dengan intelektual ataupun yang berkaitan dengan etika. Pengalamannya mengenai pertukaran agama menjelaskan kehidupannya dan menjauhkan dirinya daripada keinginan badaniah dan kepada pandangan yang salah. Jadi tidak hairanlah jika beliau menunjukkan tindak balas yang kuat terhadap pemikirpemikir seperti Celtik, Pelagius. Pelagius merupakan seorang pejuang moral dan berhasrat untuk menekankan kebebasan manusia. Beliau mengatakan bahawa manusia tidak terjejas dengan dosa asal, sebaliknya Nabi Adamlah yang menunjukkan contoh yang tidak baik, jadi menerusi ajaran moral yang dibawa olehnya dan contoh kehidupannya Nabi Isa yang menyelamat manusia. Sikap dan pendiriannya ini dibenci oleh Augustine.23 Ini memusnahkan logik penyelamatan itu sendiri, ini melibatkan keperluan menyatukan manusia kepada Tuhan menerusi penyelamatan dan akibat upacara suci Nabi Isa. Manakala gereja adalah penjelmaan berterusan kerja menyelamat Nabi Isa. Lebih teruk lagi, pandangan yang dikeluarkan oleh Pelagius tidak memberi sedikitpun peranan utama kepada limpah kurnia Tuhan. Menerusi pertolongan tuhan tuhan kita boleh berbuat baik, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Augustine sendiri. Kebebasan yang kita lakukan mengandungi cara tuhan membawa kita kepada kebaikan menerusi rahmatnya. Tambahan pula manusia mewarisi kecenderungan dosa daripada Nabi Adam. 22

Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Hal 223. 23 Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Hal 224.

Manusia tidak berupaya untuk berbuat kebaikan melainkan menerusi Tuhan yang menghapuskan dosa asal ini Namun begitu Augustine juga mengatakan kebaikan dan keburukan seseorang perlu dilihat dalam konteks masyarakat yang luas dan Augustine membuat satu sumbangan yang luas kepada pemikiran tentang gereja dan kerajaan dalam karyanya bertajuk The City of God. Dalam membandingkan kota syurga dengan kota dunia, beliau menggunakan idea yang ideal dan boleh difahami oleh mereka yang membaca karyanya. Beliau juga menerima tanggapan bahawa kerajaan harus menurut perintah gereja kerana gereja merupakan sebuah penjelmaan semula kota syurga yang tidak sempurna. Oleh itu gereja sebagai alat untuk menindas Donatisme. Apabila bercakap mengenai tuhan dengan dunia ciptaan, beliau mengikut cara umum yang dilakukan oleh Neoplatonik tetapi beliau membayangkan sesuatu perbezaan antara sebab dan juga akibat yang akan muncul. Hasil ciptaan yang telah dicipta oleh Augustine menjadi mercu tanda sepanjang zaman pertengahan dan juga zaman selepasnya. Sebahagian daripada sebabnya ialah kebolehan dan wawasannya yang luas, disamping kesederhanaan tertentu yang membuatkannya sehaluan dengan gereja yang berterusan.24 Saint augustine juga tergolong di dalam empat orang ahli falsafah barat yang menerima gelaran sebagai Doktor Gereja Barat, selain beliau terdapat tiga orang lagi yang telah menerima gelaran tersebut iaitu Saint Ambrose, Saint Jerome dan juga Pope Gregory the Great. Kedua-dua orang Saint ini adalah mereka yang hidup sezaman dengan Augustine kecuali Pope Gregory the Great. Ambrose, Jerome dan juga Augustine kesemuanya telah maju sewaktu zaman singkat antara kemenangan Gereja Katholik dalam Empayar Romawi dan juga pelanggaran orang gasar, ketiga-tiga mereka ini masih muda semasa era pemerintahan Julian Si Murtad (Julian the Apostate).25 Sepanjang zaman gelap dan juga zaman pertengahan kekuasaan dan pengaruh mereka amat tinggi dan sangat dihormati iaitu lebih daripada sesiapa pun, mereka inilah 24

Ninia Smart.2008.Falsafah Dunia. Rosiyah Latif (Penterjemah).Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Hal 225. 25 Bertrand Russell.1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 402.

yang telah menetapkan acuan dalam membentuk gereja, secara umumnya Saint Ambrose telah menentukan fahaman orang kuat beragama tentang perhubungan gereja dan Negeri, Saint Jerome memberikan kitab Injil Latin kepada Gereja Barat dan sebahagian besar dorongan kepada kebiaraan (gereja), sementara Saint Augustine menetapkan teologi Gereja sehingga Zaman Pemulihan dan kemudiannya, sebahagian besar doktrin Luther dan juga Calvin.26 Beliau juga merupakan orang yang berada di hadapan di dalam pertikaian teologi dalam abad ke-16 dan ke-17. pertikaian ini memperlihatkan Orang Protestan dan Jansenis menyebelahinya manakala orang-orang Katholik Ortodoks bangkit menentangnya.27 St. Augustine telah menghasilkan banyak karya-karya sepanjang hidupnya namun karya yang paling mendapat perhatian di maa dunia antaranya ialah The Confession dan The City of God menjadi panduan terhadap masyarakat pada masa itu. The Confession, merupakan karya pertama dihasilkannya yang bertujuan untuk mencari sesuatu kebenaran dengan berlandaskan kepada agama. Bagi Scheville pula, beliau menganggap The Confession sebagai sebuah panduan hidup bagi kaum Kristian yang sama tarafnya dengan kitab Bible. The Confession ini mempunyai 13 jilid kesemuanya, sebanyak 9 jilid adalah menceritakan tentang kehidupannya manakala 4 jilid lagi menceritakan tentang perbahasannya berkaitan dengan agama. Karya yang dihasilkan oleh beliau ini adalah bertujuan untuk menceritakan tentang pengalaman yang ditempuhi beliau dalam satu tahap tertentu dalam kehidupannya, iaitu demi mencari kebenaran dalam sebuah kehidupan. Mengikut pengakuannya sendiri dalam The Confession, dia tidaklah bermula sebagai tokoh agama Kristian. Sebaliknya, riwayat yang dihasilkan penuh dengan gelombang perubahan dalam pegangan dan amalan hidupnya. Karyanya yang kedua pula adalah De Civitas Dei atau dikenali juga sebagai The City of God yang merupakan yang dihasilkan sebagai balasan kepada konflik yang berlaku antara orang Kristian dengan orang Pagan.28 Karya yang dihasilkan ini adalah lebih jelas tujuannnya kepada agama, dan sekiranya dilihat daripada aspek sejarahnya 26

Bertrand Russell.1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 403. Bertrand Russell.1993. Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 403. 28 Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal.75. 27

adalah lebih jelas berbanding dengan karya pertamanya iaitu The Confession.29 Karya sejarah yang dihasilkan oleh beliau banyak membentuk sikap atau perilaku orang Eropah pada masa itu. Orang pagan telah menuduh orang kristian yang menyembah tuhan secara total telah mengakibatkan keadaan negara menjadi semakin “tenat” dan menjadi punca kepada keruntuhan empayar rumawi. Dalam karyanya itu beliau telah menolak dakwaan tersebut dan mengkritik bukan sahaja institusi kerajaan malah empayar Rom yang berada di bawah pemerintahan Constantine dan Theodosius. Augustine

mengharapkan agar pemerintahan dapat

dijalankan secara adil dan saksama dengan mengabdikan diri kepada tuhan yang agung. Beliau telah menyelar golongan yang menyembah banyak tuhan yang lain termasuklah maharajanya. Jadi Augustine telah mencadangkan agar maharaja kristian tidak hanya menjadi hamba yang setia kepada institusi gereja semata-mata tetapi perlu taat dan setia kepada suruhan tuhan agar negara Rom bebas daripada segala ancaman. Secara umumnya matlamat Augustine menulis buku City of God adalah untuk menentang masyarakat daripada menyembah banyak tuhan berjaya membawa masyarakat kembali kepada penyembahan tuhan yang satu. Karya penulisan buku ini adalah sebanyak 22 jilid dikatakan telah merubah sedkit sebanyak pandangan masyarakat eropah sehingga karya ini telah dianggap sebagai sebuah karya yang mashyur pada ketika itu dan berjaya mempengaruhi kotak pemikiran ramai sejatawan barat selepasnya seperti Eusibius, Pamphilus dan Paulus Orosius. Karya The City of God ini banyak menceritakan tentang hal ehwal manusia yang tinggal di dua buah kota yang berbeza iaitu Kota Tuhan dan Kota Syaitan.30 Menurut kepada fahaman kepada buku ini, beliau banyak menceritakan mengapa dan bagaimana mereka boleh menjadi penghuni kota ini dan bagaimana corak kehidupan mereka. Karya beliau ini berkonsepkan kepada ajaran agama yang dianuti iaitu Kristian. Di dalam karya ini juga , konsep Kota Tuhan yang dinyatakan beliau adalah melambangkan manusia atau masyarakat yang taat kepada rukun dan hukum agama Kristian serta masyarakat yang 29

Muhd. Yusuf ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya,1988.Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal. 96. 30 Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 75.

beriman kepada Tuhan. Manakala Kota Syaitan adalah sebalikanya daripada pernyataan itu, iaitu penghuninya dalam kalangan masyarakat yang ingkar dengan agamanya.31 Karya berbentuk epik kristian ini berjaya bertahan sehingga abad ke-17. penghasilan karya seperti ini telah membuktikan bahawa wujudnya penulisan pada zaman pertengahan dan lebih condong kearah bentuk teologi. Terdapat sedikit perbezaan antara pensejarahan pada zaman klasik dengan zaman pertengahan terutamanya dari segi kualiti dan juga tema penulisan sesebuah karya. Disamping itu juga kualiti pensejarahnnya telah bertambah baik berbanding dengan zaman sebelumnya. Tema sejarah pada Zaman Pertengahan lebih berbentuk keagamaan kristian atau falsafah keagamaan (teologi). Ini adalah kerana agama kristian telah diangkat sebagai agama rasmi kerajaan Rom apabila Maharaja Constantine memeluk agama kristian, selain itu karya-karya yang dihasilkan oleh paderi-paderi adalah kebanyakkan bersumberkan kitab Bible.32 Skop pengkajian sejarah telah diperkembangkan pada zaman pertengahan telah menjadi lebih sistematik oleh sejarawan moden yang muncul pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18. pada Zaman Kesedaran ataupun dikenali sebagai Aufklarung sejarawan baru telah cuba untuk menghapuskan sejarah bentuk teologi yang telah dimulai oleh St.Augustine dan membawa era baru dalam epmikiran sejarah di bumi Eropah. Mereka telah menggelarkan diri mereka sebagai Philosophes. Tokoh-tokoh falsafah Eropah mendakwa abad ke-18 sebagai era kemajuan bagi masyarakat selepas menghadapi zaman kegelapan. Mereka berhasrat untuk menentang golongan yang mempunyai autoriti dalam bidang agama tradisi kerana berpendapat agama telah mengongkong masyarakat daripada terus maju ke hadapan. Sesetengah sejarawan beranggapan Zaman Kesedaran merupakan penerus bagi Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance).33

31

Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 74. 32 Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 76. 33 Arbaiyah Mohd Nor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 76.

Saint Augustine juga telah menyatakan sejarah adalah suatu proses perjuangan kosmik iaitu diantara unsur-unsur baik dan unsur-unsur kurang baik. Keadaan ini menggambarkan konflik yang berlaku antar Kota Tuhan dan Kota Syaitan yang akhirnya membawa kemenangan kepada Kota Tuhan.34 Kemenangan yang dianggap oleh Augustine ini adalah sebagai kemenangan yang abadi di dunia dan akhirat. Demikianlah St. Augustine telah mentafsir sejarah itu menurut kepada ajaran agama yang dianutinya dan juga turut menyatakan kebenaran adalah sesuatu yang diturunkan atau diwahyukan oleh Tuhan. Beliau telah menghasilkan satu bentuk falsafah yang berbeza dengan fahaman orang-orang Yunani-Rumawi dahulu dan dianggap sebagai tokoh yang terkemuka kerana berjaya menghasilkan falsafah yang berpegang teguh kepada agama. Oleh itu, teori dan penulisan yang dihasilkan oleh beliau itu merupakan pertahanan intelek keagamaan yang paling berkesan terutamanya dalam menghadapi serangan dan tohmahan golongan intelek bukan Kristian pada masa itu serta membuktikan wujudnya penulisan pensejarahan Zaman Pertengahan walaupun karya tersebut lebih bersifat Teologi.35 Dari sudut keagamaan Kristian, Saint Augustine adalah diantara paderi yang alim dan cukup terkenal. Setelah dilantik sebagai paderi di Hippo, beliau telah menumpukan perhatian dan usahanya untuk mengajar dan memperkembangkan lagi agama pegangannya itu.36 Jelaslah bahawa beliau bukanlah sejarawan dalam konteks sebenar pentaksiran sejarah Barat itu sendiri. Beliau juga sendiri tidak berminat untuk menulis sejarah semata-mata untuk menerangkan sebab-musabab mahupun kepentingan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam masyarakat ataupun zamannya itu, iaitu seperti yang dilakukan oleh sejarawan-sejarawan Yunanri-Rumawi yang terdahulu.

34

Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya,1988. Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan Karya,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 98. 35 Arba’iyah Mohd Nor.2002.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal. 75. 36 Terdapat banyak penulisan yang menceritakan tentang riwayat hidup beiau. Beliau sendiri telah menulis riwayat hidupnya dalam buku The Confessions yang terdiri daripada 13 jilid, namun karya ini adalah menceritakan tentang kisah hidupnya sebelum memeluk agama Kristian. Sembilan bahagian daripadanya adalah menceritakan tentang kegiatan pada zaman remaja. Sedangkan empat bahagian lagi adalah menceritakan tentang perkara yang berkait dengan agama yang dianutinya.

Jika beliau berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sejarah sudah pasti beliau telah menulis tentang keruntuhan empayar Rumawi, dan kemungkinan menjalinkan pensejarahannya mengikut pola-pola pensejarahan yang telah dibentuk oleh sejarawan seperti Herodotus, thucydides dan Polybuis. Malah beliau sendiri tidak menganggap dirinya sebagai penglipur lara, sejarawan, pemidato ataupun ahli politik. Beliau adalah paderi dan semua pemulisan beliau adalah untuk memenuhi tuntutan keagamaannya, sama ada untuk menyebarkannya ataupun untuk menentang ajaran golongan musuh-musuh agamanya seperti Manichea, Donatist dan Pelagian. Disebabkan itulah beliau telah menghasilkan De Civitas Dei adalah untuk kepentingan keagamaan.

KEMATIAN AUGUSTINE Saint Augustine telah hidup sehingga kemasukan orang-orang Vandas ke Afrika dan meninggal dunia sewaktu mereka sedang mengepung Hippo pada 403. Pada masa tersebut Augustine telah menjadi Biskop Hippo.37 Augustine boleh dianggap sebagai bentuk falsafah sejarah yang pertama bagi Eropah yang telah mewarisi agama kristian dan pensejarahannya augustine juga dianggap sebagai tokoh yang paling terkemuka dalam bidang pensejarahan agama tersebut, malah sebagai ahli fikir yang teragung dalam kesusasteraan Latin dan merupakan satu-satunya tokoh Rom yang boleh disamakan dengan Plato. Beliau berpegang teguh kepadanya serta yakin tentang kebenarannya kerana bagi beliau falsafah sejarah yang demikian adalah melambangkan kekuasaan dan kebenaran tuhan.38 Setelah tamatnya zaman mereka peradaban secara perlahan-lahan merosot hampir berabad-abad dan setelah hampir seribu tahun kemudian barulah dunia kristian melahirkan orang yang setanding dengan mereka dalam ilmu dan kebudayaan.39 37

Gelaran Bishop ini adalah merupakan gelaran yang keempat tertinggi dalam agama Kristian. Bishop ini berada di bawah arcbishop dalam hierarki. Orang yang memegang gelaran Bishop adalah dilarang untuk berkahwin dan merupakan seorang yang berada serta mempunyai pengaruh dalam gereja terutamanya dalam perniagaan. Bishop dianggap sebagai penganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengan kekuasaan Tuhan. Bishop mewakili gereja sedunia dalam daerah masing-masing. Asal usul jawatan Bishop adalah tidak pasti tetapi jelas kemungkinan uskup yang menubuhkan jawatan Bishop ini. 38 Muhd Yusof Ibrahim.1991. Aspek dan Pensejarahan Falsafah Sejarah Dunia BArat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hal 39. 39 Bertrand Russell.1993.Sejarah Falsafah Barat.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 402.

Related Documents

Saint Augustine
June 2020 21
Augustine
August 2019 25
St. Augustine
October 2019 29
St Augustine
October 2019 25
Augustine Eddy
December 2019 21