TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY) WATAK 1 PENCERITA Dengarkan kisah satu riwayat Kisah pejuang bergadai hayat Dikarang dinukil jadi hikayat Agar menjadi tamsil ibarat Insan terbilang bukan sebarang Besar baktinya buktinya terang Bukan petualang tapi pejuang Nama dijulang Rosli dikenang Rosli Dhoby dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1932 di Kampung Siong Sibu. Merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik kepada pasangan Dhoby Bujang dan habibah Haji Lamit. Beliau bersifat ulat buku selain suka mendengar radio dan menonton wayang yang menyangkan kisah bangsawan Melayu. Rosli ialah seorang anak muda yang berperilaku baik, bertutur kata sopan, berbudi Bahasa, pintar serta kreatif. Rosli juga seorang yang berbakat dalam bidang penulisan. Hal ini dibuktikan apabila salah sebuah puisinya yang berjudul ‘PanggilanMu Yang Suchi’ terpapar dalam utusan Sarawak. Pernah menjadi guru namun meletak jawatan pada 1947 untuk mengajar di sekolah rakyat Sibu. Sejak usia 15 tahun lagi, Rosli Dhoby melibatkan diri dalam salah satu Gerakan AntiPenyerahan dengan meneyrtai Gerakan Pemuda Melayu Sibu (GPMS) dan menganggotai Rukun 13 yang bertujuan untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British oleh pemerintahan Sir vyner Brooke. Sarawak telah diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Sir Duncan Stewart adalah antara Gabenor British yang pernah bertugas di Sarawak. Khabar bersurat, nyala semangat Bulat muafakat capai sepakat Sebelum terlambat elok dihambat Korban berdarah Tarikh keramat Pada 3 Disember 1949 Sir Duncan Stewart iaitu Gabenor British yang kedua di Sarawak dijadualkan akan membuat lawatan rasmi ke Sibu. Perbincangan sulit diadakan oleh Rosli Dhoby Bersama rakanrakan Rukun 13 yang lain untuk merancang pembunuhan Sir Duncan Stewart. Hasil perbincangan, Rosli telah dipilih untuk merealisasikan hasrat Rukun 13 kerana beliau adalah calon yang sesuai memandangkan Rosli baru sahaja berumur 16 tahun pada masa itu dan menurut undang-undang beliau tidak dikenakan hukuman mati apabila melakukan pembunuhan kerana dibawah umur. Pada hari kejadian yakni pada 3 Disember 1949, ahli-ahli Rukun 13 turut berkumpul dengan penduduk Sibu untuk menyambut kedatangan Sir Duncan Stewart. Kira-kira jam 9.30 pagi, Rosli meluru kea rah gabenor sambal melaung, ‘Keluar dari Sarawak atau kamu mati’ lalu menusuk sebuah pisau kelasi yang disapu racun ke perut Sir Duncan Stewart. Akibatnya Rosli Dhoby diberkas Bersama Morshidi Sidek yang menyerang pegawai Inggeris berhampiran yang bernama Mr. Dilks. Sir Duncan Stewart yang parah ditikam oleh Rosli meninggal dunia 7 hari kemudian iaitu pada 10 Disember 1949. Ahli Rukun 13 yang lain kemudiannya ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara.
TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY) Aduhai pewira pilu rasanya Kerana angkara sirna benarnya Luhur budimu tiada bandingnya Watan dibela nyawa gantinya WATAK 2 ROSLI DHOBY (Keadaan menjadi kelam kabut. Lasykar yang mengiringi Sir Duncan Steward terus merengkuh Rosli Dhoby. Rosli Dhoby dihentak dengan kasar dan ganas oleh lasykar itu) (Menjerit) Dialog 1: Aku puas! Aku sungguh gembira hari tok! Toklah detik bersejarah anak Melayu yang menikam dada penjajah yang paling kubencik sekali dalam hidupku! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Biar mampus kau ya Duncan Steward! Aku puas ngirim kamu ke neraka jahanam nun! Aku gembira sekali hari tok. Aku gembira sekali detik tok! Ya! Aku ngakuk membenamkan kebencianku ke dada penjajah ya dengan penuh semangat perjuangan nasionalisme tanpa rasa prejudis diri! Biar sejarah menjadi saksi bahawa kebencian rakyat selamak tok terbukti bukan kebencian yang murahan seperti tanggapan Inggeris! Selamat tinggal Duncan Steward yang budiman! Aku rela mati demi agama, demi bangsa, demi negeri berdaulat tok dan demimu Sarawak tanahairku yang tercinta! Allahhu akbar! Allahhu akbar! Allahhu akbar! Dialog 2: Wahai kitak orang Sarawak bangkitlah demi membebaskan tanahair bermaruah tok dari dipijak oleh perakus dan penjajah yang kejam dan sik bertamadun ya! Mari kita ikrarkan semangat perjuangan yang sik kan lenyap walau sedetik pun di negeri berdaulat tok! Mari kita bersama-sama menidakkan kesombongan dan keangkuhan perompak Inggeris tok! Inggeris adalah perompak! Inggeris dan Brooke peroboh tembok kedamaian! Sidaknya lah bangsa penjajah yang kejam dan prejudis! Mari kita halaukan Inggeris dari tanahair yang berdaulat tok! Jangan biarkan sidaknya terus menjajah anak cucuk cicit kitak kelak! Merdeka! Merdeka! (Hentakan bertali arus terus mengena belakang dan susuk tubuh Rosli Dhoby. Namun tidak sedikit dia mengerang kesakitan, malahan dia terus tersenyum puas sambil mengacungkan tangannya) Dialog 3: Rosli Dhoby sik kan mati! Rosli Dhoby sik kan mati! Rosli Dhoby akan hidup dalam hati dan perasaan segenap generasi negeri tok! Rosli Dhoby sik kan mati dengan jerutan tali gantung Inggeris! Rosli Dhoby akan hidup di dalam semangat negeri tok. Rosli Dhoby adalah catatan sejarah Sarawak yang berjuang demi tanahair tercinta! Rosli Dhoby sik mati! Rosli Dhoby terus hidup dalam hati dan perasaan pejuang nasionalisme bangsa yang berdaulat! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar!
TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY) WATAK 1 PENCERITA
Sebelum menjalani hukuman, Rosli Dhoby menyerahkan surat terakhirnya kepada seorang warden yang bernama Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut adalah isi kandungannya: Dengan secharek kertas ini dan se-putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Sayasi-penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa-perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di- budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di-mahkamah. Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di-akhir kelak balek ke-pengkuan Ibu-pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang-nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa-genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan. Amin ya rabbul alamin berkat doa laillaha-illahi Muhammada Rasulullah. Dan saya uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pak. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa-nya dengan penuh layanan, nasehat yang belom pernah di-dengar oleh saya dari awal hingga akhir. Harapan ini surat jangan sekali di-beri sesiapa pun. Simpan baik-bai, barangkali di-lain masa ada guna-nya. Ditulis pada 1-3-1950
TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY) PERMATA UNTUK PERWIRA Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi Dalam hatiku untuk kau isi Sebagai srikandi Untuk kau penuhi dengan kehebatan Seorang perwira Untuk kau beri erti nilai perjuangan Untuk dihargai dengan kasih sayang Kau ingin kujadi bangsa mulia Yang tahu harga jasa dan budi Pejuang berani Rosli Dhoby di hati Setelah engkau pergi Kuingin kau mengerti Bahawa diri ini Setia berjanji yang kita janjikan Yang kita janjikan Demi kau selamanya PENULIS SKRIP: HALIMAH BINTI MENTALI