Rogol

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rogol as PDF for free.

More details

  • Words: 839
  • Pages: 3
Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kes sebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka ia dianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja yang berkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam, sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka) atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan.

Kaedah Penyelesaian Yang Tidak Menyelesaikan Mereka yang terlibat dalam gejala sosial yang diketengahkan ini rataratanya menjalani kehidupan mereka dengan melakukan tindakantindakan tanpa matlamat yang jelas atau tanpa matlamat langsung. Tanpa matlamat dan hala tuju kehidupan yang jelas ini, maka perbuatanperbuatan manusia akan dilakukan berdasarkan miqiyas (penilaian) yang tersasar dari jalan yang diredhai oleh Allah. Ada masanya mereka ini melakukan tindakan-tindakan bodoh kerana menjadi pak turut kepada satu pandangan hidup yang terpesong. Konsep kebebasan hidup yang dipeloporkan oleh ideologi ciptaan Barat telah meracuni minda umat Islam di Malaysia hingga ianya menjadi pasak kepada pembentukan asas nilai kepada tindak-tanduk mereka. Budaya hedonisme dan budaya-budaya Barat lain yang mengajak kepada pemenuhan tuntutan nafsu dan keseronokan secara maksima menjadi ikutan hasil daripada tiadanya kefahaman terhadap tujuan manusia diciptakan di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula dengan sistem kehidupan yang diamalkan kini telah meletakkan nilai-nilai pincang pujaan Barat sebagai asas nilai kehidupan masyarakat kini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Cinta sebelum kahwin dan muqaddimah zina dibiarkan dan dipandang enteng oleh masyarakat sehingga mereka yang tidak melakukannya dilihat sebagai kolot atau ketinggalan zaman. Undang-undang yang ada pula dengan mudah dipermainkan apabila nilai denda/hukuman yang dikenakan langsung tidak menggerunkan. Pihak berkuasa pula lebih memandang masalah sosial ini sebagai isu individu dan bukannya satu jenayah besar yang mesti dibanteras sekeras-kerasnya. Setiap kali berlakunya kes-kes baru yang dihangatkan oleh media, seringkali kita dibentangkan dengan pelbagai kaedah penyelesaian yang kononnya dapat menangani permasalahan yang timbul. Masyarakat telah lumrah dengan pendekatan-pendekatan tekstual seperti memberikan pendidikan agama yang secukupnya, menyediakan lebih banyak pusatpusat didikan dan kaunseling, melaksanakan undang-undang yang lebih ketat dan sebagainya. Ada pula pihak yang lebih sibuk menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak tertentu daripada memberikan penyelesaian. Antara golongan yang biasa kita dengar akan dipersalahkan apabila adanya berita remaja terlibat dengan salah laku moral adalah pihak ibubapa, rakan sebaya, media massa, internet, pihak sekolah khususnya guru-guru, masyarakat dan seumpamnya. Malah, imam masjid kadangkadang turut dipersalahkan kerana gagal menarik minat golongan muda untuk ke masjid dan mendalami ilmu agama. Yang pasti, satu-satunya pihak yang tidak pernah bersalah adalah kerajaan! Kerajaan adalah satu pihak yang telah melaksanakan segala-segalanya untuk kebaikan rakyat. Segala yang kerajaan lakukan ialah demi untuk rakyat. Jadi, jika masih terdapat masalah, maka rakyatlah yang bersalah. Kerajaan seolah-olah merupakan satu institusi 'suci' yang tidak pernah bersalah dalam apa jua masalah! Sebagaimana yang telah disebutkan, setakat ini pelbagai jalan penyelesaian telah diambil. Rata-rata pendekatan yang selalu dicadangkan selama ini lebih banyak dilihat cuba mengubati simptomsimptom yang berlaku dan bukannya mengubati penyakit sebenar.

Masalah remaja rosak akhlak, merempit, terjerumus ke lembah maksiat dan penagihan dadah adalah simptom yang timbul daripada penyakit sebenar. Contohnya, jika di sebuah kawasan perumahan terdapat aktiviti memecah batu (kuari) dan akibatnya sebahagian besar dari penduduk terkena batuk-batuk. Jadi, beberapa penyelesaian cuba diambil seperti memakan ubat batuk, menutup tingkap-tingkap rumah dengan kain, membersihkan halaman rumah dari debu-debu, memakai topeng penutup hidung dan sebagainya. Persoalannya? Apakah semua langkah ini dapat mengubati penyakit batuk tersebut? Apakah ini merupakan penyelesaian yang hakiki? Kami rasa para pembaca semua sudah dapat mengagak bahawa jawapan yang sebenarnya adalah cukup mudah, yakni menutup kuari tersebut atau menghentikan operasinya. Jika batuk yang diubati, bukannya kuari itu sendiri, maka inilah yang dikatakan mengubati simptom, bukan puncanya. Jika beginilah caranya, masalah yang timbul tidak akan pernah dapat diselesaikan! Berbalik kepada isu gejala sosial seperti kes mat rempit, ada pihak yang mencadangkan agar lesen mat-mat rempit tersebut ditarik seumur hidup atau mereka diberi kaunseling dan didikan agama secukupnya. Turut dicadangkan agar ibubapa mereka didenda. Jika difikirkan, adakah mereka ini merempit hanya kerana mereka mempunyai lesen dan sekiranya lesen mereka ditarik maka mereka tidak akan merempit lagi? Bagi membanteras kes rogol pula, pernah dicadangkan agar perempuan memakai cawat besi, diperketat undang-undang dan sebagainya. Bagi kes tangkap khlawat atau berdua-duaan, cadangan yang biasa adalah diberi kaunseling dan didikan agama. Persoalannya, adakah mereka ini tidak memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan berdosa dari segi agama sehingga perlu diberi kaunseling? Tidak cukupkah pendidikan agama dan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di sekolah-sekolah? Inilah beberapa contoh penyelesaian simptom kepada masalah, bukan menyelesaikan puncanya.

Related Documents