Ringkasan Peraturan Pakaian Seragam Persekolahan

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ringkasan Peraturan Pakaian Seragam Persekolahan as PDF for free.

More details

  • Words: 554
  • Pages: 1
PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PERSEKOLAHAN SMK BUKIT RANGIN, KUANTAN 1. MURID LELAKI 1.1 Seluar panjang hijau gelap (tua). Ukur lilit kaki seluar mestilah 40.7cm (16 inci). 1.2 Baju putih berkain kapas. 1.3 Tali leher Hanya yang telah disediakan oleh sekolah (dijual di koperasi sekolah). 1.4 Kasut Kasut kanvas sekolah biasa berwarna putih seluruhnya. 1.5 Stoking Warna putih sahaja – kain kapas atau nilon 2. MURID PEREMPUAN Murid perempuan boleh memilih berbaju pinafor atau kurung. Walau bagaimanapun adalah menjadi etika sekolah ini murid perempuan Islam memakai baju kurung lengkap dengan tudung. 2.1 Baju kurung teluk belanga putih, berkain kapas dan tidak nipis / jarang. 2.2 Memakai kain sarung biru muda yang disusun tepi. 2.3 Tudung berwarna putih tanpa hiasan serta tanpa kerongsang. 2.4 Semua murid perempuan dimestikan memakai baju alas (singlet). 3. TANDA NAMA DAN LENCANA 3.1 Semua murid diwajibkan memakai tanda nama (name tag) dan lencana yang ditempah dan dijual di koperasi sekolah. 3.2 Tanda nama hendaklah dilekatkan di bahagian poket bagi murid lelaki dan bahagian kiri tudung bagi murid perempuan. 3.3 Lencana hendaklah dijahit di bahagian poket iaitu di bawah tanda nama bagi murid lelaki dan di bawah tanda nama bagi murid perempuan. 3.4 Tanda nama sementara hendaklah digunakan sementara menunggu tanda nama sebenar siap. 4. PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 4.1 Seluar trek berwarna biru tua yang dijual di koperasi sahaja. 4.2 Baju T sekolah berwarna kuning yang dijual di koperasi sekolah sahaja yang boleh dipakai. Bagi murid lelaki, baju T berlengan pendek sahaja dibenarkan dan hendaklah dikemaskan ke dalam seluar (tuck in). 4.3 Kasut kanvas putih. Kasut sukan berwarna putih sahaja yang dibenarkan. 4.4 Murid perempuan Islam mestilah memakai tudung semasa bersukan. Boleh memakai tudung berwarna putih atau hitam (tanpa renda). 4.5 Untuk latihan sukan, murid juga boleh menggunakan baju T rumah sukan masing-masing. 5. PAKAIAN KOKURIKULUM 5.1 Murid boleh menggunakan pakaian (4) di atas untuk acara yang sesuai atau pakaian seragam sekolah yang lengkap. 5.2 Bagi aktiviti Kelab, Persatuan, Pengawas Pusat Sumber: murid boleh juga menggunakan baju T yang dibuat oleh unit berkenaan. Walau bagaimanapun, baju T tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu sebelum dicetak. 5.3 Bagi Badan Beruniform, murid hendaklah menggunakan pakaian seragam yang Iengkap. Pada waktu persekolahan, ahli Badan Beruniform hendaklah memakai uniform mereka pada hari Rabu sahaja. 5.4 Murid hendaklah berkasut dan bukan memakai selipar atau terompah. Kasut yang telah ditetapkan dalam Peraturan Pakaian Seragam Sekolah Perkara 1, 2 dan 4 sahaja boleh digunakan. 5.5. Pakaian bagi aktiviti kokurikulum di Iuar kawasan sekolah juga tertakluk kepada peraturan ini kecuali mendapat kebenaran Pengetua. 6. PERKARA-PERKARA LAIN 6.1 Murid dilarang menggunakan alat solek dan barang kemas termasuk barang kemas bukan emas. 6.2 Murid dan bekas murid yang berurusan dengan pihak sekolah pada bila-bila masa juga hendaklah berpakaian kemas; baju kemeja (tuck in), berseluar panjang dan berkasut. Penampilan rupa juga perlu kemas dan bersih. 6.3 Murid dilarang keras membawa telefon bimbit dan permainan elektronik ke sekolah.Sekiranya ingkar, alatan tersebut akan dirampas dan hanya ibu bapa sahaja yang berhak menuntutnya pada hujung tahun. 6.4 Sekiranya murid-murid terlibat dengan kes buli, tindakan berikut akan diambil: • Ibu bapa akan dipanggil • Murid boleh digantung persekolahan sehingga 14 hari atau dibuang sekolah. • Sesi kaunseling • Tidak dibenarkan mewakili aktiviti di luar kawasan sekolah sehingga berlaku perubahan tingkah laku. (SILA RUJUK BUKU PERATURAN SEKOLAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI DAN JELAS)

Related Documents