Reformasi Ekonomi

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Reformasi Ekonomi as PDF for free.

More details

  • Words: 751
  • Pages: 3
Reformasi Ekonomi

Mat Saman Kati, Perak www.perakexpress.com

Dalam pilihanraya yang lalu, Pakatan Rakyat menang banyak dikawasan-kawasan bandar, tetapi dikawasan luar bandar…sokongan masih lagi kepada Umno. Dan kekuatan Umno diluar bandar ialah kaum wanita. Mengapa wanita diluar bandar memilih Umno…dan tak mahu berubah? apakah mereka ini mendapat balak berjuta atau projek mega…menyebabkan mereka terhutang budi kepada Umno dan tak mahu mengundi Pas atau PKR? Kalau dilihat kepada kehidupan mereka…tak la senang sangat. Ada Ketua cawangan yang duduk dalam rumah PPRT. Ada Ketua Wanita cawangan yang menoreh pokok getah orang lain, hasil bagi dua. Tapi kalau suruh berubah…mati hidup balik depa tak mau. Pada mereka…Umno lah segalanya..walaupun kehidupan mereka serba daif setelah 50 tahun diperintah oleh Umno. Dalam tahun 2005, aku membuat satu kajian tentang “Peranan mikrokredit terhadap wanita luar bandar.” untuk United Nations Economic and Social Commission Asia Pasific (UNESCAP). Sebagai pengkaji, aku tak boleh nak dedah maklumat kajian kerana aku dibayar oleh UNESCAP. Semua hasil kajian adalah hak mereka. Kajian dilakukan dalam Daerah DUN Kota Tampan, dalam Parlimen Lenggong. Walaupun DUN tersebut diwakil oleh ADUN UMNO, Dato Shaarani, aku angkat tabik hormat kat Dato’ Shaarani kerana buat kerja. Hangpa nak kata aku bodek Umno pun kata la…sebab itu lah kebenaran. Macam-macam aktiviti ekonomi yang dilakukan di DUN tersebut. Dari membuat pekasam, proses daun getah, projek buat kuih, anyaman mengkuang, homestay…semua ada. Cuma promosinya masih lemah. Dari mana depa dapat dana? macam-macam sumber ada. Dari RISDA…ada peruntukan untuk buat hasil kraf dari pokok getah. Tak kisah la sama sada batang getah, susu getah, atau daun getah. Dari Lembaga Pertubuhan Peladang…ada projek bela kambing atau lembu. Dari Kemas…ada projek menjahit atau menyulam. Dari Mardi…ada projek tanam pokok roselle. Dari Pembangunan Luar bandar…ada projek buat kuih bahulu atau kuih raya. Dari Amanah Ikhtiar…boleh pinjam duit. Dari Tekun…boleh bawa pelari duit. Pinjam tak payah bayar. Berapa banyak peruntukan yang diperolehi oleh wanita ini? Tak banyak…mula-mula seribu…bila berjaya sikit…naik lima ribu…berjaya lagi…naik sepuluh ribu.

Cuba tanya kepada wanita-wanita ini…apakah pandangan mereka terhadap Umno. Potong telinga….mesti depa kata Umno baik. Bukan takat depa saja…jiran-jiran pun tumpang seronok bila tengok orang-orang ini berjaya..sekurang-kurangnya…bila nak buat morei disurau..tak gaduh pasai sponsor. Tapi itu orang Umno. Nak dapat pinjaman..kena dapat sokongan dari ketua Kampung atau Wakil Rakyat Umno. Kalau seseorang itu bukan ahli Umno..tok sah harap. Nak mintak pinjam kat TEKUN… kena isi borang UMNO dulu…kalau tidak…boleh blah. Habis…orang kita dapat apa? tak kan tiap-tiap hari nak pergi kuliah tajwid atau belajar hadis saja? Anak-anak nak makan apa? Memang ada yang bagi tau kat aku…depa tak dapat bantuan Umno pun…hidup jugak! Rezeki tu Tuhan dah tetapkan. Kalau itu respons yang hangpa nak cerita kat aku….tok sah buat apa-apa. Kita buat ceramah banyak-banyak. Umno berjaya mengongkong pemikiran wanita luar bandar melalui penjajahan ekonomi. Wanitawanita luar bandar diikat dengan pinjaman mikro..sehinggakan mereka tidak dapat berfikir cara lain. Disini cabaran Dewan Muslimat atau pun Wanita PKR. Benar…wanita-wanita PAS dan PKR ada buat program hantar hamper kat pesakit dihospital. WIRDA ada buat program membantu ibu-ibu untuk memulakan perniagaan. Tapi cukup ka? Bagaimana Kerajaan Negeri Perak mahu melaksanakan konsep Negeri Berkebajikan? Apakah dengan memberi bantuan bila tiba bulan puasa atau hari raya? Apakah agensi untuk melaksanakan program-program memantapkan ekonomi desa…terutamanya wanita desa? Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab J-Pemaya Fakulti Wanita dan Kebajikan. Banyak lagi yang perlu difikirkan…tetapi perubahan ini tidak boleh dipikul oleh hanya seorang. Lagi pun J-Pemaya bukan ada elaun atau gaji…jauh sekali kereta kerajaan negeri. Mesyuarat pun mungkin terpaksa dilakukan dikedai kopi. Kita perlu memikirkan program yang sesuai dilaksanakan. Seseorang perlu menjadi koordinator dengan agensi kerajaan negeri. Seorang lagi perlu menjadi fasilitator dengan NGO-NGO yang menyediakan kemudahan kepada wanita. Kita perlukan ramai tenaga…sekiranya mahu berjaya. Aku menerima tiga usul dari Pemaya. tapi minta maaf…aku rasa usul-usul itu macam usul Mesyuarat Cawangan Umno. Ada yang menyuruh KAMAR mendesak kerajaan negeri membenteras ajaran sesat. Ada yang bagi usul untuk mengurangkan penjualan arak. Ada yang buat usul mendesak kerajaan mengawal Mat Rempit. Dalam Mesyuarat Agong PKR Bahagian pun ada usul-usul macam ni. Hangpa disebelah pemerintah atau disebelah pembangkang? Kalau disebelah pembangkang, kira OK la kalau nak desak kerajaan, macam sebelum kita menang dulu. Tapi kalau disebelah pemerintah..kita la yang kena buat! Macam mana nak benteras ajaran sesat? Sapa nak buat? nak suruh J-Pemaya buat? jadi aku rasa masih ada yang tak faham konsep KAMAR. Dalam KAMAR, kita lah kerajaan. Kita la Pemikir. Kita lah Pelaksana. Kalau takat buat usul… kemudian suruh orang lain buat…yang tu aku pun boleh buat. Bila kita buat usul..lontarkan idea…kita sendiri perlu bertanggungjawab. Kita sendiri perlu menggerakkan idea itu supaya menjadi realiti.

Related Documents

Reformasi Ekonomi
November 2019 7
Reformasi
June 2020 63
Reformasi Abadxxi
April 2020 62
Alasan Reformasi
July 2020 96
Era Reformasi
May 2020 53