RANGKA FOLIO Ahli Kumpulan : 1) NIesa Irdina Syafiqa binti Samsul Kamal 2) Najwa-Nur-Hidayah binti Mohd Yaacob
Sistem pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Khilafah Struktur dalam pemerintahan Islam zaman khilafah terbahagi kepada 8 bahagian : 1. Khalifah Khalifah ialah seorang yang mewakili umat dalam urusan pemerintahan dan kekuasaan serta menerapkan hukum-hukum syara’.(Abdul Qaddim Zallum, 2002). Karena Islam telah menjadikan pemerintahan dan kekuasaan itu milik ummat. Dalam hal ini umat mewakilkan kepada seseorang untuk melaksanakan urusan tersebut sebagai wakilnya. 2. Mu’awin Tafwidh (Wakil khalifah bidang pemerintahan) Mu’awin Tafwidh ditugaskan sebagai seorang pembantu yang diangkat oleh Khalifah bagi bersama sama dengan khalifah memikul tanggungjawab pemerintahan dan kekuasaan. Maka dengan demikian, seorang Khalifah akan menyerahkan urusan-urusan negara dengan pendapatnya serta memutuskan urusan-urusan tersebut dengan menggunakan Ijtihadnya, berdasarkan hukum-hukum syara’.Seorang Khalifah diperbolehkan untuk mengangkat mu’awinnya untuk membantunya dalam seluruh tanggungjawab dan tugas berkenaan dengan masalah pemerintahan. Al-Hakim dan atTirmidzi telah mengeluarkan sebuah hadist dari Abi Sa’id al-Khudri yang mengatakan, bahwa Rasulullah saw telah bersabda yang isinya; “ Dua pembantuku dari (penduduk) langit adalah Jibril dan Mikail, sedangkan dari (penduduk) bumi ini adalah Abu Bakar dan Umar”. Tugas Mu’awin Tafwidh adalah menerangkan kepada Khalifah mengenai idea idea dalam mengatur urusan-urusan pemerintahan, lalu dia melaporkan tindakan-tindakan yang telah dilakukan dalam mengurus urusan tersebut kepada Khalifah, kemudian dia melaksanakan mandat yang ia miliki. Maka tugas Mu’awin Tafwidh tersebut adalah menyampaikan laporan kegiatannya serta melaksanakannya selama tidak ada teguran atau pembatalan dari Khalifah.
3. Mu’awin Tanfiz (setia usaha negara) Mu’awin Tanfiz ialah seorang pembantu kepada khalifah dalam masalah operasional dan sentiasa menyertai Khalifah dalam melaksanakan tugas-tugasnya (Abdul Qaddim Zallum, 2002 : 167).Beliau ialah seorang ahli politik yang menjadi penghubung antara Khalifah dengan rakyat, dan antara Khalifah dengan negara negara lain. Beliau bertugas menyampaikan kebijakan-kebijakan dari Khalifah kepada penduduk, serta menyampaikan informasi-informasi yang berasal dari mereka kepada Khalifah. Mu’awin Tanfiz merupakan pembantu Khalifah dalam melaksanakan berbagai hal, namun begitu, beliau bukan yang mengatur dan menjalankannya. Beliau juga tidak diuruskan untuk menguruskan berbagai persoalan tersebut. Sehingga, tugasnya adalah semata-mata tugas tugas administratif, bukan tugas pemerintahan. 4. Amir Jihad (panglima perang) Amir Jihad ialah orang yang diangkat oleh Khalifah untuk menjadi seorang pimpinan yang berhubung dengan urusan luar negeri, militer, keamanan dalam negeri dan perindustrian. Beliau bertugas dalam memimpin dan mengaturnya (Abdul Qaddim Zallum, 2002 : 171). 5. Wullat (pimpinan daerah tingkat I dan II) Wullat atau lazimnya dikenali sebagai wali ialah orang yang diangkat oleh Khalifah untuk menjadi wakil dalam urusan pejabat pemerintahan di suatu daerah tertentu serta menjadi menjadi pimpinan di daerah tersebut (Abdul Qaddim Zallum, 2002 :209).Negeri yang dipimpin oleh Khilafah Islamiyah boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian. Masing masing bahagian itu disebut wilayah (setingkat propinsi). Setiap wilayah terbahagi lagi menjadi beberapa bahagian, di mana masingmasing bahagian itu disebut ‘imalah (setingkat kabupaten). Orang yang memimpin wilayah tersebut dipanggil sebagai wali, di samping, orang yang memimpin ‘imalah disebut ‘amil atau hakim. 6. Qadhi atau Qadha (Hakim atau lembaga peradilan) Qadhi atau Qadha adalah lembaga yang bertugas untuk menyampaikan keputusan hukum yang sifatnya mengikat (Abdul Qaddim Zallum, 2002 : 225). Lembaga ini bertugas menyelesaikan perselisihan yang terjadi di antara anggota masyarakat atau mencegah hal-hal yang dapat merugikan hak masyarakat atau mengatasi perselisihan yang terjadi antara warga masyarakat dengan sistem pemerintahan, baik Khalifah, pejabat pemerintahan atau pegawai negeri yang lain. Qadhi sendiri dibahagikan menjadi tiga bahagian, yaitu ; pertama, qadhi yaitu qadhi yang mengurusi penyelesaian persengketaan antara masyarakat dalam hal mu’amalah atau uqubat (sanksi hukum). Kedua, qadhi
hisbah/muhtasib yaitu qadhi yang menguruskan penyelesaian mengenai perkara penyimpangan yang kebiasaannya membahayakan hak jama’ah. Ketiga, qadhi madzalim adalah qadhi yang menguruskan penyelesaian perkara perselisihan yang terjadi antara rakyat dengan negara. 7. Jihad Idari (jabatan administrasi umum) Urusan negara serta kepentingan rakyat diatur oleh suatu departmen, jawatan atau unit-unit yang wujud dalam menjalankan urusan negara serta memenuhi kepentingan rakyat tersebut.Bagi setiap departmen, akan dilantik seorang ketua bagi melancarkan pengurusan departmen dan jawatan tersebut.Ketua tersebut bertanggungjawab untuk memimpin departmen tersebut,jawatan dan unit unit serta bertanggungjawab ke atas wali.Tambahan lagi,penetapan hukum dan sistem secara umum ditimbang berat juga. 8. Majllis Ummat Majllis Ummat ialah sebuah majlis yang terdiri dari orang-orang yang mewakili aspirasi kaum muslimin sebagai mewakili semua rakyat dalam menyampaikan pendapat mereka.Hal ini bertujuan untuk meluahkan hasrat dan pendapat kepada kepada khalifah.Mereka mewakili ummat dalam muhasabah (kontrol dan koreksi) terhadap pejabat pemerintahan (hukkam) (Abdul Qaddim Zallum, 2002 : 69). Anggota Majllis Ummat dipilih melalui pemilihan umum,tidak merujuk kepada pangkat atau kebijaksanaan.
Tamadun Kini Malaysia yang sebelum ini telah dijajah oleh penjajah Barat telah meninggalkan kesan yang mendalam tambahan lagi dalam pentadbiran hal ehwal orang islam. Fakta-fakta seperti kedatangan islam ke tanah melayu, pengaruh para ulama dalam pentadbiran, kehadiran penjajah inggeris, dan peranan institusi raja merupaka faktir yang telah mewarnai corak pentadbiran undang- menghadkan undang islam di negara ini. Antara pengaruh barat yang ditinggalkan ialah penjajah inggeris telaj pemakaian undang-undang islam kepada skop yang sempit iaitu setakat undang-undang diri sahaja seperti tentang perkahwinan dan penceraian. Dengan ruang lingkup pemakaian undang-undang islam yang terhad itu mereka menggunakan istilah Muhamme dan Law Islamic Law sedangkan pada hakikatnya undang-undang yang diperkenalkan itu lebih tepat disebut seperti undang-undang inggeris untuk mentadbir hal ehwal diri orang islam.Selain itu, Demokrasi diperkenalkan. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil kerajaan yang demokratik. Perkataan demokrasi dala bahasa unani bermaksud
memerintah dan membawa kaitan ‘’diperintah oleh rakyat’’. Dalam Malaysia, raja adalah sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya.Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir selapas lima tahu. Kemudian, perdana menteri pula yang akan menguruskan atas setiap tugasan bagi melancarkan pentadbiran negara yang dibantu bersama orang-orang bawahannya. Perdana menteri adalah dipilih berdasarkan sistem demokrasi yang diundi dan dipilih oleh rakyat. Hal ini menunjukkan yang Malaysia merupakan negara demokratik kerana memilih pemimpin melalui sistem demokrasi dan suara rakyat. Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi semenak kemerdekaan sehingga hari ini.
Sistem Baitulmal dan pengurusan kewangan Tamadun Khilafah Berikut merupakan 6 faktor yang merupakan tonggak utama yang Berjaya membangunkan sistem kewangan dalam pemerintahan khilfah khususnya dalam zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Walaupun pemerintahannya hanyalah selama dua tahun lima atau enam bulan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah berjaya melakukan revolusi mencakupi keseluruhan bidang kekuasaan yang dimilikinya. Bidang kekuasaan yang dimiliki beliau antaranya termasuklah bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.Rakyat yang berada di bawah naungan pemerintahan beliau hidup aman.Berikut merupakan faktor faktor kejayaan pengurusan baitulmal yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. 1. Penciptaan Iklim Sihat Untuk Pertumbuhan Ekonomi
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan melarang gabenor-gabenor dan kakitangan kerajaan melakukan monopoli terhadap kekayaan dan aset negara. Selain itu, beliau juga melarang gabenorgabenor dan kakitangan kerajaan merampas dan menyita kekayaan secara zalim. Tambahan lagi, Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga membina infrastruktur seperti jambatan, menyediakan pengangkutan awam, menggali beberapa perigi, membina jalan raya dan menggali tanah untuk membina sungai. 2. Pemantapan Dana Baitumal Dana Islam yang disimpan dalam Baitumal yang diperkasakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz antaranya ialah zakat, ufti, kharaaj, ‘usyur dan seperlima daripada ghanimah dan fa’ie. 3. Merangsang dan Merancakkan Sektor Perniagaan Cukai yang tidak munasabah yang dikenakan sebelumnya juga telah dihapuskan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyebabkan harga hasil pertanian menurun.Selain itu, Khalifah Umar bin
Abdul Aziz juga meminta gabenor-gabenor membina kemudahan-kemudahan di sepanjang tempat persinggahan para pedagang. Rumah untuk transit juga disediakan dan dibenarkan untuk bermalam selama satu hari satu malam.Tambahan lagi, Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga melarang gabenorgabenor dan kerabat tertinggi terlibat dalam aktiviti perniagaan.Hal ini kerana mengelakkan daripada wujud persaingan sihat antara perniaga dan menghindari perubahan harga yang murah dan memihak kepada mereka. 4. Mencipta Peraturan Baharu Untuk Sektor Pertanian Antara peraturan yang dimaksudkan adalah seperti melarang jual beli tanah yang terikat dengan pajak. Khalifah Umar bin Abdul Aziz menghapuskan cukai berkenaan untuk merangsang kembali sektor pertanian.Hal ini kerana pelbagai cukai akan dikenakan terhadap pemilik tanah pusaka menyebabkan ramai dalam kalangan mereka meninggalkan tanah tersebut daripada diuruskan. Keadaan ini turut menyebabkan mereka yang memiliki tanah menjualkan tanah mereka untuk mengelakkan denda dan bebanan cukai. Pemulihan terhadap tanah terbiar juga dilakukan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan hasrat menggalakkan rakyatnya membuka tanah baru untuk dibangunkan atau digunakan untuk tujuan pertanian. Tambahan lagi, cukai tanah pula hanya dikenakan kepada tanah yang mengeluarkan hasil. Pinjaman juga diberikan untuk menggalakkan pengeluaran hasil pertanian yang banyak. 5. Penumpuan Terhadap Dana Umum Yang Tersimpan Dalam Baitumal Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat perihatin terhadap dana umum yang tersimpan di dalam Baitumal. Beliau mengagihkan dana Baitumal untuk kepentingan perlindungan sosial. Antaranya dengan memberi perhatian kepada rakyatnya yang miskin dan fakir. Selain itu, Khalifah Umar bin Abd Aziz juga menjelaskan hutang rakyat yang berhutang bukan bertujuan untuk kemaksiatan. Hutang rakyat yang telah meninggal dunia juga turut dijelaskan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz melalui dana Baitumal. Selain untuk menjelaskan hutang, dana Baitumal juga telah digunakan untuk menjelaskan denda yang menimpa rakyatnya. 6. Penjimatan Dalam Menggunakan Perbendaharaan Negara Khalifah Umar bin Abd Aziz sangat berjimat dalam menggunakan perbendaharaan negara. Beliau memiliki lampu yang berbeza untuk menjalankan tugas negara dan urusan peribadinya. Beliau juga pernah mengutus surat kepada Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazm yang merupakan Gabenor Madinah, supaya tidak menggunakan lilin yang diperuntukkan untuk menguruskan hal ehwal pemerintahan digunakan untuk menyuluh jalan sewaktu keluar dari rumah di malam hari.
Selain itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah menulis surat kepada Sulaiman yang juga merupakan Gabenor Madinah melarang pembaziran menggunakan kertas. Tamadun Kini Hibah merupakan salah satu prinsip kewangan Islam yang diamalkan di institusi-institusi kewangan islam di Malaysia. Dua sistem kewangan Islam di Malaysia ialah sistem perbankan Islam dan takaful. Walaupun prinsip hibah tidak dianggap sebagai prinsip utama, namun ia diaplikasikan sebagai prinsip sokongan dalam aktiviti muamalah Islam di Institusi Kewangan Islam di Malaysia.mempunyai 4 rukun iaitu permberi, penerima, berang yang dihibahkan, dan ijab Kabul. Selain hibah, Malaysia juga mengamalkan penggunaan mata wang dinar islam dan konsep perniaagan ar-rahnu secara islam berbanding konvensional. Pengurusan zakat juga masih diteruskan semenjak dari zaman khulafa arrasyidin yang memberi dana kepada mereka yang memeluk agama islam. Di zaman kini, sistem zakat masih diteruskan dengan diurus oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Zakat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Rujukan Adhayanto, O. (2011). Khilafah Dalam Sistem Pemerintahan Islam. Jurnal Ilmu Politik dan Ilmu Pemerintahan, 1(1), 80. Dakian, M. (2005). Sistem kewangan Islam: instrumen, mekanisme, dan pelaksanaannya di Malaysia. Utusan Publications. Moten, A. R. (2000). The 1999 general elections in Malaysia: towards a stable democracy?. Akademika, 57(1). Nor, R. M. (2013). PENGURUSAN BAITUMAL ERA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ. Journal of Al-Tamaddun, 8(2). Yaacob, A. M. (2009). Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia: Satu Penilaian. Jurnal Fiqh, 6, 1-20.