Ramalan Novel.docx

  • Uploaded by: Van Hafidz
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ramalan Novel.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 939
  • Pages: 3
SOALAN 1 Pengarang mengemukakan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan banyak peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca. Peristiwa pertama ialah sikap memaafkan kesalahan orang lain. Lili sanggup memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Haziq dan Rafiq yang telah bertindak mengurung dan menjadikannya tebusan. Malahan Lili bersimpati terhadap mereka dan berharap mereka akan insaf. Peristiwa ini wajar dijadikan teladan kerana sebagai manusia kita tidak boleh menyimpan dendam dan perlu memaafkan kesalahan orang lain. Peristiwa kedua ialah sikap berhemah tinggi dan menghormati orang tua. Buktinya, Danel telah berhujah tentang kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding rawatan tradisional secara berhemah demi menjaga hati datuk Lili agar tidak terguris. Peristiwa ini wajar dijadikan teladan kerana walaupun Danel berbeza pandangan dia tetap menjaga perasaan datuk dengan mengemukakan hujah-hujahnya secara berhemah. Peristiwa mendidik kita agar menghormati pegangan dan prinsip orang lain. Pengarang mengemukakan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan banyak peristiwa yang boleh dijadikan teladan oleh pembaca. Peristiwa pertama ialah sikap membantu orang lain tanpa mengira kaum. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya keluarga Embong terus tinggal di situ. Tauke Lim juga membenarkan Embong sekeluarga mengambil barang runcit di kedainya dengan cara berhutang. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana walaupun Tauke Lim berbangsa Cina beliau membantu keluarga Embong yang dalam kesusahan. Peristiwa kedua ialah nilai keprihatinan yang tinggi kepada orang yang memerlukan bantuan. Buktinya, Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said tenggelam di dasar sungai. Dahlia berusaha mencari dan menyelamatkan Said daripada mati lemas. Dahlia sangat kecewa kerana dia tidak dapat menyelamatkan nyawa Said. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana walaupun Dahlia seorang perempuan, dia berani dan sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas. Oleh itu, pembaca sentiasa prihatin dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan nyawa orang lain.

1

SOALAN 2 Huraikan dua peristiwa menarik dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa menarik yang terkandung dalam novel ini. Antaranya ialah peristiwa penangkapan Seman. Sebagai contoh, Seman merupakan suami Che Jah yang panas baran, kaki mabuk dan kaki judi. Dia selalu mendera Che Jah dan anak-anaknya iaitu Haziq dan Rafiq. Persekitaran yang negatif menyebabkan Haziq dan Rafiq terlibat dalam gejala sosial seperti pengedaran dadah. Oleh itu, penangkapan Seman telah mengubah kehidupan Che Jah untuk menjadi lebih baik. Peristiwa ini menarik kerana masalah rumah tangga dan penderitaan yang dihadapi oleh Che Jah dapat diselesaikan. Peristiwa menarik yang seterusnya ialah Lili pergi ke rumah datuk dan nenek. Sebagai contoh, pada permulaannya, Lili tidak berasa selesa untuk meluangkan cuti persekolahannya di kampung tetapi dia tetap taat akan perintah ibunya. Apabila Lili tiba di sana dia menyedarkan datuknya bahawa tanggapan negatif terhadap ibunya salah kerana ibu Lili sibuk dengan kerja di bandar. Hubungan antara nenek dan ibu Lili juga menjadi lebih erat. Peristiwa ini menarik kerana dapat mengeratkan semula hubungan kekeluargaan. Dari sudut yang lain, peristiwa menarik ialah Lili telah diculik. Sebagai contoh, Lili telah diculik sebaik-baik sahaja dia kembali dari pekan. Dia telah diugut dengan sebilah pisau pada lehernya. Sebenarnya Haziq dan Rafiq telah menculiknya. Akibatnya Lili pengsan tidak sedarkan diri. Hal ini adalah untuk memastikan Lili tidak membuat laporan palsu tentang pencurian kubah kepada pihak polis. Mujurlah Danel telah mencari Lili di tempat persembunyian dan menyelamatkannya. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan perpaduan antara rakan yang berbeza kaum. Walaupun Danel berbangsa Cina tetapi dia sanggup menempuhi semua rintangan untuk menyelamatkan Lili. Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa menarik yang terkandung dalam novel ini. Pertama sekali, peristiwa menarik yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Nek Kiah yang insaf. Sebagai contoh, Nek Kiah tidak merestui perkahwinan anak, Saleha dengan Embong kerana Embong merupakan seorang yang miskin. Nek Kiah juga tidak menyukai cucu-cucu hasil daripada perkahwinan Saleha dengan Embong. Nek Kiah ingin menjual tanah yang didiami oleh Embong sekeluarga setelah Saleha dimasukkan ke hospital. Pada suatu hari, Nek Kiah jatuh sakit. Dahlia segera menelefon ambulans bagi membawa Nek Kiah ke hospital. Setelah Nek Kiah sembuh, beliau sedar akan kesilapannya terhadap Embong sekeluarga dan mula berbaik dengan mereka. Peristiwa ini menarik kerana selepas nenek Kiah insaf mereka berbaik semula. Seterusnya, peristiwa menarik dalam novel ini ialah Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan suara Said. Dahlia berusaha mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai daripada mati lemas. Walaupun Dahlia berusaha tetapi dia tidak dapat menyelamatkan Said. Dahlia berasa sangat kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan

2

Said walaupun berusaha sedaya-upaya. Peristiwa ini menarik kerana peristiwa ini mengambarkan keberanian seorang gadis untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, peristiwa menarik yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Saleha yang sembuh daripada penyakitnya. Sebagai contoh, Saleha sentiasa meracau-racau dan tidak mengenali ahli keluarganya sendiri. Dahlia dan Embong terpaksa mengejar Saleha dan membawanya pulang ke rumah. Akibat keadaannya yang terlalu serius, Saleha terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Pada suatu hari, Abu Bakar terjumpa sebuah bekas merah yang mengandungi telur yang busuk dan beberapa paku. Dia percaya bahawa ibunya telah disihir oleh orang. Setelah Abu Bakar membuang bekas merah tersebut ke dalam sungai, Saleha sembuh daripada penyakinya dan dia pulang ke rumah. Peristiwa ini menarik kerana dengan penemuan dua biji telur penyakit Saleha sembuh.

3

Related Documents

Sji Ramalan
November 2019 15
Subject Ramalan
November 2019 15
Ramalan Spm
June 2020 5
Ramalan Novel.docx
May 2020 22
Ramalan Cinta
November 2019 6

More Documents from ""