ramadan sedia peluang perbaiki amalan
kaab bin ujrah menceritakan kisah menarik daripada rasulullah saw. baginda bersabda bermaksud: �hampiri mimbar! lalu kami semua menurutinya. ketika baginda melangkah ke tangga pertama, baginda mengatakan, �amin.� apabila melangkah tangga kedua, baginda mengatakan, �amin.� begitulah apabila melangkah tangga ketiga. lalu kami bertanyakan maksud perbuatannya itu, baginda menjawab: �aku didatangi jibrail mengatakan kepadaku: �jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan ramadan tetapi tidak mendapat pengampunan.� aku pun menyahut dengan berkata, �amin.� di tangga kedua jibrail mengatakan: �jauhlah orang yang apabila disebut namamu (muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu,� aku pun menyahut, �amin.� di tangga ketiga jibrail mengatakan: �jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang uzur atau seorang daripada mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga.� aku pun mengatakan, �amin.� seharusnya kita hendaklah bersyukur apabila diberikan sesuatu peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan sama dan kita hendaklah berasa malu kepada allah apabila gagal menggunakan peluang dan tawaran-nya yang berharga. justeru, pada kedatangan ramadan kali ini, sewajarnya kita mengambil kesempatan yang diberikan allah untuk memperbaiki diri dengan meningkatkan amalan serta keimanan kepada allah. jauhkan sifat negatif dan perkara yang merosakkan ibadat puasa dengan melakukan amalan kebaikan seperti perbanyakkan berzikir, bersedekah, menunaikan solat sunat dan membaca al-quran.