Raka Cipta

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Raka Cipta as PDF for free.

More details

  • Words: 1,504
  • Pages: 18
free web hosting | free hosting | Business Web Hosting | Free Website Submission | shopping cart | php hosting

Reka Cipta

Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak penngguna. Rekacipta mampu melahirkan pelajar? yang kreatif, inovatif dan inventif serta mampu menyumbang kearah kemajuan teknologi

Pengenalpastian Masalah

Merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau produk sedia ada. Boleh membantu sesorang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mesra pengguna . Pemikiran kreatif dan inovatif hasil pengenalpastian masalah, membolehan sesoang mengeluar pelbagai produk baru dan meningkatkan produk sedia ada serta mampu memnuhi keperluan dan kehendak pengguna

Mengumpul Maklumat dan Data

Maklumat dan data sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Data merupakan maklumat terperinci sesuatu masalah yang boleh diperolehi daripada catalog, lembaran spesifikasi dan manual produk. Maklumat pula berkaitan dengan produk pasaran, reka bentuk dan sumber teknologi. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat. Antaranya adalah melalui :

Mengumpul Maklumat Dan Data Pengalaman Sendiri Sistuasi yang pernah dialami merupakan maklumat yang paling sesuai untuk mengumpul maklumat dan data Pembacaan dan Penyelidikan Maklumat diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperi akhbar, buku-buku, majalah ,

Soal Selidik

Melayari Internet

Lawatan

Bimbingan guru

Pemerhatian

jurnal, cakera padat, mikro filem dan sebagainya Mengedarkan soal sildik yang berkaitanmasalah yang dihadapi untuk diisi oleh responden. Ia juga boleh dilakukan secara temu bual Menggunakan computer dan pembekal khidmat internet (ISP). Penguna perlu tahu alamat laman web yang diperlukan. Maklumat yang dipaparkan boleh dibaca, disimpan dan dicetak sebagai rujukan Melihat sendiri keadaan dan kawasan di mana maklumat boleh diperolehi, Murid akan memperolehi pelbagai maklumat seperti rekabentuk sesuatu produk, bahan-bahan yang digunakan , keberkesanan produk, pasaran produk dan cara pemasaran yang digunakan Guru sebagai sumber rujukan dan pembimbing untuk memudahkan proses mendapat maklumat, idea dan khidmat nasihat Memerhatikan sesuatu produk di pasaran atau disekolah bagi mendapatkan maklumat tentang kesesuaian saiz dan reka bentuk

Menganalisis? Maklumat

Setelah maklumat diperolehi dan dikumpulkan, kita pelu menganallisakan maklumat dan data untuk mendapat satu rumusan. Maklumat yang relevan kepada penghasilan projek akan dikaji dari segi kekuatan? dan kelemahan serta dibuat perbandingan. Menganalisis maklumat perlu dibuat dan keputusan harus direkodkan. Bantuan boleh diperoleh daripada guru. Kita boleh memilih masalah yang memerlukan penyelesaian. Keputusan untuk memilih masalah yang perlu diselesaikan bergantung kepada keadaan, keutamaan, kesesuaian dan kepentingan kepada pengguna. Sebagai contoh diterterakan hal aspek penyimpanan :

Menganalisis Maklumat Mengenai Projek

Produk

Produk A

Produk B

Produk C

Perkara Saiz Kelebihan

Kekurangan

400? x 150 x 200 x 150 x 150 240 mm mm Boleh digunakan Cakera padat untuk menyimpan yang disimpan cakera padat lebihkemas Tidak stabil

240 x? 150 x 150 mm Sesuai dan kemas untuk menyimpan cakera padat Ruang penyimpan Ruang penyimpan

Kapasiti

Pilihan Warna

Bahan Ciri-Ciri Istimewa

apabila banyak terhad terhad cakera padat diletak dibahagian atad Boleh Bilangan cakera Ketebalan memuatkan padat yang cakera padat banyak cakera disimpan terhad tidak melebih 10 padat mm Banyak, pelbagai Banyak, pelbagai Banyak pelbagai eg merah, putih, hitam , perak PVC, kayu atau PVV , plastic, Logam, pvc logam perspek Menarik sebagai Rekabentuk Mudah hiasan, boleh kemas, sesuai dibersihkan , dicat ditempat di boleh dicat ruang kecil semula, tiada tepian tajam

Menyenarai Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah

Idea terhadap penyelesaian masalah boleh diperoleh melalui pelbagai cara. Perbincangan dan sumbang saran? merupakan langkah terbaik kerana kita akan mendapat pelbagai alternative untuk mereka cipta., keperluan dan teknik pembuatan dan sebagainya. Idea penyelesaian boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, lakaran bebas, sumbang saran dan perbincangan kumpulan

Kekuatan dan kelemahan maklumat yang dianalisis mestilah memenuhi aspek-aspek berikut :-produk yang dihasilkan mestilah praktikal -menggunakan sumber bahan yang mudah diperoleh seperti bahan terpakai -mengira anggaran kos overhead dan pasaran

bahan,

kos

upah,

kos

-fungsi, kegunaan dan keperluan projek kepada

pengguna -kesesuaian projek dengan saiz dan bentuk -projek selamat digunakan dan tidak meninggalkan kesan sampingan terutamanya kepada alam sekitar

Alternatif Penyelasaian Masalah

Alternatif penyelesaian masalah boleh ditunjukkan dalam lakaran bebas seperti dibawah :

Contoh-Contoh Lakaran Bebas

Lakaran Alternatif Yang Di Pilih

Pemilihan Idea

Pemilihan idea ialah proses dimana kita perlu memilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang ada. Pemilihan idea ini sangat penting kerana yang dipilih perlulah mampu dibina dan mempunyai ciri yang sangat menarik minat pengguna. Bagi setiap idea penyelesaian masalah yang dikemukakan, kita perlu meneliti kelebihan dan kelemahan idea tersebut. Setiap aspek penting prlu diketahui seperti : i. keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada ii. pengetahuan dan kemahiran anda

iii. bahan dan komponen yang sesuai, mudah didapati dengan kos yang rendah dan tidak membebankan iv. cara pembuatan produk yang mudah dan sesuai v. kepentingan produk boleh menyelesai masalah dan memenuhi keperluan pengguna vi. mesra alam

Perekaan Projek

Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan. Pada tahap ini beberapa reka bentuk projek dilakar berasaskan alternatif yang telah disenaraikan.

Lakaran projek yang dipilih boleh dibuat dalam bentuk tiga dimensi dan dua dimensi. Lakaran ini dihasilkan untuk mengambarkan bentuk dan saiz projek. Dibawah adalah beberapa reka bentuk projek dalam lakaran tiga dimensi.

Pemilihan Reka Bentuk perlu dilakukan dengan teliti. Reka bentuk yang menarik dan sesuai mampu menjadikan produk berkenaan boleh bersaing dipasaran. Untuk menghasilkan projek, kita perlu memilih lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria reka bentuk yang dilakarkan. Penilaian harus diberi bagi setiap reka bentuk yang dihasilkan dengan berpandukan beberapa faktor utama iaitu;-

i. fungsi - projek yang dihasilkan akan befungsi dengan berkesan ii. rupa bentuk - projek yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang sesuai dan menarik iii. kesesuaian bahan - menggunakan bahan yang sesuai dan mudah diperolehi iv. kaedah binaan - menggunakan kaedah yang sesuai dan mudah v. ketahanan - mempunyai ketahanan hasilan tinggi vi. kos - tidaklah terlalu tinggi vii. kemasan - projek yang dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai dan menarik viii. keselamatan - selamat digunakan ix. nilai komersial - berpontensi untuk dipasarkan

Setelah memilih lakaran yang sesuai, seterusnya hendaklah membuat lukisan kerja. Lukisan kerja yang dimaksudkan adalah dalam bentuk ortografik iaitu lukisan yang dilukis dalam pandangan yang berlainan iaitu :

i. pandangan pelan ii. pandangan hadapan iii. pandangan sisi

Lukisan Unjuran Ortografik

Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengan sitematik bagi menjimatkan bahan, masa dan kos. Bahan dan peralatan perlu dipertimbangkan agar sesuai dengan ketahanan projek dan bernilai komersial. Bahan yang dimaksudkan adalah papan lapis, kayu, kepingan logam, PVC, perspek, mounting board, pelekat, medium density fiberboard. Alatan yang digunakan bergantung kepada

teknik pembinaan yang akan dilakukan melibatkan beberapa proses seperti mengukur, menanda, memotong, membentuk, mencantum dan kerja kemasan. Proses

Alatan Tangan Yang Di Gunakan

mengukur dan menanda

pita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong

memotong

gergaji tangan, gergaji puting, gergaji lengkung halus

membentuk

pahat tepi serong, kikir parut

mencantum

tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu

kemasan

berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

Jadual kerja disediaka untuk memastikan kerja yang dorancang disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti dibawah :

Aktiviti/Minggu Mengenalpasti masalah

1 2 3 4 5 6

7

8

9

X

Mengumpul maklumat X dan data Menjana idea, melakar dan memilih projek Perancangan dan pembinaan projek

X X

Pemasangan, pengujian dan pengubahsuaian Dokumentasi

X X X X X X X X X X X X

Persembahan

X

Kos pengeluaran untuk 100 unit rak cakera padat Bahan

Kuantiti (Unit)

Kos Seunit (RM)

Jumlah (RM)

MDF 150mm x 300 mm x 10 mm

100

1.30

130.00

MDF 150mm x 160 mm 10 mm

200

1.10

220.00

MDF 130 mm x 150 mm x 10 mm

100

1.00

100.00

Perspek 150 mm x 60 mm x 3 mm

100

0.60

60.00

Perspek 147 mm x 60 mm x 3 mm

200

0.60

120.00

Perspek 144 mm x

200

0.60

120.00

60 mm x 3 mm Perspek 65 mm x 60 mm x 3 mm

100

0.30

30.00

Perspek 65 mm x 20 mm x 3 mm

200

0.20

40.00

PVC 65 mm (diameter) x 100 mm

100

0.30

30.00

1.00

100.00

Kertas las, cat, paku dan glu Jumlah

950.00

Kos Upah : Bil pekerja x jam bekerja x kadar sejam = RM3.00 = RM 540.00 Kos Overhead : Elektrik RM15.00 + Air RM 2.00 = RM 17.00 Kos Pengeluaran (100 Unit) Kos Upah + Kos Overhead RM 540.00 + RM 17.00

Kos Pengeluaran Seunit 100

3 x 60 x

= Kos Bahan + = RM 950.00 + = RM 1507.00 = RM 1507.00 / = RM 15.07

Projek yang berjaya adalah projek yang dapat berfungsi pada peringkat pengujian dan kemasan dilakukan supaya projek akan kelihatan lebih menarik, permukaannya menjadi lebih licin, permukaannya lebih mudah dibersihkan dan lebih selamat digunakan.

Pendokumentasian Dokumentasi reka cipta adalah satu laporan bertulis yang lengkap mengenai hasil reka cipta. Dokumentasi yang lengkap seharusnya mempunyai : a) Tajuk projek atau nama projek b) latar belakang projek - pernyataan masalah, produk sedia ada dan cadangan projek c) objektif dan fungsi projek d) jadual kerja e) deskripsi projek - bahan, lakaran dan carta pembinaan Home | Sukatan Pelajaran | Keselamatan | Kerja Paip | Reka Cipta | Lukisan | Elektrik |Tanaman Hiasan

Hantar Mesej Sengaja Di Bina Untuk Kemahiran Hidup, SMKSegambut, Kuala Lumpur pada Jan 21, 2006 dan Di Kemaskini Terakhir pada Oleh Azizi@2006

Related Documents

Raka Cipta
May 2020 9
Reka Cipta
May 2020 17
Mengheningkan Cipta
August 2019 14
Proses Reka Cipta
June 2020 20
Pelanggaran Hak Cipta
June 2020 14