Rahsia 10k 2

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rahsia 10k 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,832
  • Pages: 19
ISI KANDUNGAN Disclaimer & Legal Notice....................................................................... iii Penghargaan.............................................................................................. iv Bab 00 : Pengenalan.................................................................................. 1 Bab 01 : Cipta Produk Informasi Anda..................................................... 2 Bab 02 : Tiada Idea? No Problem............................................................. 13 Bab 03 : Dapatkan Webhosting................................................................ 16 Bab 04 : Cipta WebJualan + Surat Jualan................................................ 22 Bab 05 : Menerima Bayaran.................................................................... 26 Bab 06 : Miliki Sistem Autoresponder..................................................... 32 Bab 07 : Setup Sistem Affiliate Anda....................................................... 37 Bab 08 : Testimoni/Review Dari Pakar.................................................... 50 Bab 09 : Lakukan Pre-Launched.............................................................. 52 Bab 10 : Semak Sistem Web & Jualan Anda............................................ 53 Bab 11 : Lancarkan Produk Anda............................................................. 54 Bab 12 : Pasarkan Produk Anda............................................................... 55 Bab 13 : Penutup...................................................................................... 61

E-Book Rahsia 10k ini adalah hak milik sepenuhnya Team FlareBiz. Jadi,semua hak-hak penerbitan milik Team FlareBiz adalah hak milik syarikat kami sepenuhnya.E-Book ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian,kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Segala screenshot yang telah diambil dalam buku ini, telah dikreditkan kepada link pemilik laman web tersebut. Kami bukan pemilik-pemilik beberapa laman web tersebut. Ia adalahmerupakan hak cipta pemilik laman web itu sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit TEAM FLAREBIZ. Cetakan Pertama : 2008 Diterbitkan Oleh : FlareBiz Network (KT0236135-D) www.flarebiz.com

III

PENGHARGAAN Alhamdullilah, syukur tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami yang kerdil ini mampu untuk menghasilkan sebuah ebook yang bertajuk “Rahsia 10k” yang kami rasa masih jauh ketinggalan dengan ebook-ebook usahawan Internet lain. Namun dengan kecekalan yang dianugerahkan oleh-Nya kami memberanikan diri untuk menerbitkan ebook ini sebagaimana sekarang. Kewujudan ebook ini diharap dapat membuka jalan kepada semua usahwan Internet untuk mendapat lebih duit melalui Perniagaan Internet khususnya produk informasi. Ini merupakan ebook ke-6 dan ebook ke-3 berbayar Team FlareBiz. Kami berharap dengan penghasilan ebook ini juga dapat memeriahakan industri ebook tanah air. Di harap juga ebook ini akan mendapat sambutan sepertimana ebook-ebook yang dihasilkan sebelum ini. E-book ini sebenarnya diilhamkan oleh kami setelah sesetengah pihak tidak percaya bagaimana Labanon seorang remaja berusia 17 tahun mampu untuk memperolehi pendapatan RM10 ribu pada bulan Januari 2008 dengan hanya menggunakan komputer dan sambungan internet. Jadi kami ingin mendedahkan SALAH SATU cara bagaimana beliau mencapai pendapatan sebanyak itu. Banyak cabaran yang kami hadapi sepanjang menyiapkan e-book ini dimana mental dan komitmen kami sering tergangu dengan kesibukan projek kami. Jadi kami mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan e-book ini. Kami berharap perkongsian ikhlas ini tidak akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sudah tentu kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak namun kami mencuba untuk memuaskan hati semua pihak yang membeli dan membaca e-book ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih kami ingin ucapkan kepada semua rakan-rakan di YM, ibu dan ayah kami, Azulaikha, Fezza, abang dan kakak yang banyak memberi sokongan moral dikala nilai moral dalam diri kami merudum. Tidak lupa juga kami ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua usahawan Internet terutamanya warga WC yang sama-sama terlibat dalam penghasilan ebook ini. Terima kasih hanya Allah yang mampu membalas jasa anda. Iklas dari,

Adly

Zhafran iv

BAB 00 PENGENALAN

PENGENALAN Perniagaan produk digital adalah merupakan perniagaan Internet yang cukup popular kerana produk digital seperti ebook adalah produk yang tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menciptanya. Malah lebih memeranjatkan lagi dengan hanya menggunakan Microsoft Word, converter dan hanya beberapa perkara lagi sudah mampu untuk mencipta produk digital. Inilah kelebihan produk digital yang akan tetap mendapat sambutan yang tinggi dalam pengguna Internet. Ramai yang menanyakan saya bagaimana seorang budak sekolah mampu membuat perniagaan Internet? Jawapanya mudah iaitu buatlah perniagaan produk digital. Produk digital seperti ebook ini boleh dicipta oleh sesiapapun tanpa mengira umur, populariti, harta kekayaan dan sebagainya. Anda hanya perlukan secebis idea untuk dihurai mengikut kesesuaian. Hatta seorang yang gagal dalam perniagaan pun boleh mengeluarkan ebook sendiri yang mungkin tajuknya akan berbunyi begini “Ketahui Beberapa Punca Kegagalan Saya Dalam Perniagaan Restoran”. Sudah tentu ramai pengusaha restoran ataupun yang menyimpan hajat untuk membuka restoran akan membeli ebook tersebut agar mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama sehinggakan membuatkan kedai mereka ditutup. Begitu indahnya seni perniagaan ini, siapa yang ikhlas pasti akan berjaya walaupun agak lambat sedikit berbanding mereka yang tamak. Mereka yang tamak akan cepat berjaya tetapi cepat juga mereka akan jatuh. Baiklah tanpa membuang masa mari ikuti langkah demi langkah yang telah saya nukilkan buat anda untuk berjaya dalam perniagaan produk digital. Tanpa membuang masa lagi… Ayuh kita mencubanya!

Rahsia10k : Versi Praktikal

01

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Baiklah sudah tentu anda semua tertanya-tanya… macam mana yer nak cipta produk informasi? Bagaimana yer nak buat ebook? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang muncul di fikiran anda. Bagaimana saya tahu persoalan sebegini akan muncul dalam fikiran anda? Sebenarnya sudah ramai para newbie yang mengajukan soalan kepada saya soalan-soalan tersebut dan kerana soalan-soalan tersebutlah saya menerbitkan ebook ini. Terdapat pelbagai jenis produk informasi seperti video tutorial, audio, membership site, coaching program dan sebagainya. Namun pada ebook kali ini saya lebih menumpukan kepada bagaimana ingin mencipta ebook anda sendiri. Seperti biasa, jika anda masih belum pernah menerbitkan mana-mana ebook maka masalahnya ialah idea. Biasalah perkara pertama biasanya adalah sangat membebankan dan menyukarkan!

Contoh kepelbagaian produk digital

Rahsia10k : Versi Praktikal

02

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA Tahukah anda bagi sesetengah orang, menulis merupakan satu perkara yang mustahil! Ini kerana mereka dilahirkan dengan mempunyai kelebihan selain daripada menulis. Namun, percayalah bahawa bakat menulis ini boleh diasah selagi anda mempunyai keinginan yang tinggi untuk menghasilkan ebook anda. Nasihat terbaik yang saya dapat berikan kepada anda ialah TULIS APA YANG ANDA TAHU! Oh jangan! Jangan kata kepada saya anda tidak tahu apa-apa kerana setiap insan didunia ini mengetahui sesuatu yang sangat berharga kepada orang lain. Contohnya, saya tidak tahu memasak… anda mungkin pandai memasak. So, anda boleh terbitkan ebook bertajuk “Buat Nasi Goreng Anda Sendiri”. Jika kita pergi lebih mendalam sudah tentu anda mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan nasi goreng yang sedap sehingga menjilat jari. So, walaupun dah terdapat beratus-ratus ebook yang mengajar tentang cara membuat nasi goreng, namun cara penghasilnya adalah berbeza. Isi kandungan ebook juga berbeza dan sudah tentu anda akan mempunyai pembeli yang ingin mengetahui cara memasak nasi goreng terbaik :) So, pengajaranya… jangan risau sangat walaupun dah ada banyak ebook, special report dan artikel dalam sesuatu topik kerana setiap satunya mempunyai caranya yang berbeza. Jadi tak hairanlah jika anda melihat terdapat banyak ebook dalam sesuatu bab dengan penulisnya yang berbeza. Baiklah saya cuba sentuh sedikit pemilihan topik bagi ebook anda… Tak kira ebook apa yang anda ingin tulis… pastikan anda menkaji samaada tajuk tersebut mendapat demand yang tinggi ataupun tidak. Anda perlulah melihat tentang market anda terlebih dahulu. Anda boleh mengkajinya dengan menggunakan link ini: http://www.addme.com/keywordsuggest.htm Senang jer.. taipkan keyword anda dan lihatlah berapa jumlah pengguna Internet yang berminat terhadap keyword tersebut. Contohnya jika anda ingin menulis ebook tentang “Cara Solat Yang Betul” maka keywordnya ialah “cara solat”. Lihat gambar dimukasurat sebelah :

Rahsia10k : Versi Praktikal

03

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Lihat itulah yang berminat setiap bulan untuk belajar cara solat. Anda juga boleh menghasilkan beberapa ebook daripada gambarajah diatas seperti ebook cara solat musafir, cara solat hajat dan seterunya. Kemudian kita perlu lihat daripada persaingan pula… Langkah Pertama Buat carian keyword “cara solat” untuk mendapat lebih idea untuk membuat ebook. Jadi anda perlu kaji satu per satu keyword di atas. Langkah Kedua

Cuba search menggunakan keyword “cara solat musafir” dan tekan “Search”.

Rahsia10k : Versi Praktikal

04

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA Langkah Ketiga

Lihat 174,000 keputusan yang dijumpai untuk keyword “cara solat musafir”. Semakin tinggi jumlah keputusan yang dijumpai maka semakin tinggi persaingan. Langkah Keempat

Cuba buat sedikit kira-kira untuk melihat sama ada keyword ini sesuai ataupun tidak untuk anda membuat ebook. Jumlah disearch = 64 Jumlah keputusan = 174,000 Kiraan = 64 bahagi 174,000 = 3.678 Semakin kecil jumlah kiraan maka semakin sesuai topik tersebut untuk anda membuat ebook. Kini anda ulangi langkah-langkah di atas untuk keyword kedua iaitu “cara solat hajat” dan anda akan dapati seperti berikut: Jumlah disearch = 39 Jumlah keputusan = 395,000 Kiraan = 64 bahagi 174,000 = 9.873 Maka jumlah kiraan untuk “cara solat hajat” adalah agak besar berbanding kiraan “cara solat musafir”. Maka di sini anda lebih sesuai untuk menumpukan kepada tajuk “Cara Solat Musafir” kerana persaingan kecil dan bilangan yang mencarinya pula adalah tinggi! Inilah cara membuat research J Sebelum anda ingin mulakan menulis sesuatu ebook, anda perlulah memiliki satu tools

Rahsia10k : Versi Praktikal

05

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA yang membantu anda untuk menulis ataupun dikenali sebagai writing software. Writing software ialah seperti Microsoft Word dan anda boleh gunkan ewriter pro yang diberikan secara percuma kepada anda. Anda juga boleh menggunakan alternative lain seperti Open Office. Ia adalah PERCUMA! Download Open Office secara percuma di sini: http://www.openoffice.org/ Baiklah anda telah mempunyai tools ataupun alat untuk menulis… ayuh kita sama-sama hasilkan produk informasi pertama anda. Pertama anda senaraikan terlebih dahulu perkara yang anda suka dan tahu tentang perkara tersebut. Tak kiralah tentang kerja, hobi, cara anda menjaga anak anda dan sebagainya.(Ehem-ehem pengalaman malam pertama ker? J) Anda senaraikan dahulu dan kemudianya anda lakukan research sekali lagi seperti yang diajarkan di atas. Sekarang lihat terhadap list yang anda bina. Contoh beberapa list yang telah anda tulis: 15 Sebab Kenapa Saya Gagal Dalam Perniagaan Cara Menjadi Kerani Yang Baik 10 Tip Mengelakkan Ditipu Ketika Membeli Beg Tangan 101 Cara Memikat Hati Suami Langkah Untuk Membeli Kereta Terpakai Cara Menjaga Kucing Kesayangan Anda Rahsia Menjadi Tukang Masak Yang Power Kisah-kisah Para Ambia’ Tip Untuk Menjadi Usahawan Yang Berjaya Tip Untuk Menjadi Insan Yang Bertakwa Bagaimana Ingin Bermain Bola Sepak Teknik Rahsia Dalam Permainan Catur Cara Untuk Memancing Khas Untuk Newbie Cara Memilih Karpet Yang Berkualiti

Rahsia10k : Versi Praktikal

06

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA

Kenapa Saya Gagal – UMUM Kenapa Saya Gagal Dalam Perniagaan – KURANG SPESIFIK Kenapa Saya Gagal Dalam Perniagaan Pasar Malam – SPESIFIK Sekarang pilih salah satu topik yang anda rasa anda tahu dan mendapat sambutan yang tinggi dalam pasaran. Setelah anda memilihnya, anda bolehlah mulakan menulis ebook tersebut. Jangan takut, jangan gabra kerana anda mampu lakukanya. Caranya mudah jer… tulis sesuatu perkara seperti mana anda cuba menerangkan sesuatu perkara tersebut kepada orang yang tak tahu apa-apa dan tidak pernah dengar pun apa yang anda cuba perkatakan dalam ebook anda. Jangan risau tentang jumlah muka surat ebook anda. Jangan risau kerana diluar sana banyak Internet Marketer yang menjual ebook yang hanya 5-15 m/s tetapi laku macam goreng pisang panas. Ini kerana mereka mempunyai sesuatu yang unik untuk dikongsikan. Mereka juga lebih spesifik dalam tajuk tersebut dan memberikan informasi yang berguna kepada pelanggan mereka. Pelanggan hanya mahukan sesuatu yang berguna dan bukanya sesuatu yang panjang tetapi tidak berguna. Anda perlu sentiasa ingat bahawa anda perlu menulis sebagaimana anda bercakap. Be yourself! Jangan cuba meniru orang lain dan cuba tampilkan kelainan dan keunikan. Ini akan membuatkan kerja anda lebih senang. Oh ya… jika anda masih belum tahu.. saya ingin beritahu anda bahawa “Tiada Apa Yang Sempurna Dalam Dunia Ini”. Hasilkan produk anda walaupun terdapat banyak

Rahsia10k : Versi Praktikal

07

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA kelemahan. Itu bukanlah masalah… yang menjadi masalah ialah untuk memulakan dan menyudahkan sesuatu ebook. Baiklah saya sebenarnya telah membuat satu video khas kepada anda bagaimana ingin mencipta ebook. Jadi eloklah anda menonton video tersebut dahulu kerana dalam video tersebut saya terangkan langkah demi langkah bagaimana ini mencipta ebook. Oleh itu, dalam ebook ini saya hanya akan menulis secara ringkas bagaimana ingin mencipta ebook. Tulis draft – Cipta draft dan catat apakah tajuk-tajuk dan isi-isi yang perlu ada dalam ebook anda tersebut. Tulis berdasarkan draft - Tulis segala yang anda catat tu dalam Microsoft Word. Convert file – Anda perlu mendownload converter dan convert file .doc kepada file .pdf Lihat hanya 3 langkah mudah diatas anda mampu untuk mencipta ebook. He he he Nampak memang mudah namun setelah anda mencubanya sendiri maka anda akan ketahui bagaimana payahnya untuk menyiapkan sesuatu ebook. Maka tidak hairanlah jika harga sesuatu ebook boleh melambung tinggi. Ok, bab ini takde nak cakap panjang-panjang kerana saya telah siapkan video khas dan saya sertakan video tersebut sebagai bonus. Dalam video tersebut anda bolehlah mendengar suara saya yang macho ho ho ho! Selamat menonton!

Rahsia10k : Versi Praktikal

08

BAB 01 CIPTA PRODUK INFORMASI ANDA Sebelum Itu… Tahukah Anda Apakah eBook? Ebook adalah istilah kepada “electronic book” yang mana sama sahaja dengan buku-buku fizikal. eBook juga merupakan sumber informasi yang sangat besar diera globalisasi ini dan juga terbahagi kepada dua iaitu fiction dan non-fiction. Jadi sama ada anda seorang novelist, penyair mahupun penyajak anda boleh menghasilkan ebook anda sendiri. Jika di Jepun mereka sudah membaca ebook di dalam PDA masing-masing ketika hendak pergi kerja, pulang daripada kerja dan sebagainya. Lihat dunia sekarang sudah berubah! Apa sahaja yang boleh ditulis untuk buku biasa anda juga dapat jadikanya sebagai ebook. Cuma terdapat beberapa perbezaan antara ebook dan buku: EBOOK Biasanya dibaca dalam softcopy dalam format .pdf,.doc,.exe dan sebagainya. Modal yang diperlukan untuk menghasilkanya adalah murah dan senang. Boleh diupdate secara percuma kepada para pembeli jika terdapat info terbaru. Lebih menarik kerana penulis boleh meletakkan pelbagai gambar, link, JavaScript, audio, video dan sebagainya tanpa perlu memikirkan kos untuk mengeluarkan ebook. Lebih cepat untuk hasilkan dan menerbitkanya. Dan banyak lagi…

BUKU BIASA Dalam bentuk hardcopy dimana kita boleh menyentuh,melihat dan merasa. Modal yang diperlukan agak tinggi dimana untuk menerbitkanya memerlukan modal yang besar. Agak susah untuk menambah info terbaru dan mustahil info tersebut dapat disampaikan secara percuma kepada pembeli terdahulu. Kurang menarik kerana mungkin gambar agak terhad dapat diletakkan kerana kos percetakkan agak besar. Agak lambat proses untuk menghasilkan dan menerbitkanya. Dan banyak lagi…

Jika anda seorang peminat tentang burung megapa anda tidak hasilkan ebook tentang jenis-jenis burung? Jika anda seorang guru Matematik kenapa tidak keluarkan ebook tentang cara mudah untuk skor A dalam Matematik? eBook akan menjadi satu trend baru kepada masyarakat Malaysia pada 2-3 tahun akan datang dan ebook juga akan menjadi keperluan kepada syarikat-syarikat dalam memberi maklumat kepada para pelanggan. Anda masih takut ingin mencuba?

Rahsia10k : Versi Praktikal

09

BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM!

TIADA IDEA? NO PROBLEM!

Tiada idea laa..? Nak tulis apa yer? Tau nak tulis ebook… tapi nak tulis aper? Erm.. takkan nak tulis pasal kucing kot? Bagi cadangan sikit nak tulis pasal apa ni… DAN BANYAK LAGI!

Itulah beberapa soalan yang sering diajukan kepada saya. Bagaimana saya ingin menjawabnya sedangkan saya sendiri pun sering kekeringan idea ho ho ho! Apa jua ebook yang ingin kita cipta, tidak kiralah samada ianya ebook percuma mahupun berbayar, ia pasti bermula dengan secebis idea asas. Samada ebook kita itu bagus atau tidak, ia bergantung kepada kebolehan kita sendiri untuk merangka, merancang, menyusun dan akhirnya menjadikannya satu ebook yang benar-benar lengkap, mantap dan berpotensi untuk mencipta kejayaan. Persoalan ini seolah-olah cuba melumpuhkan kemampuan kita. Ramai yang mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk menulis tetapi tidak mempunyai idea. Seolaholah mencari idea ini amat sukar. Namun ia sebenarnya tidaklah sesukar yang anda sangka. Untuk menulis ebook anda sebenarnya perlu mencari masalah sesuatu golongan. Golongan inilah yang akan menjadi target market anda. Anda perlu bergaul dengan golongan ini dan kenalpasti apakah masalah mereka. Saya tunjuk contoh jika anda pergi ke sekolah dan anda tengok tidak ramai yang membeli makanan dikantin sekolah. Maka anda perlu menyiasat kenapa tidak ramai yang pergi makan di kantin. Setelah menyiasat anda dapati masalahnya

Rahsia10k : Versi Praktikal

10

BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM! anda dapati masalahnya ialah kerana makanan dikantin adalah mahal. Maka, anda perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh membuat duit dengan menyelesaikan masalah ini. Anda bolehlah membeli nasi di kampung dan bawanya kesekolah untuk menjualnya. Begitulah juga sebenarnya proses membuat ebook.

Pertama: Anda perlu mencari masalah sesuatu golongan. Kedua: Cipta ebook cara bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka. Ketiga: Jual kepada mereka. Itulah 3 langkah proses bagaimana ebook tercipta. Baiklah untuk menacari idea anda boleh ikuti tips dibawah:

Anda boleh pergi ke forum-forum untuk mencari apakah masalah mereka. Anda boleh cuba mencari masalah yang kerap ditanya oleh penduduk diseluruh dunia dengan menggunakan Yahoo Answer. Gunakan kepakaran anda untuk menulis ebook kemudian barulah mencari target market. Lihat beberapa contoh ebook dibawah yang menyelesaikan masalah banyak pihak:

(Yang Pasti Bukan Ebook Tentang Cara Buat Duit Jer yer…)

Rahsia10k : Versi Praktikal

11

BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM! Oleh kerana anda sanggup untuk membeli ebook ini maka saya pun sanggup untuk berkongsi rahsia saya yang sangat berharga! Rahsia tersebut ialah 5 Langkah Untuk Memilih Topik Bagi Ebook Anda! Ini merupakan cara ringkas dan cepat yang sangat berkesan untuk digunakan. Saya berkongsi rahsia ini dengan anda agar dapat memudahkan anda. Lihat dulu gambarajah dibawah:

Setelah anda perhatikan gambar rajah diatas.. ayuh kita mulakan! LANGKAH 1: Brainstoriming Idea Anda! Senaraikan semua tentang idea tentang ebook apa yang anda ingin terbitkan. Ya SEMUANYA! Buat masa ini tiada idea yang tidak baik ataupun idea yang salah. Tulis kesemua idea anda dalam ruangan idea… senaraikan walaupun anda mempunyai 30 idea ataupun 100 idea! Jika anda rasa dah cukup idea yang anda tuliskan iaitu sekitar 20-30 idea… maka boleh teruskan dengan langkah seterusnya. LANGKAH 2: Tahap Kesukaran Dalam kolumn “Tahap Kesukaran” letakkan tahap kesukaran sesuatu topik berdasarkan tahap anda sendiri. Sama ada topi tersebut Mudah,Sederhana ataupun Sukar. Ini adalah berdasarkan skills dan pengalaman anda. Jangan pula anda tanya orang lain… TANYA DIRI ANDA SENDIRI! Setelah anda senaraikan Mudah, Sederhana ataupun Sukar dalam kolum tersebut… sila pergi ke langkah seterusnya. LANGKAH 3: Siapa Yang Akan Menulis Seterusnya senaraikan sama ada Pakar,Terhad ataupun Zero bagi kolumn “Level Pengetahuan Anda”. Ini juga adalah berdasarkan pengetahuan anda terhadap sesuatu topik. Jika anda pakar maka taip Pakar dalam kolumn tersebut. Seterusnya pengiraan jumlah!

Rahsia10k : Versi Praktikal

12

BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM! LANGKAH 4: Level Pengetahuan Anda Seterusnya senaraikan sama ada Pakar,Terhad ataupun Zero bagi kolum “Level Pengetahuan Anda”. Ini juga adalah berdasarkan pengetahuan anda terhadap sesuatu topik. Jika anda pakar maka taip Pakar dalam kolum tersebut. Seterusnya pengiraan jumlah! LANGKAH 5: Jumlah Jangan risau kerana pengiraanya adalah SANGAT mudah! Ini cara pemarkahannya: Tahap Kesukaran: Mudah (1 markah) Sederhana (2 markah) Sukar (3 markah) Siapa Yang Akan Menulis: Saya (1 markah) Orang Lain (2 markah) Level Pegetahuan Anda: Pakar (1 markah) Terhad (2 markah) Zero (3 markah) Jadi anda tambah semuanya berdasarkan formula pemarkahan diatas… dan letakkan jumlahnya dalam kolumn “Jumlah”. So, anda akan memperoleh markah 3(terendah) dan 8(tertinggi). Jadi setelah anda mengetahui markah bagi kesemua idea anda… sila gunakan topik yang anda dapat markah terendah kerana itu adalah topik yang paling sesuai buat anda. Contohnya table dibawah:

Ebook yang paling sesuai untuk saya tulis ialah “Cara Ingin Memelihara Kucing” kerana mendapat markah terendah. Jika mengikut cara ini… markah paling rendah adalah paling sesuai dengan anda. Baiklah saya harap anda jelas ya tentang bagaimana ingin mencari idea untuk menulis ebook. Seterusnya saya tahu tidak semua manusia mempunyai bakat untuk menulis. Ya betul lihat sahaja di sekolah bagaimana begitu ramai yang tidak mampu untuk menulis karangan dengan baik. ( Ehem… ehem saya A1 yer BM) Baiklah tidak mengapa jika anda tiada bakat untuk menulis ebook. Anda tetap boleh menjalankan perniagaan produk digital. Baiklah saya dedahkan rahsia kepada anda bagaimana ingin menjalankan pernigaan produk digital walaupun anda tidak pandai untuk menghasilkan ebook sendiri.

Rahsia10k : Versi Praktikal

13

BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM! Anda boleh membuat audio interview dan jadikanya teleseminar. Ya, anda boleh membuat temubual bersama artis ker, jutawan ker dan sebagainya dan jual di Internet. Audio juga merupakan produk digital dan produk informasi. Anda boleh menjual video. Yup, anda boleh merekod video musim bunga ker bagi yang dok diluar negara dan jualnya di Internet. Jika anda suka pergi jalan-jalan, rekodlah keindahan tempat pelancungan dan jualnya di Internet. Mat salleh suka dengan benda-benda cam ni. Anda boleh membeli produk Resell Right(RR), Master Resell Right(MRR) dan Private Label Right(PLR). Ya, banyak produk sebegini di Internet dan anda boleh beli dan jual semula ebook-ebook yang mempunyai hak jualan semula ini. Baiklah kali ini saya ingin tumpukan kepada cara ketiga iaitu membeli produk RR,MRR dan PLR. Baiklah sebelum itu saya terangkan dulu kepada anda maksud RR dan MRR ini. Resell Rights : RR bermaksud anda boleh menjual produk ini balik dengan syaratsyarat yang ditetapkan TETAPI anda tidak boleh memberikan Resell Rights kepada orang lain. Bacaan Lanjut: http://infopublishingsecrets.com/infopublishing-articles/content/category/6/22/37 Master Resell Rights : Produk yang menjual Master Resell Rights juga kebiasaanya lebih mahal daripada produk-produk lain kerana anda bukan sahaja boleh menjual produk tersebut malah BOLEH memberi lesen Resell Right kepada pelanggan anda. Bacaan Lanjut: http://infopublishingsecrets.com/infopublishing-articles/content/category/6/23/37 Tahukah anda bahawa kebanyakkan usahawan Internet yang terkenal seperti Gobala Krishnan, Vince Tan, Zamri Nanyan dan banyak lagi sering menjual produk orang lain yang mempunyai lesen RR,MRR dan PLR. Ini kerana perniagaan sebegini amat menguntungkan kerana anda tidak perlu bersusah payah memerah otak untuk menghasilkan produk sendiri. Jadi saya rasa amat sesuai jika anda yang baru ingin bermula menjual produk yang mempunyai lesen RR ini. Malah saya sendiripun bermula menjual produk RR ini ketika mula-mula bergiat dalam perniagaan Internet. Yerlah, kita orang baru takkan masukmasuk dah ingin hasilkan produk sendiri. Kita jual dulu produk orang lain dan ini akan

Rahsia10k : Versi Praktikal

14

BAB 02 TIADA IDEA? NO PROBLEM! membuatkan kita lebih matang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti kelak. Saya telah sertakan kepada anda beberapa produk RR khas buat anda pembeli ebook Rahsia 10k ini. Anda boleh menjual balik segala ebook yang saya berikan ini. Sila dapatkan beberapa ebook dalam folder bonus dan saya nak anda jualnya! Dapatkan RM1 pertama anda daripada Internet ini. Anda baca dulu ebook tersebut dan ambik dulu ilmu-ilmu yang disampaikan. Selepas anda dapat segala ilmu, anda kenal pasti dahulu kelemahan produk di atas. Ya, setiap kali anda membeli produk RR anda perlu kenal pasti dahulu kelemahanya dan baiki kelemah tersebut agar lebih mudah anda dapat buat jualan selepas itu. Anda boleh check kelemahan daripada beberapa sudut… contohnya:

Design – Kadang-kadang design cover ataupun minisite produk RR,MRR dan PLR luar negara tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya kita. Jadi anda bolehlah tukar cover tersebut sama ada anda design sendiri ataupun upah designer. Kandungan – Kadang-kadang juga isi kandungan sesuatu produk tidak lengkap. Oleh itu, anda boleh lengkapkanya… bagaimana? Anda boleh buat satu report untuk melengkapkan produk tersebut dan letakkan dibahagian bonus. Sales letter – Kadang-kadang sales letter produk tidak berapa highlightkan kelebihan produk. Jadi, anda boleh menambah sendiri kelebihan produk tersebut. Ini akan membuatkan sales letter produk tersebut lebih killer. Dan banyak lagi sebenarnya. Baiklah saya rasa cukup dah penerangan bab ini. Konklusinya, jika anda tiada bakat untuk menulis, maka anda boleh asah bakat tersebut. Jika anda tiada idea, maka anda boleh menggunakan beberapa alternatif yang saya senaraikan seperti menjual produk RR,MRR dan PLR. Oh ya, jika anda ingin lebih faham proses penjualan produk RR,MRR dan PLR ini anda bolehlah membaca ebook saya iaitu “Menjana Wang Tanpa Produk” (Disertakan dalam bonus) Selamat Membaca! :)

Rahsia10k : Versi Praktikal

15

Related Documents

Rahsia 10k 2
May 2020 0
Rahsia 10k 1
May 2020 0
2007 10k 2
October 2019 9
Rahsia....
November 2019 41
10k 123106
July 2019 8