Puteri Buluh Betung

  • Uploaded by: wise_conan1412
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Puteri Buluh Betung as PDF for free.

More details

  • Words: 932
  • Pages: 10
PUTERI BULUH BETUNG

SI NOPSI S 

Raja Muhammad pergi menebas hutan rimba bersama rakyat jelata baginda. Di tengah rimba itu mereka terjumpa serumpun buluh betung yang terlalu tebalnya. Mereka cuba menebas buluh betung itu tetapi buluh-buluh itu tetap tumbuh. Raja Muhammad akhirnya berjaya memarang buluh betung tersebut. Tiba-tiba dari sebuah rebung yang hampir ditetak oleh Raja Muhammad keluar seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya. Kanak-kanak itu dibawa pulang dan dinamakan Puteri Betung. Raja Muhammad dan permaisuri baginda memelihara puteri tersebut dengan penuh kasih sayang. Raja Ahmad mendengar khabar adindanya beroleh kanak-kanak di dalam rebung betung. Raja Ahmad bersama permaisuri baginda berangkat ke istana Raja Muhammad. Raja Ahmad ingin melihat Puteri Betung. Raja Ahmad kemudian telah membuka sebuah negeri baharu yang bernama Balik Rimba. Pada suatu hari ketika keluar berburu, Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu dan ada seorang tua di dalam surau itu. Raja Ahmad menceritakan peristiwa saudaranya yang beroleh puteri di dalam rebung betung. Orang tua itu memberitahu bahawa sekiranya baginda inginkan anak, baginda perlu tunggu di situ sebentar. Tidak lama kemudian seekor gajah besar datang sambil membawa seorang kanak-kanak. Gajah besar itu memendikan kanak-kanak tersebut. Orang tua itu memberitahu Raja Ahmad supaya menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Orang tua itu dan surau pun ghaib. Raja Ahmad mengumpulkan segala hulubalangnya untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut . Ketika gajah besar mandi setelah memandikan kanak-kanak tersebut, kesempatan ini digunakan oleh Raja Ahmad untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Kanak-kanak tadi dibawa ke istana dan dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

WA TA K DAN PER WA TA KAN

 Watak Utama

Watak Sampingan

Raja Ahmad Adinda baginda bernama Raja Muhammad. Baginda telah membuka sebuah negeri yang bernama Balik Rimba. Seorang raja yang bijaksana, berani, dan gigih berusaha.





Raja Muhammad Kakanda baginda bernama Raja Ahmad. Raja Muhammad telah menjumpai seorang kanak-kanak di dalam rebung buluh betung. Sangat sayang akan puteri baginda serta menghormati kakandanya. Orang Tua Tinggal di dalam hutan rimba. Keturunannya tidak diketahui. Mempunyai kesakitan, suka membantu dan simpati dengan nasib Raja Ahmad yang tidak mempunyai cahaya mata.

Latar 





LATAR TEMPAT Latar tempat cerita ini adalah di dalam hutan rimba, surau dan di dalam istana raja serta di negeri Balik Rimba. LATAR MASA Latar masa cerita Puteri Buluh Betung tidak tidak dinyatakan dengan begitu jelas. Namun pembaca boleh mangagak bahawa cerita itu berlaku pada zaman dahulu berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Contohnya, peristiwa Raja Ahmad hendak mengambil kanak-kanak daripada seekor gajah. Peristiwanya berlaku pada hari Khamis dan Jumaat. LATAR MASYARAKAT Latar masyarakat yang digambarkan dalam cerita ini masyarakat istana. Masyarakat istana diwakili oleh Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Kedua-dua raja ini dihormati oleh rakyat dan hidup dalam kemewahan. Sebahagian anggota masyarakat dalam cerita ini mempunyai ciri-ciri masyarakat penyayang. Misalnya, Raja Muhammad yang sebaik sahaja melihat seorang kanak-kanak perempuan yang cantik parasnya di dalam serumpun buluh betung, baginda mengambil kanak-kanak itu lalu didukung dan dibawa ke istana.

PLOT 









Permulaan Bersama rakyat jelata, Raja Muhammad pergi menebas hutan rimba. Terjumpa serumpun buluh betung yang terlalu tebalnya. Ketika Raja Muhammad cuba memarang rebung tersebut, keluar seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya. Puteri itu dinamakan Puteri Betung. Perkembangan Raja Ahmad pergi memburu, malangnya tidak beroleh seekor perburuan pun. Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu. Raja Ahmad mengumpul segala hulubalangnya untuk mendapatkan kanak-kanak yang tinggal di atas gajah tersebut. Perumitan Gajah tersebut cuba mengambil kembali kanak-kanak lelaki yang telah dirampas oleh Raja Ahmad. Klimaks Raja Ahmad berjaya mendapatkan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tadi dibawa ke istana dan dinamakan Merah Gajah. Peleraian Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.

Tem a D an Persoal an



TEMA  Pengarang memaparkan kisah penemuan kanak-kanak yang luar biasa. Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai di dalam rebung buluh betung dan seorang kanak-kanak lelaki  dibawa di atas kepala gajah. Kedua-dua kanak-kanak tersebut dijumpai oleh raja yang memerintah.

PERSOALAN Pembukaan negeri baru Raja Ahmad bersama bala tentera baginda telah bertungkus lumus untuk membuka sebuah negeri yang diberi nama Balik Rimba. Menghormati orang yang lebih tua Sebagai anak muda, Raja Ahmad menghomati orang tua yang dijumpainya di surau. Seterusnya dengan bantuan orang tua itu, baginda berjaya meendapatkan kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas gajah.

Gay a Bahasa  Ayat 1- Ayat-ayat yang panjang. 2- Ayat-ayat yang pendek. Contoh: Maka berpalinglah gajah itu.  Diksi 1- Kata pangkal ayat seperti maka, syahadan dan bahasa Melayu klasik mejelis dan gedubangnya. 2- Gaya bahasa istana seperti kakanda, baginda, hamba, tuanku dan sebagainya. 3- Penggunaan bahasa Arab misalnya salam, ghaib, dan Jumaat.

Nil ai 







Kasih Sayang Nilai kasih sayang terpancar ketika Raja Muhammad membatalkan niat baginda untuk memarang rebung betung apabila terlihat seorang kanak-kanak perempuan yang cantik parasnya muncul dari rebung betung itu. Hormati-menghormati Nilai hormat-menghormati tergambar melalui watak Raja Ahmad. Walaupun Raja Ahmad berketurunan raja, namun sebaik sahaja baginda menemui orang tua di dalam surau, baginda memberi salam tanpa memikirkan kedudukan baginda sebagai seorang raja. Dengan bantuan orang tua itu baginda berjaya mendapatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas seekor gajah besar. Kesabaran Nilai sabar juga turut diselitkan dalam cerita ini. Nilai initerpancar melalui watak Raja Ahmad. Waluapun Raja Ahmad tidak memperoleh seekor haiwan buruan pun, baginda tetap sabar. Gigih Berusaha Nilai ini terdapat juga dalm cerita ini. Contohnya, Raja Ahmad gigih berusaha untuk mendapatkan kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas kepala gajah.

PENGAJARAN

 Kita mestilah menghormati ornag yang lebih tua daripada kita.

 Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia

TAMA T  Puan Ku Zaleha  Nur Liyana  Marha Nadhirah  Hanoor Haini  Nurul Farhana

Related Documents

Puteri Buluh Betung
December 2019 14
Puteri
May 2020 33
Puteri
May 2020 27
Garam Buluh
April 2020 33
Dikir Puteri
December 2019 30
Zainab Puteri Rasulullah
April 2020 19