Pupuk Kerjasama Sejak Kecil Elak Polarisasi Kaum

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pupuk Kerjasama Sejak Kecil Elak Polarisasi Kaum as PDF for free.

More details

  • Words: 2,885
  • Pages: 9
Pupuk kerjasama sejak kecil elak polarisasi kaum T hu r s d a y , 0 2 J u ly 2 0 0 9 0 8 : 0 8 a m

©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran) Oleh Lee Lam Thye PERANAN ibu bapa sangat penting. Mereka perlu bimbing anak-anak untuk memupuk persefahaman dengan rakan daripada pelbagai kaum dan agama. Saya rasa ia amat relevan pada saat ini di mana isu polarisasi kaum di sekolah, pusat pengajian tinggi dan di kalangan golongan muda dan belasan tahun menjadi isu yang membimbangkan negara. Hubungan antara kaum di sekolah boleh dieratkan dengan mengadakan pertukaran aktiviti akademik, sukan dan perkhemahan. Ia dapat memupuk persefahaman dan keharmonian kaum. Polarisasi kaum bukan isu remeh yang dapat diselesaikan dengan mudah. Generasi muda kita mesti mempelajari dan menghayati kepentingan hidup yang harmoni sejak di bangku sekolah lagi. Sewaktu sistem pendidikan diharap memainkan fungsi penting untuk memupuk perpaduan, ibu bapa juga bertanggungjawab menggalakkan anak-anak berinteraksi, bermain dan membesar bersama kanakkanak daripada kaum dan agama lain. Ia adalah satu daripada usaha untuk memupuk persefahaman antara kaum. Pelajar sekolah menjadi golongan paling utama untuk memecahkan halangan yang wujud dalam hubungan di antara kaum, memperbaiki integrasi dan menyumbang kepada integrasi. Generasi muda kita perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan perpaduan kaum kerana ia adalah asas kepada kejayaan dan pembangunan negara. Golongan pelajar adalah pemimpin masa depan. Oleh itu, amat penting untuk mereka memupuk hubungan lebih erat di antara kaum, budaya dan agama demi keharmonian negara. Ibu bapa hari ini menghadapi pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran keibubapaan dan teladan yang baik adalah keperluan terhadap pembangunan keluarga Malaysia yang bahagia. Keluarga adalah unit asas dalam masyarakat. Keluarga bahagia adalah “nadi negara”. Dalam unit inilah, ibu bapa menyediakan suasana untuk membesarkan anak-anak. Membesarkan bukan sahaja bermaksud secara fizikal tetapi yang lebih penting ialah pembangunan psikologi dan penerapan nilai-nilai murni. Ketika ini, 40 peratus daripada rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 18 tahun. Kirakira separuh daripada kumpulan ini boleh digolongkan sebagai belasan tahun. Jadi adalah amat penting untuk remaja belasan tahun ini diberikan peluang terbaik membesar sebagai orang dewasa yang mempunyai kepercayaan antara satu sama lain. Ini akan menyumbang kepada kebaikan untuk masyarakat. Kebahagiaan menjadi ibu bapa membawa bersama tanggungjawab yang amat berat. Mudah untuk memperkatakan isu ini tetapi berat untuk dilaksanakannya.

Mereka yang mempunyai anak pasti tahu betapa susahnya membesarkan mereka. Kita bukan sahaja mesti menyediakan keperluan asas tetapi juga aspek kerohanian dan bimbingan moral. Ibu bapa perlu menanam dan mempraktikkan nilai-nilai positif dan berkualiti sepanjang masa. Nilai kejujuran, ketabahan, kesabaran, toleransi, ketekunan, keadilan, menghormati orang tua dan kesedaran sivik perlu diterapkan. Ia menjadi asas kepada anak-anak untuk membina keyakinan diri dan ketabahan serta membezakan perkara yang baik dan sebaliknya. TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

Amin Iskandar adalah Pengarah Eksekutif National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah badan bukan kerajaan yang aktif dalam program pendidikan pengundi dan pemantauan pilihanraya. Beliau juga adalah pemilik blog http://aminiskandar.com

Related Articles • • • • • • • •

Najib defends the indefensible Isa 1 World – Najib Razak Malaysia’s MCA looks to settle leadership fight The growing irrelevance of Umno’s partners Altantuya’s father releases statement to coincide with Najib’s Paris trip Cuepacs: Pension more beneficial than EPF Defending Isa, Najib says even a criminal deserves a second chance Najib and his debut budget

1 Malaysia: Diantara realiti dan fantasi

JUN 29 — Sebaik sahaja diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri Najib Razak melancarkan gagasan “Satu Malaysia” atau dalam Bahasa Inggeris di panggil “1 Malaysia”. Selain daripada itu, Najib turut melancarkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", mengingatkan kita slogan-slogan di zaman Perdana Menteri terdahulu seperti "Bersih, Cekap dan Amanah" dan "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Diantara komponen terpenting dalam gagasan 1 Malaysia yang dibawakan Perdana Menteri ialah rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain bersatu sebagai bangsa Malaysia. Najib mengakui bahawa konsep 1 Malaysia ini bukanlah satu konsep baru. Ia adalah kesinambungan daripada kepimpinan negara yang terdahulu dan bercita-cita untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang kaum dan agama. Dalam Wawasan 2020 yang dicadangkan semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, turut mensasarkan pada tahun 2020, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama akan hidup sebagai bangsa Malaysia. Malaysia hanya tinggal 11 tahun sebelum tahun 2020. Jika dilihat keadaan semasa dan politik hari ini, bangsa Malaysia sukar diwujudkan menjelang tahun 2020 nanti. Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, negara masih lagi membicarakan tentang rancangan untuk menyatupadukan rakyat sebagai satu bangsa walaupun itulah perkara yang harus ditekankan dan dilaksanakan diawal penubuhan Malaya dan Malaysia dahulu. Negara jiran kita Indonesia yang merdeka 12 tahun sebelum kita telahpun menyelesaikan permasalahan yang ingin diselesaikan oleh Malaysia pada ketika ini di era Presiden pertama mereka, Sukarno. Di Indonesia, semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang etnik dan agama bersatu sebagai bangsa Indonesia. Mereka bercakap dalam satu bahasa yakni bahasa Indonesia. Mereka sudah selesai dengan isu pokok tersebut dikala jirannya Malaysia masih lagi terkial-kial mencari hala tuju untuk mewujudkan “bangsa Malaysia”. Penulis bersekolah disebuah sekolah yang terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Najib dikatakan pernah bersekolah disekolah ini sebelum beliau melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Semenjak berada di bangku sekolah rendah lagi, kami telah diajar untuk menghormati kawan-kawan dari pelbagai kaum dan agama. Pihak sekolah akan mengadakan sambutan perayaan-perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali untuk mendidik anak-anak agar mengenali dan menghormati sesama sendiri. Saya percaya, jika di sekolah tersebut mempunyai pelajar-pelajar Iban dan Kadazan, Hari Gawai dan Tadau Kaamatan pasti akan turut disambut oleh pihak sekolah! Pada ketika itu, tidak pernah terlintas di hati penulis untuk melihat kawan-kawan lain sebagai orang Cina atau orang India sehinggalah kami mula mendapat kad pengenalan. Ini adalah kerana dalam kad pengenalan, kami mula dibeza-bezakan mengikut agama. Semasa dalam Tingkatan Dua, penulis berpindah ke sekolah lain yang terletak di kawasan pinggir bandar di kawasan bekas perlombongan bijih timah. Masih lagi bersekolah di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Apabila di sekolah menengah, jurang diantara kaum sudah mula melebar sedikit demi sedikit. Tambahan lagi dalam usia-usia sebegitu “sifat memberontak” dan melawan begitu tinggi di dalam sanubari pelajar-pelajar. “Sifat memberontak” ini amat mudah diterjemahkan untuk mencari “pasal” dengan kawan-kawan daripada bangsa-bangsa lain. Telah kelihatan polarisasi mula berlaku dimana pelajar-pelajar Melayu bercampur gaul dengan sesama mereka. Begitu juga dengan pelajar-pelajar Cina dan India. Interaksi diantara kaum yang berbeza hanyalah dalam program-program yang formal dan hanya apabila disuruh oleh guru. Setelah selesai program atau aktiviti yang melibatkan percampuran antara pelajar pelbagai kaum, pelajar-pelajar akan mula mencari kaum masing-masing untuk berbual dan melakukan aktiviti-aktiviti. Selepas mendapat keputusan SPM, perpisahan antara kaum mula berlaku lagi. Pelajarpelajar Melayu yang mendapat keputusan cemerlang dapat masuk terus ke IPTA

sedangkan teman-teman daripada bangsa lain terpaksa menghabiskan masa dua tahun dalam Tingkatan Enam sebelum diterima masuk ke IPTA awam. Bagi pelajar-pelajar Cina dan India yang datang dari keluarga berada, meraka dapat terus memasuki kolej-kolej swasta atau keluar negara. Di universiti, polarisasi diantara kaum semakin parah. Jelas kelihatan mahasiswamahasiswa terpecah-pecah mengikut kaum dan agama mereka. Di kolej-kolej kediaman juga, mahasiswa-mahasiswa dipisah-pisahkan mengikut kaum dan agama. Pernah ada cadangan daripada sebuah kelompok mahasiswa agar mahasiswa dari pelbagai bangsa dan agama dicampur adukkan didalam setiap bilik di kolej-kolej kediaman. Cadangan ini mendapat bantahan hebat daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti dengan alasan sukar bagi mahasiswa untuk bersembahyang jika mahasiswa dari pelbagai bangsa dan agama tinggal sebilik. Sedangkan di kolej kediaman tersebut telah mempunyai surau dan daripada apa yang saya perhatikan di kolej kediaman tersebut, hanya lebih kurang 5 peratus sahaja mahasiswa di kolej tersebut yang terdiri daripada golongan beribadat. Jika pensyarah tidak mewajibkan sesebuah “kumpulan tugasan” agar bersifat Malaysia, kemungkinan besar, penulis sendiri juga tidak mungkin mempunyai kawan-kawan bangsa lain. Persatuan-persatuan mahasiswa dalam universiti pada ketika itu juga didominasi oleh persatuan-persatuan yang berasaskan kaum dan agama. Agak kurang sekali persatuanpersatuan yang mempunyai ahli yang berbilang bangsa dan agama. Ertinya, sejak mula mengenali politik, mahasiswa telah diajar dengan persatuanpersatuan yang berasaskan kaum dan agama. Tidak kelihatan usaha yang serius daripada pihak pentadbir universiti untuk mencegah perkara ini daripada terus membarah. Lebih tenat lagi apabila persatuan-persatuan mahasiswa yang berasaskan negeri-negeri turut popular dikalangan mahasiswa. Sudahlah dipisahkan mengikut kaum dan agama, mahasiswa kini turut dipisahkan berdasarkan negeri asal mereka! Begitulah parahnya polarisasi antara kaum yang berlaku di universiti ketika penulis dibangku universiti pada akhir 90an sehinggalah diawal-awal abad millenium. Penulis kadangkala terfikir apakah masa depan Malaysia pada masa akan datang? Jika mahasiswa-mahasiswa universiti yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang hidup dengan keadaan polarisasi antara kaum yang serius, apa lagi rakyat diluar sana yang tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan tinggi? Menurut Yunus Ali, salah seorang aktivis mahasiswa tahun 70an, di zaman beliau menuntut di universiti, majoriti mahasiswa universiti yang berbilang kaum dan agama pada ketika itu hidup dalam keadaan harmoni. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada ketika itu terdiri daripada pimpinan yang pelbagai bangsa dan agama. Diantara dasar PMUM pada ketika itu adalah mewajibkan setiap mahasiswa yang tinggal dikolej-kolej kediaman agar tinggal bersama bangsa yang berbeza. Dasar ini telah terbukti merapatkan jurang diantara mahasiswa-mahasiswa pelbagai kaum dan agama. Jika Perdana Menteri serius dengan usahanya untuk mewujudkan bangsa Malaysia, mengapa tidak dilaksanakan kembali dasar ini sekurang-kurangnya di IPTA-IPTA seluruh negara? Selagi rakyat tidak dilatih untuk hidup bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama, tidak mungkin 1 Malaysia, bangsa Malaysia atau Malaysian Malaysia akan berjaya. Retorik tersebut akan terus dikitar sepanjang zaman sehinggalah bumi ini berakhir.

Oleh ISMAIL IBRAHIM SAYA rasa telah agak lama kita membicarakan isu polarisasi kaum di kalangan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara kita. Sejak sekian lama kita membicarakan isu ini, saya tidak tahu sejauh manakah hal ini berkembang, menjadi bertambah serius? Atau telah ada usaha untuk membaikinya, tetapi sejauh manakah kejayaannya? Saya kembali ke universiti semula setelah meninggalkan kerja di universiti kerana berkhidmat dalam bidang lain, di dalam dan di luar negara, lebih daripada 15 tahun yang lalu. Setiap hari saya ke universiti pada masa kini, melewati kumpulan para pelajar yang sedang berkumpul menanti giliran untuk masuk ke bilik kuliah, atau setelah berehat dan sedang duduk-duduk berbual sesama sendiri selepas kuliah, malah kumpulan pelajar yang sedang makan minum di kantin. Saya dapat melihat pandangan yang agak mengganggu perasaan saya sebagai seorang Malaysia, iaitu ketika melihat para pelajar berkumpul, berbual, berjenaka dan makan minum, atau lainnya, bersama-sama kaum masing-masing. Saya masih ingat bahawa keadaan ini tidak begitu ketara semasa saya berkhidmat di universiti lebih satu atau dua dekad yang lalu. Pada masa itu keadaan agak berbeza, iaitu kalau diandaikan peratusan polarisasi kaum pada masa itu di kalangan pelajar universiti mungkin hanya antara 40 dan 50 peratus. Tetapi pada masa kini pada umumnya, di sesetengah IPT, mungkin nisbah itu meningkat kepada lebih 90 peratus. Ini bererti bahawa semakin lama kita melangkah ke hadapan dalam membina satu bangsa Malaysia yang bersatu, maka nampaknya keadaan di IPT menunjukkan hasil yang bertentangan dari matlamat yang disasarkan itu jika diterjemahkan dari sudut perpaduan kaum para pelajarnya. Pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum, mungkin hanya bersama-sama menghadiri kuliah dan mengambil kursus yang sama tanpa mengira kaum. Mendengar syarahan pensyarah yang sama. Mungkin dalam perjumpaan formal anjuran universiti, mereka turut serta sebagai pelajar universiti yang sama. Tetapi ketika bergaul secara tidak formal, atau berbincang dan berdiskusi tentang pelajaran mereka, maka mereka akan memilih kaum sendiri. Apatah lagi dalam banyak keadaan, mereka masing-masing menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang, hal ini merupakan perkara biasa sahaja, iaitu ketika pelajar merasa lebah mudah dan selesa berbual atau berbincang dengan rakan kaumnya sendiri, apa lagi bagi sesetengah pelajar Melayu sendiri.

Mereka nampaknya lebih mesra berkumpul dengan rakan-rakan Melayu yang berasal dari negeri yang sama, seperti dari Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan lain-lain. Jadi apakah nak dihairankan sekiranya dalam masa yang sama, pelajar-pelajar lebih suka bergaul hanya dengan kaum mereka sahaja. Memanglah pada pandangan sepintas lalu, polarisasi kaum di IPT ini bukanlah satu isu besar. Tetapi sekiranya dikaji secara yang lebih mendalam, kita mungkin sedar bahawa bibit-bibit perpecahan dan kadang-kadang bibit-bibit permusuhan boleh berlaku akibat daripada polarisasi ini. Tanpa pergaulan mesra di antara para pelajar pelbagai kaum dalam program formal dan tidak formal, dalam perbincangan sesama sendiri tentang pelajaran dan lainlainnya, mereka tidak akan dapat menyelami hati budi kaum lain, tidak dapat merasakan cara berfikir dan pendekatan kepelbagaian kaum dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Malah tidak akan dapat memahami tradisi, budaya dan prinsip agama masing-masing dalam pergaulan, pembicaraan dan penyelesaian konflik ketika berlaku konflik umpamanya. Mereka akan hanya memahami budaya mereka masing-masing, tradisi dan nilai moral sendiri, tanpa memahami hal itu bagi kaum yang lain, sedangkan mereka merupakan bangsa Malaysia, yang akan keluar ke tengah-tengah masyarakat sebagai pemimpin, peniaga dan orang biasa yang berada di dalam sebuah negara dengan mempunyai citacita yang sama dalam membangunkan bangsa dan negara yang sama. Sehingga ke masa kini, ramai pengkaji mengambil kesimpulan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa rakyat kita dari pelbagai kaum telah memahami budaya dan adat serta prinsip-prinsip agama kaum lain dengan kefahaman yang mendalam adalah satu teori sahaja, bukan sebenarnya merupakan kenyataan yang hakiki. Teori ini lebih merupakan satu penonjolan palsu kepada masyarakat dunia, dan lebih merupakan satu kosmetik yang menjadi perhiasan luaran sahaja, sedangkan dalamannya adalah kosong. Pada masa kini, hal ini menjadi agak tepat, kerana segala isu yang timbul di dalam negara kita mutakhir ini sering merupakan isu yang ditafsir secara sentimen melulu berasaskan kepada kaum, agama dan individu. Rasa perkauman kembali agak menebal dalam masyarakat kita, dan sentimen ini dibesar-besarkan dalam semua aspek pembangunan negara kita, sama ada dalam pembangunan ekonomi, perundangan, bahasa, budaya, agama, politik, pentadbiran awam, ketenteraan, polis dan sebagainya. Oleh itu isu polarisasi kaum di kalangan para pelajar universiti haruslah dibendung dan disalurkan kepada perpaduan yang lebih bermakna sekiranya kita mahu melihat bangsa

Malaysia benar-benar dapat disatukan bagi mengendali negara kita pada masa yang akan datang untuk menjadi negara maju dan bermoral menjelang tahun 2020, kerana merekalah yang akan berperanan menerajui negara kita pada masa hadapan. Gagasan 1 Malaysia merupakan satu jam loceng yang mengejutkan kita untuk segera sedar dan bangun memperbaiki keadaan, juga untuk memahami di manakah kita berada selama ini dalam perjalanan kita untuk membina bangsa dan negara kita yang bersatu padu, aman makmur dan terhindar dari semua jenis keganasan dan kekacauan yang menghancur-leburkan pembangunan sesuatu bangsa itu. Semangat 1 Malaysia, roh patriotik dan rasa bangga dengan kemerdekaan negara yang menjangkau usia 52 tahun, dan kemampuan kita membangun begitu banyak IPT awam dan swasta, seharusnya kita manfaatkan sebagai titik awal untuk meninjau kembali kekuatan dan kelemahan kita, dan meningkatkan kualiti pembangunan bangsa kita, juga memperbaiki segala kelemahan kita selama ini, termasuk isu polarisasi kaum para pelajar IPT kita. Datuk Dr. Ismail Ibrahim ialah ahli pemegang amanah Yayasan Satu Malaysia. Sumber : http : //www.utusan.com.my/

Dalam Utusan bertarikh 11-Mei-2002: KUALA LUMPUR 10 Mei - Kerajaan akan menambah bilangan pelajar bumiputera di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi mengimbangi jumlah pelajar bukan bumiputera yang terlalu ramai di institusi tersebut sekarang ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah itu juga diambil bagi memastikan hubungan yang sentiasa rapat antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. Menurutnya, pada masa ini ada di antara IPTS yang mempunyai bilangan pelajar bukan bumiputera sehingga mencecah 95 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar mereka. Katanya, keadaan terasing itu bertambah buruk apabila jumlah pelajar bumiputera di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semakin meningkat pada tahun ini. Sebanyak 22,557 pelajar bumiputera ditawarkan tempat ke IPTA pada tahun ini iaitu 68.9 peratus daripada keseluruhan tempat yang ditawarkan. Dalam Utusan 23-Mei-2002:

Untuk kemasukan ke IPTA pada tahun ini yang menggunakan sistem meritokrasi, sebanyak 32,752 pelajar ditawarkan tempat dengan 68.9 peratus atau 22,557

orang terdiri daripada pelajar Bumiputera. Pelajar Cina mendapat 26.4 peratus atau 8,665 manakala pelajar India mendapat 4.7 peratus daripada tempat yang ditawarkan atau 1,530 orang. Keadaan itu telah mengecewakan beberapa pihak terutama pemimpin kaum India berikutan kejatuhan mendadak pelajar India di IPTA dari 10 peratus berdasarkan sistem kuota kepada 4.7 peratus sahaja. Statistik drpd MAPEN II:_ Jumlah Pendaftaran Pelajar di IPTS Pendaftaran Bumiputera Jumlah Ijazah 30,937 Diploma 110,769 Sijil 57,947 Jumlah 199,653

Bumiputera 6,017

Jumlah Keseluruhan 403,328

Bukan

24,920

44,815

65,954

30,211

27,736

81,043

118,610

Jumlah Pendaftaran Pelajar di IPTA Pendaftaran Jumlah Ijazah 139,920 Diploma 59,479 Sijil Jumlah 203,675

(1999)

(1999)

Bumiputera 97,836

Bukan Bumiputera 42,084

49,588

9,891

725 148,149

3,551 55,526

229,192

174,136

4,276

Dari perangkaan yang diberikan, kita diberi gambaran bahawa jumlah pelajar bumiputera adalah lebih tinggi dari pelajar bukan bumiputera. Dalam kenyataan Mahathir yang keluar dalam Utusan bertarikh 11-Mei-2002 diatas tidak pula menyebut perangkaan terkini mengenai peratusan bumiputera/bukan bumiputera di IPTS. Tetapi terdapat satu faktor lagi yang langsung tidak diketengahkan iaitu jumlah pelajar bumiputera vs bukan bumiputera yang melanjutkan pengajian ke IPT luar negara. Dalam kursus anjuran umno/gpms/btn yang pernah saya ikuti dalam awal tahun 80an ada menyatakan maklumat bahawa jumlah keseluruhan pelajar bukan bumiputera termasuk di IPTA/IPTS/IPT luar negara adalah jauh lebih besar

dari keseluruhan pelajar bumiputera. Baru-baru ini bersumber dari seorang kenalan, ada pun jumlah pelajar bukan bumiputera di IPTS & IPTA TERKINI secara keseluruhan adalah lebih banyak daripada pelajar bumiputera disebabkan jumlah IPTS dan jumlah pelajar di IPTS semakin jauh meningkat. Ini belum lagi termasuk bilangan pelajar di luar negara dimana kaum bukan bumiputera mempunyai fund yang jauh lebih banyak samada daripada keluarga/yayasan/lain-lain sumber untuk pembiayaan pelajaran. Pihak kementerian sepatutnya mengumumkan perangkaan yang penuh termasuk IPTA/IPTS/IPT luar negara bagi memberi gambaran sebenar. Kenapa angka sebenar harus di sorok? Adakah kerana mahu menutupi dasar kerajaan yang masih gagal membantu bumiputera tidak sepertimana yang dilaung-laungkan?

Related Documents