Psiko Pend Tugasan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Psiko Pend Tugasan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,584
  • Pages: 19
SOALAN TUGASAN Pembelajaran berlaku setiap ketika dan di mana sahaja. Bagaimana proses pembelajaran ini berlaku boleh dijelaskan dengan teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Skinner, Pavlov, Bandura dan lain-lain. Untuk tugasan ini, anda perlu memahami setiap teori pembelajaran yang berkenaan dengan membaca modul dan lain-lain sumber jika perlu sebelum menjawab soalan-soalan berikut.

1. Bayangkan bagaimana tiga teori pembelajaran berikut dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah ( di mana pembelajaran telah dirancang ) dan di luar bilik darjah ( di mana pembelajaran tidak terancang ). a. Teori Pembelajaran Kognitif b. Teori Pembelajaran Gestalt c. Teori Pembelajaran Gagne

Untuk setiap teori di atas, jelaskan salah satu prinsip utama yang paling berkaitan dengan contoh yang akan anda beri sebagai contoh aplikasi teori tersebut. Contoh ini adalah apa yang telah anda perhatikan sendiri dalam kedua-dua situasi tersebut. Sila berikan jawapan anda dalam bentuk jadual seperti di bawah.

1

a. Teori Pembelajaran Kognitif Prinsip dan Penjelasan Menurut Teori Pembelajaran Kognitif, pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Ia berfokus terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Menurut Slavin 1977, Teori Pembelajaran Kognitif ialah satu proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat untuk membuat pilihan. Ia memusatkan perhatian kepada cara berfikir atau proses mental. Ini bermakna manusia secara aktif memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka. Ia hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Prinsip-prinsip Kognitif : i) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logic tertentu. ii) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana. iii) Pembelajaran dengan memahami lebih baik daripada menghafal tanpa pemahaman. Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah diketahui pelajar sebelumnya. iv) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya. v) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi proses pembelajaran pelajar. 2

Contoh aplikasi di dalam bilik darjah Dalam mata pelajaran Matematik, setelah guru mengajar konsep operasi campur dan tolak dalam topik wang, murid-murid sudah memperolehi pengetahuan tentang hubungan kait antara ringgit dan sen, pertukaran wang dan operasi campur tolak wang. Dengan pengetahuan sedia ada ini, guru mengemukakan situasi harian yang meliputi penggunaan wang. Murid-murid diminta menyelesaikan masalah ini secara bersendirian atau aktiviti berkumpulan. Contohnya : i) Situasi penyelesaian masalah : Soalan yang dikemukakan oleh guru: Mei Xin mempunyai RM 50. Dia membeli sebuah beg sekolah yang berharga RM 36. Berapakah wang yang Mei Xin tinggal ? Murid-murid dikehendaki menggunakan proses mental untuk berfikir bagaimana menyelesaikan masalah ini. Akhirnya murid-murid akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada iaitu operasi tolak yang telah dipelajari untuk menyelesaikannya.

ii) Aktiviti berkumpulan : Murid-murid diedarkan contoh wang palsu, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta menjalankan aktiviti jual-beli di dalam kelas mengikut stesenstesen yang disediakan. Di mana setiap stesen disediakan bahan-bahan untuk dijual. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari untuk mengaplikasikan dalam aktiviti jual-beli dalam kelas. 3

Contoh aplikasi diluar bilik darjah Dalam suatu aktiviti perkhemahan yang dijalankan di padang sekolah. Ahli-ahli pengakap dibekalkan bahan-bahan seperti tali, kayu, pisau dan tukul besi. Ahli-ahli pengakap diminta menggunakan bahan-bahan yang dibekal berserta dengan gaya kognitif mereka untuk mereka bentuk dan mendirikan sebuah meja kecil secara berkumpulan. Dengan menggunakan kecerdasan mental untuk berfikir, hasil permikiran yang kreatif, mereka dapat mendirikan sebuah meja yang unik dan tahan. Atas proses mental, inisiatif dan pengalaman membina khemah yang mereka perolehi, ahli-ahli pengakap berjaya menghasilkan sesuatu dengan daya usaha mereka.

4

b. Teori Pembelajaran Gestalt Prinsip dan Penjelasan Dalam Teori Pembelajaran Gestalt, ia menjelaskan proses persepsi melalui pengorganisasian komponen-komponen sensasi yang memiliki hubungan , pola atau pun kemiripan menjadi kesatuanmenekankan konsep persepsi dan penanggapan. Ahli-ahli gestalt berpendapat, dalam mengkaji subjek dari aspek psikologikal daripada proses pemerhatian yang mudah kepada personalitinya, kita perlu melihat polanya sebagai satu keseluruhan. Teori gestalt dirumuskan sebagai “ the whole is greater than the sum of its parts ”. Dalam konteks pembelajaran, seseorang itu perlu melihat secara keseluruhannya dahulu sebelum membuat sesuatu tanggapan ayau persepsi yang tepat. Ia berpendapat bahawa melihat sesuatu dari suatu sudut sahaja tidak mencukupi untuk memahami secara keseluruhan. Ia berkait dengan peranan kebolehan celik akal untuk mentafsir sesuatu, penggunaan daya celik akal di dalam sesuatu tingkah laku dan pembelajaran, individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsure-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas.

Prinsip-prinsip Gestalt : i) Seorang individu perlulah memikirkan terlebih dahulu apa yang dilihat atau dengar sebelum membuat sesuatu kesimpulan yang tepat. ii) Seorang guru sepatutnya cepat membuat tanggapan sesuatu apabila seseorang murid membuat silap di dalam sesuatu ujian. Tanggapan yang betul daripada guru boleh membantu mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh murid. iii) Individu yang mempunyai tinggi motivasi dan berfikiran dapat membuat persepsi yang munasabah daripada yang kurang motivasi atau mengambil cara

yang mudah. 4 iv) Persepsi dipengaruhi oleh peringkat perkembangan mental, pengalaman sedia ada, sikap, nilai dan kepercayaan. Kanak-kanak yang berumur enam bulan sudah ada rangka konsepsi terhadap apa yang dilihat. Contoh aplikasi di dalam bilik darjah Dalam pembelajaran Sains, aktiviti yang diberikan memberi satu gambaran yang menyeluruh tentang proses hidup tumbuh-tumbuhan.

7 2. Pembelajaran kooperatif juga merupakan teori pembelajaran. ( a ) Jelaskan teori ini. Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran secara bersama untuk mencapai matlamat bersama. Ia berasaskan aktiviti secara berkelompok. Di dalam pembelajaran Koperatif, pertukaran maklumat atau informasi antara ahli-ahli kelompok dilakukan secara berstruktur soaial. Setiap pelajar bermotivasi untuk saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan pretasi yang cemerlang.

Pembelajaran Koperatif berlaku dalam kumpulan yang heterogenus, iaitu tidak sama dari segi kebolehan, minat berbeza-beza. Di dalam kelompok ini ada pelajar cerdas dan ada yang lambat, guru membimbing pelajar cerdas supaya membantu pelajar lambat. Melalui Pembelajaran Koperatif, pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan objektif pencapaiannya ditetapkan.Objektif kumpulan hanya boleh dicapai apabila semua ahli kumpulan dapat menyempurnakan tugas masing-masing. Di dalam setiap kumpulan, pelajar-pelajar berinterasi bersemuka, saling bergantung positif dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri. Kemahiran kolaboratif perlu untuk setiap ahli berfungsi secara efektif. Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki memahami dan mempelajari proses dan dinamik kumpulan. Dengan Pembelajaran Koperatif, semangat dan kemahiran kerjasama antara pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan. Sikap hormat terhadap perbezaan pendapat dan sikap sama rata ( tidak diskriminasi ) juga dapat dibina. Pelajar-pelajar akan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sehinggalah membina semangat bahawa pencapaian tujuan bersama hanya boleh dilakukan secara bersama.

8 ( b ) Fikirkan tentang pedagogi pembelajaran teradun ( “ Blended learning pedagogy ” ) yang diamalkan OUM ( pembelajaran bersemuka, pembelajaran atas talian dan pembelajaran kendiri ). Untuk setiap mod pedagogi tersebut, jelaskan bagaimana pembelajaran kooperatif telah diaplikasikan. Berikan contoh dan ceritakan tentang pengalaman anda sebagai seorang pelajar semasa mengalami proses pembelajaran tersebut. Sila berikan jawapan anda dalam bentuk jadual di bawah. Pembelajaran teradun OUM Pembelajaran bersemuka

Contoh pembelajaran kooperatif Pembelajaran bersemuka adalah perjumpaan sesi bersemuka antara pelajar dan pensyarah dalam

penyampaian kursus pembelajaran. Dalam pembelajaran atas bersemuka, talian, pelajar-pelajar sesi pembelajaran pensyarah dan pensyarah bersama-sama pembelajaran melibatkan diri biasanya akan melaksanakan dalam satuKami forumakan perbincangan. Dengan koperatif. bekerjasama dalam perbincangan ini , kami sebagai kumpulan dansecara saling kumpulan bantu-membantu antara satu pelajar dapat membina persefahaman sama lain sehingga mancapai matlamatdan bersama. berkongsi pendapat menyelesaikan masalah. Contohnya, kamiuntuk akan diminta membuat Contohnya,topik kamiberdasarkan berbincang modul tugasanatau ataudiberi perbentangan masalah pembelajaran dengan lain tugasan dalam kumpulan. Kamipelajar-pelajar berinterasi untuk dan pensyarah menerusi forum perbincangan membincangkan secara koperatif. Setiap ahli yang disediakan oleh OUM. kumpulan bertanggungjawab dan mempunyai Pembelajaran kendiri

akauntabiliti diri. Pembelajaran kendiri merupakan pembelajaran

Pembelajaran atas talian

yang menggunakan kendiri tanpa Pembelajaran ataskemudahan talian ialahakses forum pengawasan olehpensyarah pensyarah. Ia perbincangansecara antaralangsung pelajar dan selain merupakan suatu pembelajaran hayat. dalam penyampaian tutorial. Ia sepanjang menjadi medium pembelajaran kendiri, kamimelalui sebagaiebagiDalam pelajar dan pensyarah berurusan pelajar adalah bersikap aktif dalam pembelajaran. mail dan forum. Kami membuat perancangan dan memcari bahan atau maklumat menerusi kumpulan kecil. Setiap ahli kumpulan berdaya usaha dan mempunyai inisiatif sendiri untuk perbincangan. Contohnya, sebelum atau selepas sesuatu topik pembelajaran, kami akan belajar dan berbincang secara kumpulan supaya dapat menguasai kemahiran belajar cara belajar .

9

10 3. Terdapat juga teori yang dikemukakan oleh John Dewey, William H. Kilpatrick dan John Childs. Teori mereka ialah teori pembelajaran “PROGRESSIVISM”khusus untuk era masa kini. Untuk pengetahuan anda, teori ini tidak terkandung di dalam modul. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapat sumber yang mencukupi dalam internet. Gunakan tapak web

i.

http://people.morehead-st.edu/fs/w.willis/fourtheories.html,

ii.

http://www.iep.utm.edu/d/dewey.htm,

iii.

http://www.bookrags.com/biography/william-h-kilpatrick/ dan

iv.

http://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-18891985.html

Sebagai titik permulaan. Anda boleh gunakan Google atau enjin pencari yang lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembelajaran “PROGRESSIVISM” daripada internet.

11 ( a ) Rumuskan apa teori “PROGRESSIVISM” ini. Dalam Teori “ Progressivism ”, pendidikan adalah suatu proses dari kehidupan dan bukan persiapan untuk masa akan datang. Ia merupakan proses rekonstruksi dan reorganisasi pengalaman-pengalaman. Seseorang pelajar di sekolah bukan hanya terhad kepada membaca sahaja malah juga realiti pengalaman-pengalaman dan aktiviti-aktiviti di kehidupan sebenar pelajarpelajar. Pendidikan Progressivism adalah berbeza dengan pendidikan kurikulum tradisional yang terpaku dalam persediaan bagi universiti sahaja. Ia menekankan pengalaman seseorang akan memperolehi makna dan mempunyai peluang untuk memperolehi pengalaman yang berikutnya. Program pendidikan Progressivism menggalakkan kretiviti kanak-kanak, kurikulum yang lebih fleksibel dan mengikut minat pelajar. Ia juga menggalakkan pelajar belajar melalui penemuan. Pelajar-pelajar didedahkan kepada pembelajaran melalui kerja projek, pembelajaran pengalaman, kurikulum bersepadu dan bertema, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Pendidikan Progressivism amat menentang pembelajaran hafalan. Ia menitikberatkan kemahiran social, kolaboratif dan pembelajaran bersama. Secara rumusan, Teori “ Progressivism ” menekankan suatu kaedah pendidikan yang progresif, menggunakan sains percubaan demi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

12 ( b ) Adakah anda bersetuju dengan penjelasan teori ini memandangkan 50 peratus Malaysian mempunyai akses ke internet? Sila jelaskan. Saya amat bersetujui dengan penjelasan Teori “ Progressivism ” ini. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kita haruslah lebih menekankan pada anak didik dan minat mereka daripada hanya mementingkan pencapaiannya sendiri. Memandangkan 50 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses ke internet, mereka berpeluang mendedahkan diri dalam lapangan yang meluas. Dengan menerokai ilmu pengetahuan mereka menerusi pengalaman yang diperolehi. Dengan usaha diri sedemikian, ia dapat membantu pelajar-pelajar merealisasikan segala kemampuan yang ada dalam dirinya untuk menjadi seorang peribadi yang mandiri dan berdikari. Menerusi arus pembelajaran progressivism, pelajar-pelajar kita berkemampuan menggunakan akses internet untuk melayari laman web mengikut minat dan kebolehan mereka. Mereka sanggup bertindak dan tidak terjerumus dalam ideologi yang mandul tanpa isi. Pengalaman yang diperolehi ini akan menjadi kunci untuk mereka memahami diri dan dunia mereka. Kesimpulannya, konsep pengalaman yang diperolehi merupakan intipati pendidikan untuk pelajar-pelajar.

13 4. Abraham Maslow telah mengemukakan teori yang mengandaikan bahawa manusia tidak pernah puas dengan apa yang telah dicapai. Beliau telah membahagikan kehendak-kehendak manusia kepada lima peringkat yang disusun mengikut hirarki ( lihat Rajah 1 ), iaitu daripada peringkat rendah ke peringkat atas. Pilih dua orang pelajar, sahabat atau anak anda untuk dijadikan kajian kes. Anda diminta memerhati dan menemuduga kedua-dua individu pilihan anda. Berdasarkan hirarki Maslow, ceritakan antara motivasi yang wujud dalam kehidupan individu pilihan anda. Bagi setiap kes yang dikaji, berikan latarbelakangnya, tahap pencapaiannya dalam hirarki keperluan Maslow, apakah yang masih ingin dicapai mengikut analisis anda dan yang paling penting, apakah yang ada pada mereka yang membolehkan mereka mencapai tujuan mereka ini. Being Needs Self - actualization

Esteem Needs Belonging Needs Safety Needs Physiological Needs Deficit Needs

Rajah 1. Hirarki Keperluan Maslow

14

Teori Maslow juga dikenali sebagai Teori Penyempurnaan Kendiri. Dalam teori motivasinya, Maslow menekankan manusia mempunyai berbagai kehendak yang wujud dalam diri seseorang individu itu. Kehendak ini tersusun dalam bentuk hirarki. Seseorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Setengah daripada kehendak ini lebih kuat dan lebih penting dalam hidup berbanding dengan setengah yang lain. Maslow menekankan kehendak bagi peringkat atas bagi kehendak tertentu akan muncul di dalam diri seseorang, apabila kehendak peringkat bawahannya telah tercapai atau seseorang itu telah mendapat kepuasan dalam kehendak berkenaan. Berdasarkan kajian ke atas pelajar saya yang bernama Heng Zi Ming. Dia merupakan seorang pelajar lelaki Tahun 3 dan berketurunan Cina. Dalam keluarganya mempunyai 4 orang ahli, Zi Ming merupakan anak sulung. Keluarga Zi Ming merupakan keluarga yang berada. Ibubapanya juga sangat menyayanginya. Mengikut Hirarki Keperluan Maslow, segala kehendak fisiologi, keselamatan dan kasih sayang dapat dicapai kepuasan. Memandangkan Zi Ming seorang budak yang pintar dan cerdas. Pemcapaian akedemiknya cemerlang, dia pernah mendapat tempat kedua dalam kelas. Oleh itu, dalam hatinya inilah motivasi yang mendorongnya mengejar ke satu pencapaian yang lebih tinggi. Dia ingin mendapat tempat pertama dalam kelas, dia ingin mendapat pengiktirafan daripada orang lain, iaitu ingin mencapai kehendak penghargaan diri. Kajian kedua, seorang pelajar yang bernama Subrina. Dia seorang pelajar perempuan Tahun 2 dan berketurunan India. Subrina mempunyai 7 orang ahli keluarga, dia merupakan anak yang ke 4.

15 Walaupun keluarga Subrina keluarga yang sederhana, tetapi mengikut Hirarki Maslow, segala kehendak fisiologi dan keselamatan telah dapat dipenuhi.Memandangkan Subrina anak yang ke 4 dalam keluarga, dia kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya. Lagipun pencapaian akedemiknya juga sederhana. Ini menjadi satu desakan dalaman baginya supaya mendapat kasih sayang daripada ibubapa. Dengan desakan atau motivasi dalaman, dia berharap kasih sayang daripada ibubapa dapat mengelakkan rasa kekosongan dan kesunyian. Daripada kajian yang dibuat, didapati bahawa Subrina mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian. Dia pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian di sekolah, itu sebabnya Subrina bercita-cita hendak mendapat tempat pertama dalam pertandingan nyanyian supaya manarik perhatian ibubapanya agar mendapat kasih sayang yang diimpikan. Berdasarkan kajian-kajian yang dibuat, kita dapat membuat rumusan bahawa kehendak-kehendak pada diri seseorang itu berkait rapat dengan motivasi intrinsik. Biasanya, orang yang berjaya mengatasi keperluan kekurangan barulah dia akan cuba berusaha menggunakan potensinya untuk memenuhi kekurangan dalam keperluan yang seterusnya.

16 MAKLUMAT TEMUDUGA Nama : _______________________ Umur : _________ Darjah : _________ Jantina : L / P Tarikh Lahir : _________________ Keturunan

: Melayu / Cina / India / Lain-lain

Agama

: Islam / Buddha / Hindu / Kristian

Bilangan Ahli Keluarga : __________ orang Hobi

: ___________________

Tahap Pencapaian Tahun Lepas : _________________________________ Matlamat Yang Hendak Dicapai : ____________________________________________ Tahap Kepuasan Mengikut Peringkat Kehendak Maslow : a) Kehendak-kehendak fisiolagi

: Mencapai / Belum

b) Kehendak-kehendak Keselamatan

: Mencapai / Belum

c) Kehendak-kehendak Kasih Sayang

: Mencapai / Belum

d) Kehendak-kehendak Penghargaan Diri

: Mencapai / Belum

e) Kehendak-kehendak Penyempurnaan Kendiri : Mencapai / Belum

Buku Rujukan Mok Soon Sang. ( Mei 2001 ), Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploman perguruan Semesta 2, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Lee Shok Mee. ( 2002 ), Asas Pendidikan-pendidikan Psikologi Dalam Bilik Darjah Edisi ketiga, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, Fawziah Yahya. ( 2005 ), Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kamaruddin Hj Hussin. ( 1996 ), Siri Pengajaran-pengajaran Pendidikan Utusan Sekolahsekolah Perkembangan Kanak-kanak, Utusan Ponlications & distributors Sdn Bhd. Ee Ah Meng. ( 1996 ), Psikologi Pendidikan III Edisi III ( Semesta III ), Siri Diploma Perguruan, Fajar Bakti Sdn Bhd. Piaget.J. ( 1952 ), The Origins Of Intelligence New York, International University Press. Atan Long. ( 1978 ), Psikologi Pendidikan, DBP Kuala Lumpur. Mok Soon Sang & Lee Shok mee. ( 1988 ), Latihan Mengajar , Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

17 Alamat Capaian Internet www.usca.sc.edu/psychology/histor~1.html www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html www.cocc.edu/cbuell/theories/cognitivism.htm www.personal.psu.edu/staffs/s/m/smc258/kb cognitivism.html http://ishakothman.tripod.com/tugasan2apk.htm http://pembelajaranguru.wordpress.com/2008/05/25/perkembangan-anak-menurut-jeanpiaget-dan-vigotsky/ http://firstedition.com.my/aplikasi%20kognitif%20dalam%20pendidikan.htm http://www.geocities.com/pluto_stewart/artikel_ilmiah_1.htm?20089 http”//ipotes.wordpress.com/2008/05/11/teori-kognitif/ http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article_elfecbcb-c0a85062c25ae300-

18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMHBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN PROGRAM PRA SARJANA MUDA ( KDP 14 MINGGU ) NAMA KONG KIM LIAN NOMBOR KAD PENGENALAN 690928-06-5348 NOMBOR TELEFON 012-3722183 ALAMAT E-MAIL [email protected] NAMA PENSYARAH PN. LEE PHAIK GAIK PUSAT MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS, KUALA LUMPUR SEMESTER JULAI 2008

Related Documents

Psiko Pend Tugasan
October 2019 27
Pend
November 2019 40
Psiko 1
December 2019 13
Psiko Gan Baby
May 2020 3
Torsional Pend
June 2020 15
Manajemen Pend
October 2019 44