Protokol Untuk Menangani Fibroid 2009

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Protokol Untuk Menangani Fibroid 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 609
  • Pages: 2
PROTOKOL UNTUK MENANGANI FIBROID, HAID TAK BETUL, HAID BERPANJANGAN, TUMPAH DARAH, KANSER RAHIM DAN SEBAGAINYA Sebab musababnya kompleks untuk diceritakan di sini Protokol ini kena buat kesemuanya 1.

Minum dua biji limau nipis dengan 2 sudu extra virgin olive oil potong dua biji limau nipis dengan kulit dan biji dengan ¾ gelas kecil (gelas the tarik ) dan blend sampai hancur. Setelah hancur tambah 2 sudu makan olive oil extra virgin dan blend sekitar 30 saat – tapis dan minum segera. Minum 2 kali sehari 1 jam sebelum makan. Rujuk artikel terdahulu saya di Scribd

2.

Makan pil villosa 2 kali sehari 1 pagi 1 malam. Pil ini boleh didapati di farmasi harga lebih kurang RM 8.90 untuk 10 biji

3.

Tuam dengan minyak jarak (castor oil). Minyak castor boleh didapati di pasaraya India atau kedai india Lipat kain kasa 2-3 kali lipatan berukuran 5 x 4 inci tuangkan minyak jarak sampai basah kain tetapi jangan terlalu banyak. Tampalkan pada daerah rahim dan daerah hati (sekitar atas pusat sebelah kanan). Atas kain tadi lapikkan dengan plastik dan ditindih dengan botol air panas pada suhu yang kita selesa, jangan terlalu panas. Baring dan biarkan selama 1 jam. Buat tiap-tiap malam. Kain yang ada minyak jarak tadi boleh digunakan selama 5 kali. Kalau kering tambah minyak jarak lagi.

4.

Makan kapsul misai kucing 2 biji sekali makan 3 kali sehari. Kapsul misai kucing boleh didapati dekat farmasi atau kedai jual ubat melayu. Ini membantu nyah toksin melalui ginjal.

5.

Makan buah mengkudu yang segar (ranum) 1 biji di blend dan minum. Ini akan segera mengecutkan fibroid. Boleh ganti dengan jus mengkudu tapi 2 sudu sehari (pagi sekali dan petang 1 jam sebelum makan malam)

6.

Minum 2 sudu minyak kelapa dara. (minyak kelapa dara boleh dibuat sendiri dengan mudah. Beli 1 kg santan segar dan biarkan di rumah pada suhu bilik selama 24 jam. Selepas itu simpan dalam peti sejuk selama 2 jam (bukan dalam freezer yang beku tu). Santan dan minyak akan menjadi pejal. Buangkan airnya dan jemor plastik yang mengandungi santan/minyak pejal tadi selama 2 jam di cahaya matahari yang panas. Selepas itu tapis santan gunakan coffee filterbag (untuk coffee maker ) bukan tapis biasa. Minyak kelapa akan jatuh ke bawah dan sisa santan lekat pada filterbag. (kalau beli mahal 120ml untuk RM30-35. Kalau buat sendiri 1 kg santan RM 4.50 dapat 250ml minyak kelapa dara. Rujuk artikel terdahulu saya di Scribd

7.

Suplemen minyak ikan 1000 mg 2 kali sehari, vitamin C 1000mg rendah acid 3 kali sehari. Jangan risau saya ada banyak pengalaman mengenai perkara ini. Hubungi saya kalau hendak kepastian.

8.

Buat liver cleanse (Buang batu hati) setiap 2 minggu. Rujuk artikel saya terdahulu di Scribd

Pantang Jangan makan makanan yang ada margerine, minyak soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak canola, tahu, air kacang soya, taufu fa, kicap manis. Margerin ada minyak trans fatty acid yang tak baik untuk kesihatan Pergi check doktor setiap 2 minggu walaupun haid dah berhenti. Ubat hospital kalau boleh jangan makan tapi pergi check doctor. Perubatan alternatif tak ada alat untuk menentukan sejauh mana rawatan berkesan. Peralatan yang ada di hospital memang di akui canggih tetapi rawatan di hospital belum tentu berkesan. Pembedahan buang rahim memang mudah, sakitnya hanya beberapa hari sahaja, cuba fikirkan kesan sampingannya – kurang atau langsung tiada nafsu seks, berapa lama suami kita nak tahan. Kekeringan faraj, faraj gatal, mungkin merekah (macam bibir merekah – pedih ketika buang air kecil), kulit kering. Pendek kata tanda-tanda menopaus semakin menyerlah. Doktor perubatan boleh menyakinkan, tetapi kesannya kita yang menanggung. Akhir sekali, badan anda, kehidupan anda, buatlah mana yang paling sesuai untuk diri anda, jangan salahkan sesiapa. www.pesonamisteri.com [email protected]

Related Documents

Protokol
November 2019 31
Protokol
April 2020 19
Protokol
June 2020 13
Protokol Internet
July 2020 19