Portfolio Geografi

  • Uploaded by: ReedRancid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Portfolio Geografi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,434
  • Pages: 21
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan pentunjuk untuk menyiapkan tugasan kajian Sejarah ini dengan sempurna dan jayanya. Oleh itu saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pihak berikut iaitu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat, Tuan Haji Muhammed Yusof b.Yacoob kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di luar kawasan sekolah. Saya juga tidak melupakan jasa guru Geografi saya iaitu Encik Tan Boo Khing yang sentiasa memberikan bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan kursus KGT ini.

Saya amat berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akedemik serta orang yang membantu dari segi kewangan yang murni,membuatkan saya terpanggil dalam tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali saya berterima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu 3 Dedikasi kerana telah memberikan kerjasama dalam pengumpulan maklumat dan penduduk tempatan yang memberikan maklum balas semasa menjalankan kajian ini.

:

Bil. Kandungan

Halaman

1.Penghargaan……………………………………………………………………(1) 2.Pendahuluan……………………………………………………………………..( ) 3.Objektif kajian…………………………………………………………………...( ) 4.Kawasan kajian………………………………………………………………….( ) 5.Kaedah kajian……………….…………………………………………………...( ) 6.Hasil kajian…………….………………………………………………………...( ) 7.Rumusan…………………………………………………………………………( ) 8.Rujukan…………………………………………………………………………..( ) 9.Lampiran…………………………………………………………………………( )

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN PMR 2009 GEOGRAFI23/2 BENTUK MUKA BUMI DAN PONTESINYA

NAMA: TINGKATAN:

MOHD HANIF FAEZ B MOHD YUSOFF 3 DEDIKASI

NO.KAD PENGENALAN:

940928-01-5403

NO.ANGKA GILIRAN: NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH: NAMA GURU PENILAI:

SEK.MEN.KEB.JELAWAT 16370 BACHOK. KELANTAN ENCIK TAN BOON KHING

TANDATANGAN: TARIKH:

GRED

Saya Mohd Hanif Faez b yusoff merupakan pelajar tingkatan 3 Dedikasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat telah diberikan tugasan kajian geografi tempatan (KGT) ini perlu dilaksanakan untuk memenuhi sukatan pelajaran geografi. Kerja khusus ini diwajibkan ke atas semua pelajar tingkatan tiga bagi memenuhi kehendak lembaga peperiksaan Malaysia bagi pelajar yang mengambil peperiksaan penilaian menengah rendah(PMR). Saya telah memilih tajuk Bentuk Muka Bumi dan Pontesinya .

Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini iaitu dalam 6 minggu.Dalam tempoh 6 minggu ini saya gunakan untuk mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan. Saya telah memilih kampung Jelawat merupakan sebuah perkampungan yang terletak berdekatan dengan pekan saya.

Kajian ini telah dijalankan di kawasan yang terletak jauh dari pekan Bachok di Kelantan iaitu Kampung Jelawat secara umumnya daerah Bachok terletak di timur semenanjung menghadap ke laut China selatan dan jaraknya dari ibu negeri Kota Bharu ialah 27 km. Kedudukan Pekan Bachok berdasarkan latitude dan longlitud ialah 6’U 102 T. Luas kawasan kajian ialah sekitar 5 km persegi. Kawasan kajian meliputi Kampung Jelawat dan Kampung-kampung di kawasan sekitarnya.

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data .Antaranya ialah: Kaedah Pemerhatian Memerhatikan ciri-ciri budaya dan ciri-ciri fizikal secara kesuluruhan kawasan kajian seperti bentuk muka,kemudahan asas,kegiatan ekonomi dan lain-lain.

Kaedah rujukan Membuat rujukan daripada buku teks serta buku-buku yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan. Rujukan juga dibuat di perpustakaan sekolah. Kaedah soal selidik Menemuramah seramai beberapa orang respondan yang terdiri daripada penduduk kampung di sekitar kawasan kajian. Kaedah temu bual Menemu bual beberapa orang respondan untuk mengumpul maklumat tentang kegiatan ekonomi.

Kampung Jelawat merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang sebahagian besarnya digunakan untuk kegiatan ekonomi khasnya penanaman padi kerana tanih aluvium terdapat di kampung ini . Selain daripada kegiatan pertanian, guna tadah di kampung ini adalah untuk perternakan sama ada menternak ayam,lembu dan ikan air tawar. Terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang diusahakan seperti ikan patin,ikan tilapia dan banyak lagi. Di kampung ini juga terdapat tanih beris yang sesuai untuk tanaman tembakau yang dijalankan secara meluas.

Kampung ini juga terdapat beberapa buah kilang seperti kilang membuat roti, kilang memproses padi dan untuk perkhidmatan. Dalam aspek perkhidmatan guna tanahnya adalah untuk pembinaan sekolah seperti sekolah menengah dan sekolah rendah Jelawat,Tadika Kemas,masjid,surau serta taman permainan.

JADUAL:JENIS KEGIATAN EKONOMI DI KAWASAN KAJIAN

Sektor

Peratus

Pertanian

Bilangan Perkerja 10

Perikanan

5

16.67

Perindustrian

7

23.33

Perkhidmatan

8

26.67

33.33

Graf Bar:Jenis Kegiatan ekonomi di kawasan kajian

35 30 25

Pertanian

20

Perikanan

15

Perindustrian

10

Perkhidmatan

5 0

10

5

7

8

Muka bumi yang rendah dan rata menjadi satu kelebihan untuk kegiatan ekonomi sekitar Kampung Jelawat. Daerah Bachok merupakan sebuah kawasan pertanian bagi tanaman padi,tembakau dan kelapa.Terdapat juga tanaman seperti jagung di kawasan berhampiran Sungai Jelawat. Daerah Bachok juga merupakan sebuah kawasan petempatan yang agak sederhana padat iaitu melebihi 200 orang bagi setiap kilometer persegi. Keadaan ini berlaku kerana tanah rendah dan rata penting untuk pertanian dan memudahkan sistem pengangkutan dibina iaitu kemudahan jalan raya ini adalah bantuan daripada agensi kerajaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Kawasan ini juga sesuai untuk pembinaan kilang-kilang memproses padi dan sebagainya juga sesuai untuk pembinaan rumah atau bangunan kecil. Faktor tanih pula adalah tanih berpasir,tanih beris dan aluvium yang sesuai untuk tanaman padi serta untuk tanaman kontang seperti kelapa,gajus,buahbuahan dan sayur-sayuran. Saliran yang baik juga menjadi faktor penyumbang.Ini adalah kerana terdapat anak-anak yang mewarisi perkerjaan dari tanah milik keluarga. Dasar kerajaan juga menjadi faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di kampung ini. Melalui agensi-agensi berwajib,kerajaan menyalurkan bantuan kepada para petani seperti racun,baja dan khidmat nasihat tentang pertanian terdapat juga system kredit di mana para petani mendapat barang-barang pertanian secara berhutang dan akan dibayar apabila mendapat hasil kelak.

Terdapat banyak sektor-sektor kegiatan ekonomi seperti sektor perkidmatan,perniagaan, pertanian dan pengangkutan.Oleh sebab terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kegiatan pertanian maka secara tidak langsung akan membangunkan sesuatu kawasan, Kampung Jelawat juga tidak terkecuali.Melalui hasil pertanian yang dikeluarkan oleh penduduk kampung maka ada segelintir penduduk kampung yang mampu membuka kilang besar untuk memproses hasil pertanian sebelum dipasarkan di kilang-kilang kampung berkenaan.Selain dapat memasarkan hasil pertanian kepada kilang tersebut secara tidak langsung ia akan menyediakan peluang perkerjaan kepada masyarakat setempat.

Peningkatan taraf hidup masyarakat setempat juga bertambah baik.Ini dapat dilihat melalui penduduk Kampung yang mampu untuk membeli makanan yang lebih berzat dan berkhasiat. Mereka juga mampu menghantar anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tempatan mahupun luar Negara. Kini, hampir semua penduduk kampung ini dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti elektrik,air,pengangkutan dan perhubungan. Ramai antara mereka juga boleh memiliki kereta,computer dan rumah kediaman yang tersendiri.

Dalam usaha kita membangunkan satu-satu kawasan,kita tidak akan terlepas daripada implikasinya. Dalam usaha menambahkan baik kegiatan ekonomi terdapat beberapa kesannya seperti kepupusan sumber.Kawasan hutan telah dibuka untuk rancangan tanah besar-besaran bagi kegiatan pertanian ini kerana banyak kawasan hutan telah dibersihkan untuk kegiatan pembinaaan jalan dan pengangkutan dan sebagainya. Kesan daripada rumah hijau menyebabkan pencemaran udara serius berlaku apabila asap kilang dan kenderaan bermotor yang mengandungi karbon dioksida dibebaskan ke udara.

Pembinaan kilang padi memang tidak dinafikan memberi pulangan lebih baik untuk masyarakat dan Negara. Selain itu ia juga turut menyumbang kepada pencemaraan udara, air dan bunyi. Debu dan asap yang dikeluarkan oleh kilang tersebut akan dibebaskan ke udara dan akan menyebabkan erea tinggal di kawasan berhampiran mengalami masalah kesihatan seperti batuk,lelah dan sesak nafas. Selain itu bunyi bising juga menggangu masyarakat setempat.Terdapat juga sisasisa ternakan dari kandang haiwan dan bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai yang berhampiran ini akan mencemarkan sumber air yang menjadi kegunaan – kegunaan harian masyarakat kampung untuk kegunaan domestic seperti mandi,memasak,membasuh pakaian dan sebagainya.

Bagi mengimbangkan pembangunan dan masalah, maka masyarakat dan pihakpihak yang terlibat perlu mengambil langkah yang berkesan contohnya pihak kilang perlu menapis terlebih dahulu asap dan debu yang akan dibebaskan ke udara dengan menggunakan cerobong asap demi kebaikan bersama. Pihak kilang

juga perlu menyediakan tempat-tempat khas untuk membuang sisa-sisa kilang mereka. Bau yang kurang menyenangkan juga perlu diatasi.

Pesawah dan pihak yang berwajib perlulah memikirkan jalan yang baik dalam usaha memusnahkan perosak padi dan tanaman mereka. Penguatkuasaan undangundang perlu diperketatkan terhadap tuan punya kilang-kilang yang menimbulkan masalah.Selain tindakan denda akan dikenakan kepada mereka melanggar peraturan kempen kesedaran alam sekitar perlu ditanam dalam diri masyarakat setempat melalui gotong-royong seperti ceramah,pameran,kem kesedaran alam,bengkel alam sekitar,lawatan penyebaran maklummat alam sekitar serta melalui media cetak dan media elektronik yang melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar(JAS).

Kajian ini telah menjelaskan jenis bentuk muka bumi dan ciri-ciri yang terdapat di kawasan kajian. Bentuk muka bumi sememangnya berkait rapat dengan aspek kehidupan terutamanya kegiatan pertanian,pelancongan dan pembangunan. Masalah yang dihadapi boleh diatasi dengan pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan. Kita seharusnya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana alam semula jadi yang terdapat di Negara kita boleh dimanfaatkan untuk membantu kehidupan seharian.

Rujukan Referent PMR Geografi ting 1,2 dan 3 Terbitan buku: Pearson Longman Dikarang oleh: Sabaruddin Abdul Rahman Perpustakaan Buku-buku yang berkaitan dengan Geografi tempatan

Sukses PMR Geografi Terbitan buku Fajar Bakti Sdn Bhd Dikarang oleh Khaw Ah Seng Buku Teks Geografi tingkatan 2 Terbitan buku Percetakan Rina Sdn Bhd Dikarang oleh Abdul Aziz Abdul Rahman Lim Jin Choon Ratnam Karuppiah Servai Buku teks Geografi tingkatan.3 Terbitan Buku PTS Publication &Distribution Sdn. Bnd Dikarang oleh Khaw Ah Seng Habibah Haji Lateh Tan Koh Lim

Related Documents

Portfolio Geografi
May 2020 6
Geografi
May 2020 49
Geografi
April 2020 61
Geografi
May 2020 49
Geografi
November 2019 64

More Documents from ""